Pluralisme Agama dan Bahayanya Kepada Umat Islam


[kertas ini adalah sebagai bahan tambahan kepada kertas "Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama – Satu Pengamatan Ringkas" untuk pembentangan Wacana Isu-isu Aqidah: Pluralisme Agama pada 15 Januari 2011 di Kuala Terengganu anjuran MUAFAKAT, JHEAT, JAKIM, UMT, UniSZA dan Yayasan Taqwa. Kertas asal ini telah dibentang pada Wacana Fahaman Pluralisme Agama dan Implikasinya Terhadap Masyarakat Islam anjuran MUAFAKAT di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak pada 1 Mei 2010 dan di Wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama di Masjid Wilayah pada 14 Disember 2010]

PLURALISME AGAMA DAN BAHAYANYA KEPADA UMAT ISLAM

OLEH: AL-FAQIR ILA’LLAH MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY

Latar belakang:

Penulis ini (al-faqir ila’Llah) semenjak lapan puluhan lagi menyebut tentang kewajipan mempertahankan Ahlissunnah di negara ini dan di Dunia Melayu; atas prinsip itu beliau menyatakan bahawa aliran-aliran yang bercanggah dengannya dan merosakkannya hendaklah dijauhi: aliran Syiah, anti hadith Kassim Ahmad (sekarang katanya menjadi pluralis pula), Wahabi, Hasan Anak Rimau Kelantan, aliran orang mengaku wakil Mahadi, mengaku wali kutub, dan macam-macam lagi, aliran menanti Mahadi yang ghaib yang tidak lama lagi akan muncul, dan sekarang aliran John Hick yang hendak dibawa masuk oleh setengah pihak di Malaysia ini.

Paling tidak patut sekali bila ada pula pihak yang mengizinkan dirinya menjadi saluran bagi masuknya aliran John Hick ke dalam negeri ini. Maka bila kita tolak aliran John Hick –pluralisme agama versinya- kita mesti tolak pula pihak yang mengizinkan dirinya menjadi saluran aliran itu masuk ke ke dalam negeri kita, demi agama, bangsa dan tanah air, kata datuk nenek kita dulu.

Yang ditolak di sini ialah pluralisme agama aliran John Hick yang menganggap semua agama membawa kepada ‘salvation’ atau syurga dan semua agama adalah sama. Adapun pluralisme agama dalam erti adanya beberapa agama dalam sebuah negeri (‘sheer fact of pluralism’) seperti yang diistilahkan dalam Universiti Harvard dan laman webnya, dan yang diisyaratkan dalam Perlembagaan Malaysia, yang itu tidak ada masalah pada pandangan kita.

Kemudian huraian penulis ini berkenaan dengan isu-isu yang berkaitan itu ialah bersifat huraian dengan dalil, bukan ‘serangan’, ‘serangan lain’, ‘huraian dan penerangan dengan dalil’ lain. Yang disuruh dalam Quran ialah ‘menyeru kepada jalan agama Tuhan’ dengan hikmah kebijaksanaan, nasihat yang baik dan mujadalah dengan cara yang paling baik; itulah yang cuba dibuat oleh penulis ini. Tuduhan-tuduhan terhadapnya yang hendak dikaitkan dengan hal-hal yang tidak berkenaan, itu tidak berfaedah dibicarakan.

Kalau kita gunakan istilah-istilah itu mengikut ‘Kamus Dewan’ ia jelas dan tidak timbul memahami tulisan ini sebagai ‘serangan’; itu tidak ‘manis’ cakapnya kalau disamakan serangan dengan huraian dengan dalil, dan bahasanya pula bukan bahasa menyerang tetapi bahawa penerangan dengan penuh sayang. Lagi pula penulis kerdil ini bukan membuat ulasan ini bila pihak berkenaan itu tidak berjawatan, itu tidak timbul; yang timbul ialah bila pihak yang berkenaan itu mula menyalurkan pemikiran John Hick ke dalam Malaysia, barulah penulis ini membuat huraian, bukan ‘menyerang’, maha suci Allah.

Satu perkara lagi: tidak ada motif politik dalam huraian-huraian ini. Yang ada ialah motif hendak menjaga kemurnian pegangan Ahli Sunnah di negeri ini yang memang disuruh oleh Dr. al-Qaradhawi beberapa bulan lalu sebagaimana yang ada dalam media Arab. Penulis ini kurang arif tentang bidang politik ini; beliau berminat untuk sama-sama menjaga akidah, semenjak puluhan tahun lalu. Pihak yang hendak mengaitkan usaha penulis ini dengan politik tertentu, ia bertanggungjawab dengan Tuhannya. Penulis ini mengucap: Hasbuna’Llahu wa ni’mal Wakil.

1. Persoalan Ekslusif Agama (Religious Exclusivism) – hanya satu agama sahaja yang benar, manakala agama lain adalah salah.

Kalau pihak yang terpengaruh dengan ajaran John Hick berpendapat bahawa: Golongan-golongan agama tertentu yang menganggap hanya satu ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke jalan keselamatan/syurga (salvation) adalah pandangan yang silap dan tertutup. Agama-agama lain juga benar. Maka Pluralisme Agama adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan perpecahan tersebut.

Maka jawabnya ialah: Pluralisme yang mengajar penganutnya tentang tidak ada kebenaran mutlak dan tidak ada ajaran asasi yang menjamin keselamatan/kebahagian/ syurga, tidak boleh diterima, malah ditolak dalam agama Islam. Sekiranya diterima anjuran Pluralisme itu maka tiada ertinya firman-firman Al Quran yang menyebut bahawa ia datang membawa al-haq (kebenaran) dan dengan itu kebatilan akan hilang.

2. Persoalan Pendapat Ahli Sufi Jelaluddin al-Rumi

Kalau pendapat tokoh yang tertentu itu ialah: Pluralisme Agama dianjurkan sejak dari abad ke-13 lagi. Buktinya kata-kata oleh penyair sufi, Jelaluddin al-Rumi yang menyebut; “Lampu-lampunya berlainan, tetapi Cahaya itu sama, ia datang dari seberang sana; kalau anda terus menerus melihat pada lampu, kamu tersesat; kerana dari sana timbul rupa lahir pada bilangan dan kemajmukan” (The lamps are different but the Light is the same, it comes from Beyond; If thou keep looking at the lamp, thou art lost; for thence arises the appearance of number and plurality).

Maka jawapannya untuknya ialah: Pandangan ini tidak benar kerana Jelaluddin al-Rumi adalah seorang Muslim, Sunni, bermazhab Hanafi yang bersyair dalam konteks kerangka Islam dan bukannya di luar konteks Islam. Bukannya antara agama Islam dengan agama-agama lain. Tentang simbolik ‘cahaya’ dan ‘lampu’ itu perlu dilihat dari segi amalannya sebagai seorang sufi yang bersyair dalam kerangka Islam. Ia berbicara tentang manusia yang perlu ‘menyeberangi’ sebelah sana bentuk rupa dalam syariat, menuju ke alam hakikat. Namun begitu, mesti berpegang kepada syariat dan bukan meninggalkannya. Memang John Hick menganggap Rumi sebagai tokoh pluralisme dalam tulisan-tulisannya, ini bukan bererti bahawa orang Islam yang memahami Rumi sebagai ulama Ahli Sunnah menganggap dia demikian sebab dalam Ahli Sunnah pendirian yang sedemikian tidak pernah ada; hanya Orientalis yang mahu mengkategorikan mereka demikian, dan itu digunakan sebagai senjata untuk memasukkan pendirian itu ke dalam Islam walhal pendirian yang demikian ditolak dalam umat ini. Kalaulah orang Islam menerima pendirian ini maka dalam Ahli Sunnah musnahlah imannya. Dijauhkan Allah.

Bagaimanakah kita hendak tuduh wali Allah sebagai pluralis seperti pemikir Barat, walhal ia mendendangkan bait-bait ini – dalam alam akliah dan rohaniah tradisi agama dan umatnya:

Dalam Kitab ke 2 Kisah 1 ada bait-bait yang bermaksud ‘Sekarang dengarlah kepada bentuk lahir kisahku. Tetapi itupun engkah asingkanlah biji benih daripada jeraminya, mengapa para anbia diutuskan. Tuhan mengutuskan mereka untuk tujuan ini, iaitu untuk mengasingkan kekufuran daripada iman (infidelity from faith, (www.intratext.com/DCT/ENG0134/_PK.HTM)

Tuhan mengutuskan para anbia kepada umat manusia supaya mereka dapat menghimpun biji benih yang murni dan baik di atas talam mereka: Yang kafir dan yang mu’min, Muslim dan Yahudi, sebelum para anbia datang mereka semua sama, sebelum mereka datang kita semua sama, (we were All alike)[sebab tidak ada neraca], Dunia ini [umpama seperti] suatu malam, dan kita semua ahli musafir dalam gelap, sehingga bila matahari para anbia muncul, ia berteriak, ‘Pergilah wahai tidur, selamat datang wahai cahaya murni! Sekarang mata boleh membezakan warna-warna, ia boleh melihat perbezaan antara batu permata mahal dengan anak batu…

Tuhan menamakan Hari Bangkit “hari itu”

Siang hari menunjukkan keindahan merah dan kuning

Kata-kata ‘anal-haq’ berupa cahaya pada mulut Mansur [al-Hallaj], pada mulut Fir’aun ‘Aku Tuhanmu Yang Maha Tinggi’ berupa kekufuran

Yang dipegang oleh Rumi adalah agama anbia seperti yang ada dalam Quran yang membezakan apa itu iman dan kufur, apa itu permata anak batu ajaran sesat dan apa itu permata mahal. (Ada lagi bait-bait yang boleh dibentangkan untuk menunjukkan bahawa Maulana ini bukan tokoh pluralis seperti yang didakwakan oleh Orientalis untuk memasukkan teori mereka ke dalam umat ini-dengan itu ia merosakkan akidah umat Islam dan sekaligus menurunkan darjat mereka daripada penyaksi-penyaksi hakikat rohani yang murni kepada darjah rendah spekulator falsafah cara Barat-maha suci Allah, yang menyedari ilmu pada paras minda sahaja, tidak jauh dari itu, dan orang Islam yang tidak meneliti teks-teks mereka dalam konteks diri ulama berkenaan, alam rohani mereka, dan masyarakat serta budaya dan amalan mereka terpedaya dengan dakwaan itu kononnya perkara demikian ‘sudah ada dalam Islam’ ‘walhal orang tidak sedar!’ Maha suci Allah.

Antara bait-bait lain itu ialah seperti berikut: Selepas menyebut fikiran manusia dimasuki pengaruh Setan dalam diri manusia dan kerja-kerjanya dan pelbagai perkara lagi ia; menyuruh seseorang itu membuang pengaruh bisikan Setan itu dengan zikir dan doa katanya

Ucapkanlah la haula wa la quwwata illah billah, untuk membuang Setan daripada dunia dan jiwa kamu, dana katanya lagi:

Ada disebutkannya bahawa orang –orang yang membenci para nabi dan aulia pada hakikatnya membenci diri mereka sendiri, sebagaimana halnya dengan orang-orang sakit berkelahi dengan tabib atau anak-anak berkelahi dengan guru mereka. Para nabi dan aulia dijadikan demi untuk menjadi ujian bagi tabiat kejadian manusia, supaya dengan itu orang-orang yang baik-baik boleh dibezakan daripada orang-orang yang jahat… (sumber sama).

Dengan ini maka tidak munasabah bait-bait seperti ini datang daripada pluralis ala Jon Hick walaupun Orientalist seperti John Hick mendakwa Rumi adalah tokoh pluralis, mungkin untuk menyedapkan hatinya sendiri, dan sekaligus supaya orang Islam terpedaya dengan pengamatannya itu. Dijauhkan Allah.

Beberapa kali saya bertanya kepada Prof. Ajmal Abd Razak di ISTAC yang mengkaji Mathnawi Rumi semua sekali sehingga ia menterjemahkannya dalam bahasa Melayu, buat pertama kali dalam sejarah persuratan Islam Nusantara, bolehkah kita kategorikan Rumi sebagai tokoh pluralis, beliau menjawab, dan saya bersyukur kepada Tuhan, ‘Tidak’. Itu sudah cukup bagi saya. Ertinya orang yang mengkategorikan Rumi sebagai tokoh pluralis dalam erti John Hick dan yang sepertinya adalah orang yang tidak memahami beliau daripada telaah terus ke atas teksnya sendiri, tetapi ia ‘mendengar cerita’ daripada mulut Orientalis, dan merasa selesa dan mendapat keuntungan dengannya. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Sepatutnya kita menelaah dengan kritis apa yang ditulis oleh Edward Said dalam bukunya ‘Orientalism’-untuk mendidik diri kita dalam bidang ini.

3. Persoalan Konsep Agama Adalah Universal

Berkenaan dengan pendapat pihak yang mengikut John Hick yang menyatakan bahawa: Semua agama mempunyai pertanyaan yang sama iaitu dari mana datangnya manusia? Apa matlamat hidupnya? Apa yang berlaku bila ia meninggal dunia? yang bermaksud persamaan universal (universal concepts) antara semua agama untuk mencari kebenaran, keadilan dan sifat keunggulan.

Maka boleh dijawab bahawa: Konsep ini berlawanan dengan anjuran Al Quran. Kebenaran Islam adalah satu. Yang benar adalah apa yang Allah utuskan kepada Nabi dan Rasul terakhir, Nabi Muhammad SAW.

4. Persoalan Pendapat Dante, Penyair Kristian abad ke-14

Kalau Dante dianggap sebagai penganut pluralisme agama seperti John Hick maka jawapannya ialah: Dante, penyair Kristian di Itali pada abad ke-14 menganjurkan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat bukan semata-mata dengan ‘Kuasa’ tetapi juga dengan ‘Akal’. Visi Dante ini sama dan boleh dihubungan dengan visi tokoh-tokoh Islam termasuk al Farabi dan Ibn Rushd.

Maka jawapan untuk ini ialah: Dante tidak menganjurkan pluralisme agama dalam erti John Hick. Beliau hanya menerima agamanya (Kristian), ajaran Katolik dan menolak agama lain. Dalam epik puisi ‘The Divine Comedy’, karya Dante, beliau meletakkan Nabi Muhammad SAW dan Saidina Ali rd ke dalam neraka. Dalam ajaran Islam, setelah turunnya al Quran maka mansuhlah semua sistem kepercayaan lain, dan ajaran Quran adalah universal. Dalam Islam, ‘Akal’ semata-mata bukan penentu kepada kesejahteraan tetapi kebahagiaan juga bergantung kepada kepercayaan tentang ‘Wahyu’ dan ‘Syariat’ dan beramal dengan kedua-duanya. Sebab itu al Farabi dan Ibn Rushd tidak bergantung kepada ‘Akal’ semata-mata tetapi beriman kepada ‘Wahyu’ Al Quran dan Syariat Nabi Muhammad SAW. Tentang ibn Rushd boleh diingatkan bahawa ia pakar dalam Syariat dan dia kadhi atau mufti di Sepanyol; lihat kitabnya yang terkenal ‘Bidayah al-Mujtahid’. Kedua-duanya bukan ‘pluralis’ dalam erti John Hick. Menyebut kedua-duanya dan mengaitkannya dengan pluralisme ala John Hick adalah perbuatan jenayah ilmiah yang tidak boleh dimaafkan, walaupun dikatakan itu adalah “dari segi yang lain”

Tentang Dante bukan pluralis dalam erti John Hick dan keteguhannya dengan teologi Katolik (dengan itu ia bukan pluralis) ini jelas dalam kenyataan tentangnya dalam ‘The Catholic Encyclopedia on line’. Kenyataan tentangnya nya ialah: Pendiriannya dari segi teologi (Katolik) sebagai Katolik yang ortodok (yakni yang benar dan diterima dengan baik) sudah terbukti dengan banyaknya dan berkali-kali diabsahkan. (has been amply and repeatedly vindicated) akhir-akhir ini khususnya oleh Dr Moore yang menyatakan ‘Tidak ada kesan dalam tulisan-tulisannya tentang syak atau rasa tidak puas hati tentang mana-mana bahagian ajaran Gereja dalam perkara doktrin yang ditentukan oleh pihak berotoritas (gereja Katolik).’ Beberapa bukti daripada penulisannya sendiri tidak kurang pula bahagian penutup ‘Monarchia’ sendiri menjadi saksi tentang hormatnya Dante terhadap kuasa kerohanian pope dan jawatannya yang beliau terima sebagai berasal dari Tuhan (of Divine Origin). Tidak kurang menariknya khususnya –yang menunjukkan pegangan ortodoksnya (yakni pegangan yang benar dan asal pada sisi golongan Katolik) bagaimana peranan yang dimainkan oleh Mary the Virgin (Siti Maryam pada pegangan Katolik) dalam syair keagamaannya dari awal sampai akhirnya. Ia berupa sebagai penglahiran syair yang berpunca dari ilham terisyarat dalam kenyataan Richard of St. Victor (bermaksud): Melalui Mary bukan sahaja cahaya rahmat diberikan kepada manusia di bumi tetapi bahkan pemandangan terhadap Tuhan yang dikurniakan kepada roh-roh dalam Syurga’. Tidak munasabah Dante yang mempunyai pegangan Katholik semacam ini menjadi penganjur pluralisme seperti yang dianjur oleh John Hick sebagaimana yang dinyatakan oleh pihak yang berkenaan itu. Jadi debatan Dante sebagai tokoh pluralis tidak ada hujah yang boleh dibuat pegangan.

5. Persoalan Konsep Kebebasan Beragama VS Pluralisme Agama

Kalau dipersoalkan bahawa: Pada hari ini wujud kebebasan beragama (freedom of religion) tetapi tidak seharusnya diketepikan Pluralisme Agama (Religious Pluralism); yang sepatutnya kedua-duanya diperteguhkan sebagai konsep kebebasan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Memihak kepada satu agama dan mengenepikan agama-agama lain adalah bertentangan dengan semangat Pluralisme Agama. Perkara ini lebih ketara di Timur Tengah dan Asia Tenggara.

Maka perlu dijawab: Jika negara-negara Islam, adalah wajar kerajaannya berpihak kepada Islam dan memelihara syariat-syariatnya. Dalam Islam, kerajaan tidak boleh menganggap bahawa tidak ada kebenaran yang mutlak, kerana kebenaran itu tetap ada, dan negara itu mesti berpegang kepada kebenaran tersebut. Sebab itu, al-Mawardi di Baghdad pada zamannya memastikan pihak kerajaan memperbetulkan kesilapan-kesilapan orang ramai apabila berlaku penyelewengan akidah ajaran Islam. Tetapi pihak kerajaan tidak boleh menganiayai pihak yang bukan Islam, mereka tetap diberi hak untuk mengamalkan agama mereka. Sudah tentu mereka mesti mengamalkan keadilan dan ihsan lepada pihak lain sebagaimana yang diajarkan dalam Qur’an.

6. Persoalan Firman Allah, ‘Tidak Ada Paksaan Dalam Agama’

Kalah pihak yang terpengaruh dengan aliran John Hick berhujah: Al Quran sendiri menganjurkan Pluralisme Agama seperti dalam firman ‘tidak ada paksaan dalam agama’, maka mestilah perbuatan memaksakan kepercayaan seseorang ke atas orang lain bukan bersifat Islamik. Jika ayat ini ditolak maka kenyataan Al Quran itu tidak mempunyai apa-apa erti.

Maka perlu diberi jawapan bahawa: Ayat berkenaan dengan Tidak ada paksaan dalam agama’ (2:256) dalam Islam bermaksud bahawa umat Islam tidak boleh memaksa bukan Islam supaya memeluk Islam. Ia terletak pada pilihannya. Tetapi apabila seseorang itu sudah Islam maka ia tertakluk kepada undang-undang Islam, termasuk berkenaan larangan murtad daripada agama Islam. Kita tidak menafsir kebebasan beragama itu bermakna kebebasan untuk murtad bagi orang Islam.

Maka umat Islam tidak seharusnya mengikuti falsafah lain tentang kebebasan manusia dan agama apabila falsafah itu sendiri bercanggah dengan Quran. Dalam Islam ‘freedom of conscience’ (kebebasan jiwa) bukannya kebebasan ala Barat tetapi harus tunduk kepada akidah dan syarak Islam.

7. Persoalan Konsep Menuju Kepada Yang Satu

Kalau pihak yang beraliran seperti itu berhujah bahawa : Guru Granth Sahib, Kitab Agama Sikh memberitahu kepada semua manusia bahawa seseorang yang mampu melihat semua jalan-jalan kerohanian (spiritual paths) akan membawa kepada Yang Satu dan akan menjadi bebas merdeka tetapi orang yang menyatakan kepalsuan akan turun ke dalam api neraka dan terbakar di dalamnya. Orang yang berbahagia ialah orang yang disucikan dan mereka akan berterusan tenggelam dalam nikmat Kebenaran.

Maka perlu diberi jawapan bahawa: Dalam Islam konsep ‘Menuju Kepada Yang Satu’ perlu dilihat dalam konteks Quran. Tentang sistem kepercayaan lain yang menyebut semua jalan membawa kepada Yang Satu, kalau Yang Satu itu membawa kepada kekaburan, itu akan mengundang masalah. Penyembahan Berhala bukan Yang Satu, Penyembahan Tuhan yang bukan secara tauhid juga bukannya Yang Satu, begitu juga kepercayaan tentang sesuatu kuasa ghaib yang kabur, mengatasi yang lain, juga bukan Yang Satu dalam Al Quran.

8. Persoalan Semua Kepercayaan Agama Adalah Sama

Kalau pihak mereka itu berhujah bahawa: Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan- amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.

Maka perlu diberi jawapan bahawa: kebenaran-kebenaran yang tertinggi (higher truths) yang mengatasi amalan-amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth) juga perlu dilihat dalam konteks Al Quran. Apabila diturunnya Al Quran, maka terputuslah kebenaran agama-agama lain (sebab ajaran Quran adalah ‘muhaiminan ‘alaih: dia menjaga kebenaran agama-agama), sebab itu umat Islam adalah saksi terhadap umat manusia, sebagaimana Rasulullah adalah saksi bagi umat Islam. Menurut Islam tidak ada yang benar, melainkan ajaran al-Quran.

9. Persoalan Perintah-Perintah Eksklusif (Exclusivist Claims)

Kalau golongan ini berhujah dan mengatakan: Hari ini, terdapat pemimpin-pemimpin agama-agama dunia tertentu yang terus menerus membuat pengakuan-pengakuan Eksklusif (exclusivist claims) tentang mereka memiliki kebenaran yang kekal abadi berbanding dengan penerimaan perkara-perkara yang disepakati bersama (commonality) yang mampu menghubungkan semua manusia. Kalaulah kita menerima hakikat bahawa memang terdapat kepelbagaian, maka Pluralisme Agama adalah jawapannya kerana mampu menyatukan. Itulah jalannya untuk membawa keluar daripada kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan kepada kasih-sayang dan kebaikan.

Untuk fahaman begini perlu diberi jawapan: Adalah janggal sekiranya umat Islam menerima Bible dan kitab-kitab lain selain Al Quran sebagai ‘wahyu’. Teori John Hick yang mengatakan hanya Pluralisme Agama yang membawa kebahagian dan syurga sepatutnya tidak mempengaruhi umat Islam yang setia dengan wahyu Al Quran.

10. Persoalan Konsep Kebebasan

Golongan pluralis ala John Hick mungkin berhujah mempersalahkan umat Islam dan berkata: kaum muslimin masih lagi berterusan berprejudis; menolak nilai kebebasan bersuara (free speech), kebebasan media (free press), demokrasi, dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience). Mereka memandang budaya Pluralisme Agama sebagai satu bentuk konspirasi teragung oleh ‘pihak lain’, terutamanya Kristian, untuk mengembangkan ajarannya dan menjadikan muslimin memeluk agama Kristian. Pluralisme juga dilihat sebagai jerat untuk menyeludup masuk demokrasi ala Barat melalui pintu belakang.

Tetapi sebenarnya ini merupakan suatu penyelewengan apabila dilihat menurut perlaksanaan hukum Islam. Di luar daripada kepentingan polisi awam, memang tidak ada kewajipan agama untuk orang Islam mengenakan undang-undang dan nilai-nilai umat Islam ke atas seluruh masyarakat.

Dari segi ideologi, sikap beku dalam pemikiran (rigidity) masih berupa penghalang kepada kemajuan dan islah. Muslimin hendaklah membebaskan diri daripada amalan-amalan lama menggunakan klise dan menjaja-jajanya (cliche-mongering) serta mengenakan label-label kepada orang, dan bergerak melewati kepentingan-kepentingan kelompok yang sempit. Penemuan semula garapan terhadap pluralisme yang asal dalam Islam sangat-sangat diperlukan.

Untuk ini perlu diberi jawapan: Tentang pengamatan demikian ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Antaranya ialah nilai-nilai kebebasan bersuara, kebebasan media dan yang sepertinya tentang demokrasi dan kebebasan hati nurani (freedom of conscience), pada muslimin adalah perkara-perkara yang mesti tunduk kepada orientasi Syara’: Kalau kebebasan itu tidak bertentangan dengan Syara’, maka kebebasan itu dialu-alukan, tetapi sekiranya kebebasan itu yang bertentangan dengan Syara’ maka ia perlu dijauhi.

Sudah tentu bagi Muslimin, Syara’ mengatasi bahan pemikiran para pemikir semata-mata. Kalau diletakkan pemikiran-pemikiran dari para pemikir mengatasi Syara’ dan ijma’, itu adalah malapetaka intelektual dan rohaniah. Dijauhkan Allah Pihak yang berbicara tentang nilai kebebasan manusia sejagat perlu juga menghormati manusia beragama dalam mengamalkan agamanya dan bukannya hendak membatalkan amalan pihak lain dan mempromosikan haknya semata-mata. Itu pun bercanggah dengan nilai hak-hak asasi manusia.

11. Persoalan Syariat Islam

Kalau golongan mereka berhujah: Syariat itu bukannya hanya tertulis di atas batu, dan ia mengalami evolusi (perubahan) secara dinamik. Demi untuk mempertahankan aliran moderat, maka unsur utama dalam metodologi Islam mesti dipandang dalam perspektif yang menyeluruh (holistic) yang akan menjadi lebih menarik, mengikut kaedah yang bersifat universal dan kekal abadi.

Dikatakan bahawa pluralisme dalam dunia yang terbahagi-bahagi ini akan menambah lagi perpecahan kepuakan yang membawa pula kepada suara yang diulang-ulang tentang ‘pertembungan tamadun’ yang telah dan masih meletihkan yang seperti ianya sama dengan pukulan ‘gendang purba’ itu. Bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan oleh Eliot: Sejarah boleh berupa sebagai perhambaan, sejarah boleh pula berupa sebagai kebebasan.

Oleh itu, kita mesti membebas diri kita daripada penipuan konsep tentang pertembungan tamadun dan menumpukan semula perhatian kita kepada pertembungan yang menggelegak (bahaya) dalam umat Islam itu sendiri. Kita boleh melihat suatu pertembungan yang lebih merbahaya dan membimbangkan yang berlaku dalam tamadun yang sama (Islam), antara yang lama dan baharu (the old and the new), yang lemah dan kuat (the weak and the strong), moderat (liberal) dan fundamentalis (the moderates and the fundamentalists), dan antara modernis dan traditionalis (the modernists and the traditionalists).

Turki dan Indonesia dengan terang sedang merintis jalan demokrasi bagi umat Islam untuk ikutan mereka. Kemasukan Turki ke dalam Kesatuan Eropah yang segera akan berlaku juga berupa suatu kenyataan yang jelas tentang tahap demokrasi liberal dapat dicapai, walaupun, sayangnya, hambatan-hambatan yang dibentangkan di hadapannya oleh setengah negara-negara ahli itu sangat nyata memberi isyarat tentang Islamophobia yang ada. Di Asia Tenggara, Indonesia sudahpun mencapai garis penyudah [dalam amalan demokrasinya] manakala jiran-jirannya yang muslimin dalam negara masing-masing masih lagi terlekat dalam tahap permulaan jalannya.

Untuk ini mesti diberi jawapan: Kita perlu melihat kenyataan ini dalam suluhan ajaran Islam tentang ada bahagian-bahagian Syara’ yang kekal dan ada yang berubah-ubah, dan bukan semuanya berubah-ubah. Akidah Ahli Sunnah tidak berubah; perincian-perincian Syara’ berkenaan dengan perkara-perkara baru yang tidak ada dalam nas secara terang-nyata dari fatwa-fatwa zaman berzaman boleh berubah. Tetapi kalau perubahan itu melibatkan seperti menghalalkan persetubuhan haram, judi, zina, menghalalkan yang haram dalam ijma’, kerana terpengaruh dengan ‘penemuan-penemuan’ para pemikir, ini tidak dibolehkan. Dan seperkara lagi: usaha mengembalikan umat kepada wacana Ahli Sunnah akan menyatupadukan pegangan dan pemikiran mereka dengan pegangan itu, sebagaimana yang jelas dalam sejarah dan nas-nasnya. Yang menimbulkan masalah ialah pihak-pihak yang tidak mahu kembali kepada aliran arus perdana dan berkeras hendak mengagung-agungkan pemikir-pemikir tertentu.

12. Persoalan Jihad

Kalau pihak pluralis itu berhujah mengatakan: Hari ini jihad dilaungkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengesahkan perbuatan-perbuatan keganasan dalam pelbagai bentuk dan rupanya, tetapi akhirnya menjadi kabur antara garis jihad dan keganasan. Mujurlah adanya pentadbiran Obama, maka kita telah melihat sesetengah perubahan berbanding polisi Bush yang mengamalkan sifat percanggahan dan memilih bulu, dalam memerangi keganasan, dengan memberi sokongan kepada para autokrat (penguasa kuku besi) di dunia Islam di satu pihaknya, dan menjadi jaguh kebebasan dan demokrasi di satu pihak lain pula. Walaupun selepas lebih setahun semenjak pentadbirannya (Obama) itu, kita masih lagi menanti untuk melihat perubahan-perubahan yang penting (substantive) dalam isi (substance) polisi luar negara Amerika dalam hubungan dengan Dunia Islam.

Maka mesti diberi jawapan: Kalau dalam suasana semasa ada penafsiran jihad yang tersasul dalam kalangan setengah umat Islam (kerana faktor-faktor sejarah yang mendesak dan itupun jangan diremehkan) itu tidak boleh dijadikan dalil bahawa itu penafsiran yang menyeluruh yang mewakili arus perdana umat Islam. Bagaimanapun, ini juga perlu dilihat dalam konteks pihak-pihak yang pada masa lalu, mahupun sekarang, memanipulasikan maklumat untuk kepentingan hegemoninya.

Mudah-mudahan kita semua kembali kepada panduan wacana Ahli Sunnah wal-Jamaah, amin. Wallahu a’lam.

LAMPIRAN I

Sedutan-Sedutan Dari Bait-bait Jalal Al-Din Rumi Dalam Mathnawi Ma’nawi Untuk Membuktikan Beliau Bukan Mencanangkan Ajaran Pluralisme Agama Ajaran John Hick.

Oleh:

Al-Faqir Ila’llah: Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

Sedutan-sedutan itu adalah seperti berikut:

Rumi Mathnawi Kitab III KisahVII – Berkenaan dengan orang yang berdoa dengan ikhlas supaya mendapat rezeki tanpa bersusah payah:

Semua benda memuji Tuhan, tetapi puji-pujian makhluk yang tidak bernyawa berlainan daripada puji-pujian manusia, dan puji-pujian Orang Ahli Sunnah berlainan daripada puji-pujian Orang Jabariah. Tiap-tiap satu mengatakan yang lain melakukannya cara yang tidak betul, tetapi tidak ada yang mengetahui yang sebenar memasinkan orang ahli rohani yang sebenarnya, Ilmu dan keyakinan lain daripada sangkaan, sedikit sahaja yang diketahui melainkan oleh orang ahli rohani yang ada dalam hatinya neraca penimbang tentang kebenaran, yang lain berada dalam keadaan antara dua pendirian.

Rumi Mathnawi Kitab III Kisah XIII – Kaum Saba

(http://sacred-texts.com/isl/masnavi/msn03.htm)

Selepas daripada kisah tentang ‘Isa yang perlu mendaki bukit untuk mengelak diri daripada orang-orang bodoh dan dungu datang kisah berkenaan dengan Orang Negeri Saba “Suatu tanda ada negeri Saba di negeri kediaman mereka ada dua kebun satu di sebelah kanan dan yang satu lagi sebelah kiri’ Makanlah kamu apa yang diberikan oleh Tuhan kamu sebagai rezeki, dan bersyukurlah kamu kepadaNya; negeri yang baik dan Tuhan Yang Maha Pengampun. Tetapi mereka berpaling (daripada cara yang sebenar) maka Kami jadikan banjir Iram berlaku atas mereka. Demikianlah azab Kami akibat mereka tidak bersyukur. Orang-orang Saba itu adalah orang-orang yang bahlul, dan mereka membawa kebinasaan atas diri sendiri kerana tidak bersyukur itu. Ada seorang yang berpandangan jauh, tetapi ia buta; ada seorang yang pendengarannya tajam tetapi ia tuli; yang seorang lagi bertelanjang, tetapi memakai jubah yang labuh. Sifat gelojoh kepada harta menyebabkan seseorang itu buta tidak boleh melihat kelemahan diri sendiri, tetapi boleh melihat kelemahan-kelemahan yang ada pada orang lain. Orang yang mempunyai pendengaran tajam tetapi tuli itu mendengar maut akan berlaku atas orang lain itu, tetapi bukan atas dirinya. Dan orang bertelanjang yang memakai jubah labuh itu takutkan perompak, walaupun ia tidak ada apa-apa yang ditakutkan hilang. Sebenarnya semua orang-orang negeri Saba ini terkena penyakit-penyakit bebal dan penyakit menipu diri sendiri yang seperti ini, dan mereka tidak bersyukur atas niamat-niamat Tuhan. Maka tiga belas orang nabi diutuskan kepada mereka, tetapi mereka tidak mendengar nasihat-nasihat yang diberikan kepada mereka. Bahkan orang-orang Saba menyoal tentang mereka yang diutus oleh Tuhan itu, dan meminta supaya mukjizat ditunjukkan kepada mereka. Mereka juga memberitahu kepada nabi-nabi itu kisah ibarat tentang seekor arnab yang pintar yang hendak menakut-nakutkan seekor gajah, sambil mengaku ia suruhan daripada bulan. Para nabi itu marah kerana kurang adab orang-orang Saba itu yang menyalahgunakan kisah ibarat arnab itu untuk mempermainkan kedudukan mereka sebagai utusan Tuhan itu. Dan mereka memberi peringatan tentang orang-orang zalim yang menolak nabi Noh dengan cara yang sama bila baginda memberi amaran kepada mereka tentang banjir yang akan menimpa mereka. Dan mereka menunjukkan dengan panjang lebar bagaimana orang-orang Saba itu menyalahgunakan kisah ibarat tentang arnab dan gajah itu, dan sekali lagi mereka menasihati mereka supaya beriman; tetapi mereka itu tidak menerima nasihat itu dan mereka menggunakan hujah golongan Jabariah untuk menjawab balik seruan para nabi itu. Tetapi orang-orang Saba itu terus berdegil, dan tidak menerima nasihat para nabi itu. Mereka mendepani para nabi itu dengan hujah-hujah golongan Jabariah dan tidak mahu menerima bahawa cara berhujah mereka adalah salah dan palsu. Akhirnya para nabi itu merasakan tidak ada harapan lagi untuk menyelamatkan mereka dan membiarkan mereka dengan nasib malang mereka. Tidak semua orang boleh menggunakan kisah-kisah ibarat (dengan cara yang membawa kepada natijah yang tepat dan betul) dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan perintah Tuhan (Divine matters). Kemampuan dalaman menggunakan kisah-kisah ibarat dengan betul ada secara khusus pada para aulia yang secara khusus ditandai dengan mempunyai pengetahuan berkenaan dengan rahsia-rahsia yang terselindung (daripada pengetahuan orang-orang kebanyakan); apakah yang ada dalam pengetahuan anda, dengan kekurangan yang ada pada anda, tentang rahsia-rahsia, bahawa anda menggunakan kiasan-kiasan seperti rambut ikal mayang dan pipi? Nabi Musa memandang tongkatnya sebagai seketul kayu, walhal ianya bukan demikian, ia ular besar, dan rahsianya dizahirkan (kemudian) kalaulah orang seperti baginda, wali (bahkan rasul) tidak mengetahui rahsia sepotong kayu (dibuat tongkat) apa pula kamu bagaimana kamu mengetahui rahsia tentang perangkap dan biji-bijian? Bila mata pada orang seperti nabi Musa tersilap berkenaan dengan rahsia berkenaan satu misalan, bagaimanakah pula seekor tikus yang merasa diri pandai memahaminya? Misalan-misalan kamu itu (boleh) ditukar menjadi ular-ular besar yang boleh mencaing-caingkan kamu dengan giginya yang tajam. Misalan yang seperti itu pernah digunakan oleh Iblis, kerana itu ia dilaknat oleh Tuhan sehingga hari kiamat. Misalan perbandingan demikian digunakan oleh Qarun dalam hujahnya sehingga akhirnya ia ditelan bumi bersekali dengan harta miliknya sekali. Misalan-misalan perbandingan yang dikenali seperti burung gagak dan burung hantu yang kerananya maka seratus keluarga dimusnahkan. Bila Noh sedang membina bahteranya di padang pasir, seratus orang penjaja kisah-kisah perbandingan menyerangnya dengan sindiran, mereka berkata: ‘Di padang pasir, tempat tiada air atau perigi, ia membuat bahtera, kerja jahil dan bodoh apa ini?’ Hujah golongan Jabariah itu, ia itu kata orang-orang Saba itu ‘Wahai para penyeru dakwah! Cukuplah! Apa yang kamu kata itu sudah cukup, kalau ada sesiapa yang bijak di sini’ Tuhan telah meletakkan kunci atas hati kami’dan tidak ada manusia yang boleh mengatasi Tuhan Maha Pencipta. Pelukis Maha Agung itu telahpun melukiskan kita [semua] ini demikian; lukisanNya tidak boleh diubah dengan bahasan hujah. Beritahu terus menerus kepada batu supaya menjadi permata delima, terus menerus beritahu kepada yang tua supaya menjadi muda, Terus meneruslah beritahu kepada bumi supaya menjadi air, Suruhlah air menjadi madu atau susu! Tuhan Maha Pencipta yang menjadikan langit dan mereka yang menjadi penghuninya, kepada langit Ia memberi kepadanya pusingannya dan kemurnian sifatnya, bumi Ia memberikannya rupa gelapnya dan rupanya,

Bolehkah langit itu menjadi seperti keladak kotoran?

Bolehkah bumi mengambil rupa jernih air anggur murni nan cerah?

‘Peribadi’ itu telah menentukan setiap makhluk nasibnya

Bolehkah gunung dengan usahanya menjadi rumput?

Para nabi itu menjawab: Sesungguhynya Allah menjadikan setengah-setengah sifat dalam diri kamu yang kamu tidak boleh mengubahnya tetapi Ia menjadikan setengah sifat-sifat mendatang, yang Kerala ia tidak baik, boleh diubah menjadi baik

Menyuruh batu menjadi mas itu mustahil

Tetapi tembaga menjadi mas itu boleh

Suruh bunga Padang pasir menjadi bunga ros itu tidak mungkin

Suru debu menjadi lumpur itu dalam kemampuannya

Tuhan menghantar setengan kesakitan yang tidak ada penawarnya

Seperti tempang, tidak ada penawar, tidak ada hidung, dan buta

Tuhan menghantarkan setengah kesakitan lain yang ada penawar baginya

Seperti mulut yang senget, sakit kepala

Tuhan menentukan penawar-penawar ini dari rahMatNya

Menggunakan penawar ini semua dalam sakit dan penderitaan bukannya sia-sia

Bahkan kebanyakan kesakitan boleh disembuhkan

Bila kamu mencari penawar-penawar itu dengan sesungguhnya kamu menemuinya”

Orang-orang negeri Saba menjawab: “Wahai manusia, kesakitanan-kesakitan kami ini adalah bukan jenis yang boleh disembuhkan

Sudah lama kamu menyebut alamat-alamat yang akan berlaku dan amaran-amaran,

Tetapi bebanan kami kerananya menjadi semakin berat setiap saat

Kalaulah kesakitan kami ada penawarnya

Tentulah ia menjadi berkurangan melalui jampi-jampi kamu

Bila tubuh badan menjadi terhalang, air tidak sampai lagi ke hati

Walaupun seseorang itu minum air, air itu pergi ke tempat lain

Kemudian tentulah tangan dan kaki membesar kerana air

Tetapi rasa haus itu tidak hilang

Para nabi itu menjawab: ‘Putus asa adalah salah, rahmat dan kurnia Tuhan tidak terbatas

Seseorang itu janganlah berputus asa terhadap rahmat-kurnia Tuhan Yang maha Pemberi demikian

Kita mesti bergantung kepada tali kekeng dari Tuhan

Wahai! Banyaklah keadaan-keadaan yang sangat payah mula-mulanya

Tetapi kemudiannya semuanya diselesaikan dan hilanglah teruknya

Kerapkali harap menyusuli putus asa

Kerap berlaku cahaya mentari menyusuli kegelapan

Kami mengaku kamu dengan syarat kita melaksanakan kehendakNya

Kamu mengalami keadaan berat seperti batu

Dan ada penyelak di atas telinga dan hati kamu

Tidak ada keadaan kita yang semuanya sama mengikut yang kita kehendaki

Kerja kita ialah tunduk menyerah dengan taat

Tuhan mewajibkan ubudiah ini atas kita

Kita menyatakan ini bukan hanya atas kekuasaan kita

Kita bergembira dalam hidup ini dengan syarat kita melaksanakan kehendakNya

Kalau Ia menyuruh kita, kita menabur benih kita atas pasir

Roh para anbia tidak mengira yang lain melainkan dalam hubungan dengan Allah

Ia tidak berkenaan dengan bersetuju atau tidak bersetuju dengan Kerja-KerjaNya”

Orang-Orang Saba menjawab: Kalaulah kamu bergembira dengan keadaan diri kamu

Kamu menjadikan kami sengsara, menyakiti kami, dan mengganggu kami,

Jiwa kami kosong daripada kemasyghulan

Kemudian kamu melemparkan kami ke dalam keadaan susah dan kemasyghulan

Rasa enak dan keselesaan bersama yang kami nikmati dahulunya

Sudah pecah berkecai dengan amaran-amaran jahat yang kamu sebutkan akan berlaku

Kita semua seperti burung nuri yang bergembira mengunyah-ngunyah gula

Kamu menjadikan kami seperti mergastua yang murung berfikir tentang maut

Tiap-tiap penjuru ada cerita-cerita bala akan datang menimbulkan keresahan

Di tiap-tiap penjuru timbal bunyi yang menimbulkan ketakutan

Di setiap penjuru di dunia ada telan-telahan akan berlaku peristiwa yang menakutkan

Di tiap-tiap penjuru ada cerita-cerita akan datang timbal hukuman atas manusia

Inilah bebanan dari misalan-misalan ibarat kamu dan telan-telahan kamu yang menggerunkan

Ini tujuan cerita-cerita misalan dan telan-telahan kamu

Para nabi itu menjawab: Telahan-telahan dan amaran-amaran kami diperkuatkan dengan keadaan jiwa kamu senara menghina dan biadab

Bayangkan kalau kamu sedang tidur di tempat yang berbahaya

Dan ada ular yang sedang datang untuk menggigit kepala kamu

Seorang sahabat baik kamu akan memberitahu tentang bahaya yang menanti kamu

Katanya: Lompatlah! Kalau tidak ular berbisa itu akan menelan kamu’

Kamu pula menyahut: Apa telahan jahat ini?

Ia menjawab: Lompat, bangun, dan lihatlah sendiri

Apa erti telahan buruk ini, dengan telahan ini aku bangunkan kamu

Dan melepaskan kamu daripada bahaya dan menunjukkan kamu jalan kembali ke rumah

Seperti nabi ia memberi amaran tentang bahaya yang tersembunyi

Kerana nabi boleh melihat apa yang ahli dunia tidak terdaya melihatnya’

Rahmat menjadikan orang baik cenderung kepada ibadat, tetapi hukuman balasan yang jahat menjadikan orang itu cenderung lepada kejahatan

Kalau kamu lakukan kebaikan kepada seorang yang baik hati, munasabahkan bagi setiap kebaikan ia akan membalas tujuh ratus kali ganda

Bila kamu kamu layan orang jahat dan hina dengan cara menghina dan biadab, dia akan menjadi hamba abdi kamu dengan sesungguhnya,

Orang-orang kafir bila berada dalam kesenangan dan nikmat mereka melakukan kejahatan

Bila mereka berada dalam neraka mereka berteriak ‘Wahai Tuhan kami!’

Kerana orang yang rendah dan hina dibersihkan jiwanya bila mereka mengalami keadaan yang berat

Dan bila mereka menikmati kesenangan dan kemakmuran mereka melakukan kejahatan

Kerana itu masjid ibadat bagi mereka adalah neraka

Sebagaimana jerat adalah pengikat kaki bagai ayam hutan

Dan penjara ialah tempat berseorangan untuk ibadat bagi pencuri yang jahat

Sebab bila ia berada di sana ia sentiasa menangis menyeru Tuhan

Manakala matlamat wujud manusia ialah untuk ibadat kepada Tuhan

Neraka ditakdirkan tempat menyembah bagi mereka yang bongkak takbur

Manusia akan keupayaan untuk melakukan mana-mana amalanpun

Tetapi menyembah Tuhan adalah tujuan terbesar wujudnya

Bacalah kitab: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya ia menyembahKu”

Matlamat dunia ialah untuk menyembah Tuhan

Walaupun matlamat kitab ialah untuk mengajar sesuatu kepandaian

Kalaulah anda membuat bantal dengannya, itu juga boleh menjadi tujuannya

Tetapi tujuan terbesarnya ialah untuk menjadi bantal

Tetapi (ia) adalah untuk menyampaikan pengetahuan dan pengajaran yang berfaedah

Kalau kamu gunakan pedang sebagai pemacak khemah

Kamu suka menggunakannya bagi benda yang kurang baik daripada kegunaan yang lebih baik lagi baginya

Walaupun matlamat wujud manusia semua ialah hikmah kebijaksanaan

Tetapi setiap orang ada tempat menyembahnya yang berlainan

Tempat menyembah bagi orang yang mulia ialah kemuliaan

Tempat menyembah orang yang hina ialah kehinaan

Pukulkan bahagian belakangnya untuk menjadikan mereka menundukkan kepalanya

Berikan kepada orang yang mulia untuk menjadikan ianya memberi bayaran yang banyak

Sebagaimana yang hina itu jahat dan bongkak takbur

Neraka dan penghinaan adalah ‘pintu sempit’ bagi mereka

Sesungguhnya Tuhan menjadikan dua tempat itu bagi tempat menyembah(Nya)

Demikianlah nabi Musa mengadakan ‘pintu kecil’ di Jerusalem

Untuk menjadikan Bani Israel menundukkan kepala mereka bila memasukinya (Kerana mereka degil dan takbur)

Akhirnya para nabi itu tidak ada harapan lagi (bagi menyelamatkan mereka di negeri Saba) dan mereka dipandang semuanya sebagai pembohong-pembohong, maka pertolongan Kami (Tuhan) datang kepada mereka dan Kami menyelamatkan mereka yang Kami kehendaki tetapi hukuman (Kami) tidak dielakkan atas mereka yang zalim itu.

Hilang harapan para anbia

Para nabi itu berkata: ‘Selama manakah, kerana rasa kasihan belas kita berikan nasihat kepada yang ini dan yang itu, nasihat yang baik?

Selama manakah kita memukul besi yang sudah sejuk dengan sia-sia?

Selama manakah kita meniup, menghembus nafas ke kisi-kisi di jendela?

Manusia digerakkan oleh Takdir Ilahi dan hukum yang ditetapkan

Sebagaimana gigi yang tajam disebabkan panas pada usus dan perut

MakaNafsu/Jiwa Awal mengatasi Nafsu/Jiwa Yang Kedua

Ikan mula menjadi busuk di kepalanya, bukan di ekornya

Tetapi dengarlah nasihat ini, jagalah kuda anda supaya betul seperti panah

Bila Tuhan berfirman ‘Nyatakan’ kita mesti taat

Wahai manusia ketahuilah rahsia selalu terselindung, golongan manakah kamu masuk

Berkerja keraslah kamu, sehingga kamu boleh melihat mana golongan kamu

Bila kamu meletak barangan dagangan dalam kapal

Kalau kamu lakukan dengan yakin bahawa perjalanan itu akan mendatangkan keuntungan:

Kamu belum tahu yang mana dari dua peristiwa itu yang akan berlaku pada kamu

Kamu akan tenggelam ataupun datang selamat di tanah darat

Kalau kamu berkata: Sehingga aku tahu yang mana satu nasibku, aku tidak akan meletakkan kaki atas mana-mana kapal

Adakah aku akan tenggelam dalam perjalanan atau aku selamat?

Nyatakan kepadaku dalam golongan manakah aku berada?

Aku tidak akan bermusafir hanya mengikut keberkebetulan nasib (semata)

Dengan hanya harapan sampai ke tanah darat, sebagaimana orang lain

Kalau demikian tidak aka ada perniagaan langsung yang berlaku di tangan kamu

Oleh kerana rahsia dua peristiwa itu selalu terselindung

Lampu kalbu, itu ahli perniagaan yang pengecut,

Ia tidak mendapat kerugian atau keuntungan dengan usaha-usahanya

Bahkan, ia mendapat kerugian, kerana ia terkecuali daripada keuntungan;

Lampu yang mengambil api itulah yang ada cahaya

Oleh kerana semua perkara bergantung kepada kemunasabahan (berlaku)

Maka agama, mula-mulanya demikian, kerana dengan itu engkau mencapai kelepasan (daripada azab)

Di dunia ini mengetuk pintu tidak mungkin berlaku kecuali menerusi harap dan Tuhan Maha Mengetahui tentang apa yang paling baik

Kemunasabahan ialah panduan hidup dalam agama sebagaimana juga dalam perkara-perkara biasa (dalam hidup).”Agama bergantung kepada harap dan takut.

Apa yang berlaku yang terakhir dalam perniagaan ialah harap dan kemunasabahan

Bila peniaga berusaha mereka seperti gelendung pemusing benang, kurus

Bila peniaga pergi ke kedai waktu paginya

Ia pergi dengan harapan kemunasabahan mendapat untung mendapat roti

Kalau tidak berharap mendapat roti mengapa pergi?

Ada pula kebimbangan tentang kerugian, kerana kamu tidak kuat

Tetapi tidakkah perasaan mendapat kerugian yang habis-habis itu menjadi berkurang dalam masa kamu berusaha?

Kamu mengatakan: “Walaupun kebimbangan mendapat rugi itu ada di hadapanku, tetapi aku merasa lebih takut lagi kalau aku tidak berusaha

Aku lebih lagi ada harapan melalui melakukan usahaku

Perasaan takutku bertambah dengan aku malas tidak berusaha”

Mengapakah kamu, wahai si berhati pengecut, dalam perkara agama, adakah kamu menjadi lesu, kaku kerana takutkan kerugian?

Tidakkah kamu melihat bagaimana para peniaga dalam pasaran kita ini mendapat keuntungan yang sangat besar, dalam kalangan para rasul dan aulia?

Alangkah besarnya perbendaharaan harta tersembunyi yang menanti mereka, bila mereka meninggalkannya

Melihatkan mereka membuat keuntungan yang sedemikian besar; walhal ia masih di sini?

Api lembut kepada mereka seperti kain kapas

Lautan membawa mereka dengan lembutnya seperti tukang pemikul barang

Besi di tangan mereka menjadi lembut seperti lilin

Angin bagi mereka seumpama hamba-hamba yang taat

Rumi Mathnawi Kitab IV Kisah ke VI – Kisah Musa dan Fir’aun (dalam http://sacred-texts.com/isl/masnavi/msn04.htm)

Berikutnya kisah panjang berkenaan dengan nabi Musa, manifestasi akal yang sebenarnya, dengan Fir’aun yang memberi penerangan mengikut pendapat atau sangkaan palsu. Ia bermula dengan perbincangan yang panjang antara Musa dan Fir’aun; Musa memberitahu Fir’aun bahawa kedua-dua mereka itu sama, mereka mempunyai tubuh badan daripada tanah dan roh mereka datang dari Tuhan, dan Tuhan mereka sebenar ialah Allah. Fir’aun menjawab bahawa ia tuhan kepada nabi Musa, dan mengherdik Musa kerana tidak mengenang budi kepadanya kerana memeliharanya sewaktu ia kecil. Musa menjawab bahawa ia tidak mengakui ada Tuhan yang lain selain daripada Allah, dan ia mengingatkan Fir’aun bagaimana ia (Fir’aun) cuba membunuhnya sewaktu ia kecil (dalam buaian). Fir’aun menjawab menyatakan bahawa ia tidak bertanggungjawab kepada Musa, dan Musa membalas jawabnya pula dengan menyatakan bahawa untuk membajak tanah dan menanam tanamannya perlu diusahakan dengan memecahkan tanahnya, dan untuk membuat pakaian yang baik pula kain itu perlu dipotong dahulu, dan untuk membuat roti maka gandumnya perlulah terlebih dahulu dikisar pada tempat pengisarnya, demikian seterusnya. Maka balasan yang baik sekali yang ia boleh buat kepada Firaun menjaganya sewaktu kecil ialah untuk membebaskannya daripada sangkaan yang palsu yang timbul daripada nafsu keinginannya, seperti ikan yang terkena mata kail, yang menangkapnya. Fir’aun kemudian mengherdik Musa kerana sihirnya menukarkan tongkatnya menjadi ular, dengan itu mengelirukan orang ramai. Musa menjawab bahawa semua ini berlaku bukan dengan cara sihir seperti yang dibuat oleh ahli-ahli sihir Fir’aun, tetapi melalui kuasa Tuhan, walaupun Fir’aun tidak dapat melihat yang demikian itu kerana kekurangan pada daya memahami ilmu tentang perkara-perkara yang datang daripada kuasa dan perbuatan Tuhan. Telinga dan hidung tidak dapat melihat benda-benda yang cantik-cantik, yang boleh hanya mata. Demikian pula mata kepala, yang menjadi buta kerana nafsu, ia lemah tidak berupaya melihat kebenaran dalam perkara kerohanian. Sebaliknya orang-orang yang mempunyai pandangan dalaman yang tajam, yang pemandangannya dibersihkan seolah-olahnya menjadi mata semua sekalinya, dan ia tidak melihat dua lagi, tetapi melihat hanya Satu, Wujud Sebenar Yang Satu itu. Memang benar bahawa tubuh badan manusia adalah daripada tanah, tetapi melaui latihan riadhah dan aturan-aturan yang dikenakan ke atasnya ia boleh dijadikan untuk mencerminkan perkara-perkara sebenar dalam bidang rohaniah, sebagaimana besi yang kasar dan keras boleh digilap sampai menjadi cermin daripada besi. Fir’aun patutlah membersihkan karat perbuatan jahat daripada rohnya, kemudian ia mampu melihat perkara-perkara sebenar bidang kerohanian, yang Musa sedang bentangkan kepadanya. Pintu taubat sentiasa terbuka. Musa kemudian berjanji kepada Fir’aun bahawa kalaulah ia taat kepada satu pengajaran ia akan menerima empat faedah sebagai balasannya. Fir’aun tertarik kepada janji ini, lalu ia bertanya apa pengajarannya itu. Musa menjawab bahawa pengajarannya ialah ini, iaitu bahawa Fir’aun hendaklah mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Yang Esa, Pencipta semua benda di langit dan di bumi. Fir’aun kemudian meminta kepadanya supaya menerangkan empat faedah itu yang dijanjikannya, mengatakan bahawa mungkin itu akan menyembuhkannya daripada kekufuran dan menjadikannya sebagai wadah menerima rahmat, bukannya kemurkaan Tuhan. Musa memberi penerangan bahawa yang empat perkara itu ialah:

1.   Kesihatan

2.   Umur panjang, berakhir dengan keyakinan bahawa mati adalah keuntungan.

Sebagaimana seseorang yang mengetahui ada harta perbendaharaan yang mahal ada tersembunyi dalam sebuah rumah, ia merobohkan rumah itu untuk mencari harta tersembunyi itu, demikian orang yang bijaksana itu, yang umurnya sudah beberapa tahun lamanya, dengan pengalaman yang banyak pula, ia merobohkan rumah badannya untuk mendapat keuntungan hidup yang kekal abadi. HaDITH “Aku adalah perbendaharaan tersembunyi” menjadi hujah berkenaan dengan hal ini.

3.   Kerajaan yang lebih baik lagi daripada negeri Mesir, negeri yang aman damai tidak ada permusuhan padanya,

4.   Sentiasa muda

Kemudian Firaun meminta pendapat isterinya Asiah, adakah baik ia meninggalkan kekufuran dan beriman mengikut apa yang dijanjikan oleh Musa. Asiah yang berupa wanita yang soleh dan mempunyai pendapat yang baik tentang Musa dan cenderung kepadanya yang ia telah mengasuhnya sewaktu kecil, menyuruhnya beriman, tetapi Fir’;aun berkata ia akan bertanya pendapat Haman terlebih dahulu; Asiah mempunyai pendapat yang tidak baik tentang Haman yang ia kenal sebagai seorang yang buta terhadap perkara-perkara kebenaran bidang kerohanian seperti Fir’aun juga, lalu ia melakukan seboleh-bolehnya meminta Fir’aun mengelak daripada meminta pendapat Haman. Untuk menunjukkan kebutaan Haman tentang perkara-perkara kerohanian ia memberitahu cerita tentang seekor burung helang sewah milik seorang raja yang masuk ke tangan seorang wanita tua yang jahil. Wanita tua ini tidak tahu apa-apa tentang kelebihan-kelebihan burung helang sewah itu, dan ia tidak suka bila muncul burung helang sewah itu, katanya: Bagaimanakah ibu kamu berkenaan dengan membiarkan kuku dan muncung kamu sedemikian panjang itu? Kemudian ia terus menjadikannya pendek, mengikut apa yang difikirkannya baik, sudah tentu ia merosakkan burung helang sewah itu tidak boleh digunakan untuk seni memelihara dan menggunakan helang sewah untuk berburu. Bagaimanapun Fir’aun tidak boleh dipalingkan daripada tujuannya bertanya Haman untuk mendapat pendapatnya, dan Asiah tidak ada pilihan melainkan terpaksa menyedapkan hatinya dengan fikiran bahawa kumpulan makhluk berhimpun bersama jenis yang sama sepertinya, dan Fir’aun semestinya berhimpun dengan Haman kerana dalam banyak segi Haman adalah sama sepertinya. Untuk memberi gambaran tentang perkara ini ia mengingatkan cerita berkenaan dengan seorang perempuan yang anak bayinya merangkak pergi ke tepi tebing suatu tali air dan dia berkeras untuk berada di situ, dalam keadaan terlalu membahayakan nyawanya sendiri, walaupun ia meminta-minta memujuk supaya anak itu mengelak tepi parit itu; dalam keadaan penuh ketakutan dan kebimbangan demikian ia meminta tolong kepada Ali, yang memberi nasihat supaya ia meletakkan seorang bayi di atas tebing di situ, dan ia lakukan yang demikian, lalu bayi itu melihat bayi lain rakan bermainnya, ia meninggalkan tepi parit air itu dengan sendirinya dan datang menghampiri rakannya itu; demikianlah roh manusia itu sama jenis dengan nabi-nabi, dan nafsu kehaiwanan manusia adalah sama dengan Setan; maka bila benda-benda yang sama tertarik antara satu sama lain dan benda-benda yang berlainan tidak suka antara satu sama lain. Dengan itu dikatakan (dalam cerita) bahawa bila orang-orang soleh berdoa supaya diselamatkan daripada neraka, neraka juga berdoa supaya ia dielakkan daripadanya. Maka Fir’aun pun bertanya pendapat Haman, dan Haman bila mendengar bahawa Musa mencadangkan supaha Fir’aun menghinakan diri (kepada Tuhan) dan mengaku keTuhanan Allah, ia naik marah dan mengoyak pakaiannya sambil berkata: Bukankah kerajaan Mesir milik engkau? Bukanlah engkau lebih berkuasa daripada orang hina ini? Siapakah dia itu untuk menrendahkan Fir’aun daripada sifatnya sebagai tuhan yang maha tinggi? Maka Fir’aun mendengar kata-kata Haman dan enggan untuk masuk memeluk agama yang sebenar [Islam di bawah syariat Musa]. Maka Musa sangat hilang semangatnya tetapi hatinya dikuatkan dengan suara ghaib dari langit yang meyakinkannya bahawa ia sangat dikasihi Tuhan, kerana walaupun dalam keadaan berdukacita dan melalui keadaan yang baik dan sebaliknya ia terus menerus bergantung kepada Tuhan berkenaan dengan hadith “Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi dan Aku kasih bahawa Aku diketahui maka Aku ciptakan alam ini supaya Aku diketahui”; runtuhkan rumahmu dengan perbendaharaan yang ada tersembunyi di dalamnya”. Kamu akan mampu membina beribu-ribu rumah. Perbendaharaan berada di bawahnya, tidak ada pertolongan untuknya, jangan teragak-agak untuk meruntuhkannya, jangan bertangguh! Kerana dengan wang perbendaharaan itu seribu rumah boleh dibangunkan tanpa bersusah payah

Akhirnya tentulah rumah itu akan dimusnahkan dan perbendaharaan dari sisi Tuhan akan terlihat di bawahnya, tetapi ia tidak menjadi milik kamu, sebab sebenarnya hadiah itu adalah harga bagi memusnahkan rumah itu. Bila seseorang tidak berusaha tidak ada upahnya: “Manusia tidak mendapat apa-apa melainkan apa yang diusahakannya”…

Rahmat Tuhan menjadikan Sungai Nil itu bijaksana

KemurkaanNya menjadikan Qabil itu dungu, bodoh,

Dengan rahmatNya ia menjadikan kebijaksanaan ada pada benda-benda tidak bernyawa

Dengan murkaNya ia menghilangkan hikmah daripada orang bijaksana

Dengan rahmatNya maka hikmah kebijaksanaan ada pada benda-benda yang tidak bernyawa

Sebagai hukuman ia membuang kebijaksanaan daripada orang yang bijak

Di sini dengan PerintahNya hikmah kebijaksanaan turun seperti hujan

Di mana ada murkaNya hikmah kebijaksanaan lari lesap

Awan matahari bulan serta bintang-bintang

Semuanya datang dan pergi tunduk taat kepada aturan-aturanNya

Tidak ada satupun daripada itu semua yang datang melainkan pada waktu yang ditetapkan …

Ketaatan pada batu dan tongkat ditunjukkan kepada kamu

Dan memberitahu kepada kamu apa-apa lagi benda tidak bernyawa yang lain

Mereka semua berteriak: Kami semua menyedari Tuhan dan taat kepadaNya

Kami bersifat memusnah bukan dengan kebetulan semata

Dengan itu kamu tahu air Sungai Nil menjadi banjir

Membezakan antara Orang Mesir dan Orang Bani Israel

Kamu tahu yang lain-lain itu bersifat bijaksana seperti bumi, bila ia terbelah

Tahu tentang Qarun lalu menelannya kerana dendam kepadanya

Atau bulan, bila terdengar perintah bersegera membelahkan dirinya di langit (seperti dalam kisah Nabi Muhammad)

Atau seperti pokok dan batu yang di semua tempat kelihatan tunduk sujud di kaki Mustafa

Hujah antara Orang Ahli Sunnah dan Orang Ahli Fahaman Kebendaan (Dahriyyin)  ditentukan oleh api (kisah Nabi Ibrahim dan Namrud)

Malam tadi seorang Ahli Sunnah menyatakan ‘Alam ini fana tidak kekal

Dan kita semua ini akan binasa’ Tuhan yang terus kekal

Ahli falsafah berkata: Bagaimanakah kamu mengetahui itu semua fana binasa?

Bagaimanakah hujan mengetahui awan itu fana, binasa?

Bukankah Kamu hanya debu yang berterbangan dalam jari jemari cahaya mentari?

Bagaimana kamu mengetahui matahari itu binasa tidak kekal?

Ulat yang tenggelam dalam timbunan tahi binatang

Bagaimana ia mengetahui asal dan akhir bumi ini?

Dengan mengikut buta kamu menerima pendapat bapa kamu…

Orang Ahli Sunnah berkata: Suatu hari saya melihat dua orang berhujah berkenaan dengan soalan-soalan yang dalam

Ya mereka berhujah dan berbincang

Akhirnya sekumpulan orang datang mengelilingi mereka berdua

Akupun pergi ke arah kumpulan itu

Untuk mengetahui tajuk perbincangan mereka

Yang seorang itu berkata: Langit akan musnah

Yang seorang lagi berkata: Langit kekal tidak ada waktu

Ia tidak ada pencipta, atau ia membuat dirinya sendiri

Yang satu lagi berkata: Adakah kamu menafikan ia ada pencipta?

Dia yang menjadikan siang dan malam, yang menjaga mentadbir manusia?

Orang itu menjawab: Tanpa bukti aku tidak akan mendengar kamu

Apa yang kamu kata hanya mengikut pendapat secara buta

Pergi bawakan bukti, kerana aku tidak menerima pendapat tanpa hujah dan bukti…

Orang Ahli Sunnah itu berkata: Bila matawang yang murni dan palsu berbangga-bangga diri dengan berkata: Kamu palsu, aku bagus dan murni

Apilah yang menjadi penguji yang terakhir sekali

Bila dua yang bermusuh itu masuk ke dalam tempat api

Ahli falsafah itu terbakar menjadi abu

Tetapi Orang Ahli Sunnah yang takut kepada Tuhan menjadi lebih cantik daripada dahulu

Selepas melihat bait-bait di atas tidak masuk akal yang sejahtera kalau dikatakan bahawa orang alim Ahli Sunnah seperti di atas, sufi, dari kalangan aulia Allah, yang menolak falsafah yang menyeleweng dan menerima pegangan Ahli Sunnah serta mementingkan kesedaran rohani yang tulin- tak munasabah bahawa ia adalah tokoh yang mencanangkan pluralisme agama dalam erti John Hick. Kalau masih ada orang Islam yang percaya kepada dakwaan seperti itu –kerana John Hick berkata begitu, maka- Lebai Jawi ini hanya mampu menyatakan ‘la haula wa la quwwata ill billahil-‘aliyyil-‘azim, inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, sebab ini adalah malapetaka dan musibah yang sehabis besar yang berlaku atas orang yang berkenaan itu dan umat Islam tempat asalnya ia datang ke dunia ini.

Kitab ke V Kisah I – Nabi Muhammad dan Tamunya orang Kafir

(dari http://sacred-texts.com/isl/masnavi/msn05.htm downloaded 10-1-11 9.28am

Selepas kata-kata yang biasa ditujukan kepada Husam al-Din ini disusuli dengan pengamatan berkenaan dengan ajaran yang ditujukan kepada Nabi Ibrahim supaya mengambil empat ekor burung dan memanggil ke arahnya, kemudian potonglah burung itu. Katanya maksud burung –burung itu ialah itik kerakusan, ayam bapak ikut nafsu, burung merak cita-cita duniawi, dan suka menunjuk-nunjuk, dan gagak kenafsuan yang jahat. Bermula dengan gambaran tentang sifat rakus, penyaer memberitahu kisah berkenaan dengan pengajaran nabi bahawa orang kafir makan dengan tujuh perut, walhal orang mu’min makan dengan satu perut sahaja.

Kemudian ini diikuti dengan kisah bagaimana suatu hari nabi menerima tamunya orang kafir. Seorang kafir itu kerana terlalu banyak sangat makannya menjadi sakit lalu dengan segera mahu keluar dari situ kerana ia mengeluarkan najis di tempat tidurnya. Kemudian nabi sendiri memberskihkan tempat itu walaupun sahabat-sahabat mahu mereka melakukannya.

Kemudian kerana tertinggal sesuatu orang kafir itu masuk ke dalam bilik, bertemu dengan nabi sedang melakukan pembersihan itu, lalu ia terasa terlalu malu kerana perangainya; bagaimanapun nabi menenangkannya lalu nabi mengatakan bahawa tangisnya dan penyesalannya itu bagus untuk membersihkan kesalahannya itu. Nabi menyatakan Tuhan mahu membersihkan orang itu dan ahli keluarganya, dan nabi menyerunya supaya mengucap syahadah mengakui Allah sebagai Tuhan sebagaimana yang dilakukan oleh anak Adam; baginda menerangkan bagaimana amalan-amalan zahir seperti sembahyang dan puasa menjadi penyaksian bagi cahaya rohani yang ada dalam diri manusia.

Selepas daripada diberi jamuan rohani oleh nabi seperti ini orang kafir itu mengakui kebenaran agama Islam dan meninggalkan kekufurannya dan sifat rakus dan gelojahnya. Ia berterima kasih kepada nabi kerana membawanya masuk ke dalam pengetahuan berkenaan dengan agama yang sebenar dan menghidupkannya semula, sebagaimana ‘Isa menghidupkan semula Lazarus. Ini diikuti dengan bait-bait:

Tamu-tamu yang lain merasa hairan melihat sifat rakusnya itu hilang sedemikian segeranya, dan mereka terbawa kepada berfikir tentang makanan rohani yang disediakan oleh nabi. Amalan lahir (seperti sembahyang puasa) menjadi saksi terhadap keadaan hati di dalam diri

Sembahyang dan puasa serta jihad

Menjadi saksi bagi keimanan yang ada dalamn hati

Bersedekah dan memberi bantuan dan meninggalkan sifat bakhil juga menjadi saksi bagi kata-kata “Saya suka dengan kamu”

Setiap orang daripada mereka ini membelanjakan hartanya dengan pemurahnya atau bersedia bersusah-susah

Yang dimaksudkan ialah untuk menyatakan “Aku ada sifat yang baik dalam diriku,

Ya, sifat baik seperti taqwa, atau sifat pemurah

Dengan itu pemberianku dan puasa menjadi saksi?

Puasa ertinya ia mengelak diri daripada makan harta yang halal

Oleh itu tidak syak lagi ia mengelak daripada harta haram

Dan sedekahnya menyatakan “Ia menyedekahkan hartanya sendiri”

Dengan itu nyata ia tidak merompak harta orang lain”

Kalau ia bertindak demikian mengelak daripada menipu, dua saksinya (puasa dan sedekah) ditolak oleh Tuhan di PenghadapanNya

Kalau pemburu menabur-nabur bijian (umpan)

Itu bukan kerana kasihan belas, tetapi kerana hendak menangkap mangsanya,

Kalau kucing berpuasa, dan ia tenang-tenang sahaja, puasa itu untuk menangkap burung-burung yang lalai…

Dengan melihat bait-bait di atas jelas tidak munasabah dikategorikan Rumi sebagai pluralis dalam erti John Hick, yang berfikir semua agama sama dan semua membawa kebahagiaan abadi dalam syurga. Oleh itu umat Islam hendaklah mengenali ulama mereka sendiri dan berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah, seperti Rumi, dan janganlah dituduh mereka –katakanlah di sini Rumi- membawa ajaran pluralisme, kononnya orang sekarang tidak sedar, yang sedar ialah John Hick yang ‘mengajar’ kita supaya kenal ulama kita sebenar. Maha suci Allah. Penulis kerdil ini sekadar hendak membersihkan nama ulama besar yang dijadikan oleh Iqbal sebagai ‘mentor’nya daripada tuduhan yang menjatuhkan martabatnya kepada paras spekulator falsafah pada paras mental sahaja tidak jauh dari itu. Ia adalah wali yang mengalami ma’rifat yang putus dan sahih, sebab itu ia dimuliakan dalam alam Islam.

Ini terbukti antara lainnya yang sedemikian banyak itu dengan buku MA-AARIF–E–MATHNAVI dalam bahasa Inggeris

A Commentary of the Mathnavi of Moulana Jalaluddin Rumi (R.A.)

Oleh: Hazrat Moulana Hakim Muhammad Akhtar Saheb (Daamat-Barakaatuhum)

VOLUME ONE I di benua-kecil Indo-pakistan di mana ia sangat dimuliakan. Sangat berfaedah dalam hubungan dengan masalah seperti ini kita mendapat pengajaran daripada tulisan Edward Said ‘Orientalism’ dan ‘Culture and Imperialism’ degan menyedari pula ada golongan Orientalist yang objektif dan bersimpati dengan Islam seperti Karen Armstrong dan lain-lain. Tetapi sebagaimana yang disuruh oleh al-Qur’an kita perlu berwaspada, jangan lalai. Wallahu a’lam.

Rumi Mathnawi Kitab VI Kisah ke III (http://www.intratext.com/IXT/ENG0134/_P29.HTM)

Penyaer ini selepas daripada menyebut tentang mulianya orang yang meningkat hidup dan darjah rohaninya sehingga ia ‘hampir dengan Tuhan’ melalui sifat-sifat mulianya, beliau menyebut beberapa bait yang menyentuh amalan golongan Syiah pada bahagian kemudiannya seperti berikut:

Ini berkenaan dengan maksud hadith nabi yang bererti: “Hendaklah kamu mati sebelum mati” Ertinya nafsu jahat ditentang, supaya ia ‘mati’ sebelum kamu mati bila sampai ajalnya. Katanya: manusia yang memperlambat-lambatkan taubatnya sehingga mereka hampir keluar rohnya adalah seperti golongan Syiah di Aleppo, yang setiap tahun pada hari Asyura yakni 10 Muharram, bertemu dan berhimpun di pintu besar Antioch dan meratap atas kematian Saidina Hasan dan Husain. Ada suatu peristiwa bila mereka dalam keadaan seperti itu seorang penyaer Ahli Sunnah datang ke tempat itu (saya syak Maulana Rumi sendiri agaknya, tetapi munkin ini tidak tepat) dan bertanya mereka tentang alasan mengapa kelihatan dukacita yang berlebihan itu dan ratapan mereka itu. Golongan Syiah itu mengherdiknya kerana tidak mengetahui hal berkenaan dengan sejarah suci itu dan ia menjawab katanya: Peristiwa kematiannya berlaku sangat lama zaman dahulu; tetapi nampaknya seolah-olah daripada dukacita kamu yang berlebihan itu bahawa berita itu baharu sahaja sampai kepada kamu. Kamu mesti berada dalam tidur selama ini agaknya oleh itu tidak mendengar berita itu sebelum ini; sekarang kamu sedang berkabung kerana tidur kamu itu”. (Katanya lagi) Orang ahli rohaniah sebenar yang sudah mengecap air anggur (mengenal) Tuhan dan mendapat tandanya di atas dahi mereka, maka mati bukan masa untuk meratap. Orang yang sibuk dengan kesukaan yang titik-bengik dari kesukaan duniawi dan tidak melihat kepada pemberian yang sedemikian banyaknya untuk roh; ia, adalah seperti semut yang berada dalam baluh penuh dengan gandum, yang bersusah payah berusaha hendak mengambil pulang sebiji gandum walhal banyak gandum simpanan yang ada dalam baluh yang tersedia untuknya. Orang ahli rohaniah perlu terus menerus memberi perangsang dan semangat kepada orang-orang yang terlalu keduniaan supaya bertaubat dan menjadikan diri mereka mendapat faedah daripada pemberian-pemberian rezeki untuk roh mereka, yang tidak cermat itu, seperti yang dibuat oleh Nabi Nuh sama ada mereka mendengar seruannya atau tidak. Ini digambarkan dengan kisah ringkas tentang seseorang yang mengetuk rumah kosong sebelum subuh supaya orang sedar bahawa masa untuk menyediakan makan sahur sudah tiba.

Katanya lagi: Ketahuilah bahawa orang yang taat kepada Tuhan membelanjakan hartanya dan membina banyak masjid dan tempat-tempat suci keagamaan , dan membelanjakan harta mengembara jauh-jauh (untuk tujuan kerohanian) mengalami kesukaan rohani dengan penuh keghairahan, seperti para kekasih yang mabuk; tidak ada di kalangan yang berkata ‘Kaabah itu kosong sahaja” Bagaimanakah orang yang mengetahui tentang kebenaran berkata begitu?

Orang-orang yang seperti ini tersusun seperti dalam barisan saf tentera berperang, dan bersabung nyawa untuk mencapai keredhaan Ilahi. Ada orang yang terjun dalam kesusahan seperti Nabi Ayub sendiri, ada yang membuktikan kesabarannya seperti nabi Ya’kub, beribu-ribu dari kalangan mereka yang haus dahaga dan terkena bencana, berjuang dengan sesungguhnya untuk menjalankan Kehendak Tuhan. Aku, demikian juga, demi untuk mendapat keredhaan Tuhan yang Maha Mengasihani memukul tabuhku di tiap pintu dengan harapan datang waktu fajar

Carilah kamu pembeli yang akan membayar kamu dengan mas

Di manakah yang kamu dapati yang lebih pemurah daripada Tuhan?

Ia memberi sampah sarap yang kamu kata harta kamu yang tidak ada harga dan membayar kamu dengan cahaya yang mencerahkan kalbu kamu. Ia menerima tubuh badan yang terbujur kaku tak bernyawa dan memberikan kepada kamu kerajaan yang melebihi apa yang kamu impikan

Ia mengambil beberapa titik air mata kamu

Dan memberi kepada kamu mataair dar sisi Nya yang lebih manis daripada gula…

Jelas daripada bait-bait di atas yang Rumi rh adalah Ahli Sunnah dan berpegang kepada akidahnya, juga ia adalah tokoh yang berpegang kepada Syariat Islam, hanya ia supaya kalbu manusia hidup dengan sebenarnya dengan bersinar dengan roh ajaran agama itu sampai ke tahap yang sehabis baik dan tinggi sekali, bukan setakat amalan-amalan anggota zahir sahaja. Allahumma’rzuqna, amin.

Yang lebih terang lagi baik-bait yang menunjukkan sikapnya memberi pengamatan tentang kesilapan Kristian (dan kebenaran Qur’an tentang Isa a.s. yang menjadi pegangannya ialah apa yang ada dalam versi Inggeris oleh Nicholson, Kitab II baris 1401-1408 yang bermaksud:

Lihatlah bagaimana jahilnya Orang Kristian meminta perlindungan kepadaNya (Jesus) yang tergantung di kayu Palang! Kerana mengikut keperpercayaan orang itu (yakni orang Kristian yang membuat permohonan itu) Ia sudah dibunuh atas kayu Palang oleh Orang Yahudi, maka bagaimanakah ia boleh memberi perlindungan kepadanya?

Dan pada baris 1406-1408 dinyatakan:

Dan setakat mana hati Raja itu (yakni Jesus, pada mereka) berdarah (yakni dukacita) kerana perbuatan mereka (yakni Orang-Orang Kristian) bagaimanakah pula perlindungan yang tidak boleh ditembusi itu [boleh ada untuk mereka kerana ia dibunuh sudah atas kayu Palang itu] yang ada dalam maksud ayat ‘waktu Engkau bersama mereka (al-Ma’idah:117) [yakni Ia tidak boleh memberi perlindungan sebab sudah dibunuh itu].

Dengan itu Maulana Jalal al-Din Rumi bukan pluralis dalam erti Hick; maka mengambilnya sebagai tokoh pluralis dalam erti demikian adalah menghinanya dan menganggapnya tokoh ilmu sesat dan zindik. Astaghfiru’Llaha’l-‘Azim. La haula wa quwwata ill;a billahi’l-‘azim.

Sekian, wassalam.

Yang benar

Muhammad ‘Uthman El-Muhammady 13-1-11, 5.47 pagi.

8 Respons to “Pluralisme Agama dan Bahayanya Kepada Umat Islam”

  1. Habib Ahmad Says:

    AHAD INI : Lepas Subuh Di MAsjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa Wacana Ilmu Bersama al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki :

    http://melayucyber.blogspot.com/2011/01/wacana-ilmu-bersama-al-fadhil-syeikh.html

  2. Pembohongan di atas nama Maulana Jelaluddin Rumi dan kitab Mathnawinya « Karim’s Blog Says:

    [...] Felo Amat Utama ISTAC-UIAM, Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady, dalam pembentangan kertas kerja beliau di Wacana Isu-isu Semasa Aqidah: Pluralisme Agama (di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu – 15hb Januari 2011) anjuran bersama JHEAT dan Muafakat, telah menjelaskan bahawa Jelaluddin Rumi bukan seorang tokoh pluralis (baca di sini Pluralisme Agama dan Bahayanya Kepada Umat Islam). [...]

  3. Anwar Berbohong Atas Nama Maulana Jelaluddin Rumi & Kitab Mathnawinya | AIDC Says:

    [...] JHEAT dan Muafakat, telah menjelaskan bahawa Jelaluddin Rumi bukan seorang tokoh pluralis (baca di sini Pluralisme Agama dan Bahayanya Kepada Umat [...]

  4. Mustahil Dante Seorang Pluralis Kerana Dia Hina Nabi s.a.w. « Karim’s Blog Says:

    [...] Ustaz Uthman El-Muhammady, dalam Pluralisme Agama dan Bahayanya Kepada Umat Islam (yang mengulas dengan panjang lebar bahaya Pluralisme),  Dante adalah seorang yang teguh dengan [...]

  5. PLURALISME AGAMA DAN BAHAYANYA KEPADA UMAT ISLAM | Hamba Kepada Ar-Rahman Says:

    [...] http://blogtraditionalislam.wordpress.com/2011/01/20/pluralisme-agama-dan-bahayanya-kepada-umat-isla… Share this:TwitterFacebookLike this:LikeBe the first to like this post. This entry was posted in FIRQOH SESAT. Bookmark the permalink. ← PEMURNIAN TASAWWUF OLEH IMAM AL-GHAZALI [...]

  6. Anwar Tidak Peduli Apa Orang Kata « Karim’s Blog Says:

    [...] Pluralisme Agama dan Bahayanya Kepada Umat Islam [...]

  7. Kemuncak Anutan Pluralisme Agama Bagi Anwar Ibrahim? « Karim’s Blog Says:

    [...] Pluralisme Agama dan Bahayanya Kepada Umat Islam [...]


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 32 other followers

%d bloggers like this: