Etika Aktivis Islam Dalam Era Globalisasi

Nota: Pernah disiarkan di laman lama pada Oktober 2002 – maka beberapa contoh yang diberi sudah berubah dengan perkembangan teknologi dalam bidang ICT.

بسم الله الرحمن الرحيم

نحمده ونصلى على رسوله الكريم

 

ETIKA AKTIVIS ISLAM DALAM ERA GLOBALISASI

(Nota Ringkas ceramah)

OLEH:

MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY

1.0               Pendahuluan:

  • Etika yang dimaksudkan ialah dalam tradisi ilmu-ilmu Islamnya “adab-adab” yang meliputi semua aspek.
  • Seperti buku karangan al-Mawardi “adabu-d-dunya wa-d-din”.

2.0              Dalam hubungan dengan Tuhan:

  • mengenalnya, mengenal hukum-hukumnya, nilai-nilai suruhannya, kasih kepadanya, kepada Rasulnya, kepada apa yang membawa kepada kasihnya.

3.0              Dalam hubungan dengan makhluk Tuhan:

  • bergaul dengan sikap “al-nasihah”, “maslahah”, “da’wah’, “kasih-sayang”, “sangka yang baik”, “mendatangkan manfaat”, “mengelak kemudharatan”

4.0             Dalam sikap menjayakan da’wah:

  • dengan hikmah-kebijaksanaan, dengan nasihat yang baik, jidal dengan cara yang paling baik;

5.0              Dengan kebijaksanaan:

  • Qur’an, Sunnah, kata-kata yang benar dan mulia, membawa kepada amalan-amalan, kata-kata, sikap, nilai-nilai yang sebenar.

6.0             Dengan nasihat yang baik:

  • dengan lemah lembut, mengajak dengan ikhlas kepada kebajikan, kasih sayang, kerjasama, hubungan silatur-rahim, menyelesaikan keresahan dan masalah, dengan memberi peransang kepada kebajikan, menggerunkan daripada kejahatan, dengan contoh tauladan yang baik, dengan doa.terelak daripada herdik, umpat, menjatuhkan nama, maki hamun, melaknat, dan sebagainya.

7.0              Dengan mujadalah dengan cara yang paling baik:

  • dengan kasihan belas, kasih sayang, hendak menyelamatkan, dengan hujjah yang nyata, bukan meniatkan untuk kemenangan, tetapi untuk sampai kepada kebenaran, dengan jujur, bukan setakat hendak mendiamkan hujjah lain, tidak terdorong kerana nafsu, tetapi kerana ilmu dengan bergantung kepada Allah, punca segala ilmu.

8.0             Dalam globalisasi:

  • mesti kenal apa itu globalisasi, apa ciri-cirinya, apa asal-usulnya;

9.0             Apa yang positifnya: dalam hubungan dengan maklumat, pengetahuan, komunikasi, maklumat, bahkan kebijaksanaan, perdagangan, pengurusan serta pentadbiran, bahkan kerajaan; governan;

  • Yang positif dalam pendidikan, termasuk pendidikan Islam melalui internet: maklumat tentang pendidikan Islam seperti “Islam On-line”, “al-Islam.com”, “al-Muhaddith.com”, dll.
  • Dengan menggunakan pencari-pencari “Google.com”, “Alta Vista.com”,
  • Ada halaman membantu terjemahan seperti “alajeeb.com”, “babelfish.com”, “ecto.com” dll. “tarjim.com” dll.
  • Ada laman-laman web para ulama seperti: “Dr Ramadan al-Buti”, “al-Qaradawi.net” dll.
  • Ensiklopedia-ensiklopedia, kamus-kamus, akhbar-akhbar, majalah-majalah dll.
  • Ada e-mail yang boleh dimanfaatkan.

10.0          Apa yang negatifnya:

  • berkenaan dengan tersebarnya nilai-nilai budaya negatif, maklumat-maklumat pornografi, maklumat-maklumat sesat, dan menyesatkan, penyebaran ‘mono-culture” barat yang menindas budaya pelbagai di dunia; penghakisan jati-diri timur
  • Penipuan dalam internet, e-commerce, dll.

11.0            Persiapan-persiapan: antaranya:

  • Pengetahuan tentang Islam, nilai-nilainya, prinsip-prinsipnya, akhlaknya, adat-adat yang diterimanya dalam tamadun kita.
  • mempelajari prinsip-prinsip dan nilai-nilai  budaya sekitar kita;
  • Beradab dalam dialog budaya dan dialog intelektuil
  • Penekanan kepada faktor-faktor kejernihan peribadi untuk menjadi contohnya;
  • Kerjasama antara badan-badan Islam atau institusi-institusinya
  • Adab antara badan-badan Islam- selalu ada perhubungan, bertindak bersama
  • Beramal dengan dasar “ruhama’ bainahum” sesama mukminin, dan hormat menghormati dengan pihak lain

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.