Hinanya Pengajian Pondok Pada Pandangan Asri

Inilah hinanya pengajian pondok dari pandangan Dr. Asri:

Sebaliknya, di negara kita, ada yang menganggap Islam tidak dapat difahami melainkan setelah penat belajar di bawah pelita minyak yang malap, tinggal dalam pondok yang senget, menggunakan bahasa melayu sankrit lama. Baginya tokoh ulama hanya guru pondoknya. Para ulama timur tengah langsung tiada tempat dalam dirinya. Seakan-akan Nabi s.a.w itu dulunya lahir di kawasan pondoknya.

dipetik dari tulisan dari blognya bertajuk Kembara Ilmu Ke India

Sanggahan penghinaan Dr.Asri:

  • Apakah para ulama’ silam yang hebat-hebat terdahulu tidak menggunakan “pelita minyak yang malap” bagi menghasilkan pelbagai kitab-kitab yang masyhur?
  • Apakah pondok-pondok sekarang masih bermalap tanpa letrik? Apakah pondok itu mesti senget? Hinanya gambaran diberi kepada pusat pengajian dan kegigihan serta keikhlasan tok-tok guru menyediakan pusat pengajian tanpa mengharapkan “rating TV” dan populariti “hits blog” mereka.
  • Apakah tidak Bahasa Melayu lama itu suatu kesusasteraan Melayu yang tinggi nilainya ketika itu dan gaya bahasa yang “canggih” dilihat pada zaman itu? Apakah dengan evolusi bahasa Dr. Asri ingat bahasa penulisannya masih boleh difahami mudah oleh generasi ratusan tahun akan datang? Bolehkan Dr. Asri senaraikan bilangan perkataan sanksrit lama (yang sukar sangat dia hendak faham walaupun orang lain boleh faham) berbanding dengan perkataan bahasa arab dalam teks-teks yang Dr. Asri hina sangat tu? Bukankan jelas lebih banyak yang dari bahasa Arab dari bahasa Sanskrit? Lagipun banyak juga perkataan yang asal dari bahasa Sanskrit yang telah digunapakai dalam bahasa Melayu dan sememangnya difahami umum.
  • Apakah benar ulama’ timur tengah langsung tiada tempat – atau ianya pembohongan dan tanggapan Dr. Asri semata-mata?
  • Mudahnya dia menuduh ulama’ pondok anggap Nabi S.A.W.lahir di kawasan pondoknya sahaja.
  • Dr. Asri tidak bacakah ramai tokoh-tokoh ulama’ Melayu nusantara yang bertahun-tahun menuntut di Timur Tengah? Dan ramai dari mereka diiktiraf untuk mengajar di sana. Ada yang menulis dalam Bahasa Arab digunapakai sebagai teks dalam pengajian mereka.
  • Namun pertamanya … bila masa ada yang menggatakan bahawa “ada yang menganggap Islam tidak dapat difahami melainkan setelah penat belajar di bawah pelita minyak yang malap, tinggal dalam pondok yang senget, menggunakan bahasa melayu sankrit lama” …?


Dikirim dalam artikel. Label: , . 1 Comment »

Satu Respons to “Hinanya Pengajian Pondok Pada Pandangan Asri”

  1. wasotiah Says:

    Tentang ayat Dr.Asri kat ats tu, bg saya bukan satu penghinaan. Kalau penghinaan, dia mungkin akan kata skolah pondok ni mengarut, belajar dalam pelita mambaca smp rabun, xguna belajar dlm pondok….itu baru la menghina. Fahami ayat secara menyeluruh.

    Tgk ayt ni…”Baginya tokoh ulama hanya guru pondoknya. Para ulama timur tengah langsung tiada tempat dalam dirinya. Seakan-akan Nabi s.a.w itu dulunya lahir di kawasan pondoknya”. Maksud dia, apakah ulama hny lahir dari pondok di Malaysia shj? Cukupkah hny dengan belajar di sekolah pondok? Saya akui, mungkin ayat ini agak keras tegurannya, akan tetapi, bukan satu penghinaan. Wassalam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: