Majlis Maulidur Rasul s.a.w. Perdana

Majlis Maulidur Rasul s.a.w. Perdana


Tarikh: 4 April 2009 (Sabtu) – 8 Rabi’ul akhir 1430H

Masa: 6:00 petang – 9:30 malam

Tempat: Kompleks Yayasan Sofa Kota, Rembau, Negeri Sembilan

.

Penceramah:

Al Fadhil Dato’ Syed Omar bin Syed Abdul Kadir al Aidarus

Al Fadhil Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki

.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi

  1. En. Hanif (019-663-7785)
  2. En. Maznor (019-662-3826)

www.yayasansofa.com

Sekitar Sambutan Maulidur Rasul Dar Al-Qur’an Wa Al-Hadith 7 Mac 09 [klik]

Empat Cabang Kepimpinan Umat Sebagai Tunggak Kesejahteraan Masyarakat

Teks Ucapan Dasar Presiden MUAFAKAT di Mesyuarat Agung Tahunan ke-4 MUAFAKAT di Kulliyyah Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 16 Rabiul Awal 1430 bersamaan 14 Mac 2009.

dipetik dari http://muafakatmalaysia.wordpress.com/2009/03/14/empat-cabang-kepimpinan-umat/

.

******************************************************************.

Empat Cabang Kepimpinan Umat Sebagai Tunggak Kesejahteraan Masyarakat

Ulama, Umara, Syuhada dan Salihin

Profesor Emeritus Datuk Osman Bakar, PhD

President MUAFAKAT

Bismillahi al-Rahman al-Rahim,

Alhamdulillahi Rabb al-‘alamin

Wa salatu wassalamu ‘ala ashrafi al-anbiya’i wal-mursalin

Sayyidina Muhammad

Wa ‘ala alihi wa sahbihi ajmain

Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

1. Sekali setahun ahli-ahli MUAFAKAT berkumpul bersama-sama dengan tetamu jemputan untuk menjayakan seminar khas sempena mesyuarat agung tahunan pertubuhan ini. Sebagai pembuka seminar khas ini dan mesyuarat agung tahunan MUAFAKAT berikutnya, Presidennya akan menyampaikan ucapan dasarnya tentang satu tema yang telah dipilih oleh ahli-ahli jawatankuasa pertubuhan ini. Tema ucapan Presiden biasanya tertumpu kepada isu-isu pokok yang dihadapi oleh umat Islam semasa. Pada tahun lalu, saya selaku Presiden telah menyampaikan sebuah ucapan dasar atas tajuk “Kesatuan Iman, Ilmu dan Amal Dalam Kehidupan Umat Islam Semasa: Beberapa Isu dan Cabaran.” Isu kesatuan iman, ilmu dan amal memang cukup penting kepada umat Islam. Ketiadaan kesatuan ini dalam penghayatan agama kaum Muslimin adalah salah satu punca utama kelemahan umat. Semangat kesatuan ini hanya boleh dipulih dan disemarakkan semula menerusi peniupan ruh tawhid ke dalam setiap aspek kehidupan umat. Ini memerlukan kesediaan dan kesanggupan kita untuk merombak dan menyusun semula falsafah dan sistem pendidikan kita dalam semua bentuk dan di semua peringkat.

2. Pada kali ini, saya akan menyampaikan sebuah ucapan di sekitar tajuk “Empat Cabang Kepimpinan Umat Sebagai Tunggak Kesejahteraan Masyarakat: Ulama, Umara, Syuhada dan Salihin.” Tajuk ini tertumpu pada isu kepimpinan yang juga merupakan isu pokok yang dihadapi oleh umat Islam semasa. Ada hubungkait rapat antara kesatuan iman, ilmu dan amal dan kualiti kepimpinan. Umat melihat kepada para pemimpin sebagai contoh teladan dalam penghayatan kesatuan iman, ilmu dan amal dalam kehidupan individu dan kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Agama Islam dan kaum Muslimin melihat penghayatan kesatuan iman, ilmu dan amal di kalangan para pemimpin sebagai bukti kemurnian akhlak mereka, bukti ketinggian keperibadian dan syakhsiah mereka, dan bukti kualiti baik kepimpinan mereka. Para pemimpin yang menjiwai kesatuan iman, ilmu dan amal juga dilihat sebagai sumber inspirasi kepada umat untuk berjiwa besar dan beriltizam tinggi dalam menegakkan kebenaran dan keadilan dalam masyarakat seperti yang dianjurkan oleh agama Islam

3. Semua masyarakat manusia di dunia, baik yang Islam mahu pun yang bukan Islam, menyedari peri pentingnya kepimpinan yang baik kepada kesejahteraan masyarakat. Oleh sebab itu setiap masyarakat sentiasa menaruh harapan agar mereka dianugerahkan kepimpinan yang baik walau pun pada praktiknya mereka sedar yang mereka jarang-jarang dapat merasa ni’mat kepimpinan yang baik. Tetapi adalah tidak mencukupi kalau kita sekadar mempunyai kesedaran tentang perlunya masyarakat mempunyai pemimpin-pemimpin yang baik tetapi kita tidak tahu bagaimana hendak memastikan bahawa masyarakat kita tidak akan ketandusan pemimpin-pemimpin yang baik.


4. Adalah satu perkara yang agak malang – malahan ianya boleh dianggap sebagai satu malapetaka sosial – jika sekiranya masyarakat dan umat Islam ditimpa nasib yang sama, iaitu nasib ketandusan pemimpin yang baik. Mengapa kita berpendapat demikian ialah kerana dari segi potensi yang ada pada umat Islam, kita tidak sepatutnya berada dalam situasi yang sedemikian. Umat Islam adalah umat yang bertuah. Tidak ada umat lain dan agama lain yang mempunyai khazanah ajaran tentang pemimpin dan kepimpinan sekaya yang dimiliki oleh agama dan umat Islam. Dengan konsep dan teori kepimpinan yang ada dalam agama Islam, yang tidak ada taranya dari segi keluasannya dan dari segi betapa terperincinya, umat Islam sepatutnya mempunyai para pemimpin yang terbaik di dunia. Dengan yang demikian, pemimpin-pemimpin ini bukan sahaja pemimpin umat Islam tetapi mereka juga adalah pemimpin dunia. Inilah yang diisyaratkan di dalam banyak ayat al-Qur’an untuk renungan dan tindakan orang-orang Islam.

5. Sebagai contoh, al-Qur’an mengenengahkan dua konsep penting yang mempunyai pertalian rapat dengan isu kepimpinan Islam di peringkat global. Dua konsep ini ialah konsep umat terbaik (khayr ummah) dan konsep umat pertengahan (ummatan wasatan). Al-Qur’an menegaskan yang berikut tentang umat terbaik:

Kamu adalah sebaik-baik umat (khayr aummah) yang dilahirkan untuk umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali ‘Imran: ayat 110)

Mengenai umat pertengahan pula, al-Qur’an menegaskan seperti berikut:

Demikian juga Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) umat pertengahan supaya kamu layak menjadi saksi terhadap umat manusia (syuhada ‘ala al-nas) dan Rasulullah pula akan menjadi saksi terhadap kamu. (Surah al-Baqarah: ayat 143)

Untuk menjadi umat terbaik berdasarkan tiga syarat atau kriteria yang dinyatakan di dalam ayat tersebut di atas – yakni, menyuruh berbuat baik, melarang daripada perkara yang salah, dan beriman kepada Allah – bermakna dengan sendirinya bahawa umat Islam sudah pun memiliki daya dan ciri-ciri kepimpinan. Lebih-lebih lagi mereka sudah mempunyai semangat dan daya kebertanggungjawaban yang merupakan intisari kepimpinan. Tanpa daya dan ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang adalah mustahil bagi mereka untuk memainkan peranan “menyuruh” dan “melarang” secara berkesan dan menonjolkan tahap keimanan kepada Allah yang tebal sehingga layak muncul sebagai umat yang terbaik.

Untuk menjadi umat pertengahan pula juga bermakna bahawa umat Islam sudah memiliki daya dan ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang. Tanpanya adalah mustahil bagi mereka untuk menjadi syuhada ‘ala al-nas (para saksi terhadap umat manusia) di dunia ini. Bolehlah ditegaskan di sini bahawa untuk menjadi syuhada ‘ala al-nas adalah setara dengan menjadi pemimpin umat manusia.

6. Konsep umat terbaik dan konsep umat pertengahan telah ditonjolkan bagi tujuan menunjukkan kekayaan ajaran tentang kepimpinan dalam agama Islam. Kalau dikumpulkan semua ajaran Islam tentang pemimpin dan kepimpinan maka umat Islam akan mempunyai kefahaman yang jelas tentang sifat dan ciri-ciri seorang pemimpin yang baik dan perbezaannya dengan ciri-ciri pemimpin yang zalim dan tidak berakhlak. Mereka juga akan sedia maklum tentang bagaimana masyarakat harus membuat persiapan untuk melahirkan barisan pemimpin pelapis di kalangan generasi muda. Dengan kata lain, Islam menganjurkan penubuhan dan perlaksanaan sistem pendidikan yang memungkinkan lahirnya generasi baru pemimpin masyarakat di dalam berbagai bidang termasuklah dalam bidang politik. Oleh itu umat Islam tidak sekadar tertunggu-tunggu menanti kemunculan “pemimpin semula jadi” (“born leaders”) yang biasanya timbul sekali sekala untuk memimpin masyarakat.

7. Di negara kita Malaysia, konsep dan teori kepimpinan seperti yang diajar kan oleh agama Islam tidak diajar di pusat-pusat pengajian tinggi sedangkan ia penting. Yang paling tidak disentuh ialah konsep dan teori kepimpinan politik. Andaiannya ialah sesiapa sahaja boleh jadi pemimpin politik. Tidak perlu pendidikan dan latihan politik bagi mereka yang mahu menceburi bidang politik. Tidak perlu mereka didedahkan kepada etika dan akhlak politik. Malahan kita berhadapan dengan satu situasi yang amat menyedihkan. Dewasa ini boleh dikatakan bahawa ahli-ahli setiap profesion atau ikhtisas dikehedaki mempelajari dan mengamalkan etika bidang profesion. Yang terkecuali ialah bidang politik! Etika politik tidak diwajibkan ke atas ahli-ahli politik!

8. Alangkah baiknya jika sekiranya para pelajar Islam di pusat-pusat pengajian tinggi didedahkan kepada konsep-konsep, prinsip-prinsip, nilai-nilai dan teori-teori kepimpinan yang terdapat di dalam al-Qur’an, hadis-hadis Nabawi dan tulisan-tulisan para ulama dan sarjana Islam di sepanjang zaman. Konsep dan falsafah kepimpinan menurut perspektif Islam adalah berdasarkan idea-idea yang terdapat di dalam konsep-konsep seperti konsep rasul dan nubuwwah, konsep ulil-amri, konsep khalifah dan khilafah, konsep umat pertengahan dan umat terbaik, konsep ulama dan umara, konsep syuhada, konsep Imam, konsep pertanggungjawaban dan konsep-konsep lain yang seumpamanya.

9. Ternyata bahawa konsep dan falsafah kepimpinan menurut ajaran Islam adalah serba mencakupi. Sungguh luas makna dan ciri-ciri pemimpin dan kepimpinan dalam ajaran Islam sehinggakan setiap insan Muslim tidak terlepas daripada tanggungjawab kepimpinan atas pelbagai sifat diri yang ditakdirkan bagi dirinya. Hakikat ini telah ditegaskan oleh sebuah hadis Nabawi:

Dari Ibn Umar dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Ketahuilah! Setiap kamu adalah pemimpin (penggembala) dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinanmu (kegembalaanmu). Seorang Amir yang berkuasa terhadap rakyat akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya. Dia akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin di rumah tangga suami dan anak-anaknya. Dia akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta kekayaan majikannya yang dipercayakan kepadanya. Dia juga akan ditanya tentang kepimpinannya. Ketahuilah, setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya.” (Riwayat Muslim)

Adalah jelas daripada hadis tersebut di atas bahawa dengan berdasarkan konsep tanggungjawab insan yang luas dalam ajaran Islam maka konsep kepimpinannya juga menjadi luas. Kita juga dapati bahawa dalam kehidupan masyarakat setiap diri kita sekaligus berperanan sebagai pemimpin dan pengikut. Dalam aspek atau bidang kehidupan tertentu seseorang itu mungkin berperanan sebagai pemimpin. Tetapi insan yang sama mungkin berperanan pula sebagai pengikut dalam aspek kehidupannya yang lain. Sebenarnya, jika orang Islam benar-benar memahami dan mengamalkan konsep dan makna kepimpinan yang luas ini maka ia merupakan satu jaminan kukuh akan lahirnya masyarakat Islam yang prihatin terhadap isu-isu kepimpinan dan yang berjaya mendidik bakal para pemimpin.

10. Kalaulah pusat-pusat pengajian tinggi di dunia Islam hari ini mengabaikan falsafah dan teori kepimpinan dan gagal menonjolkan kepentingannya kepada matlamat untuk mencapai kesejahteraan masyarakat, lain pula suasana pemikiran yang digambarkanm oleh sebuah universiti di Andalusia, yakni di Sepanyol sewaktu diperintah oleh Islam beratus-ratus tahun yang lalu. Menurut seorang ahli sejar ah bernama Haidar Bammate, di pintu gerbang sebuah universiti di sana telah tertera kata-kata hikmah berikut:

Dunia tegak atas empat tiang: keilmuan para ulama, keadilan para umara, keberanian para syuhada dan (kemakbulan) doa para salihin.

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa kata-kata hikmah ini adalah merujuk kepada rukun kesejahteraan masyarakat. Kata-kata hikmah inilah yang telah mengilhamkan tema ucapan dasar Presiden kali ini.

11. Dengan berdasarkan maksud kata-kata hikmah tersebut di atas kita dapat menegaskan bahawa para ulama, para umara, para syuhada dan para salihin merupakan empat cabang utama kepimpinan umat. Kata-kata hikmah ini merujuk kepada falsafah kepimpinan umat yang mencorak dan menentukan kesejahteraan masyarakat di kalangan umat Islam. Kesejahteraan umat kelihatan bergantung pada kewujudan keempat-empat golongan ini, peranan masing-masing yang menyeluruh dan berkesan dalam masyarakat, dan juga keseimbangan dan keharmonian di antara empat golongan itu. Yang ditekankan dalam kata-kata hikmah ini ialah kefungsian empat golongan penting dalam masyarakat yang merupakan tunggak kesejahteraan masyarakat. Empat fungsi yang mesti ada dan dihayati dengan baik dalam masyarakat ialah fungsi keilmuan (yang meliputi hikmah atau kebijaksanaan), fungsi keadilan, fungsi keberanian dalam kesaksian terhadap kebenaran, dan fungsi keruhanian yang memelihara hubungan antara manusia dengan Allah, antara hamba (‘abd) dengan Rabb menerusi doa para salihin yang mudah dimakbulkan oleh Allah Rabb al-‘alamin.

12. Sekiranya kita memahami kepentingan empat golongan tunggak ini kepada kesejahteraan masyarakat maka kita akan berusaha untuk memberi perhatian kepada peranan mereka dan bagaimana kedudukan dan peranan masing-masing dapat diperkasakan.

Kita menyedari betapa pentingnya golongan ulama dan golongan umara kepada kesejahteraan masyarakat. Rasulullah s.a.w. pernah menegaskankan bahawa dalam masyarakat ada dua golongan yang akan menentukan buruk baiknya masyarakat tersebut. Dua golongan yang dimaksudkan ialah ulama dan umara. Jika baik dua golongan ini maka baiklah masyarakat. Sebaliknya pula, jika dua golongan ini tidak baik maka tidak baiklah masyarakat. Rasanya kebenaran yang terkandung dalam hadis ini terlalu nyata kepada semua. Orang bukan Islam juga boleh menerima kebenaran ini. Penekanan Nabi s.a.w. kepada dua golongan ini juga boleh difahami sebagai bermaksud bahawa ulama dan umara adalah dua cabang kepimpinan umat yang terpenting sekali.

13. Peranan utama para ulama ialah dalam bidang keilmuan. Mereka berperanan untuk memimpin umat dalam bidang ilmu pengetahuan dan pendidikan, memelihara ilmu agama, memelihara ilmu yang dapat menjamin kesatuan iman, ilmu dan amal, memajukan ilmu dalam semua bidang dan memastikan ketertiban wujud dalam sistem ilmu pengetahuan. Yang ditekankan ialah keperluan untuk memelihara institusi ulama yang disebutkan dalam seuah hadis sebagai pewaris para nabi. Para ulama dilihat sebagai pewaris peranan dan ciri-ciri kenabian, khususnya pewaris peranan dan ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam sejarah Islam perkembangan ilmu pengetahuan yang dimajukan oleh para ulama sehingga memungkinkan lahirnya tamadun yang maju lagi kompleks telah membawa kepada pembahagian fungsi ulama menurut bidang kepakaran dan otoriti masing-masing. Institusi ulama itu sendiri sudah berpecah kepada cabang-cabangnya yang kesemuanya memang diperlukan oleh umat. Cabang-cabang utamanya ialah ulama fekah, ulama kalam, ulama tasawuf dan ulama falsafah. Pada zaman keagungan Islam kita dapati bahawa kedinamisan empat cabang ulama inilah yang menyumbang besar kepada kemajuan dan kesejahteraan umat.

14. Fungsi utama para umara ialah menegakkan dan memelihara keadilan dalam masyarakat. Masyarakat akan porak peranda sekiranya ketidakadilan berleluasa di kalangan rakyat. Fungsi keadilan ini sangat ditekankan dalam al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi s.a.w.

15. Fungsi kesaksian yang dimainkan oleh para syuhada juga penting dalam pembelaan agama. Kesaksian yang dimaksudkan ialah kesaksian terhadap keEsaan Allah s.w.t. dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Setiap Muslim sememangnya saksi kepada kebenaran ini. Tetapi yang membezakan antara para syuhada sebagai satu golongan yang benar-benar layak untuk digelar syuhada dengan orang Islam yang lain ialah keberanian mereka dalam membela kebenaran Islam. Para syuhada ini terdiri daripada mereka yang sanggup mati mempertahankan Islam.

16. Tentang peranan para salihin telah saya tegaskan tadi. Kita semua mengharapkan agar kita akan mempunyai anak-anak yang salih. Al- Qur’an menegaskan iman dan amal yang salih. Dalam tahayat solat kita mengucapkan salam kepada hamba-hamba Allah yang salih. Tanpa para salihin salah satu tiang masyarakat patah dan kehidupan masyarakat dan umat tidak sempurna.

Tegasnya, umat kita amat memerlukan keempat-empat golongan yang kita maksudkan, iaitu para ulama, para umara, para syuhada dan para salihin.

Wa bi’Llah al-tawfik wa’l-hidayah, wa bihi nasta’in.

Epistemologi Ahlis-Sunnah Wal-Jama’ah dan Kepentingannya Dalam Pembinaan Tamadun

Pendahuluan

  • Yang dimaksudkan dengan ”epistemology” atau faham ilmu, atau falsafah ilmu ialah teori tentang ilmu pengetahuan, keadaannya, dasar-dasarnya, batasan-batasannya, dan kesahihannya.
  • Yang dimaksudkan ilmu itu – antaranya pada al-Baqillani rh dalam at-Tamhidnya pada bahagian awalnya – ialah mengenali apa yang dimaklumi itu mengikut keadaan hakikatnya yang sebenarnya. (“ma’rifatul-ma’lum bima huwa bihi”).
  • Para ‘ulama usul al-din Ahlis-Sunnah mentarafkan peringkat mengenali itu sebagai peringkat tertinggi, iaitu mengenali apa yang diketahui dengan sebenarnya, dengan yakin berdasarkan kepada dalil. Ianya melebihi sangkaan yang kuat (zann), syak (sama banyak antara yang ya atau tidak), sangkaan yang lemah (waham), kejahilan semata (al-jahl), dan jahil yang bersusun (jahil al-murakkab), iaitu tidak disedari iaya jahil, disangkanya dirinya mengetahui sebenarnya. Ianya mesti dengan dalil dan yakin; tanpa dalil dan yakin tidak dipanggil ilmu atau ma’rifah.
  • Yang dimaksudkan Ahlis-Sunnah wal-Jamaah ialah ajaran dan amalan yang berasal daripada Nabi s.a.w. dan para Sahabatnya sebagaimana yang ternyata daripada hadith yang menyebut umat Islam akan berpecah kepada 73 golongan, yang selamat hanya satu, iaitu mereka yang dipanggil sebagai jemaah yang selamat dan benar, yang berpegang kepada dasar hidup nabi dan para Sahabatnya, mereka itulah Ahlis-Sunnah wal-Jamaah.
  • Dasar dan amalan inilah yang kemudiannya berkembang di kalangan para ulama Ahlis-Sunnah dalam pelbagai disiplin ilmu, yang dihuraikan oleh tokoh-tokoh dalam bidang tafsir Quran, qiraat, hadith dan cawangan-cawangannya, usul al-din, fiqh, usul al-fiqh, akhlak dan tasawwuf, termasuk falsafahnya, demikian seterusnya dengan pelbagai cawangan dan disiplin ilmu, antaranya sebagaimana yang dihuraikan dalam ”al-Muqaddimah” oleh ’Abd al-Rahman ibn Khaldun rh antara lainnya. (c.f. Osman Bakar, The Classification of Knowledge).
  • ’Abd al-Qahir al-Baghdadi rh membahagikan Ahlis-Sunnah wal-Jamaah dalam bahagian yang kemudian dalam kitabnya al-Farq bainal-Firaq kepada beberapa bahagian mengikut disiplin ilmu dalam epistemologi Ahlis-Sunnah wal-jamaah seperti: ilmu al-kalam atau usul al-din, ilmu tafsir Quran dan qiraat, ilmu hadith dan cawangan-cawangannya, ilmu fiqh dan ahli-ahlinya (termasuk usul al-fiqhnya), ilmu sastera dan nahu sarafnya, ilmu lughahnya, ilmu tasawwuf  dan para ahlinya. Termasuk ke dalam golongan mereka itu orang awam yang mengikut panduan ulama Ahlis-Sunnah wal-jamaah dan juga mereka yang menjaga sempadan negeri-negeri Ahlis-Sunnah wal-Jamaah.

Cawangan-Cawangan Ilmu Ahlis-Sunnah Dan Ciri-Cirinya:

1.  Ilmu Tafsir:

  • Berdasarkan kepada panduan-panduan ayat-ayat Quran
  • Panduan hadith-hadith
  • Huraian-huraian para ulama Ahlis-Sunnah yang muktabar dalam bidangnya seperti al-Baidawi, al-Nasafi, al-Jalalain, a-Khazin, al-Baghwi, Fakhrul-razi dan seterusnya; sampailah kepada para mufassirin zaman kemudian.

2.  Ilmu Hadith:

  • Berdasarkan ilmu-ilmu hadith oleh para imam yang diakui  seperti para pengumpul “kutub sittah” dan lainnya dan para pensyarah kitab-kitab mereka.
  • Huraian para ulama tentang mustalah al-hadith.
  • Huraian para ulama tentang “al-jarh wa tadil“.
  • Huraian para ulama tentang sejarah perkembangan hadith.

3.  Ilmu usul al-din:

  • Berdasarkan kepada Quran, Sunnah, dan ijma’.
  • Berdasarkan kepada huraian para ulama Ahlis-Sunnah yang muktabar dalam bidang ini seperti Imam Abul-Hasan al-Ash’ari, al-Maturidi, al-Baghdadi, al-Baqillani, al-Nasafi, dan seterusnya dalam memberi huraian tentang Tuhan, para nabi, malaikat, kitab samawi, akhirat, dan qadha dan qadar.
  • Juga berdasarkan kepada huraian mereka yang menolak Mu’tazilah, Jabariah, Qadariah, Murji’ah, Khawarij, Batiniah, dan Syiah atau Rafidah.
  • Semuanya perlu diketahui dengan jelas dan simpati supaya akidah Ahlis-Sunnah dijadikan pegangan dan dihayati dan yang lain-lain dijadikan sempadan dan ditolak, samaada dalam bentuk lama atau baharu, klasik atau moden.
  • Yang moden yang perlu difahami dan ditolak seperti materialisme, sekularisme, dekonstruksinisme, pasca-modernisme dan seterusnya, iaitu mana-mana yang berlawanan dengan ciri-ciri pegangan Ahlis-Sunnah wal-jama’ah.
  • Mana-mana tulisan moden yang boleh membantu dalam memahami akidah ini boleh dimanafaatkan seperti tulisan-tulisan Dr. Zandani, juga pemikir-pemikir Barat seperti Fritjof Capra antaranya dengan The Tao of Physicsnya antara lainnya.
  • Tulisan Dr. Iqbal seperti The Reconstruction of Religious Thought in Islam juga perlu difahami dengan jelas dan penuh simpati serta manafaat daripadanya perlu didapati, walaupun mungkin dalam beberapa perkara tentang pemikirannya kita berbeza dengannya.
  • Cabaran-cabaran terhadap pemikiran dan akidah Ahlis-Sunnah dalam penulisan semasa – termasuk apa yang ada dalam internet – perlu diberi respons yang tepat oleh para ulama dan sarjana Muslim dengan kerjasama mereka yang berwenang.
  • Nusantara atau Dunia Melayu Muslim mesti dikekalkan akidah Ahlis-Sunnah wal-jamaahnya dengan ciri-cirinya demi untuk menjaga kesahihan akidahnya dan juga kestabilan intelektuil dan rohaninya sebagai asas yang kukuh bagi pembinaan tamadun dan budaya di rantau ini (selain daripada mengambil kira dan memanfaatkan perkembangan-perkembangan terbaharu dalam ilmu pengetahuan dan teknologi termasuk ICT).
  • Perlu dihadapi dengan cara berkesan fenomena pihak-pihak yang tertarik dengan pemikiran Syiah sehingga dianggap perlu menggantikan pemikiran dan akidah Ahlis-Sunnah di Dunia Melayu.
  • Juga perlu dihadapi dengan berkesan fenomena Kristianisasi dan yang sepertinya.

4.  Ilmu Fiqh:

  • Ilmu berkenaan dengan detail-detail hukum Syara’ dalam Islam berdasarkan kepada Quran, Sunnah, Ijma’ mereka yang muktabar, dan Qias mereka yang berwenang. Juga istihsan, istislah, istishab dan seterusnya.
  • Berdasarkan kepada mazhab-mazhab yang diakui dalam Ahlis-Sunnah wal-Jamaah, dan kalau di Nusantara mazhab Imam Syafi’i rd dengan tambahan-tambahan dalam bentuk fatwa-fatwa dan keputusan-keputusan baharu yang diperlukan berdasarkan kepada kaedah-kaedah mazhab yang diakui.
  • Ini demi untuk menjaga kesahihan dalam perkembangan dan pengamalan hukum serta keseragaman dalam perlaksanaan hukum dan kesenangan dalam menguruskan kehidupan kolektif umat di rantau ini.
  • Perlu dihadapi fenomena pemikiran dan pemahaman tentang hukum yang terbebas daripada mazhab yang muktabar (aliran “al-lamadhhabiyya”) kononnya kerana hendak “kembali kepada Quran dan Sunnah” sahaja, atau kerana “hendak menghapuskan sarang labah-labah yang berabad-abad itu” (“the web of the centuries”) dan sebagainya.
  • Perlu dihadapi fenomena memberi fatwa atau pendapat secara tidak mengikut adab dan ketertiban sebagaimana yang dihuraikan oleh para ulama muktabar tentang fatwa dan membuat keputusan hukum (‘istinbat’), mengeluarkan pendapat sendiri-sendiri, atau mengikut apa yang dipanggil sebagai ulama “haraki” dan ditolaknya yang “tidak haraki” sampai terjejas ciri-ciri sahih keputusan hukum dalam Ahlis-Sunnah wal-jamaah (c.f. teguran al-Hudaibi terhadap almarhum Maududi dalam hubungan dengan istilahnya yang empat yang menyalahi ijma’ Ahlis-Sunnah wal-jamaah; demikian pula teguran yang dibuat dalam hubungan dengan pemikiran almarhum Syed Qutb rh dengan penuh penghormatan kita kepada beliau yang sangat banyak berjasa itu).
  • Perlu dihadapi fenomena yang bercanggah dengan dasar “bertanyalah kepada ahli ilmu kalau kamu tidak mengetahui” yang tertingginya merujuk kepada para mujtahidin sebenarnya;
  • Juga fenomena yang bercanggah dengan pengajaran dalam hadith:

الدين النصيحة…لأئمة المسلمين…

Keceriaan yang murni dan sungguh-sungguh dalam hubungan dengan para ulama dan para pemimpin dalam kehidupan bermasyarakat sekaligus dengan mengamalkan adab-adab dan cara-cara berinteraksi dengan mereka sebagaimana yang ada dalam teks-teks Ahlis-Sunnah wal-jamaah.

5.  Ilmu Akhlak dan Tasawwuf:

  • Keperluan kepada usaha merujuk dan mengambil panduan daripada sistem ilmu tasawwuf yang muktabar sebagaimana yang ada dalam Ahlis-Sunnah wal-jamaah seperti Imam al-Ghazali rd dan al-Qushairi rh serta al-Junaid al-Baghdadi rh dan lainnya serta teks-teks mereka dan perjalanan hidup mereka.
  • Keperluan mengelak daripada ciri-ciri yang tidak wajar dalam kefahaman sufiah dan amalan-amalannya, apa lagi yang bercanggah dengan hukum Syara’ dan ciri-ciri Batiniah yang sesat dan menyesatkan yang muncul atas nama tasawwuf atau ilmu hakikat yang palsu dan juga keperluan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul berkaitan dengannya.
  • Keperluan mengembalikan umat kepada “makarim al-akhlak” dengan pemusatan kepada sifat-sifat yang mulia dan utama serta mengikis sifat-sifat yang sebaliknya melalui ilmu pengetahuan yang berkenaan dan latihan-latihan akhlak dan adab amaliah dalam kehidupan harian.
  • Keperluan untuk menghalang dengan pelbagai cara yang mungkin melalui undang-undang, pendidikan, dan kawalan masyarakat, serta media peribadi-peribadi yang sesat daripada menyesatkan orang ramai melalui dakwaan-dakwaan palsu tentang kemampuan memberi kepimpinan rohaniah yang tinggi.

Beberapa Segi Epistemologi Sunni:

Antaranya ini boleh dilihat pada bab kelima al-Farq Bainal-Firaq: antara dasar-dasar atau “usul”nya ialah:

Rukun Yang Pertama

  • Yang disepakati dikalangan mereka rukun pertamanya mengithbatkan hakikat-hakikat dan ilmu-ilmu yang mereka ijma’kan tetapnya ilmu-ilmu itu dengan makna-makna yang ada pada para ulama dan dianggap sesat mereka yang menafikan ilmu dan lain-lain sifat (a’rad) seperti yang berlaku pada golongan “Sophists” (ini boleh terkena pada pemikiran pascamodernisme) yang menafikan ilmu dan hakikat-hakikat benda-benda yang ada. Demikian pula sesatnya mereka yang menganggap semua pegangan dan kepercayaan sebagai sah walau pun yang saling berlawanan dan bercanggahan.
  • Ulama ahli Sunnah membahagikan ilmu manusia kepada yang bersifat badihiah, yang hissi, dan istidlali – mereka yang menafikan ilmu yang bersifat badihi dan hissi – melalui pengamatan pancaindera – sebagai golongan degil.
  • Mereka yang menafikan ilmu dari tilikan akal (al-nazar) dan istidlali (dengan mengambil dalil pemikiran) , kalau ianya seperti golongan Sumniyah yang mengingkari penilikan akal dalam ilmu akliah ia kafir mulhid, seperti golongan dahriah atau materialist, yang berpegang kepada sediakalanya alam, penafian adanya Tuhan Pencipta alam, berserta dengan fahaman membatalkan semua agama-agama (dan ini juga menyentuh pemikiran pascamodernisme sekarang).
  • Kalau orang demikian berpegang kepada tilikan akal dalam ilmu akliah dan menolak kias dalam cawangan hukum Syara’ seperti mazhab Zahiriah, itu tidak membawa kepada kekufuran.
  • Ahlis-Sunnah mengajarkan pancaindera yang mengesani perkara-perkara zahir yang boleh dikesani olehnya (al-mahsusat) ialah pemandangan mata bagi mengesani apa yang boleh dilihat, perasa yang mengesani seperti rasa makanan, penciuman bagi mengesani bau, sentuhan bagi mengesani panas dan sejuk, basah dan kering, sifat lembut dan kasar.
  • Ahlis-Sunnah mengajarkan apa-apa yang dicapai melalui pancaindera ini berupa sebagai makna-makna (al-maani) yang berdiri dengan alat-alat pancaindera itu. (Ilmu yang berpunca daripada pengesanan melalui pancaindera dan tilikan akal boleh diperpanjangkan dengan perlaksanaan kaedah saintifik, penyelidikan, dan pemikiran serta rumusan ilmu pengetahuan dan alat-alat kelengkapan yang diperlukan zaman sekarang sampailah kepada ICT dan seterusnya).
  • Mereka mengajarkan bahawa khabar berita yang mutawatir – yang sampai melalui punca yang terlalu banyak yang tidak memungkinkan salahnya – adalah jalan ilmu yang daruri – tidak boleh tidak – yang sah bila cukup syarat-syaratnya pada mereka. Termasuk ke dalam contoh ini ialah pengetahun kita tentang para nabi dan raja-raja sebelum kita dalam sejarah. Adapun sahnya penegasan tentang pangkat kenabian para anbiya itu maka itu sah melalui hujah-hujah nazariah atau tilikan akal. Maka dikirakan  kafir mereka yang mengingkari ilmu dari kaedah atau jalan riwayat mutawatir.
  • Mereka memperincikan ciri-ciri riwayat yang mutawatir, yang mustafid, dan yang bersifat ahad, yang terakhir dengan periwayat seorang atau terlalu sedikit.
  • Berita ahad pada Ahlis-Sunnah bila sahih sandarannya dan matannya tidak mustahil pada akal, maka mesti diamalkan ajarannya. Dengan kaedah ini para ulama fiqh mensabitkan kebanyakan hukum Syariat dalam ibadat, mu’amalat, dan lain-lain bab haram dan halal.
  • Mereka menganggap sesat golongan-golongan yang menggugurkan wajib beramal dengan riwayat ahad seperti golongan Syiah Rafidah, Khawarij, dan lain-lain golongan yang mengikut hawa nafsu mereka.
  • Khabar mustafid adalah ditengah-tengah antara mutawatir dan ahad – mesti berilmu dengannya dan mesti beramal dengannya. Termasuk di bawah kaedah ini ialah ilmu tentang beberapa ma’jizat Nabi s.a.w. seperti terbelah bulan, bertasbihnya anak batu, meratapnya pelepah tamar, cukupnya makanan sedikit bagi orang ramai dan seterusnya.
  • Khabar mustafid banyak terdapat dalam hukum Syara’ seperti nisab zakat, had khamar, ilmu tentang menyapu dua kasut panjang, hukum rejam, dan yang sepertinya yang disepakati ulama fiqh tentang penerimaan terhadapnya; dianggap sesat mereka yang menyalahi mereka dalam hal ini seperti golongan Khawarij, yang mengingkari rejam.
  • Dan dikirakan kafir mereka yang mengingkari ru’ya atau memandang Allah di Syurga, Kolam nabi di akhirat, syafa’ah dan azab kubur.
  • Sabitnya Quran, zahirnya, dan mu’jizatnya yang menyebabkan ianya tidak boleh ditentang itu melalui riwayat mutawatir yang menjadikannya ilmu daruri.
  • Ahlis-Sunnah bersepakat bahawa Allah mentaklifkan para hambaNya mencapai ma’rifat terhadapNya, dan mereka diwajibkan tentangnya, juga mereka disuruh berma’rifat dalam hubungan dengan RasulNya, dan KitabNya, serta beramal dengan apa yang ditunjukkan oleh Kitab dan Sunnah nabiNya.
  • Dianggap kafir mereka yang menegaskan bahawa Allah tidak menyuruh ma’rifat seseorang itu, seperti yang diperpegangi oleh Thumamah, dan al-Jahiz, dan segolongan daripada Syiah Rafidah.
  • Mereka bersepakat bahawa usul Hukum Syariat ialah Quran, Sunnah, dan Ijma’ golongan Salaf.
  • Mereka anggap kafir pihak yang menegaskan – seperti golongan Syiah Rafidah – bahawa tidak ada hujah sekarang ini pada Quran dan Sunnah kerana pada dakwaan mereka para Sahabat telah mengubah sebahagian dari Quran itu  dan melakukan “tahrif” pada setengah daripadanya.
  • Mereka anggap kafir golongan Khawarij yang menolak semua hadith-hadith Sunan yang dinukilkan oleh para periwayatnya oleh kerana mereka mengatakan para penukil hadith itu – termasuk Sahabat – menjadi kafir.
  • Mereka menganggap kafir al-Nazzam yang menolak hujah ijma’ dan hujah mutawatir, dan yang berpegang kepada harus berlakunya persepakatan umat Islam atas kesesatan dan kemungkinan berlaku pembohongan di kalangan mereka yang terlibat dalam riwayat yang mutawatir.

Tentang Rukun Yang Kedua.

  • Tentang baharunya alam ini, yang mereka sepakati ialah alam itu ialah sekelian yang selain dari Allah.
  • Maka sekalian yang lain dari Allah dan sifat-sifatNya yang azali adalah makhluk yang diciptakanNya.
  • Pencipta alam bukan makhluk, bukan dicipta, bukan dari jenis alam, bukan dari jenis sesuatu bahagian atau juzu’ alam.
  • Mereka bersepakat alam ini terdiri dari zat dan sifat (jauhar dan ’arad).
  • Mereka mengajarkan tiap jauhar – iaitu atom – tidak boleh dibahagi (Sekarang ini ianya boleh dibahagi- proton, neutron, dan sebagainya, dengan entiti-entiti baharu seperti “quarks” dan seterusnya dalam fizik quantum).
  • Mereka mengajarkan adanya para malaikat, jin, dan syaitan-syaitan daripada makhluk-makhluk dalam alam.
  • Mereka aggapkan kafir mereka yang mengingkari ini semua seperti golongan ahli falsafah dan puak Batiniah.
  • Mereka menganggapkan sesat golongan yang mengajarkan fahaman serba-dua (al-thanawiyah) iaitu jisim terdiri daripada nur atau cahaya, dan zulmah atau kegelapan; yang baik daripada nur, yang jahat daripada zulmah.
  • Mereka bersepakat tentang baharunya ’arad pada semua jisim-jisim, dan mereka menganggap tiap-tiap ‘arad itu baharu pada tempatnya ‘arad itu tidak berdiri sendirinya.
  • Ahlis-Sunnah bersepakat tentang fananya seluruh alam ini dan mereka mengajarkan kekalnya syurga dan neraka, syurga dengan ni’matnya dan neraka dengan azabnya melalui jalan Syara’.
  • Mereka menganggap kafir golongan Jahmiah yang mengajarkan syurga dan neraka itu binasa.
  • Mereka menganggap kafir Abul-Hudhail yang berpendapat akan terputusnya ni’mat syurga dan azab neraka;

Rukun Ketiga Berkenaan Dengan Pencipta Alam.

  • Semua peristiwa yang berlaku mesti ada yang melakukannya dan yang menjadikannya.
  • Ahlis-Sunnah menganggap kafir Thumamah dan pengikutnya dari golongan Qadariah yang mengajarkan bahawa perbuatan-perbuatan itu timbul sendiri – al-mutawallidah – tanpa pembuatnya. Mereka mengajarkan Pencipta alam hanya menjadikan jisim-jism dan ‘arad sahaja, bukan perbuatan-perbuatan.
  • Mereka menganggap kafir Ma’mar dan para pengikutnya dari golongan Qadariah yang mengajarkan Allah tidak menciptakan sesuatupun daripada ‘arad-‘arad yakni sifat-sifat yang ada pada jisim-jisim. Ia hanya menjadikan jisim-jisim sahaja. Jisim-jisimlah yang menjadikan ‘arad-‘arad sendirinya.
  • Golongan pelampau atau ghulat dari kalangan Syiah Rafidah mengajarkan bahawa ‘Ali adalah jauhar makhluk, yang baharu dijadikan, kemudian ia menjadi Tuhan Pencipta Alam dengan meresap masuk – hulul – roh Tuhan ke dalamnya. Mereka ini mengajarkan Tuhan tidak ada kesudahan dan hadNya.
  • Hasyim bin Hakam al-Rafidi mengajarkan Tuhan yang disembahnya tujuh jengkal dengan jengkalnya sendiri.
  • Ahlis-Sunnah mengajarkan mustahil Tuhan itu ada rupa bentuk dan anggota, khilaf bagi golongan ghulat Rafidah dan para pengikut Daud al-Hawari yang mengajarkan bahawa Tuhan ada, mempunyai rupa bentuk seperti rupa manusia.
  • Ahlis-Sunnah bersepakat mengajarkan bahawa Tuhan tidak dikandung ruang atau tempat, dan tidak berlalu atasNya perjalanan masa; ini berlawanan dengan pegangan kaum Syihamiyah dan Karramiyah yang mengajarkan bahawa Tuhan bersentuh dengan ‘Arasy.
  • Dinukilkan oleh Ahlis-Sunnah bahawa baginda ‘Ali rd menyataan bahawa Allah menjadikan ‘Arasy bagi menzahirkan QudratNya, bukan bagi menjadi tempat untuk ZatNya (izharan li-Qudratihi la makanan li Dhatihi). Katanya lagi: Telah ada Ia dan tiada tempat (bagiNya), dan Ia sekarang sebagaimana telah adaNya dahulu.
  • Ahlis-Sunnah menafikan adanya kecelaan, kesahan, dan kesakitan pada Tuhan. Mereka menafikan gerak dan diam padaNya. Ini berlawanan dengan Syiah Rafidah yang mengajarkan bahawa tempatNya baharu menjadi daripada gerakNya.
  • Ahlis-Sunnah bersepakat bahawa Allah Maha Kaya tidak memerlukan pertolongan makhlukNya, dan Ia tidak mendapat manafaat daripada makhlukNya untuk DiriNya, dan Ia tidak menolak kemudaratan dariNya melalui makhlukNya. Ini berlawanan dengan dakwaan para Majusi yang mengajarkan bahawa Allah menjadikan para malaikat untuk menolak kesakitan daripada Syaitan terhadapNya.
  • Ahlis-Sunnah bersepakat bahawa Pencipta Alam adalah Esa. Ini berlawanan dengan Majusi yang mengajarkan ada dua yang kadim, iaitu Nur dan Zulmah.
  • Ini juga berlawanan dengan Rafidah yang mengajarkan bahawa Allah menyerahkan tadbiran alam kepada ‘Ali, ialah Pencipta Yang Kedua (al-Khaliq al-Thani).

Berkenaan Dengan Rukun Yang Keempat.

  • Berkenaan Dengan Sifat-Sifat Allah: IlmuNya, QudratNya, HayatNya, IradatNya, Sama’Nya, BasarNya, dan KalamNya, yang semuanya Sifat-Sifat Yang Azali dan Kekal.
  • Mu’tazilah menafikan semua Sifat-Sifat Azali bagi Allah: mereka mengajarkan tidak ada bagi Allah sifat Qudrat, Ilmu, Hayat, Basar, dan tidak ada PencapaianNya bagi semua yang boleh didengar.Mereka mensabitkan bagiNya kalam yang baharu.
  • Kata Ahlis-Sunnah: menafikan sifat bermakna menafikan apa yang disifatkan, sebagaimana menafikan perbuatan bermakna menafikan pembuat.
  • Ahlis-Sunnah bersepakat Kuasa Allah berlaku atas semua yang ditakdirkan, dengan QudratNya yang satu. Dengan Qudrat yang satu berlaku semua yang ditakdirkan.
  • Ahlis-Sunnah bersepakat bahawa Ilmu Allah adalah satu dengan Ilmu itulah Ia mengetahui semua maklumat secara terperinci tanpa pancaindera, cara badihiah, dan mengambil dalil.
  • Kaum Rafidah di kalangan Syiah mengajarkan Allah tidak mengetahui sesuatu sebelum jadinya.
  • Ahlis-Sunnah bersepakat bahawa Sifat Basar dan Sama’ Allah meliputi semua yang boleh dilihat dan didengar dan Allah berterusan melihat DiriNya dan Mendengar KalamNya.
  • Ahlis-Sunnah bersepakat bahawa Allah boleh dilihat oleh orang mukmin di akhirat. Mereka berpendapat harus melihatNya dalam tiap-tiap hal dan bagi tiap-tiap yang hidup melalui jalan akal. Dari mereka mengajarkan wajib orang mu’min melihatnya secara khusus di akhirat melalui jalan khabar dalam nas. Ini berlawanan dengan pendapat Qadariah dan Jahmiyah yang mengajarkan mustahil Ianya boleh dilihat.
  • Ahlis-Sunnah bersepakat bahawa Kehendak Allah – Iradat dan Masyi’ahNya – tertakluk atas segala perkara.
  • Mereka mengajarkan bahawa tidak ada yang berlaku dalam alam melainkan dengan KehendakNya, apa yang dikehendakiNya jadi, apa yang tidak dikehendakiNya, tidak menjadi.
  • Golongan Qadariah Basrah berpendapat ada Allah kehendaki apa yang tidak menjadi, dan ada yang menjadi apa yang tidak dikehendakiNya.
  • Ahlis-Sunnah bersepakat Hayat Tuhan tanpa roh dan makanan; dan semua arwah adalah makhluk. Ini berlawanan dengan Nasrani yang mendakwa sediakalanya bapa, anak dan roh (dalam tiga oknum mereka).
  • Mereka bersepakat bahawa kalamullah adalah SifatNya yang azali, dan itu bukan makhluk, bukan baharu.

Rukun Yang Kelima Berkenaan Dengan Nama-Nama Allah.

  • Nama-Nama Allah pada Ahlis-Sunnah adalah perkara tauqif, iaitu samaada ianya diambil daripada al-Quran atau Sunnah yang sahih atau ijma’ umat tentangnya; tidak dibolehkan qias tentangnya.
  • Berlawanan dengan pihak seperti Mu’tazilah Basrah yang membolehkan qias. Al-Jubba’I misalnya menyesatkan bila ia memberi nama Muti’ (yang taat) kepada Allah melalui jalan qias kerana katanya Allah memberi kehendak hambaNya.
  • Ahlis-Sunnah mengajarkan tentang adanya Sunnah yang menyebut nama Tuhyan sebanyak sembilan puluh sembilan, dan sesiapa yang membilang-bilangnya masuk syurga. Maksudnya bukan hanya menyebut dan membilang tetapi mempunyai ilmu tentangnya dan beriktikad tentang makna-maknanya.
  • Ahlis-Sunnah mengajarkan bahawa Nama-Nama Tuhan ada tiga bahagian: sebahagian yang menunjukkan ZatNya, seperti al-Wahid (Yang Esa), al-Ghani (Yang Maha Kaya), al-Awwal (Yang Kadim tanpa permulaan), al-Akhir (Yang Kekal tanpa kesudahan), al-Jalil (Yang Maha Hebat), al-Jamil (Yang Maha Indah), dan lain-lain yang Ia berhak bersifat dengannya.
  • Sebahagian lagi yang memaksudkan Sifat-SifatNya yang azali yang bersekali dengan ZatNya seperti al-Hayy (Yang Maha Hidup), al-Qadir (Yang Maha Berkuasa), al-‘Alim (YangMaha Mengetahui), al-Murid (Yang Maha Berkehendak), as-Sami’ (Yang Maha Mendengar), al-Basir (Yang Maha Melihat), dan lain-lain Nama daripada Sifat-Sifat Yang berdiri dengan ZatNya.
  • Sebahagian lagi Nama-Nama yang timbul daripada perbuatan-perbuatanNya seperti al-Khaliq (Yang menjadikan alam), ar-Razig (Yang Maha Mengurnia rezeki), al-‘Adil (Yang Maha Adil), dan yang sepertinya.
  • Bagi golongan pascamodernis yang menolah naratif agung- akidah seperti ini dalam agama – dan golongan materialis, ini semua tertolak sebagai bahan-bahan tanpa makna yang tidak perlu diambil kira. Ini perlu diberi respons dan perlu dihadapi dengan berkesan).

Tentang Rukun Yang Keenam.

  • Tentang Keadilan Ilahi dan Hikmat KebijaksanaanNya. Mereka mengajarkan bahawa Allah menjadikan jisim-jisim dan ‘arad-arad yang baiknya dan yang buruknya semua sekali (kalau sekarang boleh dikatakan Ia menjadikan semua atom-atom, neutron-neutron, proton, elektron, quark-quark, serta lain-lainnya seperti yang ada ini semua, samaada dalam bentuk gelombang atau zarrah, dengan sifat-sifatnya semua sekali).
  • Bahawa Allah menjadikan usaha para hambaNya, tidak ada yang menjadikannya selain daripada Allah. Ini berlawanan dengan golongan Qadariah yang menegaskan Allah tidak menjadikan sesuatupun daripada usaha para hambaNya, dan berlawanan dengan golongan Jahmiyah yang mengajarkan bahawa hamba tidak melakukan usaha dan tidak berkuasa atas usaha mereka.
  • Pada Ahlis-Sunnah sesiapa yang berpegang kepada ajaran bahawa para hamba menjadikan usaha mereka, ia Qadariyah, syirik dengan Tuhannya, kerana mendakwa para hamba menjadikan seperti Tuhan mennjadikan ‘arad-‘arad seperti gerak-gerak dan diam dalam ilmu dan iradat, kata-kata dan suara.
  • Dan – mereka mengajarkan – sesiapa yang menegaskan bahawa hamba tidak ada upaya untuk berusaha, ia tidak melakukan amal, serta tidak melakukan usaha, maka ia Jabariyah. Sesiapa yang berpegang kepada ajaran bahawa hamba berusaha bagi amalnya dan Allah pencipta usahanya, maka ia Ahlis-Sunnah.
  • Ahlis-Sunnah mengajarkan bahawa hidayah adalah dari Allah dari dua segi: iaitu segi menerangkan yang benar dan menyeru kepadanya, serta membentangkan hujah-hujah dan dalil untuknya. Dari segi in maka sah dinisbahkan hidayah kepada para Rasul a.s.s dan da’I kepada agama Allah kerana mereka memberi panduan yang benar kepada Allah. Ini penafsiran terhadap ayat yang bermaksud “Sesungguhnya tuan hamba menyeru kepada Jalan Yang Lurus” (Surah al-Shura: ayat 52).
  • Segi keduanya: hidayah pertunjuk Allah terhadap para hambaNya dalam erti menjadikan bimbingan hidayat dalam hati para hamba sebagaimana yang ada dalam ayat yang bermaksud “Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat kepadanya, ia membukakan dadanya bagi menerima agama Islam, dan sesiapa yang Ia kehendaki supaya dibiarkan dalam kesesatan Ia menjadikan dadanya sempit” (Surah al-An’am: ayat 126). Hidayat dalam aspek ini hanya Allah sahaja yang berkuasa melakukannya.
  • Ahlis-Sunnah mengajarkan bahawa sesiapa yang mati maka itu kerana ajalnya, dan Allah Maha Kuasa untuk memanjangkan umurnya.
  • Ahlis-Sunnah mengajar tentang rezeki iaitu sesiapa yang makan atau meminum sesuatu itu rezekinya, samaada halal atau haram, itu berlawanan dengan golongan Qadariah yang menegaskan bahawa manusia kadang-kadang makan apa yang bukan rezeki baginya.

Tentang Rukun Yang Ketujuh Berkenaan Dengan Kenabian dan Kerasulan.

  • Mereka mengajarkan hakikat adanya kenabian dan kerasulan serta mereka menegaskan kebenaran adanya para Rasul a.s.s yang diutuskan Allah kepada para hambaNya. Ini berlawanan dengan ajaran Brahminisme (juga golongan materialis dan pascamodernis) yang menafikan itu walaupun mereka percaya kepada Tuhan Yang menjadikan alam.
  • Ahlis-Sunnah membezakan antara Rasul dan Nabi. Nabi ialah setiap orang yang turun wahyu kepadanya dari Allah melalui malaikat dan ia diperkuatkan dengan mu’jizat-mu’jizat yang menyalahi adat. Rasul ia sesiapa yang bersifat dengan sifat-sifat tersebut serta dikhaskan baginya syariat yang baharu, ataupun atau ia datang memansukhkan sebahagian daripada syariat yang terdahulu daripadanya.
  • Ahlis-Sunnah menganggapkan kafir orang yang mengaku nabi samaada sebelum Islam seperti Zardasyt, dan Mazdak dan sebagainya, dan yang selepas Islam seperti Musailamah al-Kazzab, Sajah, dan seterusnya.
  • Ahlis-Sunnah menganggap kafir golongan yang menisbahkan kenabian bagi imam-imam atau mengaku mereka itu Tuhan seperti golongan al-Bayaniah, al-Mansuriah, al-Khattabiyah, dan yang menjalani perjalanan mereka. (Termasuk ke dalam kategori ini golongan-golongan sesat yang mengaku Tuhan dalam diri mereka, atau pemimpin mereka menerima wahyu daripada Jibril, atau pemimpin mereka mi’raj, bersemayam atas ‘Arasy dan seterusnya, termasuk juga mereka yang mengaku adanya imam-imam maksum).
  • Mereka mengajarkan: para Nabi a.s.s lebih afdhal daripada para malaikat yang berlawanan dengan pendapat al-Husain bin al-Fadl berserta dengan kebanyakan daripada golongan Qadariah yang mengajarkan malaikat lebih utama daripada para Rasul a.s.s.
  • Ahlis-Sunnah mengajarkan bahawa para Nabi lebih afdal daripada aulia, ini berlawanan dengan mereka yang berpendapat para aulia lebih afdal daripada anbia.
  • Mereka mengajarkan para nabi maksum iaitu bersih daripada dosa. Ini berlawanan dengan pegangan golongan Hisyamiah daripada firkah Syiah Rafidah yang berpegang kepada pendapat para nabi boleh berdosa tetapi mereka mengajarkan bahawa para imam itu maksum bersih daripada dosa.

Rukun Yang Kelapan, Tentang Mujizat Dan Karamah.

  • Mereka mengajarkan bahawa mu’jizat ialah perkara zahir yang menyalahi adat timbul pada seseorang nabi dalam menghadapi kaumnya dan kaumnya lemah untuk menghadapinya, dan ini membenarkan dakwaannya sebagai nabi; maka wajib ditaati nabi yang demikian.
  • Mereka mengajarkan harus zahirnya kekeramatan dari para aulia yang menunjukkan benarnya hal mereka itu.
  • Golongan Qadariah mengingkari adanya karmah aulia kerana mereka tidak mendapati orang yang mempunyai karamah dalam golongan mereka.
  • Ahlis-Sunnah mengajarkan Quran ada mu’jizatnya dalam bentuk susunannya; ini berlawanan dengan pendapat Qadariah, seperti an-Nazzam, yang menyatakan bahawa tidak ada mu’jizat dalam susunan sistem al-Quran.
  • Mereka mengajarkan ada mu’jizat Nabi Muhammad s.a.w. dalam bentuk terbelahnya bulan, bertasbihnya anak batu di tangannya, keluarnya air di celah-celah jarinya, memadainya makanan sedikit untuk orang yang sedemikian ramai, dan yang sepertinya. Golongan Qadariah seperti al-Nazzam mengingkari yang demikian itu.

Berkenaan Dengan Rukun Kesembilan Tentang Syariat Islam Dan Rukun-Rukunnya.

  • Ahlis-Sunnah mengajarkan bahawa Islam terdiri daripada lima rukun, iaitu syahadah, perlaksanaan sembahyang lima waktu, pembayaran zakat, puasa Ramadhan, dan ibadat haji ke Baitullahil-Haram.
  • Mereka mengajarkan sesiapa yang menggugurkan sesuatu rukun yang wajib daripada yang lima ini dan mentakwilkannya seperti yang dilakukan oleh golongan al-Mansuriah, dan al-Janahiah dari golongan ghulat Syiah Rafidah, maka ia kafir. (Ini sama seperti setengah golongan sesat yang menggugurkan wajib sembahyang kononnya kerana makam rohani yang tinggi yang dicapai oleh mereka).
  • Mereka mengajarkan sembahyang lima waktu, dan mereka menganggap kafir orang yang menggugurkan setengah daripadanya, seperti Musalamah al-Kazzab yang menggugurkan wajibnya sembahyang Subuh dan Maghrib; ia menggugurkannya itu sebagai mahar bagi perkahwinannya dengan isterinya Sajah yang juga mengaku nabi; maka ia menjadi kafir mulhid. (Ini sama dalam setengah perkara dengan golongan semasa yang mengajarkan sembahyang itu bukan lima waktu, dan caranya bukan seperti yang biasa diamalkan Ahlis-Sunnah, kerana golongan ini mahu berpegang kepada Quran sahaja mengikut tafsiran sendiri bukannya mengikut sistem ilmu atau epistemologi Sunni).
  • Ahlis-Sunnah mengajarkan wajib sembahyang Jumaat dan mereka menganggap kafir golongan Khawarij dan Syiah Rafidah yang mengajarkan tidak ada sembahyang Jumuat sehingga zahir imam mereka yang mereka sedang nanti-nantikan. (Maka tidak benar ajaran yang membolehkan orang-orang bersuluk tidak sembahyang Jumaat dengan alasan bersuluk, kerana dikatakan penyakit hati yang memerlukan suluk lebih besar daripada penyakit badaniah yang membolehkan orang mukallaf meninggalkan sembahyang Jumaat).
  • Ahlis-Sunnah mewajibkan zakat emas dan perak, wang, lembu kerbau, biji-bijian, makanan utama seperti tamar dan seterusnya, dan sesiapa yang mengatakan tidak wajib zakat dalam perkara-perkara tersebut, ia menjadi kafir. Dijauhkan Allah.
  • Mereka mengajarkan wajib puasa pada bulan Ramadhan bila masuk bulan Ramadhan dengan ru’yah.
  • Mereka anggapkan sesat Rafidah yang berpuasa sebelum kelihatan anak bulan sehari dan berbuka sehari sebelum dibolehkan berbuka.
  • Mereka mengajarkan wajib menunaikan haji sekali seumur hidup bila seseorang itu ada kemampuan melakukannya dan aman jalannya.
  • Mereka menganggap kafir golongan yang mengatakan tidak wajib ibadat haji seperti golongan Batiniah. Tetapi mereka tidak menganggap kafir pihak yang mengatakan umrah tidak wajib kerana ada khilaf antara imam-imam tentang wajibnya.
  • Mereka mengajarkan syarat-syarat sah sembahyang yang terdiri daripada menutup aurat, masuk waktunya, mengadap kiblat, setakat yang mungkin.
  • Sesiapa yang menggugurkan syarat-syarat ini atau sesuatu daripadanya walhal itu mungkin dilakukan maka ia kafir.
  • Mereka mengajarkan bahawa jihad menghadapi para seteru Islam adalah wajib sehingga mereka tunduk dalam Islam, atau menunaikan jizyah.
  • Mereka mengajarkan harus berjual beli dan haram riba.
  • Mereka menganggap sesat golongan yang mengharuskan riba kesemuanya.
  • Mereka mengharuskan nikah dan mengharamkan zina; mereka menganggapkan kafir golongan al-Mu’badiyah dan al-Mahmarah dan al-Khurramiyah yang mengharuskan zina. (Ini menyentuh golongan yang mengamalkan ’nikah batin’ dalam kalangan golongan sesat yang mengajarkan ‘ilmu hakikat’).
  • Ahlis-Sunnah mengajarkan wajib dilaksanakan hukum-hukum had atas zina, perbuatan meminum arak, mencuri, dan menuduh zina.
  • Mereka anggap kafir golongan yang mengatakan tidak wajib had kerana minum arak, dan hukum rejam kerana zina seperti golongan Khawarij.
  • Mereka mengajarkan bahawa punca-punca Syariah ialah al-Quran, Sunnah dan Ijma’ Salaf.
  • Mereka anggap kafir golongan Khawarij yang menolak hujah-hujah ijma’ dan sunah-sunah, juga mereka anggap kafir golongan Syiah Rafidah yang mengajarkan tidak ada hujah dalam semua perkara tersebut. Yang menjadi hujah hanya ajaran imam ghaib yang mereka sedang nanti-nantikan.

Rukun Yang Kesepuluh Suruh dan Tegah Dalam Syara.

  • Mereka mengajarkan bahawa perbuatan orang-orang mukallaf terbahagi kepada lima bahagian, iaitu yang wajib, haram, sunat, makruh, dan harus. (Diikuti dengan definisi-definisinya).

Rukun Kesebelas Berkenaan Dengan Hilangnya Para hamba dan hukum mereka di Akhirat.

  • Mereka mengajarkan Allah berkuasa membinasakan seluruh alam dan membinasakan setengah jisim dan mengekalkan yang lainnya.
  • Mereka mengajarkan bahawa Allah akan mengembalikan semula hayat manusia dan makhluk-makhluk lainnya yang mati di dunia, ini berlawanan dengan golongan yang mengatakan bahawa Allah menghidupkan semula manusia sahaja tidak yang lain-lainnya.
  • Ahlis-Sunnah mengajarkan bahawa Syurga dan Neraka adalah makhluk yang dijadikan, berlawanan dengan pendapat golongan yang mengatakan bahawa kedua-duanyua bukan makhluk.
  • Ahlis-Sunnah mengajarkan bahawa ni’mat Syurga kekal dan azab Neraka kekal atas ahli-ahlinya yang terdiri daripada mereka yang tidak membawa iman dan yang munafik. Ini berlawanan dengan pegangan mereka yang mengatakan bahawa Syurga dan Neraka tidak kekal, akan fana.
  • Ahlis-Sunnah mengajarkan yang kekal dalam neraka ialah mereka yang tidak membawa iman, berlawanan dengan pendapat Khawarij dan Qadariah yang mengajarkan kekal di dalamnya tiap-tiap orang yang masuk ke dalamnya.
  • Mereka mengajarkan golongan Qadariah dan Khawarij – yang telah dijelaskan sifat-sifatnya – kekal dalam Neraka. Dijauhkan Allah.
  • Mereka mengajarkan tetap ada soal dalam kubur dan ada fitnah dan azab di dalamnya bagi mereka yang berkenaan. Mereka memutuskan bahawa mereka yang mengingkari azab kubur akan diazabkan di dalamnya.
  • Mereka mengajarkan adanya Kolam Nabi, Sirat, dan Mizan.
  • Mereka mengajarkan adanya syafaat dari Nabi s.a.w. dan daripada mereka yang salih dari umatnya bagi mereka yang berdosa di kalangan Muslimin dan orang yang ada sebesar zarah iman dalam kalbunya. Mereka yang mengingkari syafaat tidak akan mendapat syafaat.

Rukun Kedua Belas Berkenaan Dengan Kilafah dan Imamah.

  • Imamah, atau khilafah wajib atas umat Islam supaya pihaknya menjalankan hukum dan amanah-amanah, menjaga dan menguatkan kubu-kubu pertahanan, serta menghantar tentera jihad, membahagi-bahagikan fay’ – iaitu harta yang didapati bukan melalui peperangan, dan menyelesaikan masalah penzaliman ke atas mereka yang dizalimi.
  • Diikuti dengan syarat-syarat imamah: ilmu, keadilan, bangsa Quraisy.

Rukun Ketiga Belas Berkenaan dengan Iman, Islam.

  • Mereka mengajarkan asal iman ialah ma’rifah, tasdiq (pembenaran) dengan hati.
  • Mereka mengajarkan wajib taat dalam perkara yang wajib dan sunat dalam perkara yang sunat.
  • Ahlis-Sunnah mengajarkan keimanan tidak hilang dengan berlakunya dosa, tetapi hilang dengan berlakunya kekufuran. Dijauhkan Allah. Orang yang berdosa dia mu’min, bukan kafir, walaupun ia menjadi fasik kerana dosanya.
  • Ahli Sunnah mengajarkan tidak halal membunuh orang mu’min melainkan kerana salah suatu daripada yang tiga: murtad, zina selepas kahwin, atau hukum qisas kerana orang itu membunuh orang.
  • Ini berlawanan dengan golongan Khawarij yang mengharuskan bunuh tiap-tiap orang yang melakukan maksiat.

Rukun Keempat Belas Berkenaan Dengan Para Wali dan Imam-Imam.

  • Ahlis-Sunnah mengajarkan para malaikat maksum daripada semua dosa berdasarkan ayat yang bermaksud. “Mereka tidak derhaka terhadap Allah tentang perkara yang diperintahkan kepada mereka dan mereka lakukan apa yang disuruh” (Surah at-Tahrim: ayat 6).
  • Kebanyakan mereka dalam Ahlis-Sunnah mengajarkan bahawa para nabi a.s.s. melebihi kedudukan para malaikat, berlainan daripada mereka yang menyatakan bahawa para malaikat melebihi kedudukan para nabi. Pendapat ini menyebabkan pegangan bahawa malaikat Zabaniah penjaga Neraka itu melebihi kedudukan ulul-‘azmi di kalangan para rasul.
  • Ahlis-Sunnah mengajarkan: para nabi melebihi para wali, ini berlawanan dengan golongan Karramiah yang mengajarkan para wali melebihi nabi.
  • Ahlis-Sunnah mengajarkan: keutamaan sepuluh orang Sahabat yang diputuskan oleh Nabi bahawa mereka ahli syurga terdiri daripada empat khalifah, kemudian Talhah, Zubair, Sa’ad bin Abi Waqqas, Sa’id bin Zaid, dan ‘Abd al-rahman bin ‘Auf, dan Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah. Allah meredhai mereka.
  • Mereka mengajarkan: terutamanya mereka yang menjadi ahli perang Badar berserta dengan Nabi dan diputuskan bahawa mereka ahli Syurga (Ini semua berlawanan dengan golongan yang mengkritik dan mencela para sahabat terdiri daripada golongan Syiah Rafidah dan lainnya, dan juga pengarang-pengarang moden yang suka mengkritik para Sahabat dan melanggar adab-adab dalam hubungan dengan mereka, yang pembelaan tentang mereka itu banyak dibuat oleh Qadi ‘Iyad rh dalam kitabnya al-Shifa).

Rukun Yang Kelima Belas Berkenaan Dengan Hukum Tentang Para Musuh Islam.

  • Ahlis-Sunnah mengajarkan: Para musuhnya ada dua: yang sebelum Islam dan yang lahir zaman Islam dan yang menunjukkan secara zahirnya mereka Orang Islam.
  • Mereka yang sebelum Islam terdiri daripada pelbagai golongan: para penyembah berhala dan patung;
  • Yang mengikut aliran hululiah yang mengajarkan roh Tuhan masuk meresap dalam bentuk-bentuk yang cantik; para penyembah matahari, bulan, bintang-bintang semuanya atau setengah daripadanya;
  • Yang menyembah malaikat dan memanggilnya sebagai anak-anak perempuan Allah; yang menyembah Syaitan (menyentuh “satanic cult” sekarang); menyembah lembu; menyembah api;
  • Pada Ahlis-Sunnah mereka yang menyembah berhala, manusia, dan malaikat, bintang, api, dan sebagainya haram berkahwin dengan wanita mereka.
  • Tentang jizyah boleh diterima daripada Ahlil-Kitab dan mereka yang ada sesuatu kitab seperti Ahlil-Kitab.
  • Mereka yang tidak membawa iman sebelum Islam: golongan “sophist” – as-sufista’iyah – yang mengingkari adanya hakikat ilmu, termasuk golongan al-Sumniyah yang mengajarkan alam ini kadim, dan mereka mengingkari tilikan akal dan pengambilan dalil dalam pemikiran, dengan dakwaan bahawa tidak ada yang boleh diketahui melainkan yang melalui pancaindera sahaja.
  • Termasuk golongan Materialist klasik – dahriyah – yang mengajarkan alam ini kadim.
  • Termasuk golongan yang mengajarkan kadim benda awal alam (hayula al-‘alam)
  • Termasuk golongan ahli falsafah yang mengajar alam ini kadim dan mereka menolak adanya Tuhan Maha Pencipta; antara, mereka ialah Pythagoras. (Antara ahli sains moden tidak sedikit yang materialist dan menolak adanya Tuhan dan alam rohani).
  • Muslimin bersepakat bahawa semua golongan tersebut tidak boleh dimakan sembelihan mereka dan wanita mereka tidak boleh dikahwini oleh Muslimin. (Diikuti dengan pendetailan hukum tentang jizyah dari mereka, perkahwinan dengan wanita mereka dan sebagainya).
  • Tentang mereka yang tidak membawa iman dalam daulah Islam dan berselindung dengan zahir Islam mereka, dan memperdaya Muslimin secara rahasia: mereka ialah golongan Syiah ghulat rafidah al-Sababiah, al-Bayaniyah, al-Muqanna’iyyah, al-Mansuriah, al-janahiah, al-Khattabiyah, dan lainnya yang berpegang kepada mazhab hulul dan batiniah; juga mereka yang berpegang kepada tanasukh al-arwah – berpindah-pindahnya roh masuk ke dalam badan manusia – terdiri daripada para pengikut ibn Abil-Auja’ juga mereka yang mengikut ajaran Ahmad bin Ha’it dari golongan Mu’tazilah.
  • Juga termasuk: mereka yang berpegang kepada ajaran Yazidiah dari golongan Khawarij yang menegaskan bahawa Syariat Islam menjadi mansukh dengan adanya nabi dari golongan orang bukan Arab. Demikian seterusnya. (Termasuk ke dalam golongan ini mereka yang mendakwa Syariat Islam “tergantung” kerana Imam Mahadi belum datang; maka diharuskan oleh mereka itu zina, arak, dan sebagainya). Golongan ini semua tidak halal dimakan sembelihan mereka dan wanita mereka tidak boleh dikahwini oleh Muslimin.
  • Ringkasnya Ahlis-Sunnah mengajarkan bahawa orang-orang yang menunjukkan amalan dan pegangannya dalam Ahlis-Sunnah ialah mereka yang bebas daripada amalan-amalan dan pegangan-pegangan golongan-golongan yang terkeluar daripada Islam, dan yang terdiri daripada mereka yang mengikut hawa nafsu, walaupun mereka dinisbahkan kepada Islam seperti Qadariah, Murjiah, Syiah Rafidah, Khawarij, Jahmiah, Najjariah dan Mujassimah.

Keperluan Kepada Ilmu-Ilmu Islam Lainnya:

  • Keperluan menyuburkan pendidikan melibatkan disiplin-disiplin ilmu Islam lainnya yang difikirkan perlu demi untuk membangun umat dan budaya dalam rangka pegangan dan amalan serta nilai-nilai dalam Ahlis-Sunnah wal-Jamaah
  • Keperluan kepada ilmu-ilmu lainnya diberikan perspektifnya mengikut epistemologi Ahlis-Sunnah dan faham alamnya (iaitu Islamisasi ilmu-ilmu sebagaimana yang dihuraikan oleh almarhum Prof. Ismail al-Faruqi).

Keperluan Nusantara atau Dunia Melayu Kepada Empat Wacana Agung Sunni:

Secara ringkasnya Dunia Melayu Sunni sehingga kini ditentukan sifat-sifatnya oleh beberapa ciri pokok:

  1. Akidahnya Ahlis-Sunnah wal-Jamaah berdasarkan kepada ajaran Imam Abul-Hasan al-Asy’ari rd – walaupun sekarang ada pihak yang mencabarnya dan hendak menggantikannya dengan sesuatu yang lain dengan pelbagai alasan bidaah dan sebagainya – ini perlu diteruskan dengan tambahan-tambahan seperlunya samaada dalam hubungan dengan fahaman-fahaman klasik dan tradisional yang tidak benar atau aliran-aliran baharu moden yang perlu diberi huraiannya dalam perspektif.
  2. Dari segi kefahaman tentang Hukum Syara’ dan perlaksanaannya ianya berpandukan kepada mazhab Syafi’i. Ini perlu diteruskan dengan tambahan-tambahan seperlunya yang terdiri daripada keputusan-keputusan atau fatwa-fatwa baharu yang diperlukan kerana perkembangan masa dan budaya.
  3. Dari segi kerohanian dan akhlak rantau ini dipandukan oleh huraian-huraian Imam al-Ghazali rd, khususnya mengikut ajarannya yang ada dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din nya. Kepentingannya sedemikian rupa sehingga bila ditanya kepada almarhum Syaikh Muhammad ‘Abduh tentang buku yang terbaik untuk panduan generasi muda dalam bidang akhlah dan kerohanian maka dijawabnya kitab itu ialah kitab Ihya karangan Imam al-Ghazali rd. Maka kitab itu diringkaskan oleh al-Qasimi rh dalam buku Maizatul-Mumininnya. Ini perlu diteruskan dengan tambahan-tambahan seperlunya dalam menghadapi masalah-masalah lama atau baharu.
  4. Keempatnya, sangat ingin mengulangi usul saya, bahawa saya sangat berhasrat sedalam-dalamnya supaya wacana agung ibn Khaldun rh dalam kitabnya al-Muqaddimah - yang ada terjemahan Inggerisnya oleh Franz Rosenthal dan terjemahan Melayunya yang diselenggarakan oleh DBP – dijadikan wacana agung yang memberi panduan dalam perkembangunan intelektuil dan budaya Dunia Melayu di Nusantara. Ianya paling penting untuk pemerkasaan budaya dan tamadun apa lagi dalam menghadapi cabaran budaya ilmu, maklumat dan globalisasi sebagaimana yang dialami sekarang ini.

Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun:

  • Peradaban yang hendak diteruswkan pembinaannya ini ialah peradaban yang dipandukan oleh ajaran Islam aliran Ahlis-Sunnah wal-jamaah di kalangan manusia Dunia Melayu.
  • Ianya dengan mengambil kira faham alam Sunni – dengan huraian tentang Tuhannya, alamnya, manusianya, alam dengan isinya, termasuk alam sekitar dalam erti ekologi yang dibicarakan sekarang.
  • Dengan mengambil kira epistemologinya – dengan takrifnya, punca-puncanya, batasan-batasannya, bidang-bidangnya, kaedah-kaedahnya, matlamat-matlamatnya, samaada matlamat terakhir atau matlamat terdekat.
  • Mengambil kira aksiologi atau falsafah dan huraiannya tentang nilai-nilai unggul dan utamanya dan apa yang sebaliknya, serta cara-cara pemupukan yang utama dan pengikisan yang sebaliknya.
  • Mengambil kira sistem ilmu tradisionalnya, termasuk yang ada di Dunia Melayu, dan perkembangan-perkembangan ilmu terkini dalam sains dan teknologi, termasuk ICTnya, bioteknologinya (setakat yang difikirkan perlu).
  • Mengambil perhatian terhadap persoalan-persoalan ilmu yang timbul akibat perkembangan-perkembangan terkini dalam teknologi dan sains antaranya seperti yang disebutkan oleh Naisbitt dalam bukunya High Tech High Touch.
  • Memberi perhatian kepada pendaulatan Bahasa Melayu di rantau ini sebagai bahasa perantaraan dan bahasa budaya tinggi dan bahasa peradaban, selain daripada mengakui penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang ilmu dan hubungan antara bangsa yang diperlukan.
  • Memberi perhatian seberatnya terhadap persoalan membina dan menguatkan budaya berfikir dan budaya ilmu tinggi yang tergabung dengan hidup moral dan rohani sewajarnya demi untuk pemerkasaan budaya dan tamadun.
  • Mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memupuk kesedaran dan penerimaan terhadap gagasan perpaduan dan kerjasama bangsa Melayu dalam rangka membentuk kesepaduan sosial (al-‘asabiyah dalam takrif Ibn Khaldun rh) sebagai syarat dalam menjayakan budaya dan tamadun yang kuat dalam membentuk kehidupan bernegara dalam rantau dan negara yang di dalamnya terdapat pelbagai kaum dan budaya dalam membina tamadun bersama.

Wallahu a’lam.

Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

Kg Kasar

17000 Pasir Mas

Kelantan.

Ilmu, Pendidikan dan Pembinaan Kekuatan Melayu

Ilmu, Pendidikan dan Pembinaan Kekuatan Melayu Dalam Mengalami Globalisasi Dan Teknologi Komunikasi & Maklumat

OLEH:

MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY

Insya’ Allah dalam nota ini penulis akan berbicara berkenaan dengan jangkauan ilmu, pendidikan, dan permasalahan membina kekuatan Melayu dalam erti ketamadunan—bukan hanya ethnik—dalam menghadapi globalisasi dan TMK. Penulis ini akan menyentuk perkembangan ilmu di Dunia Melayu, dengan penekanan kepada persuratan Islamnya, dan pendidikan sampai ka masakini, dengan mengambil kira perkembangan dalam bidang keislamannya dan bidang-bidang ilmu lainnya; pembinaan kekuatan Melayu itu adalah dengan mengambil kira pembinaan akal budinya, kekuatan budaya dan kemasyarakatan serta ketamadunannya.Dalam perbincangan ini juga penulis ingin mengetengahkan teori asabiah Ibn Khaldun sebagai paksi bagi menjayakan perpaduan Dunia Melayu ini, sudah tentu dengaan panduan agama Islamnya dalam faham ilmu dan nilainya.

Ilmu Dan Akal:

Tentang konsep ilmu pada Orang Melayu Muslim, kita boleh katakan bahawa ianya dipandukan oleh ajaran Islam Sunni; ilmu itu difahamkan—sebagaimana yang ada dalam teks-teks usul al-din misalnya ialah mengetahui sesuatu dengan yakin mengikut keadaannya yang sebenarnya, berdasarkan dalil yang muktabar. Kalau mengetahui sesuatu itu bukan mengikut keadaan yang sebenarnya itu bukan ilmu atau pengenalan tetapi dikatakan kejahilan. Kalaulah tentang sesuatu itu yang diketahui itu lebih banyak yang iannya daripada yang tidak itu dipanggil sangkaan; kalau lebih banyak yang bukan ianya daripada sebaliknya, itu disebut sebagai waham.Ilmu yang berkenaan dengan Tuhan disebut sebagai “pengenalan” atau ma’rifah.(1) Maka yang dituntut dalam semua perkara ialah ilmu, apa lagi Tuhan, yang merupakan objek ilmu yang paling tinggi dan mulia.Ini merupakan objek kewujudan akal manusia mengikut ajaran Islam.Nampaknya antara ulama klasik yang memberi takrifan ilmu ini ialah al-Baqillani rh dalam “al-Tamhid”nya, iaitu takrif yang bermaksud “Mengetahui apa yang boleh dimaklumi mengikut keadaan sebenarnya”. (2)Bila ditanya mengapa tidak disebut “mengetahui tentang sesuatu”, maka disebutkan oleh beliau bahawa apa yang bukan “sesuatu” yang tidak ada juga diketahui, maka kalau disebut “sesuatu” sahaja maka “yang bukan sesuatu yang tidak ada” tidak boleh diketahui, walhal ianya boleh diketahui. Maka kalau dikatakan ilmu itu tiba makna pada jiwa, maka kalau yang “datang” itu tidak benar dan tidak berdasarkan dalil yang boleh diterima, maka tidak ilmu namanya.Bila benar dan dengan berdalil, maka baharulah ilmu namanya.

Dan tentang dalil yang menjadi bukti bagi ilmu itu, dalam ajaran Islam yang diterima dalam tamadun Melayu ialah wahyu, Qur’an, Sunnah yang mutawatir, yang sahih, atau cerita yang mutawatir riwayatnya, yang tidak menasabah lagi ada kebohongan padanya, pancaindera manusia seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, penciuman, dan kecapan.(3) (Dengan itu menjadi berkembang pengesanannya dengan alat-alat yang boleh direka dengan perkembangann tamadun manusia dalam sejarahnya termasuklah, kalau sekarang TMK).

Ke dalam rangka fahaman yang demikian maka pemikiran akal adalah punca ilmu manusia; dan akal ini pula ada aspek-aspek perkembangannya yang menimbulkan huraian—misalnya dalam “Muqaddimah Ibn Khaldun” tentang akal nazari, yang berfikir tentang teori-teori ilmu yang bersifat spekulatif dan tinggi serta mendalam, akal tajribi atau akal pengelaman yang membuat rumusan-rumusan daripada pengelaman-pengelaman dan percubaan-percubaan (yang boleh diperpanjangkan maksudnya sampai kepada percubaan-percubaan dalam ujian-ujian yang terkawal dan tersusun seperti yang dilakukan dalam makmal); akal tamyizi, atau akal pembeza, yang boleh membezakan sesuatu dengan sesuatu yang lain samaada dealam klasnya atau dalam klas lain daripadanya. Akal yang berkembang dengan baik mencakupi banyak segi kemahiran dan pengetahuan dalam agama dan kemahiran-kemahiran lainnya serta pengetrahuan lainnya disebut sebagai akal tambahan atau al-‘aqlul-mazid.Perkembangan al-‘aqlul mazid ini berlaku melalui pendedahan ilmu dan kemahiran serta latihan-latihan dalam budaya menetap yang tinggi tahap kecerdasannya yang menguatkan dan memajukan sesuatu bangsa itu, selain daripada keimanannya dan ketaatannya kepada ajaran Tuhan dan Nabi.(4)

Kalau Syaikh Daud al-Fatani rh pula dalam “al-Warduz-Zawahir”nya beliau menyebut tentang akal, katanya ada ‘akal malaki yang ada padanya “malakah” atau bakat untuk membezakan segala perkara, ada ‘akal fa’’al yang padanya ada kekuatan pendapat membolehkannya membuat penafsiran tentang sesuatu, ada ‘akal gharizi yang membolehkan manusia mengetahui tentang perkara-perkara yang daruri bila akalnya tidak sejahtera, ada ‘akal kasbi hasil daripada kemahiran yang ada pada seseorang natijah daripada usahanya, ada ‘akal nazari (yang membolehkannya berfikir dan membuat renungan tentang ilmu dan membuat kesimpulan), ada ‘akal hayula, yaitu akal yang ada dari asal kelahiran seseorang yang berupa persediaan baginya untuk menerima perkara sebenar tentang sesuatu.Syaikh Daud rh juga menyebut ‘akal syarqi, yaitu akal Nabi saw yang terlebih mulia daripada semua akal makhluk Tuhan (“Warduz-Zawahir”, edisi Wan Muhammad Shaghir Abdullah).(5)

Dalam hubungan dengan ilmu pengetahuan dan pembangunan Dunia Melayu, kita tertarik untuk menukil pendapat ulama Nusantara terkenal di abad ke 19, iaitu Syaikh Ahmad al-Fatani rh, kata beliau dalam “Hadiqatul-Azhar”:

“Ketahui olehmu bahawasanya ahli negeri yang besar-besar yang lain daripada bangsa kita sangat me(ng)amat-amati mereka itu dengan sha’an (iaitu perkara berkenaan dengan kepentingan-p) ilmu dan bersungguh-sungguh mereka itu mengajarkan dia akan anak-anak mereka itu hingga yang perempuan mereka itu sekalipun dan me(ng)usaha mereka itu sehabis-habis usaha pada memudahkan menuntuti ilmu bagi segala-gala orang yang gemar padanya dengan sekelian jalan dan tipu hingga meringkah (iaitu mereka-reka-p) pada mengecapkan segala kitab yang boleh keluar beberapa ribu naskhah di dalam masa yang sedikit sekira-kira jikalau disurat dengtan angan di dalam masa itu nescaya belum sudah satu naskhah dan membina mereka itu akan beberapa banyak madrasah yaitu rumah tempat mengajar dan mengaji sekelian ilmu dan bagai-bagai hikmat dan kepandaian yang bergantung dengan dunia dan akhirat mereka itu.”

Kemudian kata beliau:

“Maka kasih hamba bahawa memperikan kepada kamu akan setengah barang yang berlaku pada negeri Istanbul dan Mesir dan lain daripada keduanya pada me(ng)amat-amati dengan ilmu; maka adalah raja mereka itu membinakan bagi mereka itu beberapa madrasah yang besar-besar dan dihaskan dengan segala hiasan yang sangat indah pada segala mata dan cenderung kepadanyua oleh segala hati lagi jadi bersih dengan dia cerdiknya dan gemar oleh segala akal padea menuntuti akan segala ilmunya.Demikian lagi orang yang kaya-kaya membina ,mereka itu pada tiap-tiap kampong mereka itu satu-satu madrasah atau lebih dan dihiaskan dia dengan segala iasan yang elok dan diwakafkan baginya beberapa daripada bumi atau rumah atau lainnya dan diambilkan sewanya dibelanjakan dia pada maslahat segala madrasah itu dan digaji dengan dia akan segala guru-guru yang mengajar dengan kadar yang mencukupi akan mereka itu dan disukakan dengan dia akan mereka itu yang menuntuti ilmu kecil dan besarnya dan di dalam tiap-tiap Jumu’at itu satu hari dicuba padanya akiann tiap-tiap tilmidh (murid-p) daripada mereka itu pada barang yang ia hafazkan dia dan barang yang difahamnya danb barang yang didapatrnya daripada segala masaalah danb kepandaian dan kebijakan dalam perhimpunan segala taulannya.Maka jika dapat dijawabnya dapatlah ia kepujian daripada guru-gurunya dan orang ramai-ramainya dan suka dengan dia segala hati ibu bapanya dan deapat ia perbalasan gaji yang lebih dan jika tiada dapat dijawabnya bersungguh-sungguh ia hingga dapat supaya tiada jadi malu ia antara segala kawan-kawannya dan supaya dapat gaji yang lebih seperti mereka itu maka bermegah-megahj mereka itu setengah atas setengahnyadengan elok khat (tulisan-p) dan banyak lagu dan pandai menulis dan cempat (iaityu cepat-p) ber(h)itung dan elok aturan surat kiriman dan petah membuat syair dan fasih percakapan dan pandai bertutur dengan beberapa bahasa yang lain daripada bahasa negerinya dan banyak hafaz dan bijaksana pada segala ilmu dan kepandaian dan dapat tiap-tiap seorang daripada mereka itu daripada ilmu dan kepandaian pada hal ia belu baligh umurnya barang yang tiada dapat seorang kita pada hal umurnya sudah tuha (tua).

Dalam hubungan dengan akhlak para pelajar dan kegiatan ilmiah mereka beliau menyatakan:

“dan adalah mereka itu di dalam tempat mengaji mereka itu zahir pada mereka itu baik perangai waqar (hebat dan tertib perangai-p) dan hebat dan sakinah (tenang) dan sangtat beradab antara mereka itu dan dengan guru mereka itu.Apabila masuk seorang daripada mereka itu memberi salam ia serta dengan hening dan lemah lembut ti(ng)kah lakunya dan apabila datang guru-guru yang lebih-lebih daripada mereka itu berdiri sekelian mereka itu memuliakan baginya…

Tentang budaya ilmu, berfikir dan kemahiran tinggi termasuk rekaan alat-alat baharu yang bermenafaat dalam tamadun Syaikh Ahmad rh menyatakan:

“Maka demikianlah me(ng)amat-amati ahli negeri orang dengan sy’an ilmu pada negeri mereka itu hingga masyhur bangsa mereka itu atassekelian bangsa dengan kepandaian dan bijaksana dan kepetahan dan banyak ilmu maka dengan demikian itulah dapat mereka itu merengkag (iaitu mereka cipta-p) buatkan beberapa alat yang (ber)manfa’at pada segala manusia yang boleh musafir dengan dia kepada sejauh-jauh negeri di dalam masa yang sedikit dan datang kepada mereka itu sekelian khabar-khabar daripada sejauh-jauh jajahan di dalam beberapa lahzah dan me(ng)indah-indah mereka itu akan sekelian pekerjaan serta dengan lekas dan banyak dan bertambah-tamba demikian itunengan berpanjangan masa dan dengan sebab baik percaraan (iaitu penurusan -p) dan muwafakat antara mereka serta besar hemah (iaitu tumpuan atas cita-cita mulia-p) dan halus tipu daya dan jauh helah dan alam tilik (fikir dan rancangan-p) mereka itu yang jadi sekelian itu daripada banyak pelajaran mereka itu…”

Tentang kekuatan negara dan pertahanan hasil daripada rancangan yang baik dan keberkesanan ilmu termasuk teknologi beliau menyatakan:

“(Dengan kepandaian dan kebijaksanaan serta banyak ilmu itu) maka boleh mereka itu peliharakan segala negeri dan jajahan mereka itu hingga tiada tamak padanya oleh segala seteru dan jadi mudah bagi mereka itu mengambil akan negeri orang dan meliputi mereka itu dengan ehwal dunia laut dan darat…”

Selepas membuat pengamatan tentang perkembangan ilmu pengetahuan, kepandaian dan pereancangan negera-negara maju itu, beliau menyebut cita-citanya berhubungan dengan negeri-negeri Melayu, katanya:

“Dan adalah pada hati hamba yang fakir sehabis-habis risau dan dukacita dengan sebab ihmal (tidak mengambil berat-p) dan mensia-sia bangsa kita ahli Tanah Melayu dan ahli segala tanah yang di bawah angin dan segala raja-raja mereka itu yang Muslimin yang dahulu-dahulu dan yang sekarang ini dan segala mereka yangt kaya-kaya dan (yang ada-p) kemudahan daripada mereka itu tiada memperduli mereka itu akan u(m)pama segala perkara yang tersebut itu hingga jadi kemudian daripada kemuliaan kita sekurang-kurang bangsa dengan dinisbahkan kepada segala bangsa yang lainn dan hilang segala tempat kediaman kita dan kemegahan kita maka sekelian itu dengan sebab taksir kita pada u(m)pama segala perkara itu dan sangka kita bahawa sekelian demikian itu bukan daripada pekerjaan yang bergantung dengan agama kita, maka dengan sebab itulah kita biarkan dia padahal jikalau kita tilik halus-halus nescaya nescaya (yang dimaksudkan ilmu-ilmu, kemahiran dan budaya berfikir yang disebut di atas tadi-p) adalah berambing (yaitu bersangkut paut-p) dengan segala perkara itu daripada sebesar-besar barang yang bergantung ia dengan ugama kita kerana dengan demikian itulah dapat (kita menjadi-p) kuat atas segala seteru dan kekerasan yang dengan dialah hasil (ter)pelihara akan kemegahan agama kita dan yang menjadikan dia elok pada segala mata mereka itu dan besar masyhur pada segala pendengaran mereka itu dan hebat pada segala hati mereka itu”.

Kata beliau tentang cita-citanya supaya Dunia Melayu maju dan ugamanya berjaya dengan umatnya menjadi mulia di kalangan bangsa-bangsa dunia:

“Dan adalah hamba yang hakir (hina-p) tercita-cita di dalam hati sudah beberapa lama bahawasanya Allah taala lagi akan memperdengarkan hamba dan memperlihatkan hamba di dalam masa hidup hamba ini bahawa adalah segala raja-raja Melayu yang besar-besar istimewa segala raja-raja di dadal negeri Fatani dan raja-raja Kelantan dan Trengganu dan Kedah yang amat mulia dan maha besar sekeliannya dan raja Johor (sekeliannya sekarang dalam Malaysia-p) yang masyhur dengan besar hemahnya dan raja Dali yang masyhur dengan murahnya dan adilnya menaruh mereka itu akan cemburu pada segala hati mereka itu dan membesarkan segala hemah mereka itu dan menghadapkan inayah (pertolongan dan jagaan-p) mereka itu dan menyungguh-nyungguhkan usaha mereka itu pada bahawa dijadikan segala negeri mereka itu (per)bendahraan ilmu dan perladungan kepandaian dan membukakan segala mata anak jenis mereka itu kepada memandang cemerlang kebijakan dan (ke)handalan supaya ada kemegahan (dan) kelebihan bangsa Melayu antara segala alam dan tertinggi nama mereka itu antara Bani Adam, dan bertambah-tambah kelebihan ulama mereka itu atas segala ulama dan bertambah nyata ugama mereka itu aqtas segala ugama serta deapat pula bagi segala hadrat raja-raja itu jikalau diperbuat demikian itu keredaan dearipada Allah taala dan RasulNya yang mulia pahala yangt amat besar ganda berganda kerana pahala tiap-tiap mereka yang dapat manfa’at dengan segala perbuatan itu dan pahala tiap-tiap mereka yang mempunyai kekuasaan yang menirukan perbuatan itu terbahagi dengan mereka itu selama-lamanya, dan dapat pula bagi mereka itu sebutan yan baik dan kepujiann yang elok atas lidah segala makhluk dan tersurat di dalam tarikh ulama dan buku raja-raja yang uzama (besar dan agung-p) yang berkekalan daripada masa hidup hingga Hari Kiamat”(6).

Tokoh ini yang mengarang kitab tentang ilmu-ilmu Islam dan ilmu-ilmu rasional berminat tentang sains dan teknologi (dan kalau beliau ada sekarang beliau akan meminati dan menggesakan penggunaan dan kemahiran dan pemenafaatan dalam TMK (ITC) dan lainnya ).Dalam hubungan dengan perubatan beliau menulis kitab “Tayyibul Insan fi Tibbil-Insan”, dalam pendahuluannya kata beliau:

“Dan kami harap bahawa Allah membuka akan hati seseorang akan hemah yang tinggi , maka bersungguh-sungguh ia mencubakan beberapa jenis kayu , tumbuh-tumbuhan dan lainnya daripada barang yang ada pada bumi Melayu dan mempereksakan pada yang demikian itu maka disuratkan beberapa faedahnya dan khusiatnya dan pangkat segala tabiatnya dan kaifiat isti’malnya (penggunaannya-p) seperti barang yang memperbuatkan demikiann itu oleh hukama Yunan pada masa yang dahulu dengan beribu-ribu tahun kemudian mengambil daripada mereka itu oleh hyukama Arab dengan hemah setengah daripada raja-raja anak Harun al-Rasyid maka berkekalan menta’lif (mengarangt-p) mereka itu beberapa banyak karangan maka tercawang daripada demikian itu hingga sekarang ini tibb segala tabib Fars (Orang Parsi-p) dan Hind (India-p) kemudian beratus-ratus pada demikian itu olreh segala tabib Afranj (nama am bagi Orang Barat-p) maka menambah dan merengkah (merekacipta-p) mereka itu beberapa banyak rengkahan (rekaan-p) yang ajib pada hal kita jenis Melayu aula (terlebih utama dan berhak-p) dengan demikiann itu dari kerana banyak segtala ubat-ubat itu pada bumi kita hingga adalah kenanyakan ubat-ubat mereka itu diambilkan daripada bumi kita dan kita terlebih aula pada merentahkan diri kita daripada jenis yang lain daripada kita .

“Maka bersangatanlah sayugia bagi raja-raja (atau pemerintah-p) Melayu bahawa memalingkan hemah mereka itu kepada mendapatkan barang yang tersebut dengan menyungguh-nyungguh menyuruh da menggemarkan manusia pada demikian itu dengan memudahkan jalan bagi demikian itu dan berdiri dengan belanja bagi demikian itu maka dapat baginya pahala yang jazil (teramat banyak-p) dan berkekalan baginya sebutan yang jamil (sebutan nama yang amat inda-p).

Dan beliau menulis teks ini dalam 45 halaman (edisi Wan Mohd Shaghir 2000) katanya berdasarkan kepada “…beberapa kitab yang masyhur lagi muktabar dan kami bangsakan tiap-tiap perkataan kepada mengubati kepada barang yang kami nakalkan daripadanya dengan ih. Yang daripada (kalimah Arab-p) “intaha” itu mukhtasar melainkan yang sedikit daripada barang yang kami ambilkan daripada mulut setengah daripada bohma (iaitu bomoh-p) Melayu yang kami percaya dengan katanya; dan barang yang kami terima daripada lidah guru kami yang kami mengaji ilmu ini atasnya dan kami terima ijazah daripadanya dan barang yang sah bagi kami dengan isti’mal dan tajribah (penggunaan dan percubaan-p)…”(7)

Dalam konsep ilmu yang dipandukan oleh Islam Sunni inilah maka Dunia Melayu berkembang sampai sekarang dengan memahami ilmu-ilmu sebagai ilmu-ilmu agama atau ilmu-ilmu syar’I, atau ilmu nakli, dan ilmu yang bukan bersangkut secara langsung dengan agama, dipanggil ilmu akli atau boleh disebutkan sebagai ilmu-ilmu rasional. Ini tercermin dalam sistem pendidikan kita sekarang yang membahagikan ilmu-ilmu kepada ilmu-ilmu Islam atau Pengajian Islam, atau Pendidikan Islam, atau Ilmu-Ilmu Wahyu dan ilmu bukan-wahyu.

Ilmu-ilmu yang berhubung dengan agama yang diketahui umum ialah ilmu-ilmu berhubung dengan Qur’an, Sunnah, Akidah, Fiqh atau Hukum Islam, Aqkhlak, atau Taswwuf, Sejarah, Sirah, Bahasa Arab Nahu dan Sasteranya, Falsafah Islam. Ilmu-ilmu yang lain yang bukan berkait dengan agama secara langsung ialah ilmu-ilmu Sains Tulin atau Sains Gunaan, Fisik, Kimia, Geologi, dan lainnya, termasuk ilmu-ilmu Sains Sosial dan Undang-Undang.(8)

Dalam hubungan dengan ilmu-ilmu yang selain dari ilmu-ilmu agama maka sekarang muncul pemikmiran dan usaha untuk menjayakan apa yang disebut sebagai Pengislaman ilmu-ilmu atau “The Islamization of Knowledge” yang dialu-alukan dan patut mendapat sokongan semua pihak, walaupun ada suara-suara sumbang yang muncul berkenaan dengan pemikiran yang sedemikian.

Berkenaan Dengan Melayu:

Tanpa berpanjang kalam tentang Melayu, sampai sekarang nampaknya konsep Melayu dalam perlembagaan kita yang menyebut tentang orang yang beragama Islam, yang menggunakan Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu adalah benar dan wajar dan disahkan oleh sejarah rantau ini dan ini perlu diteruskan dari segi kefahaman dan penggunaannya. Konsep yang sedemikian ini terbayang dalam karangan-karangan Pak Hamka rh bila berbicara tentang sejarah Islam dan Umat Melayu memeluk agama Islam di rantau ini.

Pemikiran tentang Melayu dalam kalangan ulama tradisional boleh dilihat juga dalam karangan Syaikh Ahmad al-Fatani rh.Antaranya, kata beliau dalam “Tashilu Nailil-Amani” (dinukil oleh Wan Mohd Shaghir dalam “Al’alamah Syeikh Ahmad al-Fthani Ahli Fikir Islam Dunia Melayu”(9).

Maksudnya “(iaitu) kesatuan semua bangsa Melayu (jama’at al-aqwam al-Malayuwiyyah) itu nisbah kepada Milayu dengan baris di bawah (kasrah) huruf mim atau baris di atas (fat-hah) dan baris depan (dhammah) huruf ya.Mereka adalah kelompok atawa segolongan besar manusia (hum jil au sanfun ‘azim mina’n-nas) ; negeri-negeri mereka adalah sesubur-subur negeri di dunia.Ia terletak antara Negeri India dan Cina terdiri daripada kebanyakan pulau-pulau Waq Waq (terjemahan Wan Mohd Shaghir yang terpencar-pencar). Pakar ilmu geografi mengibaratkan setengah negeri-negeri mereka sebahagian daripada negeri-negeri India-Cina.Orang-Orang Hijaz (Arab) dan selainm daripada mereka menamakan mereka (Melayu) dan bangsa-bangsa dalam wilayah itu dengan sebutan Jawa.Itulah satu kelompok manusia di satu pulau di sana.Mereka itu bukan Melayu.Bahasa mereka adalah bahasa yang paling ringan (mudah) antara bahasa-bahasa penduduk wilayah ituKerana itulah maka ramai dari kalangan Orang Hijaz (Arab) menggunakan Bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa -bangsa yang berlainan yang tersebut itu yang mempunyai bahasa-bahasa yang berlainan itu.(Antara ciri-ciri mereka itu ialah-p) mereka itu kaum yang ikhlas, bertabiat lemah lembut, berperibadi baik.Sebahagian daripada ciri-ciri istimewa mereka ialah tidak terlihat di negeri mereka dan lainnya peminta (sedekah-p) walaupun keaaan mereka sendiri sangat miskin.Mereka bersikap sabar dengan cara yang baik dalam urusan mereka (husn ta’anin fil-umur) dan mereka menguasai pertukangan dan kemahran yang baik (yadun fi tahdhib al-hiraf) , menerima pembaharuan dalam kemahiran dan pertukangan (termasuk teknologi-p) (qabilah fi ibda’ as-sana’I’), dan menerima pendidikan dan ilmu pengetahuan serta tercetus fahaman (yang baik -p) di dalamnya, dan ada dalam kalangan mereka negeri-negeri yang besar , kemudian bertukar tangan di kalangan mereka yang menguasai ialah kekuasaan-kekuasaan kuffar.Semoga Al;lah memelihara negara-negara Islam daripada mereka (yang kafir ).”Amin. (10).

Pemikiran tentang identiti “Melayu” yang baharu dan menarik boleh didapati dalam tulisan Ismail Noor dan Muhammad Azaham, “The Malays Par Exellence…Warts and All” (Pelanduk Publications, 2000). Dalam tulisan tersebut dinyatakan bahawa Melayu itu ialah:

“The Malay is a practising Muslim, residing in Malaysia, whose roots go back to his ancestors of the Old Malacca Empire and of those who were the sons of the soil in the other parts of the Malay archipelago , stretching as far back in history as 3000 B.C. The Malay is endowed with a cultural heritage that has made him known as ‘the gentleman of the world’ The Malay lives in a sangunie environment that is free from the vagaries of the weather and the harshness of the natural calamities.The grace that God the Almighty has bestowed upon the Malay has moulded him into a person who follows the path of temperance, making him a gentle and considerate person.His attributes and personality are clearly reflected even in the fine art of Malay cultural dance , which is expressed in slow and graceful movements depicting his affinity with the peaceful surroundings.The Malay is also a wonderful and gracious host to his guests, and this has been depicted in the writings of not a few Westerners, at times putting him at a disadvantage position when dealing with others.But over time, he has also learned to manage his boundaries, be they physical or psychological, well. The modern Malay is suave, savvy, enterprising and values-driven.The globalised world will be his next battleground”. (11).

Ada beberapa perkara penting dan menarik dalam kenyataan yang mempunyai makna yang mencakupi di atas:

• Melayu yang mengamalkan agama Islam
• diam di Malaysia, yang akar umbi keturunannya sampai kepada mereka di tamadun Melayu Kesultanan Melaka,
• juga pribumi dalam bahagian-bahagian lain Dunia Melayu yang alamnya dalam sejarah menjangkau masa sampai 3000 S.M.
• mempunyai warisan budaya yang menjadikannya terkenal orang yang mempunyai peribadi yang bermaruah tinggi dan beradab sebagai “gentleman” di dunia
• hidupnya dalam alam sekitar tanpa gangguan-gangguan iklim yang keras
• alam sekitar tabi’I yang bukan terganggu dengan kebencanaan-kebencanaannya
• Dengan kurnia Tuhan ia menjadi peribadi yang mengawal keinginan, sabar, lemah lembut, bertimbangrasa
• Ciri-cirinya terbayang sampai ke dalam seni halus tarian budayanya yang bertertib, tidak tergesa-gesa, dan indah, menggambarkan keserasiannya dengan alam sekitar yang aman damai.
• peribadi yang melayan tamunya dengan pemurah dan baik budi, yang diungkapkan dalam karangan Orang Barat yang bukan sedikit, kadang-kadang menyebabkan ia berada dalam keadaan merugikannya dalam menghadapi orang lain.
• Dengan berlalu masa ia mendapat pelajaran bagaimana mengurus sempadan-sempadannya samaada yang fisikal atau kejiwaan
• Melayu moden beradab, berdiplomasi, canggih, bersikap keusahawanan, terpandu oleh nilai-nilai unggul
• Dunia globalisasi medan juangnya yang akan dihadapinya. .

Kalau kita hendak berbicara tentang pemerkasaan identiti Melayu ini dalam erti ketamadunan dan budaya maka konsep yang paling sentral yang boleh digunakan ialah konsep ‘asabiyyah Ibn Khaldun rh sebagaimana yang dihuraikannya dalam “al-Muqaddimah”.

Secara ringkasnya pada Ibn Khaldun walaupun ‘asabiyyah itu asalnya bermula dengan mereka yang ada hubungan ethnik, kemudian maknanya diperluas untuk merangkumi mereka yang berada bersama-sama dengan mereka yang asal itu dalam pengelaman hidup dan mati, susah dan senang; dengan itu timbul kesetiakawanan antara mereka yang menimbulkan kekuatan yang mendatangkan kekuasaan dan pemerintahan serta kejayaan dalam penjayaan agama dan hidup ketamadunan dan budaya. Beliau mempertahankan ‘asabiyah demikian dengan merujuk kepada hadth yang bermaksud “Allah tidak membangkit seorang nabi melainkan baginda berada dalam lindungan kekuatan bangsanya”. Beliau juga merujuk kepada hadith berkenaan dengan khilafah yang bermaksud:”Khalifah-khalifah itu hendaklah dari golongan Quraisy”. Beliau menafsirkan bahawa maksud Quraisy itu bukan hanya bermakna Quraisy kabilah Nabi saw tetapi maksudnya ialah mana-mana bangsa yang mempunyai rasa ‘asabiyah yang kuat sebagaimana Quraisy itu dahulunya mempunyai ;asabiyah yang kuat yang menyebabkan pimpinan mereka berjaya.(12).

Theori ‘asabiyyah Ibn Khaldun ini perlu dimenafaatkan di Dunia Melayu bermula dengan Malaysia demi untuk menimbulkan perpaduan yang kental dan kerjasama yang berkesan dalam membina budaya dan tamadun, dan bangsa-bangsa lain diajak bersama dalam kerjasama dan perpaduan sedemkian ini.Ini boleh diambil contohnya daripada usaha Nabi saw yang menyatupadukan Arab Muslimin awal itu di Madinah, kemudian mengajak pihak lain yang berlainan agama dalam “satu ummat” untuk mempertahankan Madinah bersama.

Globalisasi:

Sebagai fenomena budaya semasa ia memaksudkan keadaan yang di dalamnya kadar interaksi manusiawi sedemikian bertambah banyaknya sampai ke tahap kesan-kesan utama atau primarinya dan reaksi-reaksi yang timbul daripada provokasinya, yang menimbulkan perkembangan-perkembangan baru.(13).

Ia digerakkan oleh beberapa faktor seperti globalisasi teknologi, politik, ekonomi. Tiga penggerak utama ini memulakan proses yang kerananya maka jarak jauh segi geografi semakin kurang menjadi faktor dalam mengadakan dan meneruskan laluan sempadan negara-negara, hubungan jarak jauh dalam ekonomi, politik, dan sosio-budaya.Ini semua disebutkan sebagai globalisasi.

Maka wujudlah suasana saling hubung menghubungi dan perlu memerlukan antara golongan manusia dan kemudiannya secara potensinya bersifat menjadi laluan sempadan yangn bersifat sejagat. Secara potensi menjadikan segalanya bersifat antarabangsa dalam hubungan dan keadaan saling memerlukan, yang menimbulkan kesan-kesan demokratik, persekitaran, keselamatan, dan ada pula yang menimbulkan kesan-kesan negatifnya dari segi sosial seperti perubahan dalam sikap dan kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran. Bagaimanapun ada pula yang positifnya dalam erti ia memasukkan semua golongan manusia ke dalam masyarakat dunia antarabangsa dan menimbulkan sistem-sistem baharu dalam pengurusan dan pentadbiran dalam sistem global dan masyarakat madani global.(14).

Antara definisinya yang boleh digunakan untuk perbandingan ialah:”Globalisasi merujuk kepada semua proses-proses yang dengannya maka manusia di seluruh dunia dihimpunkan masuk menjadi satu masyarakar dunia, masyarakat global” (Martin Albrow, 1990). Atau ia “…boleh ditakrifkan sebagai proses menjadikan intensifnya hubungan sosial seluruh dunia yang menghubungkan tempat-tempat yang jauh dengan sedemikian rupa sehingga peristiwa-peristiwa tempatan dibentuk oleh peristiwa-peristiwa (lain ) yang berlaku beberapa batu jauhnya dari tempat itu atau sebaliknya…”(Anthony Giddens, 1990).

Ciri-ciri globalisasi ini termasuklah antaranya menantarabangsakan pengeluaran, pembahagian buruh, atau tenaga, gerak perpindahan antarabangsa dari Selatan ke Utara, dan menimbulkan alam sekitar baharu yang penuh bersaing.ptroses mengantarabangsakan negara, menjadikan negara sebagai agensi-agensi dunia yang sedang melaksanakan globalisasi (Robert Cox, 1994).

Ada seginya pula yang menyebabkan globalisasi ditakrifkan sebagai “…apa yang kita sebutkan dalam Dunia Ketiga beberapa abad lamanya sebagai penjajahan (colonization)” (Martin Khor, 1995).

Globalisasi juga antara mendapat respon daripada kalangan pimpinan Malaysia yang menyebutkan bahawa apa yang diperlukan bukannya globalisasi sepenuhnya, sebagaimana yang berlaku di Barat, tetapi globalisasi yangt mengambil kira kepentingan negara masing-masing, sebab kalaulah dibiarkan globalisasi berlaku sepenuhnya maka usaha-usaha syarikat-syarikat tempatan yang memerlukan pembelaan terlebh dahulu untuk menjadi maju akan tewas, dan kepentingannya terjejas, dan akan berlakulah kegagalan. Dan disebutkan bahawa kalau dalam negara diperlukan pembelaan terhaap sesuatu golongan demi untuk mewujudkan keadilan sosial dalam negara, maka golongan lemah tidak akan mendapat pembelaan,sebab globalisasi yang dibiarkan berlaku sepenuhnya hanya menguntungkan syarikat-syarikat yang besar-besar dan kaya raya, dan syarikat-syarikat baharu yang hendak maju dalam negara-negara sedang membangun akan tewas; dengan itu yanhg kaya bertambah kaya an yang miskin bertambah miskin.(15)
Juga dimajukan pendapat bagaimana mereka yang di negara-negara maju mahu pemindahan modal sahaja secara bebas untuk menjayakan globalisasi, tetapi tenaga manusia tidak mahu dipindahkan sedemikian.Dengan itu maka bila modal luar ditarik dengan mengejut negara yang berkenaan akan menjadi bangkrup.Ini bukannya senario yang menguntungkan.(16).

Pendapat sedemikian ini perlu diberi pertimbangan antara yang paling serius dalam membina ekonomi yang adil dalam negara-negara membangun dalam menghadapi globalisasi.

Ada juga kecenderungan yang timbul untuk melihat bahawa dalam dunia globalisasi yang penuh itu maka nampaknua dunia dikontrol hanya oleh tenaga-tenaga pasaran bebas yang menyebabkan akhirnya dunia menjadi mangsa kerakusan manusiawi yang muncul melalui syarikat-syarikat gergasi multinasional yang sampai seolah-olah menjadi gergasi-gergasi yang mendominasi kerajaan-kerajaan.Dan ini menjadikanb dunia berada dalam bahaya dalam banyak segi yang asasi.

Menarik juga kenyataan-kenyataan yang perseptif oleh Chandra Muzaffar dalam “Globalisation and Religion: Some Reflections” (17) bila beliau menyebut beberapa aspek positif dan negatifnya dari globalisasi itu:

iaitu yang positifnya seperti:
• terbukti pelaburan asing secara langsung (“foreign direct investment” -FDI) yang mengurangkan kemiskinan mutlak dalam beberapa negara
• pengembangan perdagangan dan pelaburan asing yang menambahkan mobiliti sosial dan menguatkan klas menengah dalam masyarakat
• adanya setengah teknologi-teknologi maklumat dan komunikasi baru yang membantu dalam mendapatkan maklumat dari jarak jauh untuk pendidikan dan membantu rawatan pakar dalam perubatan untuk mereka yang jauh dari kota-kot besar
• menjadikan komunikasi lebih senang, cepat dan murah
• menyenangkan ahli-ahli agama dan budaya yang pelbagai saling kenal mengenali antara satu sama lain
• membolehkan manusia menunjukkan dan membuktikan simpati dan kasihan belas kepada mereka yang terkena malapetaka yang disokong oleh ajaran agama
• menonjolkan ke depan isu-isu seperti pemerintahan undang-undang, tanggungjawab awam, hak-hak manusia, dan lain-lain isu yang menyentuh pengurusan yang baik (“good governance”).
• mebantu dalam membicarakan hak-hak dan kedudukan wanita

Dan yang nregatifnya beliau sebutkan, antaranya:

• kemerusutan alam sekitar dalam wilayah Asia-Pasifik kerana kerja-kerja badan-badan korporat transnasional dan syarikat-syarikat tempatan menebang hutan-hutan dalam pembalakan
• walaupun globalisasi mengurangkan kemiskinan mutlak, kerana pros4es globalisasi jurang antara yang kaya dan yang miskin semakin meluas, kerana pembangunan yang berlaku tidak seimbang
• setengah negara terpaksa meletakkan prioriti kepada keperluan-keperluan asas seperti elektrik dan air dan pendidikan untuk semua tidak menjadi prioriti utama; soal keuntungan syarikat-syarikat besar diutamakan daripada maslahat kehidupan negara-negara miskin
• kemasukan modal asing dengan cepat dan menyemarakkan ekonomi dengan cepat boleh mendatangkan malapetaka bila modal keluar dengan cara yang cepat pula, seperti yang berlaku di Asia Tenggara dalam tahun 1997.
• Bertambahnya proses menggunakan teknologi canggih menyebabkan berlaku pengangguran termasuk di Utara
• Globalisasi menjadi budaya kepenggunaan (“consumer culture” ) dengan kesan-kesannya yan buruk
• penyamaan pakaian, musik, makanan, dan adat kebiasaan kerana pengaruh budaya luar melemahkan kekuatan dan nilai-nilai budaya yang pelbagai dalam tradisi-tradisi Asia
• pengembangan budaya pop yang dangkal dan melemahkan
• pendidikan menjadi tertupu kepada kursus-kursus dalam pengurusan dan teknikal, dan pusat-pusat pengajian memberi respon kepada pasaran dan tuntutannya
• banyaknya bahan-bahan yang tidak berguna dalam ryuang siber yang membahayakan
• hak-hak asasi manusia dan demokrasi dijadikan alat manipulasi kuasa-kuasa besar untuk faedah mereka memangsakan pihak-pihak yang lemah
• globalisasi memudahkanberlakunya jenayah-jenayah dalam penyebaran dadah dan penganaiyaan wanita dalam kegiatan-kegiatan tidak bermoral
• penyakit-penyakit juga menjadi global melaluinya

Akar umbi globalisasi di Barat:

Kita boleh membaharu ingatan kita tentang akar umbi globalisasi di Barat untuk melihat perkembangann yang berlaku sekarang dalam satu senario yang sepadu:

Antaranya ialah:

• Aliran “Pencerahan” dalam budaya Barat dengan pemisahannya antara agama dan sains, sekularisasi, rasionalisasi, dan individualisasi.
• “Pencerahan” politik dengan pembentukan negara bangsa Eropah, perkembangan undang-undang dan perjanjian-perjanjiannya;
• “Pencerahan” ekonomi dengan ekonomi wang, menyimpan buku dan akaunting, negara-negara kota perdagangan yang muncul, revolusi industri, dengan interaksinya dengan ekonomi kebangsaan;
• Pembaharuan-innovasi- dalam teknologi, revolusi dalam kenderaan, sistem komunikasi, rekaan kereta, kapalterbang, telegraf, radio, telefon, sekarang telefon mudah alih dan alat video-conferencing.
• Penyebaran “pencerahan” Barat melalui “penemuan” mereka, penjajahan, pasaran-pasaran, dokongan dan nasihat-nasihat kepada negara-negara sedang membangun;
• Akar umbinya selepas selepas Perang Dunia termasuk pemodenan budaya, pelarian politik dan ekonomi, budaya hiburan sejagat, budaya maklumat, Amerikanisasi budaya dan ekonomi;
• Pemodenan politik : hampir diterima di seluruh dunia ideologi neo-liberal pasaran campur demokrasi, pemerintahan undang-undang, yang dipanggil “soft law” global, proses-proses pembentukan rantau-rantau (“regionalization”), dan sistem UN (yang pada Jude Wanniski dalam web sitenya itu dipanggil sebagai birokrasi Amerika).
• Pemodenan ekonomi :liberalisasi ekonomi , dan revolusi digital, dengan pelakun-pelakun globalnya yang berinteraksi;
• pembaharuan -innovasi- dalam teknologi pengecilan (“miniiaturization”) barangan-barangan, dan menjadikan produk-produk tidak begfitu bersifat sebagai benda (“dematerialization of products”) , revolusi ICT dan perekaan teknologi angkasa lepas.
• Penyebaran moderniti Barat melalui pasaran-pasaran, pelancungan, dan bantuan pembangunann kepada negara-negara membangun (dengan ada pula kesan-kesan menguntungkan Barat pula secara yang banyak mendatangkan kesan negatif ke atas perkembangan jangka panjang negara yang berkenaan). Ini antara akar umbi globalisasi yang sedang berlaku sekarang ini.

Sekali lagi antara perkara-perkara positif dalam globalisasi:

• Cepatnya perhubunganm manusia kerana kenderaan baharu dan alat-alat kominikasi termasuk komputer dan internet dengan e-mailnya dan sebagainya, serta alat video-conferencing selain daripada telefon.
• Cepatnya wang boleh dipindahkan untuk menjayakan perdagangan secara elektronik;
• Cepatnya keputusan yang boleh dibuat kerana maklumat cepat sampai dan senang manusia dihubungi (denganh e-mail, video-conferencing dan sebagainya, termasuk cepatnya negara dimusnah melalui teknologi perang yang baharu sebagaimana yang boleh dilihat dalam perang di Afghanistan-pengarahan dari negara yang jauh, peristiwa pemusnahan berlaku di Afghanistan).Subhana’Allah.
• Senangnya kegiatan perekonomian dijayakan oleh syarikat-syarikat gergasi multinasional melalui alat-alat komunikasi canggih itu.
• Senangnya kegiatan pentadbiran dan pengurusan dilakukan dengan cepanya tranpa keperluan bersua muka kerana itu boleh dilalkukan melalui alat-alat canggih itu.
• Senangnya pendidikan dijayakan – samaada penyampaian ilmu atau pembelajaran dan sebagainya dilakukan melalui pendidikan jarak jauh dan yang sepertinya, tanpa kepeluan menghadiri kursus-kursus seperti biasa di pusat-pusat pengajian, semuanya berlaku secara “on-line”, sampai dikatakan ada yang mengeluarkan ijazahnya secara demikian.
• Senang dan cepatnya ulisan-tulisan dan makumat-maklumat, termasuk rajah-rajah dan grafik-grafik, dan animasi, serta video-clip, termasuk suara dan filem-filem dicapai, di downloadkan, ditelaah, dan disaksikan.
• Dengan itu kesulitan-kesulitan dari jauhnya jarak, lamanya masa, sukarnya manusia dihubungi banyak mendapat penyelesaian.
• Ekonomi berkembang dengan pesat, integrasi ekonomi senang berlaku seluruh dunia.
• Dari segi politik senang negara-negara dihubungi, dengan institusi-institusinya; demikian sebaliknya senang dilakukan kerja -kerja negatif terhadap negara-negara dunia dengan adanya alat-alat canggih itu, termasuk alat-alat untuk perisikan demi untuk mengganggu kestabilan negara-negara yang ada kepentingan negara kuat padanya.

Kebaikan-kebaikan dalam Ilmu Pengetahuan dan Pendidikan:

• Globalisasi dan TMK zaman ini mendatangkan kesan dalam ilmu dan pendidikan dalam segi membolehkan maklumat-maklumat dan pengetahuan boleh dicapai dalam laman-laman web yang berguna berkenaan dengan pelbagai ilmu pengetahuan sama ada berkenaan dengan agama atau bidang-bidang ilmu pengetahuan lainnya, termasuk sains, sastera, ilmu-ilmu sosial, dan seterusnya, apa lagi berita-berita melalui akhbar-akhbar dan majalan-majalah on-line.Gunakan sahaja enjin pencari “Yahoo.com” atau “Google.com” antara yang popular atau “Alta Vista” dan tuliskan apa yang kita kehendaki dalam kotak dialognya, tekan, kita akan dapati jawapannya yang menenaraikan punca-puncanya.Pencariannya boleh dilakukan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, bahkan boleh dilakukan dalam Bahasa Arab bila seseorang itun ada program Arabnya dan “browser” yang digunakan itu membantu pencarian dalam bahasa itu seperti IE5 dan seterusnya, dengan “Google.com” bila dipilih bahagian Bahasa Arabnya.Mungkin tidak lama lagi pencarian boleh dilakukan dengan bahasa Jawi.
• Kamus-kamus Inggeris dan Arabpun boleh didapati, kalau kamus Inggeris boleh diminta kamus “Webster” atau kamus “Cambridge”, atau ensiklopedia tentang istilah-istilah falsafah atau iulmu-ilmu sosial.Pencarian boleh dilakukan dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Arab.
• Laman-laman web yang memperdengarkan bacaan Qur’an pun senang didapati, bahkan sampai yang membaca hadith Bukhari dengan menyebutkan baris-barisnya dengan baik pun boleh didapati, misalnya dalam laman web “al-islam.com”, juga “al-islamonline”.
• Maklumat-maklumat tentang majalah-majalah terkenal seperti “Time”, “Asia week”, “The Economist”, “al-Ahram”, dan akhbar-akhbar Melayu juga boleh didapati on-line.
• Adanya CD ROM-CD ROM dan DVD ROM berkenaan dengan pelbagai matapelajaran dalam pelbagai bahasa memudahkan penyebaran pengetahuan asalkan seseorang itu ada minat untuk mencari pengetahuan dan memenafaatkan dirinya dengan perkembangan-perkembangan yang ada.
• Adanya sarjana-sarjana dan para ulama yang mempunyai laman web mereka masing-masing yang membolehkan mereka dihubungi untuk melakukan hubungan demi kepentingan menjayakan budaya ilmu.
• Adanya buku-buku dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab dan lainnya yang boleh didownload dan dicitak untuk kepentingan penyelidikan.
• Adanya maklumat-maklumat tentang perpustakaan-perpustakaan yang besar-besar dan pusat-pusat pengajian yang boleh dihubungi on-line.
• Ringkasnya peluang untuk mendapat maklumat dan pengetahuan adalah terbuka dengan seluas-luasnya dalam semua bidang pengetahuan.Yang diperlukan ialah kemampuan menapis maklumat-maklumat dan huraian-huraian ilmu supaya seseorang itu tidak tersasul kerana salah pilih dan kerana kedangkalan fahamnya.
• Seseorang yang mempunyai persediaan yang mencukupi dalam ilmu dan kefahaman sampai boleh mendapat hikmah kebijaksanaan dalam zaman TMK ini.

Antara perkara-perkara yang memperihatinkan dalam zaman globalisasi dan TMK:

• Antaranya boleh diperhatikan setengah daripadanya sebagaimana yang dicamkan baharu-baharu ini dalam Seminar “Global Trends 2005” anjuran CSIS yang berpusat di Washington DC pada Ogos 1998(18): dalam trend pertama mereka berbicara tentang perkembangan bilangan penduduk negara dan dunia, kemudia keperluan-keperluan mereka dalam pendidikan dan kehidupan ekonomi, keperluan kepada tenaga, kehidupan sosial, perkembangan teknologi dan ekonomi, tenaga-tenaga alternatif, keselamatan negara, dan sosial.
• Dalam trend kedua dan ketiga mereka berbicara berkenaan dengan teknologi sebagai pemimpin dalam perubahan sosial, kemudian pemodenan sosio-ekonomi, dalam erti bila negara menjadi kaya ia berubah dari segi budaya, sosial dan politiknya; kemudian dibicarakan keperluan-keperluan manusiawi, perubahan dalam pengembangan demokrasi Barat, masalah undang-undang dan kawalan masyarakat, masalah etika dalam bioteknologi, tentang masyarakat yang berilmu dan bermaklumat dengan yang kurang di dalamnya, kepentingan kemahiran dalam teknologi, pendidikan tinggi, peningkatan pemikiran dalam masyarakat.
• Mereke berbicara berkenaan dengan institusi-institusi sosial, dalam semua negara dunia, birokrasi pendidikan, tentera, korporat, prinsip-prinsip demokrasi, liberalisasi, kreativiti dan innovasi.Mereka berbicara tentang timbulnya k-ekonomi.
• Dalam trend ketiga mereka berbicara berkenaan dengan ekonomi berkenaan dengan sumber tenaga manusiawi, pengurusan yang baik, penciptaan alat-alat dan bahan-bahan baru untuk perekonomian mereka, berkenaan dengan sempadan-sempadan yang semakin berkurang dan runtuh, syarikat-syarikat besar mereka perlu melihat peluang-peluang keluar negara mereka, seterusnya globalisasi ekonomi mereka.
• Mereka berbicara tentang politik mereka dan hubungannya dengan dunia luar, tentang masalah kemasyarakatan, masalah budaya termasuk apa yang disebut sebagai fundamentalisme agama, anti-intellectualism, sentimen anti sains, nasionalisme melampau, tentang kemampuan US terus menerus menjadi pimpinan dunia antarabangsa dalam bidang ekonomi, politik, strategi, dan keselamatan, dengan keupayaan teknologinya.
• Dalam Trend kelima tentang keperluan manusiawi dan tugas korporat mereka berbicara tentang timbulnya institusi-institusi baru yang memiliki otoriti menggantikan yang lama; mereka berbicara tentang cabaran-bacaran ke atas struktur keluarga; bukan sahaja di Amerika tetapi di seluruh dunia; mereka menyebut tentang menurunnya otoritas kerohanian; kemudian menurunnya negara sebagai otoriti, bukan lagi seperti zaman lampau; mereka menyebut bagaimana institusi politik terkebelakang berbanding dengan ekonomi yang lebih maju; semua ini membawa risiko: meningkatnya jenayah, merusut keluarga, hidup masyarakat, tradisi, agama, semuanya semakin menipiskan hidup sosial.
• Mereke berbicara tentang keadaan kewangan yang tidak stabil, bagaimanapun negara masih kekal wujud; dibicarakan peranan golongan korporat yang semakin menjadi kuat, juga dibicarakan individu: yang diperkasakan oleh teknologi, ia bebas, mempunyai kreativiti, innovasi, dan kemahiran yang mendatangkan kejayaan dalam ekonomi dan perdagangan;
• Tapi mereka menyebut: keperlan berkerja dalam pasukan, dalam masyarakat, keperluan membina masyarakat madani (“civil”).
• Mereka berbicara tentang keperluan asasi manusiawi mengikut Maslow: keperluan-keperluan fisiologi untuk badan, keselamatan dan keamanan; kasih sayang dan rasa terikat kepada sesuatu (“sense of belonging”), maruah diri (“self-esteem”), dan realisasi potensi diri.
• Mereka berbicara tentang jenayah di dunia maju, di Us dan negara-negara lain, pembunuhan, disebutkan bagaimana US berada di kemuncak negara yang mencatit pembunuhan dengan senjata api; dikatakan Amerika sebagai negara maju yang paling terbiasa membunuh di muka bumi (“the most murderous developed society on earth”); mereka menyebut tentang keganasan; tentang kawasan stinggan; menyebut tentang keperluan berkerja dengan negara-negara lain untuk menyelesaikan setengah masalah-masalahnya.
• Mereka membicarakan masyarakat korporat dan tugas-tugasnya dalam pendidikan dan pembangunan negara dan sosial; juga budaya generasi muda dengan hubungan tidak langsung tetapi melalui alat (“mediated relationships”) berdasarkan komputer, laman web, video dan sebagainya.Itu seperti hidup dalam alam terpisah daripada hubungan langsung secara fisikal dalam masyarakat atau keluarga.
• Mereka menyatakan keyakinan: Amerika secara uniknya terletak di kemuncak pimpinan dalam pembangunan, tanpa kuasa lain mencabarnya, mereka mempunyai kreativiti, innovasi, dan adaptability atau kemampuan untuk menyesuaikan diri untuk mendapat kepentingannya.

• Dalam trend keempat dan ke enam mereka berbicara berkenaan dengan beberapa perkara: antaranya bagaimana adanya syarikat gergasi multinasional sebanyak 40,000 yang mempunyai syarikat-syarikat rakannya hampir-hampir satu suku milion dengan penjualan mereka semuanya berjumlah lima kali ganda paras perdagangan antara negara-negara.
• Mereka menyebutkan, mengutip kenyatan Foud Ajami pengkaji tamadun Arab itu, bagaimana benda-benda yang di bawa oleh Barat ke negeri-negeri lain menjadi kebiasaan dunia; dalam erti lain yang sedang berlaku ialah Amerikanisas, yang dikatakan oleh setengah orang sebagai globalisasi.
• Mereka menyebut tentang multiculturalisme atau kepelbagaian budaya di Amerika yang dibantu pula oleh media yang dikatakan “fragmented” atau terpecah-pecah, mendokong semangat kepuakan atau “tribalism”.Maka dikatakan yang sedang berlaku ialah “tribalism within globalism”- kepuakan dalam pensejagatan- atau “globalism in tribalism”-pensejagatan dalam kepuakan dan yang satu mendokong yang lainnya.
• Bagaimanapun mereka menyatakan bahawa tamadun menjadi “globalized only on the surface of our lives” mengutip kenyataan Vaclav Havel, -kita mengalami globalisasi hanya pada permukaan luar hidup kita sahaja, tetapi isu-isu jatidiri dan psikologi kita masih berkait dengan perkara-perkara yang lebih bersifat tempatan.
• Mereka menyebut tentang ujian psikologi manusiawi -“The Test of Human Psychology”, yaitu disebutkan bagaimana manusia yang dierkasakan zaman ini dengan pelbagai teknologi dan ilmu sebagai pelakun zaman ini menghadapi cabaran-cabaran yang sedemikian besarnya, dengann tugas-tugasnya yang terlalu amat berat; disebutkanm bidang kewangan, pekerjaan dengan cabaran-cabarannya; cabaran pendidikan yang menjadi pendidikan seumur hidup; disebutkan sindrom alianasi -“alienation”, bagaimana rasa “terasing”nya manusia dalam hidup ini, terpisah daripada alam tabi’i sekelilingnya; bagaimana ia tersisih daripada matlamat hidup sebenarnya, disebutkan bagaimana ramainya manusia yang merasa “bimbang” (ada “anxiety”) dalam menghadapi hidup dunia ini.(Pada kita ini akibat daripada terputusnya hubungan manusia dengan Tuhan, agama, dan tradisi such serta hidup kerohanian dan cara hidup yang hampir dengan fitrah manusiawi sebenarnya).
• Disebutkan bagaimana adanya maklumat dan data yang terlalu amat banyak melebihi yang sepatutnya (“information overload”) , juga terlalu cepat dan laju hidup ini bergerak, dalam era internet, era virtual atau maya, sehingga semakin lama semakin kita berinteraksi dengan manusia bukan sebagai “diri” tetapi sebagai idel, atau perniagaan atau sebagai institusi;
• Dengan itu disebutkan bagaimana kita hidup dengan kesedaran berkurangnya “tempat”, berkurangnya tentang “sense of place”, kesedaran tentang kita ada mempunyai tempat secara fisikal, kerana semakin ramai manusia mengembara sentiasa, dan mereka berinteraksi antara satu dengan lain melalui media bukan secara langsung, dengan itu akar umbi seseorang dalam hubungan dengan tempat dan masyarakat menjadi terhakis, dengan akibat-akibat negatifnya.
• Maka dimajukan pertanyaan dalam persidangan yang berkenaan: Adakah keadaan ini ialah fenomena psikologi manusiawi yang dimaksimakan untuk paras interaksi dengan dunia yang seratus kali kurang kompleksnya, kurang abstraknya, kurang pelbagainya benda-benda yang ditemui berbanding dengan apa yang dihadapi ini, dan bolehkah kita berhadapan dengan halkikat sedemikian ini?
• Berkaitan dengannya pula disebutkan apa yang dpanggil sebagai “Pessimism Syndrome” akibat daripada media memberi gambaran yang terlebih buruk daripada yang lumrahnya berkenaan dengan manusia—kerana yang diambil ialah berita-berita yang bersifat sensasi, bukan yang biasa dan lumrah.Dengan itu akibatnya manusia berfikir mereka atau kesadaan hidup mereka lebih buruk lagi daripada yang sebenarnya.
• Disebutkanm juga bagaimana berlakunya perubahan tentang nilai-nilai yang asasi sebagaimana yang didapati daripada penyelidikan yang dilakukan .Tetapi dinyatakan bahawa “humjan nature is a constant”- sifat kemanusiaan itu tetap tidak berubahyang berubah ialah keutamaan yang diberikan kepada nilai-nilai.
• Dinyatakan bagaimana bila dilakukan penyelidikan tentang 60 buah masyarakat dunia berdasarkan suasana-suasana yang mewakili keadaan kebangsaan dala negara-negara berkenaan, maka didapati: nilai-nilai menunjukkan syarikat-syarikat gergasi merupakan prioriti tertinggi; bagaimanapun ada diberikan perhatian tinggi kepada kualiti hidup selain daripada fenomena bagaimana manusia tertarik kepada pelbagai macam aliran kerohanian yang ganjil-ganjil…(19).
• Kita boleh perhatikan pula bagaimana Amerika mengambil jalan mengadakan polisi hubungan luar yang bersifat lebih mementingkan kekuatan tentera untuk mengesankan pengaruhnya dalam hubungan antara bangsa selepas 11 September 2001.
• Dan motto mengesan dan menghapuskan golongan teroris atau pengganas yang ditujukan kepada umat Islaam menjadi agenda pentingnya.Berkaitan dengannya baharu sahaja negara itu menarik diri daripada perjanjian antarabangsa yang membataskan perbanyakan senjata nuklur di dunia.

Memperkuatkan Melayu di Zaman Globalisasi dan TMK:

Dalam hubungan dengan memperkuatkan kedudukan Melayu dalam menghadapi globalisasi dan zaman TMK ini ada beberapa perkara yang boleh kita fikirkan bersama antaranya ialah:

• Bagaimana Melayu yang agama Islam adalah sebahagian yang sebati dengan jatidirinya perlu mengingati dan meyakini hakikat bahawa Islam adalah agama yang ditakdirkan dari awal mula lagi untuk memperkasakan manusia dalam menghadapi globalisasi, sebab itu maka Tuhannya adalah “Tuhan sekelian alam” bukan Tuhan “kabilah kita” atau Tuhan “umat kita”.
• Berkaitan dengan itu ia perlu ingat dan yakini bahawa Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan sebagai “rahmat untuk seluruh alam” , bukannya untuk bangsa Arab atau mana-mana bangsa terpilih sahaja, bahkan ia membawa agama Islam “untuk seluruh umat manusia”(“kaffatan lin-nas”).
• Maka Islam hendaklah diyakini oleh Orang Melayu-bersekali dengan saudara-saudaranya bangsa lain dalam umat ini bahawa hidup ini memang berbentuk sejagat, dan hidup yang bersifat sejagat ini hendaklah dijadikan medan untuk menjayakan “Kalimah Tuhan” yang mengatasi segalanya, walau apa sekalipun yang dikatakan oleh falsafah pasca modenisma. Kesenangan dalam perdagangan dan komunikasi adalah alat atau wasilah untuk menjayakan Kalam Tuhan dan menjayakan kehidupan serta tamadun sebagai khalifah Tuhan di muka bumi dan sekaligus sebagai hambaNya.Maka dengan itu Orang Melayu hendaklah membuat persiapan dalam semua segi-iman, ilmu, kemahiran, akhlak, perhubungan, teknologi, dan rangakain menjayakan rancangan-francangan yang tersusun- supaya apa yang dilafazkannya dalam doanya selepas takbir dalam sembahyang terlaksana dalam hidup, negara dan budayanya yaitu doa yang bermaksud:”Sesungguhnya sembahyangku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah bagi AllahTuhan yang mentadbir sekelian alam”.
• Disamping membenarkanm globalisasi dan menerimanya, serta membuat persiapan untuk menghadapinya, hendaklah ia memainkan peranannya sebagai juara yang sewajarnya dengan kemampuannya untuk membuktikan dengan penghayatan bahawa masyarakat Islam adalah membayangkan “ummat yang terbaik yang dilahirkan untuk faedah umat manusia, kamu menyuruh kepada kebaikan dan kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”.
• Maka hendaklah dijaga dan dijayakan akidah Ahlis-Sunnahnya, hidup rohaninya, akhlaknya, aturan syariat agamanya, nililai unggulnya, penghayatan peribadi-peribadi unggul dalam tamadun dan sejarahnya, Perkara-perkara yang menyentuh jatidiri yang paling intim itu tidak boleh dibenarkan terpesong kerana tenaga-tenaga pasaran bebas.Ini perjuangan yang ia mesti hadapi untuk menjaga maruah diri dan agamanya serta maruah bangsa dan tamadunnya.
• Dalam bidang pendidikan dan ilmu ia mesti menguasai ilmu-ilmu agama yang memadai untuk dirinya-kalau ia bukan spesialis atau sarjana- supaya ia boleh hidup sebagai Muslim yang komited dan berdisiplin serta hendaklah ia mempelajari cara-cara membuktikan keindahan Islam dalam hidupnya, serta mampu membuktikan keindahan itu dalam percakapan dan perbuatan serta tingkah lakunya.
• Ilmu-ilmu semasa perlu dikuasainya setinggi mungkin, demi untuk kebaikan dirinya dan bangsanya, serta negaranya, sebab mengikut teori Ibn Khaldun sesuatu bangsa itu ilmu pengetahuan dan berfikirnya menjadi unggul dan tinggi—dan ia mencapai apa yang disebut sebagai al-‘aqlul-mazid atau akal tambahan—dengan mengalami pendedahan kepada ilmu-ilmu dan kemahiran serta percubaan-percubaan dalam budaya menetap yang tinggi.Dengan itu ia menjadi kuat.
• Hendaklah Melayu diberikan pendidikan dan ilmu-ilmu saintifik dan teknologi yang memadai demi untuk menjadikan masyarakat Islam mampu bersaing, tanpa keperluan meminta ehsan pihak lain, dengan itu ia membina tamadun dan peradabannya bersekali dengan rakan-rakannya terdiri daripada bangsa-bangsa yang berlainan agama membina kehidupan dan budaya serta hidup dengan harmonis dalam kepelbagaian agama dan budaya sebagaimana yang terjamin dalam perlembagaan.
• Kesepaduan ilmu-ilmu yang difahami antara ilmu-ilmu keagamaan dan ilmu-ilmu rasional boleh dilihat contohnya sebagaimana yang ada dalam “al-Muqaddimah” ibn Khaldun rh yang patut menjadi bahan telaah yang serius dalam pendidikan negara ini untuk memberi persiapan akal bagi menerima ilmu-ilmu dalam kesepaduannya.Dengan itu akan Melayu Muslim akan mendapat pemerkasaan melalui pemenafaatan teks ini.
• Melayu Muslim perlu menunjukkan contoh perpaduan sesama Islamnya terlebih dahulu baharu ia boleh mengajak pihak lain dengan cara yang meyakinkan dalam perpaduan kebangsaan untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.Ini dilakukan oleh Nabi s.a.w. bila baginda menyatupadukan Muslimin Arab dahulu dengan rakan-reakan mereka di Madinah, kemudian diadakan perjanjian dan perpaduan dengan Orang Yahudi dan lainnya yang dibebankan dengan tugas menjaga negara-kota Madinah sebagai tugas bersama.Untuk menjayakan hakikat ini maka usaha perlu dilakukan untuk menggantikan “budaya perang “(‘ a culture of war”) dalam masyarakat dengan “budaya kasihan belas” (“a culture of compassion” ) sebagaimana yang digambarkan dalam Quran dalam akhir Surah al-Fath.Sebagaimana yang saya suka selalu sebutkan bahawa teori ‘asabiyyah Ibn Khaldun perlu dijadikan asas teori menyatukan Melayu-Muslim untuk menjadi paksi perpaduan negara ini.Mereka yang terlibat dalam ilmu pengetahuan dan mereka dalam kalangan da’wah perlu menjadi “bumi menengah intelektuil dan moral” (“the intellectual and moral middle turf”) demi untuk menjayakan penyatupaduan umat secara berkesan.
• Nilai-nilai adat dan budaya yang bersesuaian dengan keyakinan dan agamanya hendaklah dijaga dan diteruskan penghayatannya sebagaimana yang terkandung dalam kata-kata terkenal:”Hidup bersendikan adat, adat bersendikan hukum dan hukum bersendikan kitab”.
• Perkara-perkara positif dalam globalisasi dan TMK hendaklah digarap dalam umat Islam dengan seperkasa mungkin sebagai rancangan nasional pada semua peringkat dan jurang antara mereka yang mengetahui dengan mereka yang tidak mengetahui TMK hendaklah dikurangkan.Kemenafaatan TKM perlu dicanangkan dengan cara seluas-luasnya dengan kerjasama semua pihak, termasuk warga pendidikan para pemimpin, aktivis masyarakat dan ulama.
• Ciri-ciri tambahan yang disebutkan dalam “Agenda Melayu” oleh Prof Dr Hashim Musa. INMIND, 2002 adalah relevan: pengembalian kepada faham alam (“world-view”) Melayu-Islam tentang Allah, alam, insan, sewajarnya; Islam sebagai “al-din” yang membina Muslim, mu’min, muhsin; keyakinan penuh kepada Allah sebagai Tuhan alam semesta dengan kelebihan yang didapati dalam hidup dengan keyakinan itu dalam masa susah dan senang; wawasan, misi, objektif, niat, dan strategi yang sah benarnya mengikut hukum agama tanpa manipulasi dan keingkaran; nilai tertinggi manusiawi mengikut akhlak yang luhur mengatasi bangsa dan warna kulit; kehidupan yang berada dalam “tawazun” antara rohani-jasmani, dunia akhirat, ilmu, maklumat dan kebijaksanaan,kemahiran, kepakaran, fardhu ain dan fardhu kifayah.
• Keperluan itu semua adalah berlaku dalam rangka epistemologi Sunni dengan akidahnya, dengan Syariatnya bermazhab Syafi’I, misalnya, ajaran rohani, akhlak dan isyarat falsafah dan pemikiran seperti dalam ajaran al-Ghazali, dan aspek-aspek ketamadunan dan budaya serta perkembangan intelektuil seperti yang diajarkan oleh ibn Khaldun rh, dengan tambahan-tambahan seperlunya dari penulisan klasik atau moden yang berguna.Dalam hubungan dengan pemikiran dalam agama maka hendaklah dikecualikan Dunia Melayu daripada pemikiran teologi dan yang berkaitan dengannya daripada cara pemahaman yang lain daripada ijma’ dalam epistemologi Sunni dan yang bersifat “divisive” apa lagi yang menimbulkan sikap kombatif dan bukan sikap “an-nasihah” dalam menghadapi waliul-amri.rtinya kerja membina umat ini dan perpaduannya ada dimensi teologi padanya selain daripada usaha-usaha lain.
• Pemerkasaan itu juga mesti berlaku dengan penyelesaian kelemahan-kelemahan yang menghantui Orang Melayu dalam beberapa perkara gejala buruk, seperti yang disebut dalam sumber yang sama, menukil pendapat Prof Dr Mohd Kamal Hassan:pegangan dan amalan hidup liberal, materialistik, sekular yang negatif, gaya hidup menunjuk-nunjuk, sindrom politik wang (yang disebut oleh ibn Khadun berlaku bila tamadun menurun), kelemahan moral (juga disebut oleh Ibn Khaldun), dengan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya, amalan dan sikap tuan-hamba (patron-client), gejala lepak dan salah laku muda-mudi, sindrom pencapain rendah, sindrom pergantungan, sikap mengelak matematik dan sains (Ibn Khaldun menyebutkan matematik menjadikan penggemar dan orang yang mahir di dalamnya orang-orang yang cerdik dan pintar), kecenderungan hendakkan sesuatu dengan segera tidak sabar dan tekun, tidak menghargai masa dengan kegiatan-kegiatan tidak berfaedah (walhal dalam perhimpunan dibaca Surah Wal-‘Asri), keyakinan terhadap akhirat yang disalahtafsirkan sampai kurangnya amalan kebajikan kemasyarakatan, akhlak, umat, dan konsep takdir yang disalahtafsirkan, kepercayaan kepada takhayyul, gejala fitnah dan umpatan, amalan ajaran sesat.
• Boleh ditambahkan dalam senarai di atas, walaupun implikasinya sudah ada: yaitu budaya berfikir secara teratur, tersusun dan objektif yang perlu dijadikan budaya yang diamalkan dengan berkesan, dengan dimulakan dari awal lagi disekolah dan di pusat pengajian melalui latihan-latihan.Ibn Khaldun mengambil berat tentang budaya berfikir teratur dan bermatlamat ini.
• Juga boleh ditambah budaya membaca bahan-bahan yang serius dan berguna dan budaya suka membuat catitan dan menulis; orang yang terlibat dalam proses menulis adalah orang yang melibatkan diri dalam proses penyempurnaan zat insaniahnya, sekaligua ia sedang melakukan usaha membina tamadun.Perlu difikir: bagaimana berkembang tamadun ilmu kalau orang tidak serius belajar? Bagaimana boleh berkembang ilmu kalau tidak ada buku yang ditulis? Kalau tidak dibiasakan menulis bagaimanakah akan ada tulisan? Untuk menulis pula perlu ada ilmu dan pemikiran.Demikian seterusnya.
• Juga boleh ditambah budaya jimat cermat perlu dihidupkan di kalangan mereka yang hartawan selain daripada orang biasa.Pengajaran dalam buku “The Millionaire Mind”(20) yang menyebut tentang budaya milionair Amerikayang berhemat dalam berbelanja, tidak menunjukkan kemewahan hidup, berdisiplin, kasihkan nilai-nilai kekeluargaan, khidmat sosial, cekap menmgurus kejayaan mereka, demikian seterusnya yang banyak persamaannya dengan ajaran Islam tentang adab-adab mereka yang berharta, perlu menjadi panduan dalam masyarakat Islam, untuk sasana semasa, selain daripada panduan Quran dan Sunnah.
• Dalam rangka yang lebih luas Dunia Melayu perlu bersama dengan tamadun-tamadu Asia lain dalam membina kekuatan menjaga jatidiri berpaksikan nilai-nilai Asia dalam menghadapi penghakisan nilai-nilai sarwajagat yang ada dalam tamadun Asia supaya dengan itu kekuatan dan keberkesanan akan menjadi lebih mantap dalam perjuangan.Wallahu a’lam.

Nota hujung:

(1) Syakih Daud al-Fatani, “Ad-Durruth-Thamin” bahagian awalnya, juga Syaikh Zainal-Abidin al-Fatani, “Aqidatun-Najin, bahagian awalnya.

(2) “at-Tamhid”, edisi Kahirah oleh Mustafa Abd al-Raziq, bahagian mukaddimah.
(3) sumber sama.
(4) “al-Muqaddimah” oleh Ibn Khaldun, terj.Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm.525-526 dan halaman-halaman lainnya tentang “akal”.
(5)hlm267
(6)“Aadiqatul-Azhar”, edisi Wan Mohd Shaghir Abdullah, hlm.223
(7)hlm.4
(8)Yang boleh dilihat dalam sukatan pelajaran sekarang di sekolah-sekolah.
(9)1992, Kuala Lumpur, hlm.53-54.
(10)sumber sama.
(11)hlm xi.
(12)Ibn Khaldun, “al-Muqaddimah”, DBP, hlm.144-147
(13)Lih.laman web Drs Ruud Lubbers-definitions of globalisation_lexicon.files.html
(14)sama
(15)“Berita Harian”, 26/5/2001
(16)“Globalisation and the New Realities”, oleh Dr Mahathir Mohamad, Pelanduk Publications, 2002.
(17)Dalam”Globalisation: The Perspectives and Experiences of the Religious Traditions of Asia Pacific”, (eds) Joseph A.Camilleri & Chandra Muzaffar, International Movement for A Just World, Petaling Jaya, 1998, hlm 180-186.
(18)www.csis.org/gt2005/conf0898html;…org/gt2005/papers.html
(19)“Papers and Conferences”, Global Trends 2005.A Future Trends Conference, http://www.csis.org/gt2005/conf08146.html
(20)oleh Thomas J.Stanley, Ph.D., Andrews McMeel Publishing, Kansas City, 2001.

Pengaruh dan pemikiran Saidina Ali di Alam Melayu

dipetik dari Utusan Malaysia (http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm)

DALAM surat sebaran Borang Pendaftaran Seminar Khazanah Pemikiran Islam yang dianjurkan oleh InfoTaiment Enterprise, pada 21 Julai 1996, jelas disebutkan, “Di dalam Perspektif Sejarah Islam di Alam Melayu, Saidina Ali lebih ditonjolkan sebagai manusia yang perkasa …” Mengenai yang tersebut adalah merupakan pengaruh sebuah hikayat yang tidak diketahui nama pengarangnya, hikayat tersebut dikenali dengan judul Hikayat Ali Hanafiyah. Hikayat tersebut terdapat beberapa versi, ditulis dalam tulisan Melayu/Jawi dan sejak dulu telah diusahakan penglatinan/pengrumiannya.

Dalam ruangan ini penulis tidak akan membicarakan perkara yang sudah cukup banyak dikenal oleh masyarakat, terutama oleh para pengkaji sastera, tetapi cuba untuk memperkenalkan tulisan-tulisan klasik yang bersumberkan dari beberapa tulisan para ulama’ alam Melayu sendiri. Ini bererti adalah merupakan sumber yang kukuh jika dibandingkan dengan Hikayat Ali Hanafiyah yang tidak jelas nama pengarang yang disebutkan di atas.

Sungguhpun demikian yang ditulis oleh para ulama’ bukanlah merupakan kitab yang khusus membicarakan seluruh aspek yang bersangkutpaut dengan Saidina Ali, tetapi adalah merupakan tulisan-tulisan yang dimasukkan dalam karya-karya dalam berbagai-bagai disiplin ilmu, terutama: tarikh, akidah dan tasauf. Selain itu juga dalam karya-karya berupa fiqh, hadis, dan lain-lain.

Pengaruh Saidina Ali di Alam Melayu boleh dikatakan sangat besar, meliputi dalam berbagai-bagai jurusan. Bermula dari pengaruh beliau sendiri hinggalah keturunan-keturunannya sebagai penyebar Islam di alam Melayu, dan juga mereka telah berhasil menjadi sultan (ketua pemerintahan) dalam banyak kerajaan di alam Melayu ini.

Untuk menulis tentang pengaruh beliau di alam Melayu tidaklah begitu sukar, tetapi untuk mengemukakan pemikiran beliau memang merupakan persoalan yang sukar jika kita tidak tekun dalam dunia pengkajian.

Adapun mengenai pemikiran keturunan beliau juga bukanlah persoalan yang sukar sangat untuk membuktikannya, tidak dapat kita nafikan bahawa sangat ramai keturunan Saidina Ali di Alam Melayu menjadi ulama yang mengarang kitab.

Sebagai contoh termasuk Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari, Sheikh Abdus Samad al-Falimbani, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Sheikh Nawawi al-Bantani, Sheikh Abdul Hamid Kudus dan ramai lagi, adalah ulama-ulama besar Alam Melayu yang nasabnya bersambung kepada Saidina Ali bin Abi Talib.

Dua nama yang tidak terdapat pada sahabat- sahabat selain beliau

Terdapat dua sebutan atau gelaran yang ada pada Saidina Ali yang tidak terdapat pada para sahabat Nabi Muhammad SAW, yang dimaksudkan barangkali bukan hanya dunia Melayu saja, tetapi juga di seluruh dunia Islam.

Dua nama itu ialah: “Karramallahu wajhah”, dan “Imam Masyariq wal Magharib”.

Mengenai gelaran pertama di hujung nama Saidina Ali dengan “Karramallahu wajhah”, memang tidak pernah digunakan untuk sekian ramai sahabat Nabi Muhammad SAW, gelaran tersebut khusus untuk beliau seorang saja.

Untuk sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW selain Saidina Ali, sama saja baik memangku pangkat tertinggi sebagai khalifah mahupun sebagai sahabat biasa, hanya menggunakan nama “Radhiyallahu ‘anhu”.

Kebanyakan karya ulama tradisional Melayu, dalam apa saja disiplin ilmu yang mereka tulis, apabila terdapat nama Saidina Ali adalah memakai nama “Karramallahu wajhah” itu. Bahkan demikian juga jika kita buka semua kitab-kitab golongan sunni selain yang ditulis oleh ulama Alam Melayu.

Sama ada disedari mahu pun tidak, diakui ataupun tidak, ini adalah satu bukti bahawa Saidina Ali bin Abi Talib, memang ada ciri khas daripada sahabat-sahabat yang lain. Bahawa beliau mendapat tempat tersendiri di dalam perasaan lubuk hati yang tersembunyi umat Islam dunia Melayu khasnya dan umat Islam antarabangsa amnya.

Bahkan kadang-kadang sewaktu tuan guru-tuan guru Melayu mengajar dijelaskan juga sebab-sebab dinamakan dengan “Karramallahu wajhah” itu, iaitu dua sebab. Pertama: Kerana beliau seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang tidak pernah menyembah berhala semenjak kecil dan beliau masuk Islam secara fitrah sejak kecil lagi. Sebab yang kedua ialah: bahawa Saidina Ali bin Abi Talib tidak pernah melihat kemaluannya sendiri.

Gelaran yang sangat menonjol untuk Saidina Ali yang kedua ialah: “Imam Masyariq wal Magharib”, yang membawa maksud; Imam seluruh kawasan timur dan barat. Gelaran ini pun tidak pernah wujud untuk sahabat-sahabat yang lain selain beliau. Sebelum munculnya era pembaharuan Islam di Alam Melayu, sebutan itu sentiasa dibaca dalam khutbah yang kedua setiap hari Jumaat.

Sehingga sekarang pun sebutan itu di beberapa tempat di Alam Melayu yang masih belum begitu terserap pengaruh pembaharuan tajdid masih digunakan dalam khutbah yang kedua setiap hari Jumaat. Mengenai ini juga dapat diambil kira sebagai pengaruh Saidina Ali yang begitu besar bagi masyarakat Islam dunia Melayu sehingga tetap mengakui sebagai “Imam Timur dan Barat”.

Keagungan nama dalam karya sejarah

Sejarah kelahiran Nabi Muhammad SAW sangat banyak dihasilkan oleh ulama Alam Melayu, tetapi sejarah yang bercorak lengkap mulai lahir hingga wafat boleh dikatakan sangat langka. Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani boleh dikatakan termasuk dalam kategori ulama Alam Melayu peringkat awal menulis sejarah Nabi Muhammad SAW mulai lahir hingga wafat.

Terkumpul dalam kitab berjudul, Badrut Tamam wan Nujumuts Tsawaqib, diselesaikan 9 Rabiulakhir 1307 H di Mekah, bahawa Fasal Yang Kedua membicarakan: “Manaqib Saidatina Fatimah Radhiyallahu ‘anha”. Diikuti dengan Fasal Yang Ketiga mengenai: “Manaqib Dua Penghulu Sekelian Orang Muda-muda Ahli Syurga Saidina Hasan dan Saidina Husein Radhiyallahu ‘anhuma”, dan yang terakhir sekali, iaitu Fasal Yang Ketujuh mengenai: “Manaqib Panglima Yang Amat Berani Saidina Ali Karramahullahu Wajhah”.

Kitab yang memperkenalkan kehebatan Saidina Ali pula ialah karya berjudul, Nurul Anwar, diselesaikan pada 16 Rejab 1320 di Thaif, oleh Sheikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani.

Dalam karya ini separuh daripada kandungannya menceritakan kisah Saidina Ali. Judul-judul perbicaraan ialah “Fasal Saidina Ali Islam Dalam Usia 13 Tahun”, “Fasal Saidina Ali Mempunya Perkataan Jadi Pengajaran”, “Fasal Setengah Daripada Berani Perang Saidina Ali”, “Fasal Perang Jamal, “Fasal Perang Siffin”, “Fasal Bersangat Besar Berperang Dan Sebab Jatuh Berbaik Antara Dua Askar”, dan “Fasal Menyatakan Perang Saidina Ali Akan Orang Khawarij”.

Penulis akui sebelum kedua-dua karya tersebut, memang telah ditulis banyak maklumat mengenai Saiyidina Ali dalam bahasa Melayu ditulis oleh Seikh Daud bin Abdullah al-Fathani, tetapi bukan merupakan dalam karya sejarah yang khusus melainkan ditempatkan dalam karya-karya akidah.

Dalam Fathul Mannan, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani mengawali perbahasan mengenai Saidina Ali, beliau menulis, “… adalah kuniyahnya Abul Hasan dan Abu Turab anak Abi Talib anak Abdil Mutalib anak Hasyim anak Abdi Manaf. Dan ibunya Fatimah binti Asad anak Hasyim anak Abdi Manaf. Dan Islam ia padahal umurnya tujuh tahun, kata qil sembilan [tahun], kata qil sepuluh tahun …”.

Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani menyebut juga bahawa anak Saidina Ali semuanya 15 orang lelaki dan 19 perempuan, jadi jumlah semua 34 orang. Mereka ialah: Hasan, Husein, Muhsin, Zainab, Ummu Kaltsum, ibu mereka ialah Saidatina Fatimah. Muhammad Akbar, Muhammad Hanafiyah, Abdullah, Abu Bakar, ibu mereka ialah Laili. Abbas, Utsman, Ja’far, Abdullah, ibu mereka ialah Ummul Banin anak Hazam. Muhammad Asghar, ibunya adalah dari seorang sahaya. Yahya, Aun ibunya ialah Asma’ binti Umaisy. Umar Akbar, Ruqaiyah, ibunya ialah Sahba’.

Muhammad al-Ausat, ibunya ialah Umamah binti Abil ‘As. Ummul Husein, Ramlah, ibunya Ummu Sa‘id binti Urwah. Umamah, Khadijah, Ummul Kiram, Ummu Ja‘far, Humanah/Jumanah, Nafisah dan seorang lagi anak beliau yang perempuan mati kecil (Fathul Mannan, hlm 35). Walaupun jumlah sebenarnya 34 orang, tetapi yang disebut oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam kitab tersebut hanya 27 orang saja.

Sungguhpun kitab Badrut Tamam karya Sheikh Ahmad al-Fathani tidak begitu tebal, namun terdapat beberapa riwayat yang menarik dan jarang dijumpai dalam buku-buku moden sekarang ini.

Di antara peranan Saidina Ali yang diceritakan dalam Badrut Tamam, yang masih berpengaruh kepada masyarakat Alam Melayu, dan banyak diceritakan orang ialah peristiwa ketika Rasulullah akan berhijrah dari Mekah ke Madinah yang pada malam itu ditugaskan Saidina Ali mengganti beliau tidur di atas tempat tidur baginda. Sheikh Ahmad al-Fathani dalam memaparkan cerita tersebut merujuk kepada perkataan Ibnu Ishaq (Badrut Tamam, ibid hlm. 19).

Dalam Badrut Tamam juga Sheikh Ahmad al-Fathani menceritakan peranan Saidina Ali dalam upacara ketika baginda Rasullullah wafat. Beliau menulis, “Dan memandikan dia SAW oleh Saidina Ali bin Abi Talib, dan Saidina al-Abbas bin Abdul Mutalib, dan al-Fadhal bin al-Abbas, dan Qatsam bin al-Abbas, dan Usamah bin Zaid dan Syaqran sahaya Rasulallah SAW.

“Maka adalah Saidina Ali menyandarkan dia dan membasuhkan dia. Dan al-Abbas, dan al-Fadhal, dan Qatsam membalik-balikan dia. Dan Usamah dan Syaqran menuangkan air atasnya. Dan sekalian mata mereka itu dibarutkan.

“Diriwayatkan daripada Saidina Ali, bahawasanya berkata ia, “Telah berwasiat akan daku oleh Rasulullah, bahawa tiada memandikan dia lain daripadaku. Maka bahawasanya tiada melihat seseorang akan auratku, melainkan dihimpuskan dua matanya” (Badrut Tamam, hlm. 25).

Ketika mengkebumikan Nabi Muhammad SAW, menurunkannya ke kubur juga dilaksanakan oleh Saidina Ali bin Abi Talib, yang dibantu oleh al-Abbas, al-Fadhal, Qatsam dan Aus bin Khauli nenek Bani ‘Auf. (Badrut Tamam, hlm. 26).

Memperhatikan riwayat di atas dapat dinilai bahawa Saidina Ali adalah berperanan terhadap Rasulullah dalam keseluruhan perjuangan beliau, sama ada ketika hidup hinggalah tamat riwayat baginda.

Perkara yang dipetik tersebut adalah termaktub dalam Fasal Pertama Badrut Tamam, ada pun pada bahagian biografi Saidina Ali sendiri (Fasal Ketujuh dalam Badrut Tamam) lebih banyak maklumat mengenai Saidina Ali. Dimulai daripada beliau di dalam kandungan sehingga kewafatannya.

Adapun Nurul Anwar karya Sheikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani nampaknya lebih banyak memperkenalkan peperangan-peperangan yang diperanani oleh Saidina Ali, sama ada peperangan itu bersama-sama Rasulullah SAW ataupun peperangan yang dipimpin oleh Saidina Ali sendiri.

Sangat banyak juga perkara yang disebutkan oleh Sheikh Utsman al-Funtiani yang tidak tersebut dalam buku-buku sejarah Islam moden. Ini sebagai bukti pembacaan ulama silam dunia Melayu memang luas.

Di antara yang menarik bagi penulis, bahawa disebut dengan jelas nama musuhnya setiap peperangan yang terjadi antara Saidina Ali dengan lawannya. Dalam peristiwa perang antara pihak penyokong Saidina Ali dengan Mu’awiyah bin Abi Sufyan, nampaknya sangat lengkap nama disebut satu persatu. Bererti daripada kitab ini kita dapat menyenaraikan siapa di antara sahabat Nabi Muhammad SAW yang menjadi penyokong Saidina Ali dan siapa pula sebagai penyokong Mu’awiyah.

Demikian halnya perselisihan antara Saidina Ali dengan Saidatina Aisyah r.a semua yang berpihak dan penentang disebut dengan jelas. Dalam sekian banyak kitab Melayu/Jawi dalam kajian penulis, kitab Nurul Anwar tersebut adalah satu-satunya kitab yang membicarakan perkara itu.

Bahkan bagi pengamatan penulis bahawa sampai sekarang buku yang ditulis dalam bahasa Indonesia atau Melayu moden memang belum dijumpai perbicaraan yang agak jelas seperti itu.

Penutup

Perbicaraan mengenai pengaruh dan pemikiran Saidina Ali di alam Melayu ini masih banyak yang perlu diperkenalkan lagi.

Oleh itu disebabkan keterbatasan ruangan ini, maka perbicaraan tersebut pula akan dilanjutkan pada keluaran seterusnya dengan menyentuh mengenai nama Saidina Ali dalam karya-karya Melayu pada konteks hadis Nabi SAW pada konteks ilmu kalam dan pada konteks ilmu tasawuf.

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Komen »

Pengumuman: Seminar Kepimpinan Umat

SEMINAR KEPIMPINAN UMAT

Anjuran Pertubuhan MUAFAKAT Sejahtera Masyarakat Malaysia

Bertema:

“Empat Cabang Kepimpinan Umat Sebagai Tunggak Kesejahteraan Masyarakat: Ulama, Umara, Syuhada dan Salihin”

Pada: 14 Mac 2009 (Sabtu) -8:30 pagi – 1:00 tgh

Tempat:

Dewan Persidangan Kulliyyah Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor

.

Aturcara Majlis:

8:30 pagi: Pendaftaran peserta [serta minuman ringan]

9:00 pagi: Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Qur’an

Ucapan Aluan Pengerusi Seminar

9:20 pagi: Ucapan Dasar serta pembentangan kertas-kerja oleh Presiden MUAFAKAT

Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar:

“Empat Cabang Kepimpinan Umat Sebagai Tunggak Kesejahteraan Masyarakat: Ulama, Umara, Syuhada dan Salihin”

10:10 pagi: Perbincangan Panel: YBhg. Ustaz Muhammad Uthman El_Muhammady (ISTAC) dan YBhg. Dr. Marzuki Mohamad (UIAM)

12:00 tgh: Sesi Soal Jawab

1:00 tgh: Makan tengahari

.

Semua dijemput hadir


*******************************************************

Untuk maklumat lanjut:

telefon/SMS kepada Sdr. Wan Burhan bin Wan Ismail – 016-395 6497

emel: muafakat_malaysia@yahoo.com

Penulisan hadis tokoh ulama nusantara

MAKAM Sheikh Ibnu Hajar Al-Asqalani seorang ulama masyhur dalam bidang ilmu hadis.



sumber: Utusan Malaysia – 9 Mac 2009

TOKOH-tokoh ulama yang dibicarakan ini masih lagi berkisar tentang keterlibatan mereka dalam penulisan ilmu hadis. Sebelumnya, telah diperkenalkan beberapa ulama-ulama Nusantara yang juga menghasilkan penulisan-penulisan sedemikian, antaranya iaitu: Sheikh Abdullah Bin Abdul Mubin al-Fathani, Sheikh Daud Bin Abdullah al-Fathani, Sheikh Nawawi al-Bantani, Sheikh Wan Ali Kutan Kelantan, dan Sheikh Ahmad al-Fathani.

Kesinambungan daripada itu, dibicarakan pula sebahagian lagi tokoh ulama yang juga terlibat dalam penulisan ilmu tersebut. Perlu dijelaskan bahawa sekelian tokoh ulama yang dibicarakan berkaitan penulisan hadis ini pernah diperkenalkan secara khusus sebelumnya. Namun perbicaraan ini pula hanya tertumpu pada penulisan hadis dan perkembangannya.

Penulisan Hadis

lSheikh Ahmad LinggaUlama yang berasal dari Riau-Lingga yang menghasilkan beberapa buah karangan ini nama lengkapnya ialah Sheikh Ahmad bin Muhammad Yunus Lingga. Salah sebuah daripada karangannya ialah mengenai hadis yang diberinya judul Nashihatu Ahlil Wafa ‘ala Washiyatil Mushthafa, yang diselesaikan di Mekah, pada hari Sabtu, 11 Syawal 1312 H/1895 M. Ia merupakan terjemahan wasiat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali Karamahullahu Wajhah yang pertama dalam bahasa Melayu.

lSheikh Utsman PontianakNama lengkap beliau ialah Sheikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani al-Banjari, merupakan salah seorang ulama yang berasal dari Pontianak, berketurunan ulama Banjar, yang juga menghasilkan beberapa buah karangan.Karangan beliau mengenai hadis ialah Irsyadul ‘Ibad Penjaga Dan Bekal Hari Akhirat, disingkat Irsyadul ‘Ibad, yang diselesaikan tahun 1324 H/1906 M, juga dicetak dalam tahun itu oleh Matba’ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah. Kitab tersebut adalah terjemahan daripada kitab Munabbihat ‘alal Isti’dadi li Yaumil Ma’ad karya Sheikh Ibnu Hajar al-’Asqalani. Irsyadul ‘Ibad merupakan terjemahan secara lengkap kitab tersebut yang dilakukan oleh Sheikh Utsman Pontianak, kitab yang sama pernah diterjemahkan oleh Sheikh Ahmad al-Fathani tetapi hanya dipilih beberapa hadis saja. Pilihan hadis dari kitab Sheikh Ibnu Hajar al-Asqalani oleh Sheikh Ahmad al-Fathani itu dimuat pada beberapa halaman Hadiqatul Azhar. Kitab yang sama juga pernah dibahas oleh Sheikh Nawawi al-Bantani yang diberi judul Nashaihul ‘Ibad yang telah dibicarakan sebelumnya.

lSheikh Mahfuz At-TarmasiUlama yang berasal dari Termas ini menghasilkan beberapa kitab dalam bahasa Arab, karyanya dalam bentuk yang tebal. Nama lengkapnya ialah: Sheikh Muhammad Mahfuz ibnu al-’Allamah al-Haji Abdullah ibnu al-Allamah al-Haji Abdul Mannan at-Tarmasi. Lahir tahun 1285 H/1868 M di Termas, Jawa Tengah. Dalam karyanya judul Kifayatul Mustafid lima ‘Ala minal Asanid, disingkat Kifayatul Mustafid membicarakan berbagai-bagai sanad. Pada halaman 10 sehingga halaman 19, khusus membicarakan sanad-sanad ilmu hadis mulai beliau, gurunya, hingga kepada yang lebih atas.Mengenai Al-Jami’ Shahih Bukhari pula, beliau khatam sebanyak empat kali, belajar kepada beberapa ulama dengan sanad yang berbeza-beza. Beliau pelajari hadis tersebut kepada Saiyid Abu Bakar Syatha (1266 H/1849 M-1310 H/1892 M), melalui sanad Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan (1231 H/1815 M-1304 H/1886 M) hingga sampai kepada Imam Bukhari. Kitab hadis yang sama beliau belajar kepada Saiyid Husein ibnu Saiyid Muhammad al-Habsyi. Saiyid Husein al-Habsyi belajar kepada ayahnya Saiyid Muhammad bin Saiyid Husein al-Habsyi melalui sanad Sheikh Umar bin Abdul Karim bin Abdur Rasul al-Athar hingga sampai kepada Imam Bukhari. Beliau juga belajar kitab Shahih Muslim, Sunan Ibnu Majah, Musnad Imam Abi Hanifah, Musnad Imam Syafi’ie, Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, Mukhtasar Abi Jamrah, Asy-Syifa’, Al-Arba’un an-Nawawiyah, Asy-Syamail juga kepada Saiyid Abu Bakar Syatha yang tersebut. Sunan Abi Daud dan Muwaththa’ Imam Malik kepada Saiyid Muhammad Amin Ridhwan al-Madani di Madinah.Sunan Tarmizi dan Sunan Nasai. kepada Sheikh Muhammad Sa’id Babshail, dan lain-lain yang belum disebutkan. Semua penerimaan ilmu hadis itu dibicarakan dengan sanad sampai kepada pengarang sesuatu kitab itu, sanad-sanad itu ada yang sama dan ada yang berbeza-beza pengambilannya. Karya Sheikh Muhammad Mahfuz Termas tentang hadis yang agak besar ialah Manhaj Zawin Nazhar, yang pernah dicetak berkali-kali di Mekah dan Surabaya.

lSheikh Husein KedahUlama keturunan Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari yang berdomisil di Kedah ini tercatat nama pada karya-karyanya ialah Sheikh Husein Nashir bin Muhammad Thaiyib al-Mas’udi al-Banjari al-Qadhi. Nama popular disebut Tuan Husein Kedah. Di antara karya-karyanya yang banyak terdapat sebuah karya hadis yang diberi judul Terjemah Hadis Jawahirul Bukhari. Belum diketahui tahun berapa karya ini beliau selesaikan kerana yang terdapat pada penulis hanya juzuk yang pertama sama. Cetakan pertama oleh Al-Maktabah Az-Zainiyah, Taiping, Perak, 1350 H. Pada mukadimah, Tuan Husein Kedah menyebut bahawa beliau terjemahkan daripada segala lafaz Hadis Jawahiril Bukhari dan sebahagian daripada Syarh al-Qastalani yang telah disebarkan oleh ulama Mesir moden, iaitu Sheikh al-Allamah Mustafa Muhammad Imarah al-Masriyah daripada kitab Hadiqatul Ahadisil Bukhari, lebih 700 hadis yang sahih sekeliannya. Tuan Husein menyebut judul sebenar terjemahannya itu dengan Tazkir Qabailil Qadhi fi Tarjamatil Bukhari. Hadis-hadis yang dibicarakan di dalam kitab ini sebahagian besarnya adalah sama dengan yang terkandung dalam Mukhthasar Ibnu Abi Jamrah. Terjemahan kitab ini juga terdapat dalam bahasa Melayu yang diusahakan oleh Mustafa Abdur Rahman Mahmud, 1369 H/1950 M yang diberi kata pengantar oleh Sheikh Abdullah Fahim.Walau bagaimanapun, susunan dan model terjemahan kedua-dua kitab tersebut adalah tidak sama. Terjemahan Mustafa Abdur Rahman Mahmud lebih banyak merujuk kepada Hasyiyah ‘ala Mukhtashar Ibnu Abi Jamrah lil Bukhari oleh al-Alim al-Allamah Sheikh Syinwani yang pernah dinobatkan sebagai Sheikhul Islam Universiti Al-Azhar.

lSheikh Utsman Jalaluddin Al-KalantaniUlama yang berasal dari Kelantan ini adalah murid Tok Kenali. Daripada sekian banyak karya beliau, dijumpai juga bahasannya mengenai hadis. Dalam karyanya berjudul Mathali’ul Anwar wa Majami’ul Azhar, disingkat Mathali’ul Anwar. Juzuk yang pertama merupakan bahasan asal-usul ilmu-ilmu keislaman. Mulai halaman 33 pula membahas ilmu-ilmu hadis. Bahasan ini sangat menarik kerana beliau membandingkan dengan aliran mazhab dalam satu segi. Pada segi yang lain beliau membela mazhab fiqh, yang sebenarnya; tokoh-tokoh terutama imam yang empat orang sebagai Mujtahid Muthlaq adalah tidak terlepas daripada keterlibatan mereka daripada sumber al-Quran dan hadis. Syeikh Utsman Jalaluddin al-Kalantani memulakan penulisan hadisnya dengan memperkenalkan 10 yang dianggap sebagai orang pertama menghimpunkan (menulis) hadis, mereka ialah:- Imam Malik bin Anas di Madinah- Abdullah bin Abdul Aziz bin Juraih di Mekah- Sufyan ats-Tsauri di Kufah- Hammad bin Salamah di Basrah- Sai’id bin Abi ‘Arubah – Husyaim bin Basyir di negeri Wasit- Abdur Rahman Auza’i di Syam- Ma’mar bin Rasyid di Yaman- Abdullah bin al-Mubarak di Khurasan- Jarir bin Abdul Hamid di negeri Raiy

lMenurut beliau, “Dan adalah demikian itu di dalam kurun yang kedua, maka ialah tahun 145H”. Sheikh Utsman Jalaluddin al-Kalantani, menyebut pula thabaqat ulama hadis sesudah itu dengan kemunculan dua tokoh, iaitu:- Abu Abdullah Muhammad bin Ismail al- Bukhari, wafat 256 H-Muslim bin al-Hajjaj an-Nisaburi, wafat 261 H.

lSelanjutnya, kata beliau, “… dan mengaranglah seumpamanya empat orang”:- Abu Daud Sulaiman bin Asy’ab Sijistani, wafat 275 H- Abu Isa Muhammad bin Isa as-Sulami, wafat 279 H- Abu Abdullah Muhammad bin Yazid Qazwini (Ibnu Majah), wafat 273 H- Abu Abdur Rahman Ahmad bin Sa’id Nasa’i, wafat 303 H.

lKarya enam orang yang tersebut dikenali dengan Kitabus Sittah (Kitab yang enam). Menurut beliau pula, tidak dapat dinafikan bahawa untuk memastikan sesuatu hadis benar-benar sahih adalah melalui liku-liku yang sangat sukar, kecuali apabila bersungguh-sungguh membuat penelitian terhadapnya. Oleh itu terjadilah perdebatan pada hadis dalam dua perkara:- Adakah hadis itu suatu asal daripada segala asal bagi menjalankan syariat yang dibangsakan kepada Islam, lagi yang menyempurnakan bagi Quran yang mulia.- Apabila kita berkata bahawasanya hadis itu ialah asal, maka apalah jalan bagi kita memegangnya.

lKedua-dua kemusykilan di atas dijawab oleh Sheikh Utsman Jalaluddin bahawa pada kemusykilan yang pertama, “Maka bahawasanya [ada] kaum meninggallah oleh mereka itu akan hadis-hadis sekaliannya dan menyimpan oleh mereka itu di atas Quran jua”. Kemusykilan yang kedua, menurut beliau, bahawa Imam Syafie dalam Al-Umm, suatu bab pada juzuk yang ketujuh akan tanda bagi bab berbantah-bantahan. Dilihat bahawa Sheikh Utsman Jalaluddin tidak sependapat dengan golongan yang tidak mahu menggunakan qias dan istihsan. Ini sangat jelas pada tulisan beliau, “Sungguhnya adalah segala sahabat dan tabien itu apabila tiada mendapat oleh mereka itu akan nas di dalam Quran dan tiada di dalam hadis Nabi SAW nescaya bersandarlah mereka itu kepada barang yang mendengar oleh mereka itu akan dia pada fikiran ijtihad…””Dan sungguhnya segala yang beramal dengan qias dan istihsan itu ialah salaf yang soleh-soleh daripada yang besar-besar daripada segala sahabat seperti Saiyidina Umar pada daur yang pertama, dan Ibnu Abbas pada daur yang kedua, dan Rabi’ah dan Ibrahim Nakha’ie pada tabien. Maka betapalah kaum kami meninggal akan qias dan istihsan? Adakah kaum kami terlebih alim daripada mereka itu?Sebab-sebab Sheikh Utsman Jalaluddin menulis kalimat di atas adalah pada zaman itu mulai hangatnya perselisihan pendapat (khilafiyah) di seluruh Asia Tenggara, maka timbullah istilah “Kaum Tua” dan “Kaum Muda”. Golongan Kaum Tua berpegang kepada salah satu mazhab, terutamanya Mazhab Syafie, sedang Kaum Muda mendakwa hanya berpegang kepada al-Quran dan hadis sahaja. Apabila kita teliti, segolongan besar manusia hanyalah pengakuan saja berdasarkan al-Quran dan hadis, yang sebenarnya hanyalah berpegang dengan kehendak diri sendiri atau nafsu semata-mata. Hanya pengakuan saja berdasarkan al-Quran dan hadis, sedangkan pengetahuan yang menyeluruh mengenai kedua-duanya itu belum dikuasai sepenuhnya. Maka pengakuan demikian adalah satu pembohongan semata-mata atau tertipu dengan diri sendiri. Sangat ramai ulama terdahulu yang pengetahuannya sangat luas dan mendalam termasuk ahli dalam hadis seperti Imam Nawawi, Sheikh Ibnu Hajar dan lain-lain sedangkan mereka tidak juga berlepas daripada mazhab. Oleh itu, semua ulama tradisional Asia Tenggara sungguhpun mereka sangat dalam pengetahuannya tentang hadis, namun mereka tetap berpegang kepada Mazhab Syafie dalam fiqh, Ahlus Sunnah wal Jamaah aliran Sheikh Abu Hasan al-Asy’ari dan Abu Mansur al-Maturidi dalam akidah, mengikut ulama-ulama sufi yang muktabar dalam amalan tasawuf dan tarekat.

lSheikh Idris Al-MarbawiUlama yang berasal dari Perak ini, sangat terkenal dengan kamus Arab-Melayunya, iaitu Qamus al-Marbawi. Ilmu yang paling banyak diperolehnya adalah daripada Tok Kenali Kelantan. Karyanya yang berupa hadis yang terkenal ialah Bahrul Mazi, yang judul lengkapnya Bahrul Mazi li Syarh Mukhtashar Shahihit Tarmizi. Karyanya tersebut adalah terjemahan kitab Shahih Tarmizi, serta disyarah oleh Sheikh Idris bin Abdur Rauf al-Marbawi tersebut. Terjemahan Shahih Tarmizi secara lengkap ini adalah merupakan yang pertama sekali dilaksanakan dalam bahasa Melayu. Bahrul Mazi adalah merupakan karya besar yang terdiri daripada 22 jilid yang sudah diterbitkan. Maklumat ringkas tentang keseluruhan jilid kitab tersebut pernah dibicarakan sebelum ini dalam perbicaraan yang khusus mengenainya.

Dikirim dalam Uncategorized. 3 Komen »

Sambutan Maulidur Rasul Dar Al-Qur’an Wa Al-Hadith

maulid-dq1

Tahniah kepada pengurusan dan para pelajar Dar Al-Quran Wa Al-Hadith kerana telah berjaya mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada 7 Mac 2009 (Sabtu) di madrasah mereka di Taman Permata, Ulu Klang. Tema sambutan ialah “Rasulullah Dicintai Sunnah Dihayati”

maulid-dq2

Kemuncak majlis adalah syarahan yang disampaikan oleh Sheikh Mohd Fuad Kamaludin dari Yayasan Sofa.

Terdapat lebih 500 orang hadirin sehinggakan tempat duduk yang disediakan tidak mencukupi. Sebahagian hadirin Muslimin terpaksa mendengar dari luar pagar di bahagian tempat makan.

maulid-dq3

Seminar Pemantapan Ummah

Seminar Pemantapan Ummah

(Mendedah Golongan Yang Bercanggah Dengan Ahli Sunnah Seperti Wahhabiah, Syiah Qadyani, Hizbu Tahrir Dan Lain-Lain)

7hb Mac (Sabtu) 2000

Di Masjid UIA Gombak

Pendaftaran Percuma Dan Terbuka Pada Semua

Makan Pagi Tengahari Dan Malam Disediakan

Semua Dijemput Hadir

8.00 Pagi: Pendafataran

9.00 Pagi: Perasmian

9.30- 11.00 Pagi: Penceramah Yang Pertama Ustaz Mohd Rasyiq

11.00-12.30tgh: Penceramah Yang Kedua Ustaz Hafiz Al Bakaniyy

1.00-1.30 Rehat,Makan Tegshari Dan Solat Zohor

Lepas Zohor

2.15-3.15 Ptg Penceramah Yang Ketiga Ustaz Zamihan Al Ghari

3.15- 4.15 Penceramah Yang Keempat Ustaz Ahmad Faidzurrahim

Lepas Asar : Rehat Dan Makan Malam

Lepas Isyak

9.00-10.00 :Ustaz Doktor Usman Al Muhammadi

10.00-11.00 :Ustaz Mahfuz Al Khalil

Maklumat Lanjut Hubungi :

1. Ustaz Asri – 019 9767542

2. Ustaz Fathi – 016 2923935

3. Ustaz Ghufran – 013 3578187

Sembahyang Tiang Agama

بسم الله الرحمن الرحيم

نحمده ونصلى على رسوله الكريم

SEMBAHYANG TIANG AGAMA

[1](الصلاة عماد الدين)

OLEH:

MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY[2]

Nota sederhana ini insya’ Allah akan membicarakan sembahyang, kepentingannya dalam agama Islam yang maha suci, rukun-rukunnya (secara ringkas), adab-adabnya, serta kesan-kesannya dalam pembentukan peribadi orang yang beriman. Juga akan dibicarakan bagaimana ianya paling berkesan dalam pembentukan jenis akal dan jiwa yang sepadu dalam ajaran kerohanian Islam, yang menggabungkan antara fikir dan zikir, atau aspek kontemplatif dan aspek rasional yang sejahtera. Mudah-mudahan ia berfaedah dalam kita bersama berusaha memahami ibadat utama ini dan menjayakannya dalam diri, keluarga dan masyarakat.

Mari kita melihat sembahyang sebagaimana yang disebutkan dalam al-Qur’an al-Karim untuk mengenali kedudukannya. Antara ayat-ayat berkenaan dengannya ialah seperti berikut[3]:

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Ertinya : (Mereka yang bertakwa itu ialah) orang-orang yang beriman dengan yang ghaib dan mendirikan sembahyan serta menafkahkan sebahagian daripada apa yang Kami rezekikan kepada mereka [dalam kewajipan agama].

Dalam ayat ini mereka yang bertaqwa disebut beriman kepada perkara yang ghaib seperti rukun-rukun iman yang termaklum itu dan yang bertalian dengannya.Disebutkan

sembahyang dan amalan menunaikan zakat atau sedekah yang disuruh dalama agama.

Ayatnya lagi ialah doa Nabi Ibrahim a.s. yang berbunyi[4]:

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُِ

Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang mendirikan sembahyang, wahai Tuhan kami terimalah doa (kami) wahai Tuhanku ampunkanlah aku dan kedua ibu bapaku dan orang-orang yang beriman pada hari berdirinya hisab.

Rasul utama dalam kalangan ulul-‘azmi ini berdoa sedemikian rupa, yang menunjukkan peri paling pentingnya amalan ini. Kita menyebut ini kerana mengingatkan bahawa bagindalah yang berdoa demi untuk kemunculan umat Muhammad s.a.w dalam sejarah dunia ini .Doa itu ialah doa[5] :

رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُم ُالْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Ertinya: Wahai Tuhan kami! Utuskanlah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri , yang akan membaca kepada mereka ayat-ayat (firman)Mu, dan yang mengajar kepada mereka isi kandungan Kitab (al-Qur’an) serta hikmah kebijaksanaan , dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat) .Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana.

Dalam ’Pimpinan al-Rahman’ dinyatakan ”Demikianlah doa nabi Ibrahim alaihissalam bagi negeri Mekah al-Mukarramah dan penduduknya, doanya itu telah makbul dan hasilnya lahirlah Nabi Muhammad salla’llahu ’alaihi wa sallam dari bangsa Arab keturunan nabi Isma’il (kaum Quraisy), penduduk Mekah yang telah diutus oleh Allah taala kepada umat manusia seluruhnya”.[6]

Demikianlah tenaga dan kuasa doa yang membawa kesan yang menakjubkan, tanpa tara, dengan penerimannya pada sisi Tuhan.Kita boleh sebutkan inilah kesan ’akal ubudiyyah’ yang berdoa kepada Tuhan yang membawa kesan keseluruh alam.

Ayatnya lagi, antara yang sangat banyak itu ialah[7]:

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mendirikan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.

Jelas dinyatakan dalam al-Qur’an bahawa jalan meminta pertolongan kepada Allah dalam menghadapi apa-apa hal ialah dengan mengamalkan sifat sabar dan mendirikan sembahyang serta berdoa dalam semnbahyang atau selepas daripadanya, sebagaimana yang boleh difahami daripada hadith baginda s.a.w.

Antara ayat-ayatnya yang banyak lagi itu ialah[8] :

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى

Dan perintahlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang , dan hendaklah engkau tekun bersabar mengerjakannya.Kami tidak meminta rezeki kepada kamu (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu.Dan ingatlah kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Antara ayat-ayat tentangnya lagi ialah[9]:

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىعَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَاتَصْنَعُونَ

Bacalah serta ikutilah (wahai Muhammad) apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Qur’an dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun) , sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan munkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedah dan kesannya dari segalanya); dan ingatlah Allah mengetahui apa yang kamu lakukan.

Ayat yang lain [10] pula menyebut tentang generasi manusia-selepas daripada anbia a.s.s.- yang menngamalkan cara hidup yang lalai dan membinasakan diri sendiri.Ayat itu ialah:

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِفَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (neraka).

Sembahyang juga disebut sebagai sifat-sifat utama kaum yang dikurniakan kedudukan yang teguh memerintah di muka bumi.[11]Ayat itu ialah :

الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَوَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

Iaitu mereka (yakni umat islam) yang jika Kami berikan kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat , dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang kejahatan dan perbuatan yang munkar, dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

Di atas disebutkan amalan mendirikan sembahyang sebagai amalan asasi umat yangt diberikan kekuasaan memerintah, bersekali dengan menunaikan zakat dan menyuruh kepada perbuiatan yang ma’ruf dan mencegah perkara yang munkar.

Berkenaan dengan ayat ini dalam ‘Tafsir ibn Kathir’ dinyatakan[12]

وَقَالَ عَطِيَّة الْعَوْفِيّ هَذِهِ الْآيَة كَقَوْلِهِ ” وَعَدَ اللَّه الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَات لَيَسْتَخْلِفَنّهُمْ فِي الْأَرْض ” وَقَوْله ” وَلِلَّهِ عَاقِبَة الْأُمُور ” كَقَوْلِهِ تَعَالَى وَالْعَاقِبَة لِلْمُتَّقِينَ وَقَالَ زَيْد بْن أَسْلَم وَلِلَّهِ عَاقِبَة الْأُمُور وَعِنْد اللَّه ثَوَاب مَا صَنَعُوا .

Kata ‘Atiyyah al-‘Aufi: Ayat ini adalam seperti ayat (yang bermaksud): Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dari kalangan kamu dan yang melakukan amalan solih bahawa Ia akan benar-benar memberi kekuasaan memerintah kepada kamu di muka bumi (hi hujungnya ‘sebagaimana Ia telah memberikan kekuasaan memerintah kepada mereka yang dahulu daripada kamu), dan ayat (yang bererti) dan bagi Allah kesudahan semua perkara adalah seperti ayat (yang bermaksud): Dan kesudahan (yang baik) adalah bagi mereka yang bertaqwa.

Ayat di atas itu sepenuhnya ialah[13]:

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Ertinya:Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal solih di antara kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi , sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai untuk mereka; dan juga Ia akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh); mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu.(dan ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Sesudah itu ayat yang berikutnya [14] bermaksud: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasulullah supaya kamu beroleh rahmat.

Dalam hubungan sifat-sifat mereka yang berjaya yang mencapai kejayaan sebenarnya, terdapat ayat-ayat seperti berikut:[15]

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَالَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ

وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَوَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَإِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ

فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَوَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَوَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman; iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; iaitu mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia;dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan membayar zakat dan lainnya);dan mereka yang menjuaga kehormatannya; kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela; kemudian sesiapa yang mengingini selain daripada demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi ; yang akan mewarisi syurga Firdaus; kekal mereka di dalamnya.

Dalam ayat-ayat Surah ini terdapat sebutan syarat-syarat kejayaan dilihat dari segi kerohanian dan akhlak, yang menyenaraikan keimanan, pembentukan akal ubudiyyah dalam sembahyang dengan sifat khusyuknya, kawalan diri yang penuh disiplin sehingga terelak daripada kesia-siaan, pembayaran zakat (dengan erti-ertinya), kebersihan hidup kelamin, perlaksanaan tugas dan amanah serta janji, pengurniaan Syurga Jannatul-Firdaus.Ia diakhiri semula dengan ‘Mereka yang tetap memelihara sembahyangnya” yang merujuk kepada akal ubudiyyah yang mendapat sanjungan yang sedemikian di sisi Tuhan.

Ayat-ayat yang mempunyai makna-makna yang sedemikian dengan beberapa tambahan lagi ialah seperti berikut:

[16]إِنَّ الْإِنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعًاإِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًاوَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًاإِلَّا الْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَاتِهِمْ دَائِمُونَوَالَّذِينَ فِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ مَعْلُومٌ لِلسَّائِلِ وَالْمَحْرُوم ِوَالَّذِينَ يُصَدِّقُونَ بِيَوْمِ الدِّينِ وَالَّذِينَ هُمْ مِنْ عَذَابِ رَبِّهِمْ مُشْفِقُونَ إِنَّ عَذَابَ رَبِّهِمْ غَيْرُ مَأْمُونٍ وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ وَالَّذِينَ هُمْ بِشَهَادَاتِهِمْ قَائِمُونَ وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ أُولَئِكَ فِي جَنَّاتٍ مُكْرَمُونَ

[19]Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut).

[20] Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah.

[21] Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut.

[22] Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang.

[23] Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.

[24] Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum.

[25] Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).

[26] Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya).

[27] Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya.

[28] Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya.

[29] Dan mereka yang menjaga kehormatannya.

[30] Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.

[31] Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.

[32] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.

[33] Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi).

[34] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.

[35] Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.

Dalam kitab ‘Al-Majmu’ Syarah al-Muhadhdhab’[17] dinyatakan :

( وَمَنْ وَجَبَتْ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَامْتَنَعَ مِنْ فِعْلِهَا فَإِنْ كَانَ جَاحِدًا لِوُجُوبِهَا – فَهُوَ كَافِرٌ وَيَجِبُ قَتْلُهُ بِالرِّدَّةِ ؛ لِأَنَّهُ كَذَّبَ اللَّهَ تَعَالَى فِي خَبَرِهِ ، وَإِنْ تَرَكَهَا وَهُوَ مُعْتَقِدٌ لِوُجُوبِهَا وَجَبَ عَلَيْهِ الْقَتْلُ ، وَقَالَ الْمُزَنِيّ يُضْرَبُ وَلَا يُقْتَلُ ، وَالدَّلِيلُ عَلَى أَنَّهُ يُقْتَلُ قَوْلُهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : { نُهِيتُ عَنْ قَتْلِ الْمُصَلِّينَ } وَلِأَنَّهُ إحْدَى دَعَائِمِ الْإِسْلَامِ لَا تَدْخُلُهُ النِّيَابَةُ بِنَفْسٍ وَلَا مَالٍ فَيُقْتَلُ بِتَرْكِهَا كَالشَّهَادَتَيْنِ ، وَمَتَى يُقْتَلُ ؟ فِيهِ وَجْهَانِ قَالَ أَبُو سَعِيدٍ الْإِصْطَخْرِيُّ : يُقْتَلُ بِتَرْكِ الصَّلَاةِ الرَّابِعَةِ إذَا ضَاقَ وَقْتُهَا فَيُقَالُ لَهُ : إنْ صَلَّيْتَ وَإِلَّا قَتَلْنَاكَ ؛ لِأَنَّهُ يَجُوزُ أَنْ يَكُونَ مَا دُونَ ذَلِكَ تَرَكَهَا لِعُذْرٍ . وَقَالَ إِسْحَاقُ يُقْتَلُ بِتَرْكِ الصَّلَاةِ الثَّانِيَةِ إذَا ضَاقَ وَقْتُهَا ، وَيُقَالُ لَهُ : إنْ صَلَّيْتَ وَإِلَّا قَتَلْنَاكَ وَيُسْتَتَابُ كَمَا يُسْتَتَابُ الْمُرْتَدُّ ؛ لِأَنَّهُ لَيْسَ بِأَكْثَرَ مِنْ الْمُرْتَدِّ وَفِي اسْتِتَابَةِ الْمُرْتَدِّ قَوْلَانِ ، ( أَحَدُهُمَا ) : ثَلَاثَةُ أَيَّامٍ ، ( وَالثَّانِي ) يُسْتَتَابُ فِي الْحَالِ فَإِنْ تَابَ وَإِلَّا قُتِلَ ، وَكَيْفَ يُقْتَلُ ؟ الْمَنْصُوصُ أَنَّهُ يُقْتَلُ ضَرْبًا بِالسَّيْفِ . وَقَالَ أَبُو الْعَبَّاسِ لَا يُقْصَدُ قَتْلُهُ لَكِنْ يُضْرَبُ بِالْخَشَبِ وَيُنْخَسُ بِالسَّيْفِ حَتَّى يُصَلِّيَ أَوْ يَمُوتَ كَمَا يُفْعَلُ بِمَنْ قَصَدَ النَّفْسَ أَوْ الْمَالَ ، وَلَا يُكَفَّرُ بِتَرْكِ الصَّلَاةِ ؛ لِأَنَّ الْكُفْرَ بِالِاعْتِقَادِ ، وَاعْتِقَادُهُ صَحِيحٌ ، فَلَمْ يُحْكَمْ بِكُفْرِهِ ، وَمِنْ أَصْحَابِنَا مَنْ قَالَ يُكَفَّرُ بِتَرْكِهَا لِقَوْلِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” بَيْنَ الْكُفْرِ ” وَالْعَبْدِ تَرْكُ الصَّلَاةِ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ “

Sesiapa yang wajib mendirikan sembahyang walhal ia enggan melakukannya, maka kalau ia engkari wajibnya, ia menjadi kafir, wajib dibunuh kerana murtad.Ini kerana Allah taala mewajibkannyha dalam khabarNya (iaitu kitabNya); kalau ia meninggalkannya walhal ia beriktikad wajibnya, wajib dibunuh, kata al-Muzani ia dipukul, bukan dibunuh.Dalil yang menunjukkan ia dibunuh ialah sabda Rasulullah s.a.w. (Aku ditegah daripada membunuh orang melakukan sembahyang), (itu) kerana ia (iaitu sembahn\yang) ialah satu daripada tiang-tiang agama Islam (ihda da’a’im al-Islam), maka ia tidak boleh diwakilkan atau digantikan dengan diri dan harta; maka dibunuh (orang yang) meninggalkannya , sama seperti (hokum meninggalkan) dua kalimah syahadah.(Soalan): Bilakah ia dibunuh? Ada dua wajah tentang hukumnya; kata Abu Sa’id al-Istakhri, ia dibunuh dengan ia meninggalkan sembahyang yang keempat, bila waktunya sudah kesempitan; maka dikatakan kepadanya : Kalau anda sembahyang (maka selamat), kalau tidak, kami akan membunuh anda; ini kerana harus ada apa yang lain daripada itu kerana keuzuran. Kata Ishaq: ia dibunuh kerana meninggalkan sembahyang yang kedua bila sudah sempit waktunya, dikatakan kepadanya : Kalau anda sembahyang (maka selamat) kalau tidak kami akan membunuhy anda, dan ia mesti disuruhy bertaubat seperti orang murtad disuruh bertaubat; ini kerana ia tidak memebihi lagi daripada orang murtad.Tentang menyuruh orang murtad berttaubat ada dua kaul.(Satu) daripadanya ialah (ia diberi masa bertaubat) selama tiga hari; (Pendapat kedua) , ia disuruh bertaubat waktu itu juga, maka kalau ia bertaubat (maka selamat), kalau tidak ia dibunuh.Bagaimanakah ia dibunuh itu? Yang dinaskan ialah ia dibunuh dengan dengan dipancung dengan pedang.Kata Abul-‘Abbas : Tidak dikasadkan bunuhnya itu, tetapi ia dipukul dengan kayu, dan diancam dan digertak dengan pedang, sehingga ia sembahyang, atau ia mati, sebagaimana yang dilakukan kepada orang yang mengkasad nyawa atau harta (orang), dan ia tidak kafir dengan meninggalkan sembahyang (semata-mata), kerana kufur adalah melalui I’tikad, walhal I’tikadnya sohih, maka tidak dihukumkan ia kafir; dari kalangan sahabat kam I (dalam mazhab Syafie) ada yang berpegang kepada pendapat kafir (orang yang meninggalkan sembahyang) dengan berdasarkan kepada hadith: Yang membezakan antara kufur dan seorang hamba (Allah) itu ialah meninggalkan sembahyang, maka bila ia meninggalkan sembahyang ia menjadi kafir…”.

Tentang hokum meninggalkan sembahyang itu diperincikan lagi, katanya[18] :

فَفِيهِ مَسَائِلُ ( إحْدَاهَا ) إذَا تَرَكَ الصَّلَاةَ جَاحِدًا لِوُجُوبِهَا أَوْ جَحَدَ وُجُوبَهَا وَلَمْ يَتْرُكْ فِعْلَهَا فِي الصُّورَةِ فَهُوَ كَافِرٌ مُرْتَدٌّ بِإِجْمَاعِ الْمُسْلِمِينَ وَيَجِبُ عَلَى الْإِمَامِ قَتْلُهُ بِالرِّدَّةِ إلَّا أَنْ يُسْلِمَ ، وَيَتَرَتَّبُ عَلَيْهِ جَمِيعُ أَحْكَامِ الْمُرْتَدِّينَ ، وَسَوَاءٌ كَانَ هَذَا الْجَاحِدُ رَجُلًا أَوْ امْرَأَةً ، هَذَا إذَا كَانَ قَدْ نَشَأَ بَيْنَ الْمُسْلِمِينَ ، فَأَمَّا مَنْ كَانَ قَرِيبَ الْعَهْدِ بِالْإِسْلَامِ أَوْ نَشَأَ بِبَادِيَةٍ بَعِيدَةٍ مِنْ الْمُسْلِمِينَ بِحَيْثُ يَجُوزُ أَنْ يَخْفَى عَلَيْهِ وُجُوبُهَا فَلَا يُكَفَّرُ بِمُجَرَّدِ الْجَحْدِ ، بَلْ نُعَرِّفُهُ وُجُوبَهَا فَإِنْ جَحَدَ بَعْدَ ذَلِكَ كَانَ مُرْتَدًّا فَإِنْ قِيلَ : كَيْفَ أَهْمَلَ الْمُصَنِّفُ هَذَا الْقَيْدَ وَهُوَ كَوْنُهُ نَشَأَ بَيْنَ الْمُسْلِمِينَ مَعَ أَنَّهُ شَرْطٌ بِلَا خِلَافٍ ؟ فَالْجَوَابُ أَنَّ فِي لَفْظِهِ مَا يَقْتَضِي اشْتِرَاطَهُ ، وَهُوَ قَوْلُهُ : ( فَإِنْ كَانَ جَاحِدًا ) ؛ لِأَنَّ الْجَاحِدَ عِنْدَ أَهْلِ اللُّغَةِ مَنْ أَنْكَرَ شَيْئًا سَبَقَ اعْتِرَافُهُ بِهِ . هَكَذَا صَرَّحَ بِهِ صَاحِبُ الْمُجْمَلِ وَغَيْرُهُ ، وَقَدْ أَوْضَحْتُهُ فِي تَهْذِيبِ الْأَسْمَاءِ .

Tentangnya ada (beberapa) masalah: (Satunya) Kalau orang itu meninggalkan sembahyang dengan keadaan mengingkari bagi wajibnya, atau mengingkari wajibnya, walhal ia tidak meninggalkan amalannya, pada rupa zahirnya, maka ia kafir murtad, dengan ijma’ Muslimin, dan wajib atas imam (pihak berkuasa negeri) membunuhnya kerana murtadnya, kecuali ia memeluk Islam , maka berlakulah atasnya semua hukum-hukum orang murtad, sama sahaja orang murtad itu lelaki atau wanita, ini (berlaku hukum seperti itu) kalau ia membesar hidup dalam kalangan Muslimin, adapun kalau ia baharu sahaja memeluk Islam atau ia hidup membesar dalam kawasan padang pasir yang jauh daripada Muslimin dengan secara sedemikian sehingga harus terselindung daripadanya hukum wajib sembahyang itu, maka ia tidak menjadi kafir dengan semata-mata meningkari sembahyang itu (mujarrad al-jahd), bahkan kita (hendaklah) memberi tahu kepadanya tentang wajib sembahyang itu, kalau ia mengingkarinya selepas itu, maka ia menjadi murtad.Kalau ditanya: Mengapakah pengarang (asal kitab al-Muhadhdhab) melupakan kaiktan ini, iaitu ’ia hidup membesar dalam kalangan Muslimin’ walhal itu syarat (untuk menentukan hukum kafir atau tidak ) tanpa khilaf (lagi).Jawapannya: bahawa dalam lafaz (asal kitab itu ) ada (keadaan ) yang membawa kepada meletakkan syarat demikian itu, iaitu katanya ’kalau ia ingkar’ (fa ’in kana jahidan), kerana ingkar (al-jahid) pada ahli bahasa ialah orang yang ingkar sesuatu yang sebelumnya ia mengiktirafnya.Demikianlah yang diterangkan oleh pengarang ’al-Mujmal’ dan lainnya, dan saya (sendiri, kata Imam al-Nawawi) telah menerangkannya dalam kitab ’Tahdhib al-Asma’.

Tentang wajib sembahyang yang lima waktu itu Imam Syafie rd menyatakan dalam ’al-Umm’[19]

وَأَنَّ الْفَرَائِضَ فِيمَا ذُكِرَ مِنْ لَيْلٍ ، أَوْ نَهَارٍ وَيُقَالُ فِي قَوْلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ { فَسُبْحَانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ } الْمَغْرِبُ وَالْعِشَاءُ { وَحِينَ تُصْبِحُونَ } الصُّبْحُ { وَلَهُ الْحَمْدُ فِي السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَعَشِيًّا } الْعَصْرُ { وَحِينَ تُظْهِرُونَ } الظُّهْرُ وَمَا أَشْبَهَ مَا قِيلَ

Dan adapun sembahyang yang wajib dalam apa yang tersebut itu mala dan siangnya dan dikatakan tentang maksud firman Allah azza wa jalla (dan bertasbihlah kepada Allah bila kamu berada waktu petang)[20] [ini merujuk kepada ] Maghrib dan ‘Isya’ (Dan bila kamu berada waktu pagi[21]) [ini merujuk kepada waktu] Subuh, (dan bagiNya segala puji di langit dan di bumi pada waktu petang[22]) [ini merujuk kepada waktu] Asar (dan bila kamu berada waktu zohor [23][merujuk kepada waktu ] zohor dan apa yang menyerupai yang dikatakan itu.

Dan berkenaan dengan apa yang ada dalam sunnah nabi sallah’llahu ‘alaihi wa sallam berkenaan dengan sembahyang yang wajib itu kata Imam al-Syafie[24]:

وَبَيَانُ مَا وَصَفْت فِي سُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ عَمِّهِ أَبِي سُهَيْلِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ سَمِعَ طَلْحَةَ بْنَ عُبَيْدِ اللَّهِ يَقُولُ { جَاءَ رَجُلٌ إلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا هُوَ يَسْأَلُ عَنْ الْإِسْلَامِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمْسُ صَلَوَاتٍ فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ فَقَالَ هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهَا فَقَالَ لَا إلَّا أَنْ تَطَّوَّعَ } ( قَالَ الشَّافِعِيُّ ) فَفَرَائِضُ الصَّلَوَاتِ خَمْسٌ وَمَا سِوَاهَا تَطَوُّعٌ فَأَوْتَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْبَعِيرِ وَلَمْ يُصَلِّ مَكْتُوبَةً عَلِمْنَاهُ عَلَى بَعِيرٍ بِحَالٍ

Huraian berkenaan dengan apa yang digambarkan dalam sunnah rasulullah salla’llahu ‘alaihi wa sallam : Malik memberi khabar kepada kami daripada bapa saudaranya Abu Suhail bin Malik dari bapanya bahawa ia mendengar talhah bin ‘Ubaidillah berkata (Datanglah seorang lelaki kepada Rasulullah salla’llahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepada baginda berkenaan dengan agama Islam, maka Rasulullah s.a.w. bersabda : SWembahyang lima waktu sehari semalam .Kata orang itu: Adakah wajib yang lain lagi daripada itu ke atas hamba? Baginda menjawab: Tidak ada, kecujali sembahyang sunat.)(Kata Imam Syafie) : Maka sembahyang yang wajib adalah lima waktu, yang lain daripadanya adalah sembahyang sunat.Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan sembahyang witir atas unta walhal kita mengetahui baginda tidak melakukan sembahyang yang wajib lima waktu itu atas unta.

Tanpa berpanjang kalam, mungkin berguna kita menyebutkan bahawa seseorang itu hendaklah beriman dengan akidah yang sahih, iaitu akidah Ahlissunnah wal-jamaah mengenai rukun Islam yang enam itu.Dengan itu benarlah akidahnya, serta dengan ia mempunyai keyakinan tanpa syak dan ragu tentang keyakinannya itu. Ini kerana hanya mazhab Ahlissunnah wa al-Jamaah sahaja yang diakui oleh nabi s.a.w. dan ijma’ ulama umat ini.

Kemudian hendaklah seseorang itu bersuci dengan cara yang betul dan sah mengikut apa yang diajarkan dalam mazhab, kalaulah ia bukan imam mujtahid.Ini kerana orang yang bukan imam mujtahid, orang awam, wajib ia mengikut mujtahid; kalau tidak ditakuti tidak sah amal ibadatnya.

Kemudian bersuci itu pula ada kategori-kategorinya, sebagaimana yang diajarkan oleh imam al-Ghazali rd dalam mazhab Syafie. Beliau menyebutkan dalam kitab ‘Ihya’nya[25]bahawa bersuci (al-taharah) itu ada empat kategorinya; bersuch zahir badan daripada hadath dan najis ; bersuci anggota badan daripada berbuat salah dan dosa; kemudian bersuci hati daripada sifat-sifat yang buruk dan jahat seperti dengki, takbur dan yang sepertinya, dan menghiasinya dengan sifat-sifat mulia , kemudian yang tertinggi sekali, bersuci batin hati –al-sirr- daripada apa yang selain daripada Allah.Katanya ini taharah anbia dan siddiqin. Matlamat yang penghabisan sekali bagi batin hati-al-sirr- ialah supaya tersingkapnya kehebatan Allah dan keagungannya kepada orang yang beribadat kepadaNya (Jalal Allah wa ‘azamatihi).[26]

Ilmu tentang akidah itu didapati dengan pengajian, telaah, membaca Qur’an, dan kesedaran tentangnya melalui membaca Qur’an, mengingati Allah, berdoa, berwirid, melakukan amalan-amalan yang solih dan menetapi diri dalam amalan-amalan itu secara berterusan.Hendaklah itu semua dilakukan sampai berbuat baik dan mengingati Allah itu menjadi tabiat diri atau celupan pada jiwa dan hati yang berterusan, seperti bernang dalam air pada ikan, dan terbvang di angkasa pada burung. Ini ‘malakah’ namanya. Dengan itu ‘malakah keimanan’ (‘malakah imaniah’) menjadi sebati pada diri. Kalau tersilap hendaklah orang itu bertaubat mengikut syarat-syarat dan rukun-rukunnya.

Amalan bersuci juga hendaklah dipelajari dengan betul dan cermat supaya dengan itu membersih diri daripada najis dan hadath berlaku secara sah; sebab kalau tidak sah bersuci daripada hadath, termasuk berwudhu dan membersih diri daripada najis, maka sembahyang tidak sah, ibadat haji dan umrah pun tidak sah.Demikian seterusnya. Hendaklah pengetahuan dan amalan tentang bersuci ini dicapai dengan cermat dan betul dan amalannya hendaklah dilaksanakan dengan betul supaya ia sah, dan akhirnya amalan bersuci ini menjadi tabiat kedua bagi diri.Ia menjadi ’malakah taharah’, kalau boleh dikatakan demikian; ini boleh dicapai memalui pengajian, mendengar pengajaran, telaah kitab-kitab yang diakui, dan mengamalkannya kali demi kali sehingga menjadi seb ati dengan diri.

Demikian juga ’taharan’ dalam erti yang lebih jauh lagi itu : taharah anggota badan daripada perbuatan derhaka dan maksiat, taharah hati daripada sifat-sifat yang tercela, akhirnya, bagi orang yang beruntung, taharaih batin-hati –al-sirr- daripada tertumpu kepada yang lain selain daripada Allah.Ini taharah anbia dan siddiqin kata Imam al-Ghazali rd.

Dalam Dunia Melayu, antaranya Syaikh Daud al-Fatani rh menyebut dalam kitabnya [27]:

Kemudeian adalah toharah itu terbahagi atas dua bahagi ’ainiah dan hukmiah(maka) toharah yang ’ainiah itu yang tiada melalu akan tempat masuknya seperti membasuh najis(dan) yang hukmiah itu barfang yang melalui akan tempat masuknya seperti wudhu’ dan mandi janabah maka bahawasa yang mewajibkan dia masuk hasyafah atau keluar mani (dan terbahagi pula) [toharah itu] atas dua bahagi qalbi dan badani.(Maka qalbi itu) yakni toharah hati itu seperti hasad dan ujub dan ria dan takabur ,l kata Imam Ghazali mengetahui akan hadnya (definisinya) dan asbabnya dan ubatnya dan mengubatkan dia fardhu ain berlajar akan dia. (Dan badani) yakni tubuh ada kalanya disucikan dengan air atau tanah atau dengan keduanya seperti kena najis anjing atau yang lain daripada keduanya seperti penyamak, ada kalanya dengan sendirinya seperti darah [kijang yang men] jadi misk [kasturi] atau arak jadi cuka …

Sekarangh kita sampai kepada amalan sembahyang itu sendiri. Sudah tentulah ia bermula dengan ilmu berkenaan dengan sembahyang itu sendiri, berkenaan dengan rukun-rukunnya seperti takbiratul-ihram, niat, kiam, fatihah, ruku’, i’tidal, sujud, duduk antara dua sujud, sujud, toma’ninah, tahiyat, solawat kepada nabi s.a.w. dalam tahiyat, salam.[28]

Maka wajiblah seseorang yang sembahyang itu menjadikan benar-benar sah perlaksanaan rukun-rukun sembahyangnya: sah kiam ruku’ dan sujudnya, dan lain-lain rukun fi’li atau rukun perbuatan yang dilakukan dengan anggota badan seperti kaki tangannya, sah rukun qaulinya, seperti sahlah bacaan sembahyangnya, sah bacaan fatihahnya, sah takbirnya, sah tahiyatnya, sah syahadahnya, sah lafaz salamnya, sah bacaan ayat-ayat Qur’an di dalamnya , betul sebutan- sebutan hurufnya; kemudian sah rukun qalbinya, seperti sah niat sembahyangnya, seperti ia niat waktu takbiratul-ihram ’Aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat kerana Allah Allah akbar”; atau ”Aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat mengikut imam kerana Allah, Allah akbar”; kalau sembahyang Jumuaat wajib meniatkan ’mengikut imam’ kerana sembahyang Jumuat itu fardhu berjemaah men gikut imam; kalau tidak tidak sah.

Selain daripada ’sah rukun tiga belas’ itu dalam mazhab Syafie, maka sayugialah orang yang sembahyang itu menjayakan ’adab batin yang enam perkara’ itu supaya dengan itu terjaminlah sifat khusyu’ dalam sembahyang itu. Dan mengikut Sureah al-Mu’minun ayat yang kedua, itu syarat kejayaan yang sebenarnya dalam hidup. Syarat-syarat yang lain disebut kemudian seperti: mengelak daripada kesia-siaan, membayar zakat, kehidupan kelamin yang terkawal bersih, menjaga amanah dan janji, kemudian disebut menjaga amalan sembahyang.

Enam adab yang batin itu ialah : hadhir hati bahawa kita berada dalam sembahyang, tidak tertumpu kepada yang lain.Sebagaimana badan terarah ke arah kiblat, itu kiblat badan, maka kalbu atau ingatan tumpuan hati ialah kepada Allah, itu kiblat kalbu.Dengan itu hendaklah dalam sembahyang itu sama-sama tercapai kejayaan mengadap ke arah kiblat badan dan kiblat hakiki bagi kalbu. Dengan itu bila dilafazkan ’Allahu akbar’ benar-benar itu tertuju kepada Allah. Pada waktu merasai kebesaran Allah itulah diniatkan sembahyang itu dengan niat yang tersebut seperti :Aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat kerana Allah”.Jangan ingan dalam hati ’Allah Maha Besar’ sebagai yang disangka oleh setengah pihak, itu bukan niat sembahyang, itu terjemahan Allahu akbarf.Terjemahan itu tidak diperlukan sebab rasa kebesaran Allah ada dalam hati sebelum daripada lafaz ’Allahu akbar’, lafaz ’Allahu akbar’ itu sebenarnya terjemahan apa yang sudah terasa dalam hati; itu tidak perlu diterjemah lagi. Dalam masa itulah diniatkan niat sembahyang itu sebagaimana yang diuhuraikan oleh ulama iaitu kasad melakukan sesuatu serentak dengan perbuatannya. Ini berdasarkan hadith ’innamal-a’malu bi’nniyat: Sesungguhnya amalan itu dikira serentak, sekali gus dengan perbuatan melakukannya.Dalam hadith itu ’ba’nya ’ ialah ’ba’ al-musahabah’ yang menunjukkan makna keserentakan. ا ( قصد الشيء مقترنا بفعله )

Imam Ghazali rd menerangkan cara-cara mencapai kejayaan dalam sembahyang dengan membetulkan perlaksanaan rukun-rukun dan syarfat-syarat serta adab-adabnya, yang disebut oleh beliau sebagai ’al-asrar’ atau ’rahasia-rahasia.Beliau menerangkan bahawa cara mencapai kekhusyukan –yang disebut sebagai syarat orang yang benar-benar berjaya dalam Surah al-Mu’minun ayat kedua – sifat hati tertumpu ke hadhrat Allah, tetap tumpuannya, konsentrasinya, dan anggota badan pula tetap, tenang dalam masa melakukan rukun berkenaan, ialah dengan mengamalkan enam adab seperti berikut.

Pertamanya dengan ada hadhir hati dalam sembahyang itu, yakni hati ingat benar-benar hal ia dalam sembahyang mengadap Allah Yang Maha Besar,Maha Tinggi, Maha Menyaksi. Keduanya ia memahami apa-apa yang dibacanya dalam sembahyang. Ia bermula dengan mengingati niat sembahyang, kemudian erti bacaan doa iftitah. Dalam iftitah diingatkan ia mengadap Tuhan, Yang menjadikan langit dan bumi, ia beragama Islam tunduk kepada Tuhan; ertinya orang Islam ialah orang lain selamat daripada lidah dan tangannya, baharulah itu Islam sebagaimana yang disebut dalam hadith.Kemudian ia mengingatkan wajah hatinya mengadap Tuhan, kemudian sembahyang dan pengorbanannya dalam hidup adalah kerana Allah, kemudian aktivitinya dalam hidupnhya kerana Allah, matinya kerana Allah.Ingatan-ingatan dan konsentrasi akal, hati dan roh kepada makna-makna ini akan membentuk peribadi yang sungguh bersih dan perkasa untuk dikurniakan sifat khusyu’ oleh Tuhan. Dan sifat inilah yang dituntut atas hati manusia, atau akal ubudiahnya.(Ertinya kita boleh perhatikan bahawa dalam Islam akal atau hati itu untuk mencapai dua keperkasaan: keperkasaan ubudiah dalam mengingati Allah, kedua keperkasaan dalam berfikir secara betul, tepat, mencapai natijah atau matlamat, atau rasional dan ’syllogictic’, mampu membuat kenyataan-kenyataan yang betul dan tepat berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan yang betul dan tepat sebelumnya.

Sebab itu al-Qur’an menggabungkan dua aspek keperkasaan akal-hati itu dalam ayat tentang zikir dan tafakur.Ayat itu ialah[29]:

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِلَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِالَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَفِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًاسُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, adatanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

Dalam ayat ini tergabung keperkasaan akal ubudiah (akal kontemplatif yang khusyuk kepada Tuhan) dan akal tafakur yang rasional , berfikir dalam suasana mentauhidkan Allah, dalam intelektualiti ketauhidan (‘tauhidic intellectuality’).[30]

Sebab itu dalam peradaban Islam kita boleh melihat dua aspek akal dan roh ini dimanifestasikan dalam diri Rasulullah s.a.w., para Sahabat seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali –Allah meredhai mereka amin, dan lainnya, kemudian para tabi’in, kemudian para ulama zaman kemudian seperti Syafie, dan lainnya, Imam al-Ghazali

Yang membicarakan akal kontemplatif dalam ‘Ihya dan ‘Kimiya al-saadah’ serta ‘Mishkatul-Anwar’nya, kemudian membicarakan analisis falsafah dalam ‘Tahafut al-Falasifah’nya. Demikian juga mereka di zaman kemudian seperti ibn Khaldun yang memahami dua aspek akal ini, dan terbentuk kedua-duanya dalam dirinya sendiri, demikian pula pada ibn Sina terbentuk kedua-duanya sebagaimana yang boleh dilihat dalam ‘al-Qanun fi’t-Tib’nya dan juga dalam ‘Al-Isharat wa at-Tanbihat’ yang pada bahagian kemudian dalam kitabnya beliau membicarakan hidup kerohanian. Dalam hidupnya sendiri bila ia menghadapi masalah ia sembahyang dan mendapat bimbingan rohani dalam menyelesaikan masalah-masalah keilmuannya. Demikian juga peribadi seperti Fakhru’d-Din al-Razi, dan kemudiannya Syah Waliyu’llah dari Delhi yang terbentuk intelektualitinya mengikut paradigma yang sedemikia.

Kitab kembali kepada penerangan Imam al-Ghazali rd berkenaan dengan pembentukan akal kontemplatif ini.Keduanya katanya hendaklah seseorang itu medmahami apa yang dibacanya; kemudian ia merasai kebesaran Tuhan dengan kalbu dan akalnya; kemudian ia merasai kehebatan Tuhannya; kemudian ia berharap kepada Tuhannya; akhirnya ia merasa malu kepada Tuhannya kerana banyak tsksirnya dalam melakukan amalan-amalan dan pembentukan sikap yang dikehendaki olehNya.Inilah antaranya ramuan-ramuan bagi pembentukan keshusyukan dalam sembahyang yang menjayakan manusia secara hakiki. Dengan usaha melaksanakan sembahyang seperti ini akan tercapailah akal ubudiyyah atau akal kontemplatif itu.

Akal yang lain yang perlu dibentuk, mengikut ibn Khaldun ialah akal pembeza, al-‘aqlul tamyizi, akal amali yang mahiur dalam perkara-perkara amali ,a l-‘aqlul amali, akal nazari, yang mahir dalam membuat huraian teori dan membentuk teori daripada maklumat-maklumat, akal pengelaman atau ‘al-a’aqlul at-tajribi’ yang menca[pai menafaat sebaiknya daripada pengelaman dan percubaan hidup (termasuk pencapaian dalam makmal), dan akal tambahan atau ‘al-‘aqlul mazid’ yang merupakan himpunan kemahiran-kemahiran taraf tinggi dan pengetahuan yang ada pada sesuatu kawasan kota atau peradaban yang memajukan bangsa yang berkenaan.

Ibn Khaldun menggunakan istilah ‘malakah’ bagi sifat yang menjadi celupan pada akal dan jiwa yang tidak terpisah daripadanya untuk iman, ibadat, akhlak, kepandaian mekanikal, kesenian, kebahasaan, pengurusan dan seterusnya. Ini tercapai dengan latihan, ulangan, percubaan, yang m elibatkan akal, iradat, dan gerak badan serta lidah manusia. Inilah antaranya yang menjayakan pembentukan pelbagai jenis ’malakah’ dalam peribadi manusia.Pada akhirnya manusia itu menjadi peribadi yang memiliki iman yang kuat dan teguh, hidup ubudiah yang mendalam, berkesan dan berjaya, sehingga terbentuk pada dirinya akal kontemnplatif, hidup akhlak dengan sifat-sifat keutamaan yang gemilang dan mulia, kemahiran yang pelbagai dalam hidupnya, yang menjayakannya, kemahiran pengurusan serta keyakinan diri dengan pergantungan kepada Tuhan.

Dalam Sirah Nabawiyyah proses pembentukan aspek-aspek ini dijayakan dengan sebaiknya yang membawa kepada terbentuknya ’umat terbaik yang dilahirkan untuk faedah umat manusia’.[32]

Sekarang kita boleh melihat sedikit sebanyak gugusan makna dari amalan-amalan sembahyang yang membentuk akal kontemplatif yang dikehendaki itu, berserta dengan akal yang tajam, bila ia dimenafaatkan sebaiknya.

  • Mula dengan azan mengingati kebesaran Allah
  • Mengingati kebenaran pengakuan syahadah menyambung janji asal menjadikan Tuhan sebagai Rabb
  • Seruan untuk datang mendirikan sembahyang
  • Seruan datang kepada kejayaan hakiki
  • Ulangan Tuhan Maha Besar
  • Ulangan tiada tuhan melainkan Allah, hakikat teragung dalam seluruh yang maujud.
  • Penyucian badan daripada kekotoran dan najis
  • Kesedaran tentang perlu membuang kemaksiatan dari anggota badan
  • Membuang kemaksiatan dari kalbu dan jiwa
  • Memberi tumpuan kepada hadrat Tuhan dengan batin hati
  • Takbir dengan kesan merasai kebesaran Tuhan pada permulaan sembahyang
  • Amalannya kerana Allah.
  • Mengadap wajah kalbu kepada Tuhan, badan mengadap ke arah Kiblat
  • Pengakuan sembahyang, hidup mati kerana Allah.
  • Basmalah: memulakan semua kegiatan dengan Nama Tuhan (Surah al-’Alaq memerintah demikian, ayat mula-mula diturunkan)
  • Memuji Allah atas sekelian niamat
  • Menyebut kasih sayang Tuhan
  • Menyebut hari kemudian, maka mesti bersedia untuk hisab, memperbaiki diri
  • Memohon jalan hidup yang lurus, perlu memperbetul diri dengan hakikat ini
  • Mengakui ubudiah kepada Tuhan semata-mata
  • Menyerah diri, memohon pertolongan Tuhan (dengan harap dan yakin)
  • Mengingati jalan manusia utama dalam seluruh tamadun : para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin sebagai ’role model’ bukan lain
  • Mengelak diri daripada jalan mereka yang sesat
  • Mengelak jalan mereka yang dimurkai Tuhan (dari al-fatihah dan iftitah).Mohon perkenan dengan yakin dan harap yang penuh.
  • Menegaskan tidak menyembah apa yang musyrikin sembah
  • Mednegaskan kuffar tidak menyembah apa yang disembah oleh mu’minin
  • Bagi si mu’min agamanya dengan yakin, mereka yang kuffar dengan agama mereka (si muslin jangan tergugat, teguh dengan jalan kebenarannya , tetapi beradab dengan pihak lain, jangan terhakis keimanannya)(kiandungan surah al-kafirun)
  • Ulangan al-fatihah dengan mesej dan ingatannya dalam rakaat kedua, ketiga atau keempat)
  • Mengingati kebesaran Allah pada tiap-tiap gerak berpindah rukun
  • Tunduk ruku’ menandakan tunduk kepada kebesaran Tuhan, dengan tasbihnya, menghayati ertinya
  • Kalau dalam sembahyang Subuh : permintaan untuk mendapat hidayat, afiat, sihat, perlin dungan, keberkatan, jagaan daripada keburukan takdir atas diri, Dia yang menentukan, tidak ada yang ditentukan atasNya, tidak hina orang yang dilindungiNya, tidak mulia orang yang dimusuhiNya, Maha Berkat Allah dan Maha Tinggilah Ia, kepadaNya segala puji atas apa yang ditentukanNya, minta ampun kepadaNya …
  • Bangkit i’’tidal, menyebut Allah mendengar orang memujiNya, lalu ia memujiNya,l puji memenuhi langi dan bumi dan bahkan apa yang ada selain daripadanya
  • Tunduk sujud, ke tempat paling rendah, tanah, tempat asalnya, tempatkembalinya, aswal bagi dirinya, seolah-olah fana dirinya, hina dinanya , Tuhan dengan Maha KetinggianNya dengan KetuhananNya
  • Tasbih sujud dan penghayatan ertinya pada akal dan kalbu serta jiwa dan roh
  • Bangun kepada julus antara dua sujud, memohon kepadaNya keampunan, kerahiman, menyempurnakan cacat celanya, kemafaan daripadaNya, dan yang sepertinya
  • Sujud lagi, kerendahan dirinya, kembali ke bumi asal dirinya, tempat kembalinya
  • Bangun kepada rakaat seterusnya
  • Atau mengingati permohonan untuk berlindung dengan Tuhan Pencipta Pecahnya Hari Siang –dengan kemungkinan-kemungkinannya
  • Daripada kejahatan makhluk ciptaanNya
  • Daripada kejahatan yang datang dengan jelmaan gelap malam
  • Daripada kejahatan ahli sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan melakukan sihir-alam kejiwaan yang jahat dan gelap
  • Daripada kejahatan pendengki (kandungan al-Falaq)
  • Atau memohon perlindungan-dengan kerendahan hati-kepada Tuhan manusia
  • Raja Manusia (berkuasa atas segala-galanya)
  • Yang disembah oleh manusia
  • Daripada bisikan-bisikan syaitan Khannas
  • Yang berbisik ke dalam dada manusia (membawa kejahatan dan kepalsuan)
  • Dari kalangan manusia dan jin (kandungan Surah an-Nas)
  • Menegaskan Allah Maha Esa –terhunjam ke dalam akal, hati, jiwa keesaan Tuhan, semua di bawah tadbirnya
  • Maha Kaya Kekal Abadi, semua berhajat kepadanya secara mutlak, walaupun yang tidak menyedarimnya, walaupun atom-atom yang tak bernyawa
  • Tidak melahirkan dan tidak dilahirkan, bukan dua tiga, bukan menyerupai makhluk
  • Tidak ada yang kufu denganNya –tauhid mutlak tanpa tara-diulang-ulang untuk keberkesanan dalam kalbu, akal, jiwa.Kebenaran teragung dalam faham alam mu’min.(Surah al-Ikhlas)
  • Mengingati Pokok Tin, dan Zaitun (terkait dengan agama terdahulu)
  • Mengingati Tur sina –nabi Musa a.s. , syariatnya, keagungannya
  • Negeri Aman-Mekah tempat asal nabi s.a.w.
  • Manusia tercipta dalam sebaik-baik kejadian
  • Tetapi risiko kejatuhan terlalu besar, merm,usnahkan kejadian yang sebaik-baik itu
  • Melainkan yang berlindung di bawah iman dan amal solih-kebijaksanaan pada ilmu dan pegangan, kebijaksanaan pada amalan dan perbuatan
  • Kebaikan berterusan
  • Jangan membohongi agama (kebenaran abadi untuk manusia)
  • Allah hakim yang seadil-adilnya (wat-Tin)
  • Atau: bersumpah dengan waktu Dhuha’ (lambang kemunculan cahaya, kebenaran)
  • Malam yang sunyi (untuk tafakur, ketenagnan , musyahadah, zikir, dll)
  • Tuhan tidak benci, tidak meninggalkan (para hambaNya, maka berharaplah)…
  • Yang akhir lebih baikk dari permulaan, perjuangan akan mencapai kemenangan , atau akhirat adalah lebih baik (dunia alat penyampai kepada kesempurnaan akhirat, maka jangan dukacita, jangan putus harap)
  • Tuhan akan memberi kurnia, hati akan puas (pada nabi khusus, pada mu’minin umum)
  • Manusia yatim (segi kerohaniannya) kemudian Tuhan melindungiNya…(khusus pada nabi, umum pada mu’minin sebagai pengajaran)
  • Manusia dalam mencari-carfi, Tuhan memberi pertunjuk (khusus pada nabi, umum pada mu’minin)
  • Manusia kekurangan, Tuhan memberi kecukupan (rohani jasmani) khusus pada nabi umum pada mu’minin.
  • Jangan menindas yang yatim, buat baik kepadanya
  • Yang meminta jangan dihardik, beradablah
  • Sebut dan ingat niamat Tuhan (wad-Dhuha)
  • Istighfar, minta ampun lepas sembahyang(istighfar)
  • Fatihah, ertinya yang mencakupi kebenaran Kitab, faham alam, nilai, ilmu (Fatihah)
  • Menginati Tuhan Kesejahteraan, Punca Kesejehteraan, semua kembali kepada Negeri Sejahtera, Syurga…Amin
  • Berlindung daripada Syaitan
  • Membaca ayat Kursi: Tiada Tuhan melainkan Dia, Maha Hidup, Berdiri Sendiri, Tanpa lalai menjaga alam kedua-duanya
  • Langit bumi semua milikNya
  • Syafaat hanya dengan izinNya
  • IlmuNya Masha meliputi segala-di hadapan dan di belakang sekalian makhluk
  • KursiNya meliputi langit bumi
  • Tidak lalai daripada menjaga segalanya (maka kita yakin dengan jagaanNya)(Ayat Kursi)
  • Subhana’Llah 33
  • Al-hamdulillah 33
  • Allahu akbar 33
  • La ilaha illa’lah
  • Mulai doa dengan basmalah
  • Al-hamdulillah
  • Solawat kepada nabi memohon rahmat, kemudiaan, kesejahteraan…kembali semuanya kepada diri pula
  • Minta ampun
  • Memohon kebaikan dunia dan akhirat
  • Solawat dan salam
  • Al-hamdulillah … (Doa selepas sembahyang , Tuhan sedia memakbulkan doa selepas sembahyang)—dengan ini terbina akal ubudiah, akal kontemplatif, selain daripada akal rasional untuk berfikir secara baik dan berkesan serta teratur.
  • Dalam doa diminta keampunan, ksesejahteraan, perlindungan, jagaan daripada kufur dan maksiat, kecukupan rezeki, zuriat yang bertakwa, ilmu yang bermenafaat, rezeki halal ,dan seterusnya, kebaikan dunia dan akhirat, lindungan daripada musuh…
  • Akal rasional menguatkan akal kontemplatif, akal kontemplatif menguatkan akal rasional dst, kuat-menguatkan, membentuk akal yang seimbang, berfikir, berzikir, khusyu’, beradab,l berfaham dalam, demikian seterusnya.
  • Tentang sembahyang berjemaah pula, terdapat padanya fadhilat melebihi sembahyang seorang dengan dua puluh kali ganda atau dua puluh lima kali ganda atau dua puluh tujuh kali ganda sebagaimana yang ada dalam riwayat al-Bukhari seperti berikut.[33]

‏حدثنا ‏ ‏عبد الله بن يوسف ‏ ‏قال أخبرنا ‏ ‏مالك ‏ ‏عن ‏ ‏نافع ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله بن عمر ‏
‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏صلاة الجماعة تفضل صلاة ‏ ‏الفذ ‏ ‏بسبع وعشرين درجة

Dalam hadith di atas Rasullah s.a.w. dilaporkan bersabda: Sembahyang berjemaah melebihi sembahyang seorang diri dengan dua puluh tujuh darjat.

Dalam ’Fath al-Bari’ [34] disebutkan banyaknya darjah itu, mengikut setengah riwayat dua puluh lima darjat , ialah berhubung dengan beberapa perkara seperti :jauh dekatnya dengan masjid tempat berjemaah, lebih atau kurang khusyu’ orang yang bersembahyang, jemaah dalam masjid atau lain daripadanya, menanti untuk sembahyang atau tidak,mendapat seluruh sembahyang dalam berjemaah atau bahagian daripadanya, ramai jemaahnya atau kurang bilangannya, sembahyangnya ’Isya atau Asar atau Subuh (kerana fadhilatnya), sembahyang sir atau jahar, saf seperti saf malaikat, zahir syiar Islam, berhimpunnya Muslimin, tersusun saf sebagai saf-saf malaikat, demikian seterusnya.

Antara fadhilat yang sangat banyak itu ialah: dengan tenang pergi untuk berjemaah, pergi awal waktu untuknya, berjalan ke masjid untuk berjemaah, menjawab seruan kepada berjemaah, menanti berjemaah, memasuki masjid dalam berdoa, sembahyang tahiyatul masjid, menjawab iqamat, terselamat daripada syaitan dengan berada dalam jemaah, istighfar malaikat kepadanya dan istighfar mereka kepadanya, menanti takbiratul ihram imam, mendapatkan takbiratul ihram dengan imam, menyamakan saf, memenuhi ruang kosong dalam saf, amaln daripada lupa dan lalai dengan berada dalam jemaah, memperdengarkan tasbih bila imam terlupa, mendapat khusyuk dan keamanan dengan berada dalam jemaah, memperbaikkan keadaan dalam rukun dan sunat ab’adh, menzahirkan syiar Islam dengan berjemaah itu, mendapat latihan yang betul dalam membaca Qur’an dan mencapai kesejahteraan dengan ibadat secara berjemaah, juga bersama-sama dalam menjalankan ketaatan dan kecergasan , menjawab salam imam, selamat daripada munafik dengan melaksanakan sembahyang dan terelak daripada sangka jahat orang dengannya, mendirikan nizam syariat dengannya, mendapat faedah dalam berzikir dan berdoa bersama-sama, bertemu bersama-sama jiran dalam beribadat itu, mendengar bacaan imam , mengaminkan bacaannya, mendapat amin daripada malaikat dalam sembahyang.[35]

Hasil daripada ibadat sembahyang yang berjalan dengan syarat-syarat, rukun-rukun, adab-adab, serta dengan kekhusyukan dan keikhlasan memberi kekuatan ubudiah dan kekuatan akliah kepada hamba yang beribadat itu.Wallahu a’lam.

Dengan itu hendaklah setiap orang yang beriman mendapatkan pendedahan untuk dirinya supaya ia mempunyai pengetahuan yang cukup baik tentang sembahyang, kepentingannya, syarat-rukun serta adab-adabnya, supaya dalam menjalankan sembahyangnya itu ia mencapai ’malakah ubudiha’, berserta dengan ’malakah imaniyyah’, malakah khuluqiyyah, serta mendapat kekuatan daripada akal ubudiyyah atau kontemplatif serta akal tafakur yang sangat digalakkan oleh Qur’an dan Sunnah.Inilah ’tiang agama’ dan ’kepala sekelian ibadat’ yang disebutkan dalam hadith; tamadun akan merusut dan musnah bila manusia mula meninggalkan sembahyang.Sebab itu ulil-amri dan ibu bapa wajib memastikan mereka yang di bawah tadbir urusnya menunaikan sembahyang demi kesejahteraan mereka yang berkenaan, masyarakat dan bahkan negara.Wallahu a’lam.


[1] Untuk pembentangan dalam Seminar Kebangsaan Menghayati Ajaran Islam: Sembahyang Ajaran Asasi, Anjuran Jabatan Mufti Kerajaan , Jabatan Perdana Menteri, Negeri Brunei Darussalam, 22 – 23 Ogos di Centrepoint Hotel, Gadong, Negara Brunei Darussalam.

[2] Penulis sekarang adalah Fellow Amat Utama Akademik ISTAC IIUM, Pesuruhjaya SUHAKAM, ahli lembaga pengarah IIM, dan ahli jemaah pemegang amanah Yayasan karyawan.

[3] Sural al-Baqarah : 3

[4] Surah Ibrahim 40, 41

[5] Al-Baqarah.129.

[6] ‘Pimpinan al-Rahman’oleh Syeikh Abdullah Basmeih, terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1990, nota 48 hal.40.

[7] Al-Baqarah 145

[8] Taha 132.

[9] Al-‘Ankabut 45.

[10] Maryam. 59.

[11] Al-Hajj.41.

[13] Al-Nur.55.

[14] Al-Nur.56.

[15] Al-Mu’minun .1-11

[16] Al-Ma’arij.19-35.

[18] Al-Majmu’ Syarah al-Muhadhdhab, ibid.

[20]Surah ar-Rum .17

[21] Surah ar-Rum.17 (hujungnya)

[22] Surah ar-Rum.18.

[23] Surah ar-Rum.18.

[25] Ihya’ ‘Ulum al-din, Mustafa al-babi al-Halabi, 1358/1939, jilid I hal. 131 dst

[26] Ibid.jilid I hal. 131.

[27] Bughyatu’t-Tullab,terbitan Muhammad al-Nahdi wa auladuhu, Bangkok, tanpa tarikh, jilid I, hal 8,

[28] Dalam ‘Ihya’ ‘Ulum al-Din’ I, hal 151 ff.

[29] Surah Ali ‘Imran 190, 191.

[30] Istilah yang saya gunakan dalam ceramah ringkas tidak lama sebelum ini di hadapan para ilmuwan di USM, dan ini boleh diakses dalam laman web ‘Tradisional Islam’-lihat ‘Tauhidic intellectuality’ dalam http://www.geocities.com/traditionalislam/TauhidicIntellectuality.htm

[31] Lihat ‘al-Muqaddimah’ ibn Khaldun, terbitan DBP, Kuala Lumpur, tahun 2000 hal.38-39, 76, 104,198-200, 238, 351,452, 475, 522,524,530-1, 533,537,545, 548, 567,b 582, 593,604, 634, 638,689-690.

[32] Huraian tentang pembentukan aspek-aspek inelektuil, rohani dan akhlak, dengan kesan-kesan kekeluargaan, social dan ketamadunan diulas secara yang senang difahami oleh Dr Ali Mohammed al-Sellabi dalam http://w.w.w. watanona.com/adab/asellabi/as07056a.htm berkenaan dengan nabi s.a.w. dan pemenafaatan aturan-aturan dalam sunnah rabbaniah mendidik para sahabatnya; ibid 13056a berkenaan dengan pembentukan akidah, kerohanian, akal, dan moral ; ibid as13086a.htm berkenaan dengan kesan pendidikan Qur’an terhadap para sahabatnya.

[33] Sahih al-Bukhari, syarah Fath al-Bari ‘al-adhan’ bab fadhilah solah al-jamaah 609 ; lihat http://hadith.al-islam.com/Display/Display.asp?Doc=9&ID=28336&SearchText=%20خمس%20و%20عشرين%20درجة&SearchType=root&Scope=all&Offset=0&SearchLevel=QBE

[34] Ibid.

[35] Dalam ‘Fath al-baari’ berkenaan dengan huraian hadith bab sembahyang berjemaah melebihi semb ahyang seorang diri.Ibid.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 32 other followers