Gugurnya Sebuah Bintang

Oleh Putera Sunni

I

Langit bergemerlap bertabur bintang

Panduan si musafir pergi dan datang

Menghilang bintang si musafir bergelap

Tanpa panduan perjalanan malap

Maulana Nadawi di Benua Hindi

S’umpama bintang zaman kegelapan maddi

II

Tergarap diakalnya sebab kejatuhan

Menimpa umat di akhir zaman

Sebab merusut iman taqwa dan lmu

Punca bahagia tiada ketemu

Umat Mustafa penanggung amanah tinggi

Umat mereusut dunia yang rugi

III

Umat ketinggalan tanpa peranan pimpinan

Di dunia mangsa adi kuasa mainan

Alangkah jauh punya bandingan

Dengan sebutan Qur’an umat pilihan

Maulana penyeru keimanan dan taqwa

S’paya umat kembali mencapai piawai

IV

Umat mesti muhasabah diri

‘Ntuk kembali ke jati diri

Disiplin budaya ilmu perlu dikuasai

Teratur berfikir dalam peribadi

Pembawa perubahan hati nurani

Penjamin maruah ke jalan hidup rabbani

V

Maulana gabungan keimanan dan taqwa

Ilmu kebijaksanaan faham nan nyata

Dalam selidiknya lagi arif bicara

Dalam gubahannya berhamburan mutiara

Tergarap penguasaan banyak bahasa

Berserta rohani jernih bergeliga

VI

Tergabung lautan ilmu serta tamadun

Lahir batin awal akhir klasik dan moden

Ilmu nakli rasional sejarah sastera

Terhimpun di dada mutiara berharga

Timur Barat duniawi ukhrawi lagi Sunni

Menjelmakan peribadi nan alim rabbani

VII

Lautan faham Qur’an Sunnah peristiwa fakta

Penzahir watak diri nan berwajah pendita

Pemikir hakim abid lagi da’I

Penyuluh umat zaman kegelapan maddi

Suri tauladan alim lagi mulia diri

Bersifat tawadhu’ lagi merendah diri

VIII

Tiga asbab ada pada alim rabbani

Benar pengetahuan amal perbuatan terdiri

Penyuluh orang pendidik berilmu

Syarat cukup ilmu amal bertemu

Insan kamil terbayang dalam sejarah

Kembali ke alam baka meninggal sejarah

-oleh Muhammad ‘Uthman El-Muhammady sempena majlis pembicaraan “Tokoh Islam: Maulana Abul–Hasan Ali al-Nadawi,” di Masjid Sultan, Singapura, 20 September 2002, dengan puji-pujian sekeliannya tertentu bagi Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: