Muhammad Abdul Wahhab Bukan Mujaddid

petikan dari: http://muafakatmalaysia.wordpress.com/2010/01/25/bukan-mujaddid/

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Pengasas fahaman Wahabi, Muhammad Abdul Wahhab (meninggal dunia 1787) bukannya seorang mujaddid kerana sistem keilmuannya tidak berada dalam acuan Ahli Sunnah Wal Jamaah serta kaedah ilmunya tidak mengikut kaedah fahaman sunni.

Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Antarabangsa (ISTAC), Dr. Uthman El Muhammady berkata, selain itu ilmu yang ada padanya juga tidak sampai sehingga ke peringkat mampu melakukan ijtihad dan keadaan itu menyebabkan Muhammad bukan dikategorikan sebagai mujaddid.

Paling besar dalam sejarah beliau berkata ialah tindakan Muhammad bekerjasama dengan British dan Perancis hingga membawa kepada kejatuhan Khilafah Uthmaniah kerana menganggap kerajaan itu kononnya mengamalkan bidaah.

”Walaupun ini bukan satu-satunya faktor kemusnahan kerajaan tersebut tetapi ia tetap merupakan salah satu sebab yang membawa kepada kejatuhan itu.

“Tidak ada mazhab fiqh dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mengizinkan ulul-amri (pemerintah) disanggah sebegitu rupa dan ini berbeza dengan fahaman Wahabi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Penelitian kembali tentang kedudukan Muhammad Abdul Wahhab sebagai mujaddid‘ di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Pembentangan kertas kerja itu sempena Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah 1: Gerakan Tajdid dan Pemikiran Najdiyyun anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat).

Sehubungan itu Uthman berkata, sukar untuk meletakkan Muhammad berwajah mujaddid kerana amalannya yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau berkata, ia ditambahkan lagi dengan tabiat fahaman Wahabi yang sama seperti Kahawarij zaman klasik dan sering berperang dengan golongan tidak bersetuju dengan mereka.

“Mereka senang menghalalkan darah dan harta orang lain sebagaimana yang jelas dalam sejarah serta ajaran mereka.

“Jelas dalam skop sistem ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah ajaran Muhammad Abdul Wahhab pada beberapa perkara asasi iaitu akidah, syariat dan akhlak serta rohani adalah amat bertentangan sama sekali,” katanya.

Uthman di dalam pembentangan kertas kerjanya turut mendedahkan bagaimana bapa Muhammad iaitu Abdul Wahhab Sulaiman al-Najdi serta adiknya Sulaiman yang tidak redha dengan dakwah pengasas fahaman Wahabi itu.

“Adiknya Sulaiman marahkan Muhammad kerana pengasas fahaman Wahabi itu terlalu berpandukan kepada fahaman ibn.Taimiyyah dan ibn. Qayyim tanpa memandang pendapat ulama terdahulu dan kemudian.

“Ini terkandung di dalam kitab karangan Syeikh Muhammad Abdullah al-Hanbali iaitu seorang mufti di Mekah (meninggal dunia 1295 hijrah),” katanya lagi.

Mengenai ulama yang boleh digelar mujaddid, Uthman telah menyenaraikannya mengikut tempoh tertentu antaranya; Umar Abdul Aziz (salah seorang Khalifah Bani Umaiyyah); Imam Syafie; Imam Abu Hassan al-Asyari; Al-Baqillani; Imam Abu Hamid al-Ghazali dan Imam al-Nawawi.

Oleh SAIFULIZAM MOHAMADdan SHOLINA OSMAN (pengarang@utusan.com.my)

http://utusan.com.my/

2 Respons to “Muhammad Abdul Wahhab Bukan Mujaddid”

  1. nazil Says:

    alhamdulillah, moga-moga usaha pihak-pihak tertentu dengan menyediakan ruang dalam forum seperti ini, dapat kami peminat-peminat pengajian islam walau tidak terlibat secara langsung dpt mengikuti, mentelaah dan membuat bandingan dalam beberapa perkara yang berhubungan dengan agama.

    syukur alhamdulillah, kegigihan dan usaha murni dr. othman dengan begitu gigih menulis dengan karya-karya dan bahan-bahan yang boleh menjadi sandaran, rujukan, telaah baik dari pelajar pengajian islam atau orang seperti kami ini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: