Beberapa Contoh Segi Ibadat dan Hidup Kerohanian Wahhabiyyah Yang Berbeza Daripada Ahlissunnah

بسم الله الرحمن الرحيم

نحمده ونصلى على رسوله الكريم

BEBERAPA CONTOH SEGI IBADAT DAN HIDUP KEROHANIAN WAHHABIYYAH YANG  BERBEZA DARIPADA AHLISSUNNAH

OLEH:

AL-FAQIR ILA’ LLAH MUHAMMAD UTHMAN EL-MUHAMMADY

Makalah bahagian ketiga ini  tertumpu kepada huraian ringkas berkenaan dengan konsep dan amalan ibadat dan juga hidup kerohanian Wahhabiah. Nampaknya  boleh kita bermula dengan asas huraiannya  berkenaan dengan tauhid atau dasar mengesakan Allah Pencipta alam ini.

Berhubung dengan in kita mulakan juga dengan huraian tentang syahadah; ini  kerana ia menjadi syarat bagi seseorang itu menjadi orang Islam; bila ia Islam baharulah ibadatnya diterima oleh Allah.Sebagaimana yang disebut sebelum ini syahadah pada golongan ini mesti ada lima syarat barulah orang yang berkenaan itu  selamat menjadi orang Islam, dan hukum Islam berjalan atasnya, nyawa dan hartanya selamat; syarat-syarat itu ialah: (1)menyebut lafaz syahadah,(2) faham ertinya,(3) berikrar tentang keesaan Tuhan,(4) menyeru kepadaNya, dan (5) ditambah akhirnya kufur terhadap apa yang disembah selain daripada Allah.Huraian seperti ini tidak pernah ada dalam mana-mana kitab dalam Ahlissunnah  wal-Jamaah.Ia ada pada kitab mereka sahaja.  Dalam Ahlissunnah bila orang mengucap syahadah sah Islamnya, dan selamatlah nyawa dan hartanya; kalau ia tidak percaya tetapi disembunyikan daripada orang lain, itu perkara antara dia dan Tuhan.Dalam masyarakat Muslimin masih bergaul dengannya dengan menganggap dia orang Islam.

Mentauhidkan Allah dan beriman kepadaNya bererti juga beribadat kepadaNya dan taat kepadaNya.Seseorang yang beribadat kepada Tuhan jangan bersikap syirik terhadapNya.

Huraian tentang  konsep tauhid dibahagi tiga secara terpisah perlu juga disebut lagi, kerana mereka menjadikan ini sebagai alat senjata menyamakan orang Islam (kerana tawassul disebut menyembah kubur atau menyembah orang mati) dengan penyembah berhala, lalu timbul hukum syirik, lalu orangnya boleh dibunuh,  halal darah dan harta.Hujahnya ialah  penyembah berhala itu bertauhid dengan tauhid rububiah  dengan mengakui Tuhan menjadikan alam, memberi rezeki, berkuasa dan lainnya.Ia menyembah berhala itu sebagai perantara bagi mendapat perdampingan dengan Tuhan.Ini sama juga kata mereka  dengan orang yang mengucap ‘lailahaillallal’  pergi berdoa di kubur nabi  atau kubur  orang salih untuk mendapat berkat sebagai perantara  dengan Tuhan bagi mendapatkan sesuatu hajat; kata pengasas golongan itu ia seperti penyembah berhala; hanya penyembah berhala itu menyembah berhala, yang ini menyembah kubur;’ lalu dipanggil kuburriyun, penyembah kubur.Istilah inipun ada hanya  pada golongan ini sahaja, tidak ada pada golongan lain.

Dalam ajaran Ahlissunnah dibenarkan melawat kubur dan berdoa di situ  untuk keampunan ahli kubur atau memohon kepada Tuhan dengan berkat orang salih supaya Tuhan tunaikan  hajatnya.Ini diharuskan dan hadithnya ada diriwayatkan dalam kitab-kitab yang panjuang.

Sebenarnya mereka membandingkan orang  Islam yang berdoa  di kubur dengan penyembah berhala –dikatakan orang Islam menyembah kubur, menyembah orang mati-penyembah berhala menyembah berhala- itu tidak benar; orang Islam pergi ke kubur untuk melawat kubur kerana Allah dan ini perbuatan yang digalakkan dalam hadith nabi sebagai amalan berdamping dengan Tuhan,  dan orang yang melawat itu   tidak menyembah kubur, dengan  demikian  istilah kuburiyyun itu  tidak benar, kecuali kalau dimaksudkan untuk kaum yang sesat yang memang benar-benar menyembah kubur (seperti yang ada dalam  setengah negeri di mana ada ajaran sesat seperti itu) .

.Orang Islam menyembah  Allah, bukan menyembah kubur; ia berdoa kepada Allah di kubur untuk mendapat berkat.Itu dibenarkan.Itu disebut tawassul, ataupun disebut itu untuk mendapat syafaat; dan syafaat itu ada dalam Ahlissunnah..Adapun penyembah berhala itu ia memang menyembah berhala itu  sendiri; hanya bila dihujah, penyembah berhala mengelak daripada terkena hujah lalu ia membuat helah menyebut berhala itu sekadar perantara sahaja, yang diutujukan ialah Tuhan Yang Esa. Itu bukan bererti  bahawa mereka beriman dengan tauhid; mereka masih musyrikin; tetapi golongan ini berkata mereka ahli tauhid jenis tauhid rububiah.Konsep ini tidak ada dalam Ahlissunnah.

Dalam hubungan  dengan ibadat juga, antaranya kita boleh melihat perkataan istilah ‘menyeru’ pada golongan ini;huraian  simplistic tentang ‘menyeru’ difaham secara zahir (literal), pada mereka kita tidak boleh menyeru kepada orang mati,  sebab Quran melarangnya dalam ayat yang bererti ‘jangan kamu menyeru  selain daripada Allah’. (Quran ,Syuara:213; Qasas:88 dan lain-lain sepertinya)Yang dilarang oleh Quran ialah menyeru  sebagai menyeru beribadat seperti beribadat kepada Allah dalam doa.Kalau menyeru wahai ahli kubur, mudah-mudahan Allah ampunkan kami dan kamu, itu tidak mengapa.Demikian juga kalau menyeru  seperti Saidina Bilal menyeru Rasulullah bila ia melawat kuburnya tidak mengapa. Dalam sembahyangpun kita menyeru Rasulullah dalam tahiyat  yang bererti ‘Sejahteralah atas tuan hamba wahai Rasulullah rahmat Allah dan keberkatanNya. Yang tidak boleh ialah menyembah orang dalam kubur itu.

Perkara yang dilarang di sini ialah menyembah kubur atau orangnya. Tetapi tidak ada orang Ahlissunnah yang melakukan demikian kecuali orang yang sesat; bagaimanapun  tuduhan itu dibuat juga terus menerus oleh mereka kepada orang  Ahlissunnh; ini boleh dilihat dalam sejarah bagaimana mereka sampai berperang dengan orang Turki Othmaniah dan lainnya kerana konon mereka terkeluar daripada Islam.Salam yang mereka tujukan kepada mereka juga –sebagaimana yang ada dalam kitab-kitab sejarah mereka sendiri- adalah  salam  yang diberikan oleh Musa a.s. kepada Firaun.

Dalam hubungan  dengan ibadat , bila kita berbincang tentang  sembahyang pula  golongan ini tidak mahu kita mengikut ibadat sembahyang  sebagaimana  yang ada dalam ajaran fiqh yang ada  dalam mazhab, katakanlah di Malaysia kita sembahyang mengikut Imam Syafie.Mereka mahu kita ‘sembahyang nabi’ dan maksud ‘sembahyang nabi’ itu ialah sembahyang yang dihurai oleh Syeikh Nasir al-Din Albani dalam bukunya ‘Solatun-Nabi’. Kalau kita  sembahyang mengikut mazhab kata mereka   itu bukan sembahyang nabi,  itu sembahyang imam mazhab; itu bidaah kata mereka.Jadi kakau kita belajar sembahyang mengikut ajaran ibu bapa kita maka lojiknya boleh dikata  sembahyang ibu bapa, demikian seterusnya.  Bagi Ahlissunnah  wajib orang yang bukan mujtahid ikut imam mujtahid kerana diperintah oleh Quran bertanya kepada ahli ilmu kalau kita tidak tahu; ahli ilmu yang tertinggi dalam Syarist ialah imam mujtahid;  sebenarnya orang seperti Nasir al-Din Albanipun perlu bertanya kepada imam  mujtahid;dengan merujuk kepada teks-teks mereka, dan mengikut panduan mereka,  tetapi dia tidak mahu sebab ia terfikir dia mujtahid; wallahu a’lam.

Pada Ahlissunnah  semua imam mujtahid berada di jalan yang betul (sirat al-mustaqim). Dalam hubungan  dengan ibadat juga mereka membidaahkan azan dua kali hari Jumuat, (kalau begitu sahabat nabi seperti Saidina Othman pun buat bidaah),   qunut subuh, berdoa dan mengaminkannya beramai-ramai  di masjid, zikir beramai-ramai, tahlil beramai-ramai, membaca yasin malam Jumuaat,  demikian seterusnya yang sudah dibincang dan diselesaikan oleh ulama Malaysia (waktu itu ulama se Malaya). Dalam hubungan  dengan hidup rohaniah juga mereka menentang tasauf walhal diijmakkan dalam Ahlissunnah itu sebahagian daripada ilmu-ilmu syarak yang sah; Imam Ahmad bin Hanbal terlibat dalam tasauf.Tanpa ilmu dan amalan tasawwuf sekurang-kurangnya sekadar tahap fardu ain, hidup ibadat dan kerohanian orang Islam tidak mantap.Wallahu a’lam.

disiar Berita Minggu 22 November 2009

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: