Tradisi Keilmuan Melayu – satu renungan

بسم الله الرحمن الرحيم

نحمده ونصلى على رسوله الكريم

Tradisi Keilmuan Melayu – satu renungan

OLEH:

MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY

Insya’ Allah apa yang berikutnya berupa suatu renungan  kembali terhadap tradisi keilmuan Melayu dengan aspek-aspeknya yang tertentu dan ciri-cirinya, serta kekuatan-kekuatannya dan juga apa juga yang sebaliknya dengan matlamat untuk menjayakan langkah-langkah keilmuan yang sahih, benar, serta mempunyai nilai kesinambungan dalam peradaban umat ini, di rantau ini.Ini berdasarkan kepada teks-teks yang representative dalam bidang-bidangnya yang berkenaan; juga ianya berupa percubaan untuk melihat bagaimana tradisi keilmuan ini memberi kekuatan untuk menghadapi pemikiran dan pengetahuan masakini. Penulis ini tidak melihat dirinya  sebagai pakar yang arif tentang bidang yang dibicarakan ini bahkan ia melihat dirinya hanya sebagai penuntut dalam perkembangan pemikiran Islam di rantau ini, yang ingin melihat kesahihan tradisi keilmuan Melayu-Muslim terpandu, sahih, menghimpunkan, menguatkan, serta menyelamatkan.Allahumma amin.

Tradisi keilmuan:

Maksud “tradisi” di sini ialah sebagaimana yang digunakan oleh mereka yang mengikut huraian falsafah dan metafisika ‘Abd al-Wahid Yahya  atau Rene Guenon ialah tradisi keilmuan dalam peradaban atau tamadun yang dipandukan oleh kebenaran-kebenaran dari alam tinggi yang menimbulkan kegiatan-kegiatan spiritual, intellektuil atau kesenian serta kegiatan-kegiatan yang bertalian dengan budaya dari segi kebendaannya  berdasarkan kepada kebenaran-kebenaran tersebut.Dilihat dari perspektif ini maka tradisi keilmuan Melayu yang menentukan wajahnya dengan cara yang paling menentukan (dicisive) ialah kebenaran-kebenaran Islam, yang mematangkan bahasanya serta pemikirannya yang tidak pernah muncul sebelumnya, sebagaimana yang tergambar dalam persuratan Islamnya dan juga pegangan dan amalan keagamaannya. Dengan ini berlakulah apa yang disebutkan oleh seorang pemikir yang menyatakan bahawa agama memberikan kepada suatu tamadun itu apa yang paling baik dan mulia dalam budayanya dan budaya itu pula memberi kepada agama itu bahasanya.Ertinya dalam konteks tamadun Melayu, Islam memberi kepada tamadun Melayu apa–apa yang paling mulia dan tinggi dari segi intelektualitinya serta nilai-nilainya  dan tamadun Melayu memberi kepada Islam bahasa Melayunya yang menjadi pengucap bagi peradaban Islam di rantau ini.Ini tergambar pula dalam kata-kata yang tepat dean indah itu, iaitu “Hidup bersendikan adat, adat bersendikan Syara’ dan Syara’ bersendikan Kitab”.Dan adat  itu difahamkan dalam pengertian yang multi-functional dengan aspek-aspeknya  yang menyentuh budaya intelektuil, moral social, serta keseniannya.

Tradisi Keilmuan Melayu

Tradisi keilmuan Melayu boleh dilihat terbayang  dalam kitab “Sejarah Melayu” yang menunjukkan iltizam umat Melayu kepada agama Islam aliran Ahlis-Sunnah wal-Jamaah, dengan penghayatan hukum Syara’nya tergambar dalam “Hukum Kanun Melaka.”Kehidupan umat di dalamnya merupakan kehidupan yang terdiri daripada kerjasama rakyat, raja dengan para pembesar hulubalangnya, serta dengan alim ulama memainkan peranan mereka dan rakyat jelata dalam kehidupan  itu.

Dan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa zaman itu   dengan kerancakan perdagangan  dan  juga perhubungan pelbagai bangsa di dalamnya serta dengan kegiatan dakwahnya.

Dalam tamadun Islam di sana itu minat terhadap agama sangat tertonjol, dan tersebut bagaimana “Kitab Dur al-Manzum”  dijadikan perbincangan  dan sebutan.

Pada zaman-zaman selepas kejatuhan Melaka kerana rancangan Portugis dan kemunculan kesultanan-kesultanan Islam di Dunia Melayu ini seperti di Aceh, dan Johor termasuk Riau dan Petani menunjukkan kegiatan-kegiatan keilmuan Islam yang menghasilkan teks-teks Islam dalam Bahasa Melayu Jawi dalam beberapa cawangan ilmu-ilmu Islam yang terkenal.

Dengan itu maka  muncullah teks-teks yang representative bagi Ahlis-Sunnah wal-Jamaah yang merupakan Islam mainstream yang asal dan benar (“orthodox”  dalam pengertian asal dalam Bahasa Yunani)  dalam persuratan Melayu  dalam bidang-bidang yang berkenaan termasuk dalam penafsiran Qur’an, huraian hadith-hadith, aqidah Ahlis-Sunnah, pemahaman tentang Syari’at  berdasarkan kepada mazhab Syafi’I serta ajaran kerohanian seperti yang terdapat dalam teks-teks al-Ghazali, ibn ‘Ata’illlah as-Sakandari dan Abu Madyan al-Maghribi, Allah memberi rahmat kepada mereka semuanya.Inilah ilmu pengetahuan yang memberi rangka kepada epistemologi Sunni di Dunia Melayu ini.Dan diskusi ilmiah inilah yang  memberi keseragaman dalam faham ilmu Sunni di rantau ini, walaupun ada terdapat sedikit sebanyak perbezaan pendapat dalam perbincangan ilmiah di sini, serta dengan mengambil ingatan pula  terhadap keberadaan discourse dalam ilmu kebatinan Jawa  dengan tradisinya yang tersendiri.Bagaimanapun boleh dikatakan bahawa oleh  kerana jasa para ahli ilmu Islam Sunni yang berusaha dengan gigihnya dalam abad-abad ke 17, 18, 19 termasuk abad ke-20, terdapat apa yang boleh disebut sebagai “semantic continuity and homogeneity” –satu kesinambungan semantic dan keseragaman dalam wacana Dunia Melayu Sunni ini.Ini terdapat buktinya dalam penulisan mereka yang terlibat dalam wacana agung yang mengungkapkan wacana agung Sunni berdasarkan teks-teks agung umat ini.

Sekadar menyebut  beberapa nama, maka kita boleh nyatakan nama-nama Syaikh Nurddin al-Raniri, Syaikh ‘Abd al-Rauf al-Fansuri, Syaikh Arsyad al-Banjari,  Syaikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani,  Syaikh Yusuf al-Khalawati,  Syaikh Nawawi al-Bantani, Syaikh  Daud al-Fatani, Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani, Syaikh Ahmad al-Fatani, dan Swyaikh Ihsan al-Jampsi dan lain-lainnya yang merupakan pembawa ajaran Ahlis-Sunnah wal-Jamaah yang merupakan  ajaran yang mendominasi Dunia Islam.Pada penulis ini maka aliran inilah yang perlu diteruskan, diperkuatkan, dipertahankan serta dijayakan di Nusantara dalam menghadapi  suasana dan keadaan budaya  dan cabaran pemikiran zaman globalisasi ini.

Saya tertarik kepada pemikiran  ahli akademik di Cambridge, yang dahulunya mengambil bidang falsafah, kemudian menceburi dunia ilmiah Islam dengan teliti, ‘Abdal  Hakam Murad; kata beliau dalam wawancaranya di hadapan menteri pendidikan Bosnia tidak lama sebelum ini:

“Imam Ghazali’s significance is manifold. He not only understood philosophy, but he showed the dangerously speculative nature of its basic premises in a way which anticipates much of modern positivism.This awareness led him to develop a Muslim epistemology rooted in ‘tasting’ (dhauq) i.e. the  illuminative fruits of systematic and divinely assisted introspection , as the only sure path to knowledge. This makes him a figure of profound and immediate relevance to Westerners of my generation who often feel that post-modernism and the notion of ‘equality of all discourse’ have thrown humanity into what is in effect, despite all the information cascading from the universities and science laboratories , as a state of ideologically rigorous ignorance .We are now grasping what Ghazali and his school were explaining nine hundred years ago: no universal statements about the world and the human condition can be reached by purely ratiocinative or inductive methods , because these cannot transcend the material context of the world in which they are framed.Ghazali, in short, through his manifesto the ‘Ihya’’ offers the only intellectually rigorous escape from the trap of post-modernity” (http://www.sunnah.org/audio/onghazal/htm)

Yaitu “Kepentingan Imam al-Ghazali ada banyak seginya. Beliau bukan sahaja memahami falsafah, bahkan beliau menunjukkan sifat bahaya segi spekulatifnya pada hakikat premis-premis falsafah yang asasi, dengan secara beliau itu mengantisipasikan banyak dari falsafah positivisme moden. Kesedaran ini membawa beliau membentuk satu faham ilmu Islam yang mengakar dalam ‘rasa’ (pengelaman intellektuil yang sahih-p) (‘dhauq’) yaitu yang merupakan   buah-buah hasil introspeksi dalaman secara sistematis dan dengan bantuan ilahiah , sebagai satu-satunya sahaja jalan untuk mencapai ilmu. Ini menjadikan beliau sebagai suatu peribadi yang relevan secara mendalamnya serta segera masa ini juga bagi Orang-Orang Barat dari generasi saya yang kerapkali merasakan bahawa faham pascamodenisme dan tanggapan tentang ‘persamaan bagi semua jenis wacana’  sudah melemparkan umat manusia, secara amalinya,  walaupun banyaknya maklumat yang mencurah-curah keluar dari universiti-universiti dan makmal-makmal sains, ke dalam suatu keadaan, secara ideologinya yang berupa kejahilan dengan cara sedemikian bersungguh-sungguhnya.Kita sekarang ini mula menangkap memahami apa yang Ghazali dan alirannya bicarakan sembilan ratus tahun lalu: tidak ada kenyataan yang bersifat sarwajagat tentang alam dan situasi manusia  boleh dicapai hanya secara pemikiran  rasional atau induktif (ratiocinative or inductive methods) , kerana ini semua tidak mampu mengatasi konteks alam kebendaan   yang di  dalamnya kenyataan-kenyataan itu diciptakan.Ringkasnya, Imam Ghazali melalui manifestonya Ihya’ membentangkan jalan keselamatan yang satu-satunya dari perangkap pascamodenisme.”(http://www.sunnah.org/audio/onghazal.htm).

Yang menarik hati saya ialah pemikir semasa dari alam falsafah Barat ini boleh melihat bagaimana dalam wacana klasik dari seorang hakim Ahlis-Sunnah umat ini ada panduan intelektuil dan rohani serta moral yang relevan, untuk Orang Barat generasinya,  tanpa keperluan memilih jalan yang disebut sebagai ‘.liberal’ sebagai jalan yang dituntut oleh intelektualiti manusia.

Bertolak dari pegangan dan kefahaman bahawa idea-idea dan teori-teori bila sampai kepada tahap tertentu yang parasnya universal bagi sesuatu umat, di sini umat Islam, dan umat Melayunya yang memiliki Islam Sunni, maka ia menjadi baku, sebagai penghabluran intellektuil dan rohani dalam tamaddun yang sedemikian itu, dan mendapat kebakuannya.Dengan itu ia terjalin  dengan apa “yang asal”  dan apa “yang menengah”nya.

Persoalan-persoalan

Maka melalui cara memahami persoalan dalam rangkaian makna-makna sedemikian,  kita dituntut untuk berpegang kepada kebenaran keyakinan Sunni ini berkenaan dengan Tuhan, dan bagaimana huraian tentangNya (sifat-sifatNya, Perbuatan-Perbuatan Nya, nama-namaNya, hubunganNya dengan  alam dan manusia) mengikut ajaran asal ini, tanpa keprluan untuk mengubahnya melainkan anak-anak kuncinya boleh berubah; mungkin ada keperluan untuk menyebut teori quantum dalam hubungan dengannya, atau teori tentang “big bang”, atau “black holes” atau apa sahaja yang difikirkan sesuai dengan perimeter intelektuilnya; tetapi soal-soal pokok akidahnya kekal sama, dengan kebenaran asalnya dan kesinambungannya dengan wacana teologi Sunni itu.Tidak ada keperluan untuk menyemaknya dengan alasan tuntutan intelektuil, menganggapnya sebagai separuh benar,  atau benar apa yang bercanggah dengannya. Tidak perlu kita kepada pluralisme dalam aspek demikian.Kalau tidak maka hilang maknanya semantik Sunni tentang Tuhan dan yang berkaitan dengannya. Tikdak perlu pula disebut yang berlawanan dengannya adalah benar, kalau tidak semantic Qur’an tentang konsep tauhid dengan cirri-cirinya tidak ada makna lagi; juga konsep yang batil juga tidak ada maknanya lagi.Ini menimbulkan kekacauan intelektuil  dan rohani. Ia menimbulkan fragmentasi intelektuil, moral dan tindak laku manusia; dan akhirnya memecahkan dan meleburkan tamadun manusia sebenarnya.

Tentang nabi seperti nabi s.a.w. juga tidak ada keperluan untuk kita mengubahnya dalam system ilmu Dunia Melayu Sunni ini dengan konsep yang lain daripada yang sudah ada dalam teks-teks teologi yang baku baik dalam  Bahasa Melayu atau lainya di kalangan  Muslimin; semantiknya sudah baku, sahih, diakui ijma’; ianya insan kamil, yang perjalan hidupnya sunnah contoh dan tauladan dalam panduan-panduan agama dan  kehidupannya; tidak perlu kita kepada aliran  menolak Sunnah dengan alasan ia dari banyak abad yang  lalu; ia  bersifat normative sebab ia datang dari insan yang berupa norm.

Ringkasnya apa yang baku dan sahih dalam pegangan Sunni ialah antaranya yang disenaraikan dalam  Alfarq bainal-Firaq oleh ‘Abd al-Qahir al-Baghdadi dalam bahagian akhir  kitabnya itu.Dan ini disebut-sebut dalam teks-teks Sunni di Nusantara dengan pelbagai cara dan hujahnya mengikut teks-teks baku Sunni lainnya..

Dalam hubungan dengan Kalam Tuhan iaitu Qur’an, ini sudah selesai kaedah-kaedahnya disenaraikan oleh para ulama mengikut bahasa Arabnya, sasteranya, riwayat hadithnya, akidahnya, hukum-hakamnya, nilai-nilai moralnya, ta’wilannya serta tafsirnya,  juga sejarahnya. Sifat tunduk kepada tradoisi ilmiah Sunni dalam tafsir moden boleh dilihat pada Qur’an, Text, Translation and Commentary karangan almarhum ‘Abdullah Yusuf ‘Ali yang masih klasik sampai sekarang selepas lebih setengah abad.Itu perlu diteruskan mengikut kaedah-kaedahnya, dengan tambahan-tambahan berkenaan dengan maklumat-maklumat baharu dan penemuan-penemuan baharu, dengan terus menerus berpegang kepada apa yang baku dalam, methodologinya itu.Kalau di Dunia Melayu ia dihuraikan oleh mufasir seperti ‘Abd al-Rauf Fansuri dengan Baidawi Jawinya sampai kepada Al-Qur’an dan Terjemahannya oleh  Departmen Agama di Jakarta dan Pimpinan Ar-Rahman terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Dalam hubungan dengan Syari’at, maka ini berlaku penghablurannya mengikut ijma’ dalam empat mazhab Sunni, dan keperluannya itu tertunai dalam umat kerana diijma’kan bahawa mujtahid (dengan darjah-darjah kemampumannya serta bidang-bidangnya) yang melakukan yang demikian, kerana suruhan Qur’an supaya orang bertanya kepada ahli ilmu jika seseorang itu tidak mempunyai pengetahuan.Orang yang mampu berijtihad sebenarnya haram hukumnya mengikut orang lain. Pintu ijtihad sentiasa terbuka untuk mujtahid, bukan  untuk orang lain;  kalau dalam pengertian mengadakan hukum-hukum dengan fatwa-fatwa, maka itu sentiasa berlaku.Hanya sekarang timbul keperluan bergabung tenaga – kerana keadaan dan sejarah- antara ilmiawan dan  faqih supaya boleh diadakan hukum-hukum yang tepat dengan keperluan zaman. Itupun  tidak melepaskan orang awam daripada kewajipan mengikut mujtahid atau ahli fatwa yang ada kredibiliti keilmuan dan peribadi.Dan ini bukan hanya ditandai dengan ijazah sahaja.

Tentang seruan hendak merobah seluruh system Syariat supaya sesuai dengan zaman- sebagaimana yang biasa terdengar dari kalangan “yang liberal”, dari segi tuntutan intelektuil itu  sukar dipertahankan, sebab hukum-hukum itu dari segi yang terbanyaknya tidak memerlukan perubahan; tentangt ibadat, hidup kekeluargaan, muamalah,  pesaka, itu relevan kedudukannya;  mungkin yang perlu diberi pertimbangan lagi ialah tentang jenayah kerana tiada kemampuan Muslimin menjayakannya kerana kurang persediaan dan kerana siasah antarabangsa dan gangguan-gangguannya.Banyak aspek-aspek muamalah yang boleh dijayakan.  Tentang soal budaya, maka banyak perkembangan-perkembangan  yang boleh difikirkan, tanpa tunduk kepada budaya sensate Barat yang nampaknya sangat kurang batasannya itu, yang banyak memihak kepada kelemahan psikologi manusiawi.

Berhubung dengan kedudukan wanita dalam Syariat, maka tanpa tunduk melulu kepada feminisme Barat, kedudukan mereka perlu diberi penegasan kembali dengan kedudukan mereka yang “complementary” dengan lelaki,  dengan peranan-peranan yang menasabah dengan kewanitaan mereka. Perlu juga dibezakan antara apa yang bersifat kebiasaan-kebiasaan masyarakat dengan apa yang dituntut oleh Qur’an, Sunnah dan ijma’ tentang kedudukan dan fungsi mereka dalam keluarga dan masyarakat. Hak-hak mereka dalam pendidikan, dalam masyarakat, dan kepimpinan dalam kadar keharusannya, ada tempatrnnya.Pemingitannya secara total sudah tentu tidak ada tempatnya dalam Syariat Islam. Syariat tidak boleh terpisah daripada hidup kerohanian  dan moral sebagaimana yang jelas dalam Qur’an dan Sunnah serta ijma’.  Usaha untuk memisahkan “legality” kesahihan dari segi undang-undang  dengan hidup kerohanian dan moral,  itu tidak boleh dipertahankan dari segi Islam.

Serangan-serangan terhadap hidup kerohanian dalam Islam, termasuk serangan-serangan terhadap tasawwuf dan tarikat adalah seruan-seruan yang tidak ada hujahnya  yang teguh. Kalau dikatakan hidup kerohanian dan tasawwuf tidak daripada Islam, maka bukti Qur’an, Sunnah dan  ijma’  serta sejarah kerohanian dan teks-teks muktabar oleh ahlinya  menunjukkan  bahawa ianya authentik daripada Islam. Persamaan-persamaan dengan tradisi –tradisi lain dalam perkara-perkara tertentu tidak membuktikan peminjaman , sebagaimana persamaan wajah matahari dalam sastera dunia tidak menjadi dalil bahawa berlaku peminjaman dalam sastera dunia dalam perkara berkenaan itu.Soalnya ialah “coincidence of perspective”, perspektif yang berkebetulan sama.Dalam  zaman ketandusan spiritual seperti sekarang semakin manusia memerlukan perjalan rohani  dalam agama dan bukannya penapian hidup kerohanian.Penapian itu akan membawa manusia mencari-cari apa yang bersifat “pseudo-spiritual” atau kerohanian palsu yang mencelakakan.Dijauhkan Allah.

Serangan terhadap peribadi-peribadi kerohanian oleh setengah pihak sebagai sesat atau terkeluar dari agama dan iman, dijauhkan Allah, adalah fenomena yang timbul bertalian dengan beberapa perkara: sikap tidak mahu tunduk kepada epistemology kerohanian yang ada otoritasnya dengan mengangkat diri sendiri sebagai otoritas, sikap tidak mahu memahami peristilahan mengikut apa yang disepakati oleh pihak yang berwenang di dalamnya (bertalian dengan hal mula-mula), sikap tidak mahu meneliti teks-teks secara menyeluruh dan melihat maksud secara menyeluruh dalam aliran-aliran tertentu, katakanlah dalam hubungan dengan ibn ‘Arabi rd dan mereka yang sepertinya.Juga ini bertalian dengan sikap mahu menggunakan methodology dalam satu disiplin ilmu kepada ilmu lain, misalnya metodologi hadith untuk berbicara berkenaan dengan pengelaman dhauqiah dalam perkara kerohanian  dan menolak mereka yang dianggap otoritas di dalamnya.Juga ini bertalian dengan sifat fanatik dengan pendapat beberapa orang tertentu yang doifikirkan otoritas  yang boleh menghukum semua orang,  tanpa mengambil kira eptstemologi Sunni secara total dan integrated.Misalnya orang yang terpengaruh dengan ibn ‘Abd al-Wahhab yang memukul ratakan para ulama dan fuqaha serta pengikut mereka sebagai berada dalam kesesatan atau kekufuran, dijauhkan Allah, dengan menggunakan ayat yang bermaksud “Mereka mengambil rahib-rahib dan ahli-ahli hukum agama mereka sebagai tuhan-tuhan  selain dari Allah”( al-Taubah:31), walhal ayat itu ditujukan oleh al-Qur’an kepada pihak Ahli-Kitab yang menyeleweng.Yang menyelamatkan ialah sikap menerima epistemology Sunni secara total dan integrated mengikut teks-teks yang representative dalam bidang-bidang berkenaan sebagaimana yang ada dalam sejarah keilmuan umat ini, dengan kewaspadaan intelektuil tentang perkara-perkara yang sahih yang baharu muncul dalam perkembangan budaya ilmu.

Seruan untuk menolak Ahlis-Sunnah wal-Jamaah, mungkin kerana sikap hendak menjayakan sains dan teknologi, itupun satu sikap yang sukar dipertahankan, sebab faham ilmu Sunni tidak menolak sains dan teknologi yang bermenafaat, bahkan menerimanya. Wacana Sunni yang mengambil kira semua ilmu yang berfaedah dalam sejarah intelektuil Sunni ialah misalnya al-Muqaddimah karangan klasik oleh ibn Khaldun itu.Dan Islam dalam sejarahnya yang paling lama adalah bersifat Sunni  bukan Mu’tazilah misalnya. Keperluan untuk menolak Ahlis-Sunnah dengan hujah demi bagi menjayakan pengetahuan adalah hujah yang sukar dipertahankan.

Dalam hubungan dengan pengetahuan-pengetahuan yang selain daripada bidang keagamaan maka sikap Sunni ialah menerima mana-mana ilmu pengetahuan yang berfaedahh termasuk sains dan teknologi, termasuklah kalau sekarang, teknologi maklumat dan komunikasi,  serta bahkan bioteknologi bila ianya sangat berfaedah untuk umat.Sikap ini terbentuk oleh sejarah dan ajaran yang timbul daripada kenyataan hadith misalnya yang bermaksud “Hikmah kebijaksanaan itu barang hilang orang mukmin, dan di mana ia bertemu dengannya ia berhak terhadapnya”. Dan dalam Faid al-Qadir syarah al-Jami’ al-Saghir, Imam al-Munawi rh menyebutkan bahaimana mantik digunakan oleh Muslimin walhal ianya berasal dari cabang falsafah Yunani Purba.

Dalam hubungan dengan  ilmu-ilmu yang selain daripada bidang agama kita boleh camkan pandangan seorang ulama tradisional dalam abad ke 19 yang meninggal di awal abad ke-20, kata beliau dalam teksnya Hadiqatul-Aqzhar (hlm.19 dst. Edisi Wan Mohd Saghir Abdullah, Kuala Lumpur, 1992):

“Ketahui olehmu bahawa ahli negeri yang besar-besar yang lain daripada bangsa kita sangat me(ng)amat-amati dengan sya’n (kepentingan perkara-p) ilmu dan bersungguh-sungguh mereka itu mengajarkan dia akan anak-anak mereka itu hingga yang perempuan mereka itu sekalipun; dan me(ng)usaha mereka itu sehabis-habis usaha pada memudahkan menuntuti ilmu bagi segala-gala orang yang gemar (ke)padanya dengan sekelian jalan dan tipu (iaitu helah dan ikhtiar-p) hingga meringkah (iaitu membuat rekaan-p) mereka itu pada mengecapkan segala kitab yang boleh keluar beberapa ribu-ribu naskhah dalam masa yang sedikit sekira-kira jikalau disurat dengan tangan di dalam masa itu nescaya belum sudah satu naskhah dan membina mereka itu akan beberapa banyak madrasah yaitu rumah tempat mengajar dan mengaji segala ilmu dan (ber)bagai-bagai hikmat dan kepandaian yang bergantung dengan dunia dan akhirat mereka itu.”

Kemudian beliau menyebut tentang apa yang berlaku di Mesir , Turki dean lainnya berkenaan dengan kemajuan pengetahuan:

Maka kasih hamba bahawa memperikan kepada kamu akan setengah (daripada) barang yang berlaku pada negeri Istanbul dan Mesir dan lain daripada keduanya pada me(ng)amat-amati dengan ilmu >Adalah raja-raja mereka itu membinakan bagi mereka itu beberapa madrasah yang besar-besar dan dihiasikan dengan segala (per)hiasan yang sangat indah pada segala mata dan cenderung kepadanya oleh segala hati lagi jadi bersih dengan dia cerdiknya dan gemar oleh segala akal pada menuntuti segala ilmunya.Demikian lagi orang yang kaya-kaya membina mereka itu pada tiap-tiap kampung mereka itu satu-satu madrasah atau lebih dan dihiaskan dia dengan segala (per) hiasan yang elok dan diwakafkan baginya beberapa daripada bumi atau rumah atau lainnya dan diambilkan sewanya dan dibelanjakan dia pada maslahat segala madrasah itu dan digaji dengan dia akan segala guru-guru yang mengajar dengan kadar yang mencukupi akan mereka itu dan disukakan dengan dia akan segala mereka yang menuntuti ilmu kecil dan besarnya dan dalam tiap-tiap Jumuaat itu satu hari dicuba padanya akan tiap-tiap tilmidh (yaitu murid-p) daripada mereka itu pada barang yang ia hafazkan dia dan barang yang difahamnya dan barang yang didapatnya daripadea segala masalah dan kepandaian dan kebijakan (yaitu sifat bijak dan pandainya-p) di dalam perhimpunan segala taulannya ; maka jika dapat dijawabnya dapatlah ia kepujian daripada guru-gurunya dan orang ramai-ramainya, dan suka dengan dia segala hati ibu bapanya dan dapat ia perbalasan gaji yang lebih dan jika tiada dapat dijawabnya  bersungguh-sungguh ia hingga dapat supaya tiada jadi malu ia antara segala kawan-kawannya dan supaya dapat gaji yang lebih seperti mereka itu.Maka bermegah-megah mereka itu setengah atas setengah(nya)  dengan elok khat (atau tulisan-p) dan banyak lagu dan pandai menulis dan cempat (iaitu “cepat”) ber(h)itung dan elok aturan surat kiriman dan peteh (yaitu petah-p) membuat syair dan fasih percakapan dan pandai bertutur dengan beberapa bahasa yang lain daripada bahasa negerinya dan banyak hafaz dan bijaksana pada segala ilmu dan kepandaian pada hal ia belum baligh umurnya barang yang tiada dapat seorang kita pada hal umurnya sudah tuha (iaitu tua).”

Dan beliau menyebut tentang adab dan kehebatan para penuntut dan  ahli ilmu dalam perhatian beliau itu.Katanya:

Dan adalah mereka itu di dalam tempat mengaji mereka itu zahir pada mereka itu baik perangai waqar (hebat, tenangt-p) dan haibat dan sakinah (tenang-p) dan sangat beradab antara mereka itu dan dengan guru mereka itu;apabila masuk seorang daripada mereka itu memberi salam ia serta dengan hening dan lemah lembut ti(ng)kah lakunya dan apabila dating guru-guru dan yang lebih-lebih (yaitu yan g mempunyaiu sifat-sifat utama dan kelebihan peribadinya-p) daripada mereka itu berdiri sekelian mereka itu memuliakan baginya…”

Beliau menyebut tentang bagaimana pada akhir tiap-tiap musim dalam setahun itu diadakan beberapa majlis dan diuji para pelajar tiap-tiap madrasah oleh para ulama yang terkenal dan hukama serta mereka yangt mempunyai kelebihan, dalam  tiap-tiap Jumuaat.Ini melibatkan pembesar-pembesar negeri , wazir-wazir dengan majlis-majlis pula haibat dan indah , dengan itu terujilah kepandaian, kehandalan, kepitahan serta kemahiran para ahli ilmu.

Kemudian kata Syaikh Ahmad berkenaan negeri-negeri yang kuat dan maju kerana pemupukan ilmu pengetahuan dan  kemahiran serta kekuatan intelektuil dan pemikiran serta teknologi dan pertahanan:

Maka  demikianlah me(ng)amat-amati ahli negeri orang (yaitu negeri selain daripada Dunia Melayu-p) dengan sya’n (atau kepentingan kedudukan-p) ilmu pada negeri mereka itu hingga masyhur bangsa mereka itu atas sekelian bangsa dengan kepandaian dan bijaksana dan kepetehan dan banyak ilmu; maka dengan demikian itulah dapat mereka itu meringkah (yaitu membuat rekaan-p) buatkan beberapa alat yang (ber)menfaat pada segala manusia yang boleh musafir dengan dia kepada sejauh-jauh negeri di dalam masa yang sedikit dan datan g kiepada mereka itu sekelian khabar-khabar daripada sejauh-jauh jajahan di dalam beberapa lahzah (atau saat-p) dan me(ng)indah-indah mereka itu akan sekelian pekerjaan serta dengan lekas dan banyak dan bertambah-tambah demikian itu dengan berpanjangan masa dan dengan sebab baik percaraan (yaitu pengurusan-p)  dan muafakat antara mereka itu (kesepaduan social-p) serta besar hemah (yaitu cita-citia mulia dan tinggi dengan tumpuan yang bulat-p) dan halus tipu daya (yaitu siasah untuk mencapai matlamat-p) dan jauh helah dan dalam tilik mereka itu (yaitu berfikir dengan teratur, jauh matlamat, focus yang jelas-p) yang jadi sekelian itu daripada banyak pelajaran (dalam erti ilmu pengetahuan disiplin dan pendidikan-p)  mereka itu; maka boleh mereka itu peliharakan segala negeri dan jajahan mereka  itu hingga tiada tamak padanya oleh segala seteru dan jadi mudah bagi mereka itu mengambil akan negeri orang dan meliputi mereka itu dengan hal ehwal dunia laut dan darat (yaitu pertahanan mereka meliputi semua; kalau sekarang boleh disebut ruang angkasa, pengawasan elektronik dan seterusnya-p…)

Kata beliau, berkenaan dengan kerisauannya  berhubungan dengan negeri-negeri Melayu serta budaya ilmunya yang banyak kekurangan, dan kelemahannya dalam perkara demikian, serta cita-cita beliau yang mahu melihat Dunia Melayu ini menjadi kuat, mulia, penuh dengan kemahiran dan pengetahuan, supaya dengan itu agama menjadi mulia dan seteru memandang Islam dengan perasaan gerun dan hormat.Yang menariknya ialah beliau menyebut ilmu pengetahuan yang membawa kepada kekuatan siasah dan militari sebagai termasuk ke dalam perkara-perkara-perkara yang berkaitan dengan soal-soal besar dalam agama, bukan “secular”.Kata beliau:

Dan adalah pada hati hamba yang fakir sehabis-habis risau dan dukacita dengan sebab ihmal (tidak mengambil berat-p) dan mensia-sia bangsa kita ahli tanah Melayu dan ahli segala tanah yang di bawah angin  dan segala raja-raja mereka itu yang Muslimin yang dahulu-dahulu dan yang sekarang ini dan segala mereka yang kaya-kaya dan kemudahan daripada mereka itu tiada memperduli mereka itu akan umpama segala perkara yang tersebut itu hingga jadi kemudian daripada kemuliaan kita sekurang-kurang bangsa dengan dinisbahkan  kepada segala bangsa yang lain  dan hilang segala tempat kediaman kita dan kemegahan kita ; maka sekelian itu dengan sebab taksir(kecuaian-p) kita pada u(m)pama segala perkara itu dan sangka kita bahawasa(nya) sekelian demikian itu bukan daripada pekerjaan yang bergantung dengan agama kita; maka dengan sebab itulah kita biarkan dia pada hal jikalau kita tilik halus-halus nescaya adalah (itu semua-p) berambing (yaitu bersangkut paut –p) dengan segala perkara itu daripada sebesar-besar barang yang bergantung ia dengan agama kita, kerana dengan demikian itulah dapat kuat atas segala seteru dan kekerasan (maksudnya kekuatan-p) yang dengan dialah (ter)pelihara akan kemegahan agama kita dan yang menjadikan dia elok pada segala mata mereka itu, dan besar masyhur pada segala pendengaran mereka itu dan haibat pada segala hati mereka itu “ (Huruf tebal oleh penulis-p).

Kemudian beliau dengan harapan menggunung mahu melihat Dunia Melayu ini menjadi dunia yang melimpah dengan ilmu pengetahuan, kepandaian, dan kepakaran, sehinggakan bangsa Melayu ini, para penguasa, ilmiawan dan ulamanya mengatasi yang lain di dunia. Dan mereka semua mendapat pahala yang berkekalan dan negeri mereka terekenal dengan nama yang baik berserta dengan para pemimpin dan ulama serta mereka yang berjasa.Ini dari seorang ulama tradisional Sunni Dunia Melayu dalam abad ke-19.Kata Syaikh ini:

“Dan adalah hamba yang hakir (yaitu rendah mertabatnya, bahasa merendah diri dengan Tuhan dan manusia-p) bercita-cita di dalam hati sudah beberapa lama bahawasanya Allah Taala lagi akan memperdengarkan (kepada-p) hamba dan memperlihatkan (kepada-p) hamba di dalam masa hidup hamba ini bahawa adalah segala raja-raja Melayu (sekarang baca serta dengan para pemimpin mereka-p) yang besar-besar istimewa segala raja-raja di dalam Tanah Petani dan raja-raja Kelantan dan Terengganu dan Kedah yang amat mulia dan mahya besar sekeliannya dan raja Johor yang masyhur dengan besar himahnya danb raja Dali(Deli?-p)  yang masyhur dengan murahnya dan adilnya menaruh mereka itu akan cemburu pada segala hati mereka itu dan membesarkan segala hemah (cita-cita tinggi dan mulia dengan tumpuannya yang berkesan-p) dan menghadapkan inayah (pertolongan dan jagaan-p) mereka itu dan menyungguh-nyungguh  akan usaha mereka itu pada bahawa dijadikan segala negeri mereka itu (per)bendahraan ilmu danperladungan  kepandaian dan membukakan segala mata anak jenis mereka itu (iaitu mereka di Dunia Melayu-p) kepada memandang cemerlang kebijakan dan handalan supaya ada kemegahan  bangsa Melayu antara segala alam dan tertinggi nama mereka itu antara Bani Adam, dan bertambah-tambah kelebihan ‘ulama mereka itu atas segala ‘ulama dan bertambah nyata agama mereka itu atas segala agama, serta dapat pula bagi segala hadrat raja-raja itu jikalau diperbuat demikian itu (yaitu membesarkan hemah, menumpukan cita pada menjayakan budaya ilmu, kepandaian dan kemahiran, menjadikan Dunia Melayu perbendahraan ilmu dan perladungan kepandaian-p) keredhaan daripada Allah Taala dan rasulNya yang mulia dan pahala yang amat besar berganda (?) kerana pahala  tiap-tiap mereka yang dapat menafaat dengan segala perbuatan itu dan pahala tiap-tiap mereka yang mempunyai kekuasaan (yaitu kebolehan-p) yang menirukan kebolehan itu terbahagi dengan mereka itu selama-lamanya, dan dapat pula bagi mereka itu sebutan yang baik dan kepujian yang elok atas lidah segala makhluk dan tersurat di dalam tarikh ‘ulama dan buku raja-raja yang ‘uzama’ (yaitu yang agung-p) yang berkekalan daripada masa hidup hingga (ke-p) Hari Kiamat”.(ibid. hlm. 22-23. Huruf tebal oleh penulis).

Dan kita boleh perhatikan  lagi kenyataannya berkenaan dengan ilmu perubatan dan herba. Katanya dalam kitabnya Tayyibul-Ihsan fi Tibbi’l-Insan:

”(Ilmu Tibb) (atau Ilmu Perubatan-p) Menyerukan kami kepada menghimpunkan dia oleh bersangatan hajat jenis (atau bangsa-p) Melayu kepadanya ; dan banyak dharurat hal mereka itu kepada bicaranya  kerana mengubati itu berturut-turut soal mereka itu daripadanya, serta tiada ada sekali-kali daripada mereka itu orang yang me(ng)amat-amati dengan dia; atas kanun yang mudawwan (atau kitab undang-undang perubatan yang tersusun dalam kitab-p) yang membawa kepada mengetahuinya yang mu’tabar yang boleh diperpegang akan dia pada hal ilmu tabib itu daripada sebesar-besar barang yang berhajat kepadanya tiap-tiap manusia sehingga jahil mereka itu akan barang yang melengkapi ia atasnya daripada beberapa banyak rahasia; dan seolah-olah ilmu ilmu tibb itu pada sisi mereka itu sesuatu yang sia-sia; maka meninggal mereka itu akan dia nasyan mansiyya (seperti barang yang tidak terpandang kerana tidak bergunanya-p); dan serta tiada ada pula bagi mereka itu sesuatu daripada kutub (plural bagi kitab-p) pada ini sina’ah (kemahiran-p)  yang boleh diperpegang atasnya; dan dipercayakan dengan nakalnya (yaitu ambilan ilmunya-p)  dan diambilkan dengan ibaratnya dan nasnya; …(kemudian kata beliau tentang kitabnya-p) Dan telah kami harap bahawa membukakan Allah akan hati seorang yang mempunyai hemah yang tinggi maka bersungguh-sungguh ia mencubakan beberapa pohon kayu dan tumbuh-tumbuhan dan lainnya daripada barang yang ada pada bumi Melayu dan memeperiksakan yang demikian itu maka disuratkan  beberapa faedahnya dan khasiatnya dan pangkat segala tabiatnya dan kaifiat isti’malnya (cara menggunakannya-p) seperti barang yang memperbuat demikian itu oleh hukama’ Yunani pada masa yang dahulu dengan beribu-ribu tahun ; kemudian mengambil daripada mereka itu oleh hukama’ Arab dengan hemah setengah daripada raja-raja anak Harun al-Rasyid , maka berkekalan menta’lif (yaitu mengarang kitab-p) mereka itu beberapa banyak karangan ; maka tercawang (yaitu menjadi banyak cawangan-cawangannya-p) daripada demikian itu hingga sekarang (abad ke 19 dan awal abad ke-20) ini tibb segala tabib Furs (Orang Parsi) dan Hind (yaitu India) kemudian beratus-ratus pada yang demikian itu oleh segala tabib Afranj (yaitu Bangsa Barat amnya-p) maka menambah merengkah (atau membuat rekaan-p)mereka itu beberapa banyak rengkahan (atau benda rekaan-p) yang ajib pada hal kita jenis Melayu aula (atau lebih patut melakukan yang demikian itu-p) dengan demikian itu dari kerana  banyak segala ubat-ubat itu pada bumi kita hingga adalah kebanyakan ubat-ubat mereka itu diambilkan daripada bumi kita (hutan tropika kita-p) dan kita terlebih aula (atau terlebih berhak dan patut-p)  pada (me)merintahkan diri kita daripada jenis yang lain daripada kita ; maka bersangatanlah sayugia bagi raja-raja Melayu (sekarang dengtan para pemimpin yang ada-p)  bahawa memalingkan hemah mereka itu kepada mendapatkan barang yang tersebut  dengan menyungguh-nyungguh men yuruh dan menggemarkan manusia pada demikian itu dengan memudahkan jalan bagi demikian itu  dan berdiri dengan belanja bagi demikian itu maka dapat baginya pahala yang jazil (yang amat banyak-p) ; dan berkekalan baginya sebutan yang jamil (indah-p)…(Tayyibul-Ihsan fi Tibbil-Insan, edisi Wan Mohd Saghir Abdullah, Khazanah fattaniyyah, Kuala Lumpur, hlm.3-4).

Apa Yang Diperlukan:

  • Antaranya ialah pengembalian semula kepada epistemology Sunni  dalam hubungan dengan soal-soal tentang keTuhanan, Kenabikan, alam abadi dan segala perkara yang bertalian dengan “world-view” Islam Sunni yang baku, serta dengan pencarian kunci-kunci baharu dari perkembangan budaya dan intelektualiti semasa secara sahih dan tepat, bukan  hanya sebagai pengikut budaya  Barat secara “taklid” begitu sahaja; dengan itu berlakulah penegasan kembali kebenaran-kebenaran itu  yang akan mengembalikan kebenaran itu kepada kedudukannya serta dengan penghayatannya dalam hidup manusia yang mempunyai keyakinan yang tinggi, yang disebutkan oleh alm Said Halim Pasha sebagai “deep hearted men of action”, insan intelektuil yang mendalam keimanannya serta yang berupa manusia yang beramal bukan hanya berbicara.Pengembalian semula kepada epistemology ini bukan sikap sectarian tetapi sikap kembali kepada Islam asal.
  • Juga ini bermakna penegasan kembali iltizam intelektuil dan kerohanian terhadap ajaran  Syariat dalam pembakuannya dalam aliran-aliran mazhab Sunni yang terkenal dengan fiqhnya oleh para mujtahid yang berjasa itu, dengan mengambil kira keperluan tambahan-tambahan dalam hubungan dengan masalah-masalah semasa tanpa terputus kesinambungan intelektuil yang ada dalam umat ini.Dan dalam rantau kita ini alirannya ialah mazhab Syafi’I dengan mengambil panduan dan menafaat dalam fiqh mazhab-mazhab lainnya dalam Ahlis-Sunnah wal-jamaah. Sikap ini akan menjamin kesahihan pegangan serta sifat homogen dalam memahami persoalan yang mjenjadi asas bagi pembangunan tamadun dan budaya di rantau ini.
  • Dalam soal-soal spiritual dan moral panduan perlu diambil daripada wacana agung Sunni di dalam bidangnya, dengan mengambil kira apa-apa yang muktabar dalam bidangnya.Umpamanya panduan Imam al-Ghazali rd adalah diperlukan dalam bidang ini.
  • Dalam soal ketamadunan, budaya, kemasyarakatan, falsafah sejarah, budaya ilmu dan pemikiran serta kesepaduan social umat, maka wacana baku Sunni yang memandu ialah al-Muqaddimah gubahan ibn Khaldun rh.Teks seminal dan luar biasa ini- yang disebut oleh Arnold Toynbee sebagai buku teragung dalam bidangnya, yang pernah diahasilkan oleh suatu akal manusia di mana-mana dan di zaman mana pun—perlu memandu manusia Dunia Melayu dalam pembinaan budaya, tamadun serta pemerkasaan budaya ilmu dan berfikir, disertakan dengan kekentalan keyakinan dan rasa harga diri.Dan oleh Jude Wanniski ia disifatkan sebagai kitab yang terletak dalam senarai lima buah kitab terpenting  dalam seluruh sejarah dunia.Antara terpentingnya teks ini mengandungi teori tentang ‘asabiyah yang perlu digunakan bagi menjayakan perpaduan di Dunia Melayu ini, sebagai inti atau teras kepada kesepaduan dalam membina tamadun bersama dengan masyarakat madaninya di rantau ini.
  • Dalam hubungan dengan ahli-ahli tamadun lain dan agama lainnya, maka umat Melayu Muslim perlu membuat persediaan untuk mengadakan dialog mesra dan beradab, dengan memahami kelainan-kelainan yang ada, dan persamaan-persamaan dalam nilai-nilai sarwajagat, demi untuk membina tamadun bersama dalam menghadapi penghakisan nilai dalam arus “mono-culture”  dari Barat dalam zaman globalisasi yang sangat memprihatinkan.Dialog itu bukanlah berlaku dengan sikap yang kepura-puraan “liberal” mendatar, artificial, yang cetek, tetapi yang bersedia melihat adanya kelainan-kelainan dan juga persamaan-persamaan yang sahih, tepat,  serta belajar hidup beradab dalam kelainan dan persamaan itu; ini berlaku pada zaman Nabi s.a.w. dalam perjanjian Madinah sebagaimana yang direkodkan oleh Ibn Ishaq rh.
  • Untuk membuktikan Islam agama rahmat dan kasih saying serta persefahaman tidak perlu-dari segi intelektuilnya- diambil sikap “liberal”  sampai melemparkan asas-asas agama  yang sudah sepakat benarnya dalam umat, untuk menjayakan persamaan yang direka-reka secara artificial.Bentuk yang demikian tidak boleh bertahan sebab ia bukan ada asas yang teguh, dan bukan direstui oleh kerangka epistemology  yang terhormat dan sahih.

Wallahu a’lam. 

September 24, 2002

Bibliografi Ringkas

Selain daripada yang dinukil dalam teks, antaranya:

Adian Husaini M.A. dan Nuim Hidayat, Islam Liberal, Gema Insani, Jakarta, 2002.

Arnold, Thomas ,The Preaching of Islam, Lahore, Pakistan.

Hartono Ahmad jaiz,Bahaya Islam Liberal, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta, 2002.

Mohd Taib Osman dan A.Aziz Deraman(eds), Tamadun Islam di Malaysia, DBP, Kuala Lumpur, 2000;

Riddel, Peter, Islam and the Malay-Indonesian World, Horizon Books, Sinpapore, 2001.

Said, Edward W., Orientalism, Vintage Books, New York, 1979.

Steenbrink, Dr Karel A., Beberapa Aspek Tentang Islam di Indonesia Abad ke-19,Bulan Bintang, Djakarta, 1984.

Yaakob Haron (ed),Kosmologi Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2001.

Sejarah dan Konsep Ahli’s-Sunnah wa’l-Jama’ah

diterbit semula dari buku kecil terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Oleh: Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

PENDAHULUAN

TAKDIRNYA mazhab Ahli’s-Sunnah Wal-Jama’ah merupakan mazhab yang paling dominan dalam sejarah ummat ini dan ianya merupakan mazhab yang orthodoks dalam pengertian yang asalnya iaitu mazhab yang benar, asal, tepat mengikut apa yang dikehendaki oleh ajaran dan amalan Islam itu sendiri. Walaupun di dalamnya terdapat beberapa pendirian yang mengambil kira peristiwa sejarah awal Islam – yang memang tidak boleh dielakkan – hakikat ajaran dan pendiriannya adalah hakikat yang telah ada dalam Islam semenjak awal; penzahirannya dalam sejarah kemudian dengan istilah-istilah itu adalah merupakan ‘deployment’ proses perkembangan kemudian yang semestinya berlaku sebagaimana berkembangnya pokok daripada biji benihnya dengan segala sifat-sifat yang telah ada padanya sejak awal lagi. Dalam nota ringkas ini insha’Allah akan ditelitikan sedikit sebanyak perkembangannya dalam sejarah dan juga konsep-konsep asas yang terlibat dalam perkembangan ini untuk memperingatkan kembali segi-segi demikian ini berhubungan dengan identiti umat ini.

Moga-moga ini mendatangkan faedah bersama dan bukan merupakan sesuatu untuk kepentingan ilmiah semata, walau bagaimana relevannya kepentingan ilmiah itu pada parasnya sendiri.

Bab I

SEBELUM dilihatkan kembali segi-segi sejarahnya, eloklah dimulakan perbincangan ini dengan meneliti istilah Ahli’s-Sunnah wa’I-Jama’ah itu sendiri dan punca-puncanya. Penggunaan istilah jama’ah Muslimin memang terdapat dalam hadith-hadith, terutamanya dua istilah iaitu “jamaah” dan “firqah” dengan pluralnya “firaq”. Dalam Sunan Ibn Majah 1 riwayat dari Abu Hurairah radiya’Llahu ‘anhu: Maksudnya: “Orang-orang Yahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan atau puak(firqah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan”. Dalam catitan nota kakinya oleh Muhammad Fu’ad ‘Abdul Baqi dinyatakan bahawa mereka yang dikatakan “umatku” itu adalah umat ijabah, ahli Qiblat, dan perpecahan yang dimaksudkan itu adalah dalam bidang usul dan ‘aqidah, bukan dimaksudkan dalam bidang furu’ dan ‘amaliyat.

Sebuah hadis lagi ialah diriwayatkan daripada ‘Auf bin Malik bahawa baginda salla’Llabu ‘alaihi wa sallam bersabda Maksudnya: “Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan (ihda wa sab’ina firqatan). Satu golongan daripada mereka itu dalam syurga dan yang tujuh puluhnya dalam neraka. Orang-orang Nasara pulaberpecah menj’adi tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu golongan mereka dalam neraka, dan satu golongan dalam syurga. Demi Tuhan yang dirl Muhammad berada dalam tangan kekuasaannya, benar-benar umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, satu golongan berada dalam syurga dan tujuh puluh dua dari mereka dalam neraka’ Baginda ditanya: Siapakah mereka (yang masuk syurga) itu?”. Jawab Baginda “Jama’ah”. Boleh dilihatkan bagaimana disebutkan golongan yang selamat itu adalah “jama’ah”. Dalam catatan pentahkiknya dengan berdasarkan kepada az-Zawa’id 3 bahawa isnadnya terdiri daripada mereka yang dipercayai.

Dalam sebuah hadith lagi diriwayatkan daripada Anas bin Malik radiya’Llahu’anhu bahawa baginda salla’Llahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya Bani Isra’il berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan. Dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan (firqah), semuanya masuk neraka, melainkan satu golongan, iaitu al-Jama’ah”. Boleh diperhatikan bahawa yang disebutkan sebagai golongan selamat di sini ialah “al-Jama’ah”. Dan dari segi isnadnya, sebagaimana yang dicatitkan 5 isnadnya adalah sahih dan periwayat-periwayat di dalamnya oleh pentahkik adalah mereka yang kepercayaan (rijaluhu thiqat). Kepentingan berpegang kepada jama’ah Muslimin yang berada atas jalan yang hak itu disebutkan dalam sebuah hadith dari Hudbaifah bin al-Yaman radiya’Llahu ‘anhu, katanya bahawa Nabi S.A.W. bersabda bila diminta baginda menyifatkan penyeru-penyeru kepada neraka jahannam pada akhir zaman, katanya, “Mereka itu kaum dari bangsa kita (jildatina) dan bercakap dengan bahasa kita”. Lalu Hudhaifah bertanya, “Apakah yang tuan hamba suruh bila hamba bertemu dengan keadaan itu?”. Jawab Baginda: “Hendaklah tuan hamba berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka. Maka kalau tidak ada jamaah dan tidak ada imam mereka, hendaklah engkau tinggalkan golongan-golongan itu semua sekali, walaupun engkau terpaksa berpegang kepada pangkal pokok kayu dan engkau mati dalam keadaan demikian itu”.

Hadith di atas jelas menunjukkan kepentingan berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka. Hadith berkenaan dengan kepentingan berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka terdapat juga dalam Sahih al-Bukhari 7 riwayat daripada Hudhaifah bin al-Yaman; di dalamnya disebutkan oleh baginda S.A.W. penyeru-penyeru yang menyeru manusia kepada neraka jahannam, dan Hudhaifah meminta arahan daripada baginda apa yang patut dilakukan dalam keadaan itu. Sabda Baginda: Maksudnya: “Hendaklah engkau berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka……. (dan bila tidak ada mereka itu) hendaklah engkau meninggalkan semua golongan-golongan itu walaupun engkau terpaksa berpegang kepada pangkal pokok kayu dan engkau mati dalam keadaan demikian itu”.

Dalam kitab al-Farq baina’l-Firaq, al-Khatib al-Baghdadi rahimahu’Llahu Ta’ala ada menyebutkan beberapa hadith berkenaan dengan perpecahan ummat dalam bab awal kitabnya itu. Antara hadith-hadith itu ialah yang diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Amru radiya’Llahu ‘anhu Baginda diriwayatkan bersabda: Maksudnya: “Benar-Benar akan berlaku atas umatku apa yang telah berlaku ke atas Bani Isra’il. Bani Isra’il telah berpecah menj’adi tujuh puluh dua golongan (ithnatain wa sab’ina millatan) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (thalathin wa sab’in millatan) meleblhi mereka itu satu golongan (millah). Semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (illa millatan wahidatan). Mereka bertanya Baginda, “Siapakah satu millah yang tidak masuk neraka itu?”. Jawab Baginda, “(Mereka itu adalah golongan yang mengikut) perjalanan hidupku dan para sahabatku (ma ana ‘alaihi wa ashabi)”.

Sebuah hadith lagi yang disebutkan dalam kitab al-Farq baina’l-Firaq ialah yang diriwayatkan daripada Anas melalui Qatadah, bahawa Baginda S.A.W. bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya Bani Isra’il berpecah kepada tujuh puluh satu golongan (firqah) dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan (‘ala thinatain wa sab’infirqatan), semuanya dalam neraka melainkan satu iaitu al-jama’ah”. “Abdul Qahir al-Baghdadi menyatakan bahawa hadith yang datang riwayatnya daripada Nabi S.A.W berkenaan dengan perpecahan umat (iftiraq al-ummah) itu banyak isnad-isnadnya.9 Satu jamaah daripada para sahabat meriwayatkan hadith itu daripada Nabi S.A.W. seperti Anas bin Malik, Abu Hurairah, Abu Darda’, Jabir, Abu Sa’id al-Khudri, Ubay bin’Ka’ab, ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As, Abu Umamah dan Wathilah bin al-Asqa’dan yang lain daripada mereka itu. Beliau menyatakan lagi bahawa ada diriwayatkan daripada Khulafa’ alRashidin radiya’Llahu ‘anhum bahawa mereka itu ada menyebut perpecahan umat yang akan berlaku selepas mereka dan mereka menyebutkan ada satu golongan yang selamat, yang lain itu dalam kesesatan di dunia dan di akhirat mereka mengalami kebinasaan. Beliau menyatakan lagi bahawa Baginda S.A.W. menunjukkan kecelaan kaum Qadariyah dan menyatakan bahawa mereka itu adalah golongan Majusi bagi umat ini

Selain dari itu ada riwayat daripada Baginda S.A.W. yang menunjukkan kecelaan kaum Murji’ah beserta dengan kaum Qadariyah itu; ada riwayat yang menunjukkan kecelaan kaum Khawarij. Selain daripada riwayat daripada Baginda S.A.W. sendiri, ada riwayat daripada pemuka para Sahabat (a’lam as-sahabah) berkenaan dengan kecelaan kaum Qadariyah,Murji’ah dan Khawarij.

Pada fahaman ‘Abdul Qahir al-Baghdadi 12 yang disebutkan sebagai golongan-golongan yang keji itu yang dikatakan ahli neraka itu merujuk kepada golongan-golongan dari kalangan para fuqaha’ (firaq al-fuqaha’) yang mempunyai pendirian yang berlainan dalam masalah-masalah cawangan fiqh beserta mereka itu bersetuju dalam bidang usul agama. Beliau menyatakan pendirian atau kefahaman yang demikian itu adalah berdasarkan kepada kaedah bahawa dalam perkara-perkara furu’ tentang halal dan haram yang berlaku di dalamnya khilaf di kalangan ‘ulama’ Muslim ada dua pendapat; satunya mereka yang menganggap benar semua pandangan mujtahidin yang dikeluarkan dalam masalah-masalah furu’fiqh.

Pada pendapat mereka yang berpegang kepada kaedah ini golongan fiqh adalah benar. Keduanya mereka yang menganggap di dalam tiap-tiap masalah furu’ ada satu golongan yang benar, dan yang baki lagi itu tersilap, dan peri tersilapnya golongan yang baki lagi itu tidak membawa kepada kesesatan. Seterusnya beliau menyatakan bahawa Baginda S.A.W. mendetailkan sebutan tentang golongan-golongan tercela (firaq al-mudhmumah)sebagai golongan-golongan mengikut hawa nafsu yang sesat yang menyalahi golongan yang selamat itu dalam perkara-perkara: keadilan Tuhan dan tauhid, dalam al-Wa’d dan al-Wa’id, bab al-Qadr dan al-Istita’ah, atau dalam bab Taqdir baik dan buruknya, bab hidayah dan kesesatan, atau bab Iradah dan Mashi’ah (Kehendak dan Iradat Allah) atau bab Ru’yah atau Idrak (Melihat Tuhan dan mencapainya), atau bab-bab sifat-sifat Allah dan nama-namanya, atau dalam satu bab daripada bab-bab ta’dil dan taj’wiz, atau satu bab daripada bab-bab nubuwwah dan syarat-syaratnya dan sebagainya, daripada bab-bab yang di dalamnya Ahli’s-Sunnah Wa’ I-Jama’ah bersepakat. Yang tidak bersepakat dengan Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah ialah golongan Ahlu’I-Ahwa’ad-Dallah, golongan pengikut hawa nafsu yang sesat, yang terdiri daripada Qadariyah,Khawarij, Rawafid, Najjariyah, Jahmiyah, Mujassimah dan Mushabbihah, dan mereka yang mengikuti pegangan yang sesat. Ringkasnya, mengikut beliau bahawa sahlah pentakwilan maksud hadith berkenaan dengan golongan-golongan yang sesat itu adalah golongan yang bukan termasuk di dalamnya mereka yang berikhtilaf dalam bidang furu’ fiqhiyyah bahkan dalam bidang usulu’d-din.

Hadith-hadith sebagaimana yang disebutkan di atas didapati dalam Sahih Tirmidhi, 14 riwayat dari Abu Hurairah; diriwayatkan bahawa Baginda S.A.W. bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orangyahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh, satu golongan atau tujuh puluh dua golongan, dan orang-orang Kristian seperti itu juga, dan umatku akan berpecah menj adi tujuh puluh tiga golongan (firqah) “. Dinyatakan oleh Tirmidhi bahawa ini hadith hasan sahih.

Sebuah lagi hadith diriwayatkan dalam Sahih Tirmidhi 15 dari riwayat ‘Abdullah bin ‘Amr radiya’Llahu ‘anhu bahawa Baginda S.A.W. bersabda: Maksudnya: “Benar-benar akan berlaku ke atas umatku apa yang telah berlaku atas Bani Isra’il seperti selipar dengan selipar, sehinggajikalau ada di kalangan mereka seseorang yang mendatangi emaknya sendiri (bersetubuh dengannya) dengan terang-terangan, akan ada di kalangan ummatku seseorang yang melakukan demikian itu; dan sesungguhnya Bani Isra’il berpecah kepada tujuh puluh dua golongan (millah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (millah) semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (yang tidak masuk neraka). Para sahabat bertanya: (Siapakah mereka dalam) millah yang satu itu wahai Rasulullah? Kata Baginda “(Mereka itu adalah golongan yang mengikuti) perjalanan hidupku dan para sahabatku”. Hadith gharib.

Tentang hadith yang menganjurkan supaya sentiasa diikuti sunnah Baginda S.A.W., maka kita teringat kepada hadith riwayat Tirmidhi, 16 riwayat daripada ‘Irbad bin Sariyah katanya, bahawa pada suatu hari selepas sembahyang pagi (iaitu lepas subuh) Nabi S.A.W. menyampaikan pengajaran yang cukup maksudnya, maka dari itu keluarlah air mata orang ramai, dan hati mereka pun menjadi takut, maka (dalam hal itu) berkatalah seorang lelaki “Sesungguhnya nasihat adalah nasihat seperti nasihat mengucap selam ‘ at tinggal, apakah yang tuan hamba ingin mewasiatkan kepada kami wahai Rasulullah?” Lalu Baginda S.A.W. bersabda: Maksudnya: “Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertaqwa kepada Allah, supaya mendengar dan taat, walaupun ia seorang hamba abdi bangsa Habsyi (yang diangkat menjadi ketua kamu sekelian); maka sesungguhnya sesiapa dari kalangan kamu yang hidup (bila sampai masanya) ia akan melihat berlaku perselisihan yang banyak, dan bendaklah kamu berjaga-jaga daripada (mengadakan) perkara-perkara baru (dalam urusan agama), maka sesungguhnya itu adalah kesesatan; maka sesiapa di kalangan kamu yang mendapat perkara demikian itu hendaklah ia mengikuti Sunnahku dan Sunnah para Khulafa’ a]-Rasyidin yang mendapat hidayat daripada Allah, dan hendaklah kamu berpegang kepada Sunnah itu dengan gigi geraham kamu”. Hadith hasan sahih. Dengan jelas sekali hadith ini menyuruh berpegang kepada Sunnah Nabi S.A.W. dan perjalanan para Khulafa’ a]-Rasyidin yang terpimpin ke jalan yang benar.

Hadith yang demikian itu juga didapati dalam Sunan Ibn Majah 17,juga nwayat dari ‘Irbad bin Sariyah radiya’Llahu ‘anhu, bahawa Nabi S.A.W. bersabda selepas daripada Baginda memberi nasibat yang cukup berkesan pada hati, katanya: Maksudnya: “Hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah; hendaklah kamu dengar dan taat (kepada pemimpin kamu) walaupun ianya seorang hamba Habsyi. Dan kamu akan melihat selepasku perselisihan yang teruk dan berat (ikhtilafan shadidan). Maka hendaklah kamu berpegang kepada perjalanan sunnahku dan sunnah atau perjalanan hidup para Khulafa’ al-Rashidin yang mendapat hidayat dari Tuhan. Hendaklah kamu berpegang kepada perjalanan itu dengan gigi geraham kamu. Jaga-jagalah diri kamu daripada (mengadaadakan atau mengikut) perkara-perkara baru (dalam urusan agama); maka sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah kesesatan”.

Boleh diperhatikan dalam hadith ini kelainan kalimat dadpada hadith terdahulu, laitu ikhtilafah shadidan mengganti ikhtilafan kathiran. Yang ditekankan dalam hadith ini ialah keperluan berpegang kepada Sunnah Baginda S.A.W. dan para Khulafa’ al-Rashidin. Berkenaan dengan konsep Khulafa’ alRashidin, dikatakan oleh pentahkiknya bahawasanya ada kaul yang menyatakan bahawa yang dimaksudkan Khulafa’al-Rashidin itu bukan sahaja terbatas kepada mereka itu, tetapi termasuk mereka yang menjalani perjalanan sebagaimana mereka itu yang terdiri daripada para pemimpin Muslimin (min a’immat’ul-Islam). Kata beliau lagi: Mereka itu adalah para khalifah bagi Rasulullah S.A.W. yang menegakkan al-haqq dan menghidupkan agama dan memimpin manusia kepada perjalanan yang benar. Penafsiran demikian ini nampaknya dibenarkan oleb sebuah hadith yang menyebutkan para khulafa’ sebagai mereka yang menghidupkan Sunnah Nabi S.A.W. Maksudnya: “Moga-moga rahmat Allah dicucurkan ke atas para khalifahku. Baginda ditanya: Siapakah para khalifah tuan hamba ya Rasulullah?. Mereka yang menghidupkan Sunnahku…………… (Hadith riwayat dari al-Hassan) 18

Selain dari itu juga kita boleh sebutkan sebuah lagi hadith riwayat Ibn Majah 19 juga riwayat daripada al-‘lrbad bin Sariyah radiya’Llabu ‘anhu bahawa Baginda bersabda bila diminta tambahkan wasiatnya: Maksudnya: “Aku telah meninggalkan kamu dalam perjalanan yang terang benderang (‘yang putih’ (al-baida’) yang bennaksud millah dan hujjah yang nyata yang tidak ada kekeliruan lagi di dalamnya); Malaninya adalah seperti siangnya. Tidak menjadi terseleweng selepasku melainkan orang yang sengaja membinasakan dirinya. Sesiapa daripada kamu semua yang hidup (sampai masa itu) maka ia akan melihat perselisihan yang banyak (ikhtilafan kathiran); maka hendaklah kamu berpegang kepada apa yang kamu ketahui daripada Sunnahku dan Sunnah Khulafa’al-Rashidin yang dikurniakan hidayat (oleh Allah). Hendaklah kamu berpegang kepadanya dengan gigi geraham kamu. Dan hendaklah kamu taat (kepada para pemimpin kamu) walaupun (yang diangkat menjadi pemimpin itu) seorang hamba bangsa Habshi. Sesungguhnya seseorang Mu’min itu adalah seperti unta yang dicucuk hidungnya (iaitu ada tali penuntunnya pada hidungnya), ke mana ia dibawa, ia mengikut (iaitu orang Mu’min yang tidak takabbur dan merendah diri itu mengikut peraturan Syara’di mana ia dibawa”. Jelas dalam hadith ini tuntutan di atas umat supaya mengikuti Sunnah Nabi S.A.W. dan perjalanan Khulafa’al-Rashidin dan mereka yang sedemikian itu pedalanannya. Demikian juga ditekankan kepada mereka dasar ketaatan yang sewajamya yang dituntut oleh Syara’.

Selepas meneliti beberapa hadith berkenaan dengan masalah perpecahan ummat dan golongan yang selamat serta tuntutan supaya orang mu’min itu mengikuti Sunnah Nabi S.A.W., Sunnah Khulafa’al-Rashidin, dan pedalanan para Sahabat, Allah meredhai mereka itu, ada beberapa pengamatan yang boleh dibuat berkenaan dengan nas-nas ini. Antaranya bahawa hadith-hadith itu adalah kuat sandarannya, maka oleh itu jelas mengapa itu semuanya dijadikan sandaran bagi memahami perihal ini di kalangan para ulama’ kita yang mu’tabar. Tentang perpecahan-perpecahan yang berlaku dalam sejarah tiga agama besar itu, itu nampaknya biasa, sebagaimana yang didapati dalam al-Quran yang kerap menyebut tentang AhlilKitab yang terdiri dari al-Yahud wan-Nasara. Maka dalam hadith-hadith berkenaan dengan perpecahan ini tersebutjuga al-Yahud wan-Nasara. Kalimat-kalimat yang digunakan bagi menyebut “golongan” itu ialah antaranya “firqah” jamak “firaq”, “millah”, tapi tidak disebut jamaknya; yang tidak ada kekeliruan kemungkinan lagi di dalamnya. Orang yang terseleweng daripadanya adalah Orang Yang mempunyai kecenderungan yang tidak baik Yang dengan sengaja mernbinasakan dirinya. Istilah ini menarik hati kita oleh kerana ianya memberikan konsep tentang kewujudan umat yang berdiri di atas aiaran dan Pegangan yang nonnative, yang menjadi penentu, atau neraca bagi memutuskan sesuatu itu benar atau wajar atau sebaliknya’ 20 Itulah ummah ahlul-haqq yang orthodoks dalam pengertian yang sebenar-benamya. Neraca inilah yang menentukan konsep Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah yang sistem keilmuannya dihuraikan kemudiannya.

Bab II

Untuk meneliti beberapa tahap perkembangan sejarah Islam yang kemudiannya membawa kepada berbagai perselisihan dan khllaf itu, menasabah kita mengingati kembali beberapa persoalan yang berhubungan dengan hal itu. Antaranya ialah sebagaimana yang disebutkan oleh al-Baghdadi rahimahu’Llahu Ta’ala dalam al-Farq baina’l-Firaqnya. 21 Dinyatakan oleh bellau bahawa pada masa wafat Baginda S.A.W. (iaitu pada tahun 10 hijrah) berada dalam perjalanan agama yang satu dalam dasar-dasar agama (usulu’ddin) dan cawangan-cawangannya, selain daripada mereka yang menzahirkan persetujuan dan yang menyembunyikan kemunafikan. Perkara khilaf yang pertama berlaku ialah berkenaan dengan kewafatan Baginda S.A.W. Akhimya mereka yang menyangka Baginda tidak mati tetapi diangkat oleh Allah sebagaimana Sayyiduna ‘Isa A.S. bersetuju Baginda memang wafat bila Abu Bakar radiya’Llahu ‘anhu membaca ayat yang bermaksud: “Sesungguhnya engkau mati dan mereka pun mati’,.22 +

Beliau juga berkata kepada mereka, “Sesiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Baginda telah wafat, dan sesiapa yang menyembah Tuhan Muhammad, maka la Maha Hidup dan tidak mati”. Kemudian timbul khilaf tentang tempat hendak dikebumikan Baginda S.A.W. Akhimya ia selesai dengan Abu Bakar radiya’Llahu ‘anhu meriwayatkan kepada mereka hadith daripada Nabi S.A.W. yang bermabsud: “Sesungguhnya para anbiya’ dikebumikan di mana mereka wafat”.,,3 Maka Baginda dikebumikan dalam biliknya di Madinah. Kemudian timbul ikhtilaf berkenaan dengan khilafah, pihak al-Ansar ingin memberi bai’ah kepada Sa’d bin ‘Ubadah; kemudian pibak Quraish menyatakan bahawa imamah mestilah di tangan orang-orang Quraish berdasarkan kepada hadith yang bermaksud, “Imam-imam hendaklahdari kalangan orang-orang Quraish”. Ikhtilaf berkenaan dengan Imamah ini berterusan sampailah ke zaman ‘Abdul Qahir al-Baghdadi rahimahu’Llahu Ta’ala dan boleh dikatakan kesan-kesannya sampai sekarang masih ada di kalangan Muslimin.

Kemudian timbul ikhtilaf berkenaan dengan harta Fadak, akhimya diselesaikan dengan Abu Bakar radiya’Llahu ‘anhu meriwayatkan hadith yang berinaksud: “Sesungguhnya para anbiya’ tidak dipusakai,,.25 Lepas itu timbul masalah tentang mereka yang tidak mahu menunaikan zakat, lepas itu mereka bersetuju dengan keputusan Abu Bakar bahawa golongan yang enggan itu hendaklah diperangi. Lepas itu mereka sibuk dengan peperangan melawan Tulaihah bila ia mengaku menjadi nabi dan murtad daripada agama Islam. Selepas ia lari ke Syam, kemudian kembali dalam zaman Umar kepada agama Islam, ia keluar jihad bersama Sa’ad bin Abi Waqqas dalam peperangan Qadissiyyah dan ia syahid dalam peperangan Nehawand. Kemudian Muslimin sibuk dengan peperangan melawan Musailamah al-Kadhdhab yang mengaku nabi, serta alAswad bin Zaid’ansi. Lepas itu mereka sibuk dengan membunuh mereka yang lain yang murtad keluar daripada agama Islam. Kemudian mereka sibuk dengan peperangan melawan kerajaan Rom Timur dan juga kerajaan Farsi, dan Allah membuka negeri-negeri untuk mereka. Pada masa itu mereka berperang berdasarkan pegangan yang satu tentang bab-bab keadilan Tuhan, Tauhid, al-Wa’d, al-Wa’id, dan lain-lain hal dalam usulu’d-din.

Adapun dalam masalah-masalah fiqh ada berlaku perselisihan pendapat di kalangan mereka misalnya keadaan datuk menerima pesaka berserta saudara lelaki dan saudara-saudara perempuan serta dengan bapa dan emak atau serta dengan bapa, demikian seterusnya, tetapi perselisihan atau kelainan pendapat itu tidak membawa kepada timbulnya kekafiran atau kesesatan di kalangan mereka. Demikianlah keadaannya di zaman pemerintahan Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Uthman radiya’Llahu ‘anhum ajma’in. Kemudian berlaku khilaf di kalangan mereka berkenaan dengan ‘Uthman bin ‘Affan dan perkara-perkara yang dituduh ke atasnya sehingga para penzalim membunuhnya; kemudian mereka berikhtilaf lagi tentang para pembunuhnya dan mereka yang menghasut manusia supaya menentangnya itu; demikianlah khilaf itu masih ada sampai zaman kemudian, sampailah pada zaman alBaghdadi, dan boleh kita katakan sampai abad kita ini.

Selepas itu berlaku ikhtilaf pula dalam hubungan dengan keadaan ‘Ali bin Abi Talib radiya’Llahu ‘anhu dan mereka yang terlibat dalam peperangan alJamal, juga tentang kedudukan Mu’awiyah dan mereka yang terlibat dalam peperangan Siffin, serta dua orang hakam iaitu Abu Musa al-Ash’ari dan ‘Amru bin al-‘As; ikhtilaf yang melibatkan mereka ini kekal sampailah ke zaman kemudian, dan kita sekarang boleh mengatakan ianya kekal sampai hari ini. Kemudian dalam zaman muta’akhkhirin dari kalangan para Sahabat berlakulah khilaf golongan Qadariyah berkenaan dengan Qadar dan istita’ah atau ikhtiar makhluk, yang datang dari Ma’bad al-Juhani dan Ghailan al-Dimashqi, serta Ja’d bin Darham. Mereka yang muta’akhkhirin di kalangan para Sahabat bebas daripada perkara itu semua, seperti ‘Abdullah bin ‘Amr, Jabir bin ‘Abdullah, Abu Hurairah, Ibn ‘Abbas, Anas bin Malik, ‘Abdullah bin Abi Aufa, ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani dan yang semasa dengan mereka itu.26 Mereka ini mewasiatkan orang ramai supayajangan memberi salam kepada golongan Qadariyah dan jangan pergi sembahyang jenazah mereka itu. Kemudian berlaku ikhtilaf di kalangan golongan Khawarij sehingga mereka berpecah menjadi dua puluh golongan, tiap-tiap satu daripadanya mengkafirkan yang lain lagi. Kemudian berlakulah pada zaman al-Hassan al-Basri radiya’Llahu ‘anhu khilaf dengan Wasil bin ‘Ata’ dalam masalah Qadar dan masalah manzilah bainal-manzilatain (iaitu kedudukan antara dua kedudukan: antara iman dan kufr); masalah itu menjadi bertambah pula dengan timbulnya bid’ah daripada ‘Amru bin ‘Ubald bin Bab yang keduanya disingkir oleh alHasan daripada majlisnya, Ialu mereka berdua meninggalkanjamaah di Masjid Basrah.

Keduanya itu dan para pengikutnya dipanggil Mu’tazilah kerana mereka itu memisahkan diri daripada pegangan ummat di mana mereka mendakwakan bahawa orang fasiq dari kalangan Muslimin tidak Mu’min dan juga tidak kafir.27 Adapun golongan Rawafid maka cawangan yang dipanggil al-Sababiyah di kalangan mereka menzahirkan bid’ah mereka itu pada zaman ‘Ali bin Abi Talib lagi. Mereka itu dihukum oleh ‘Ali dan Ibn Saba dikenakan hukuman pembuangan kerana bid’ahnya. Golongan ini tidak termasuk umat Islam kerana mereka berpendapat ‘Ali radiya’Llahu ‘anhu sebagai Tuhan. Selepas zaman ‘Ali, golongan Rafidah itu berpecah menjadi empat golongan laitu Zaidiyah, Imamiyah, Kaisaniyah dan golongan Ghulat(pelampau). Golongan Zaidiyah pula menjadi berpuaK-puaK,, satu golongan mengkafirkan yang lainnya. Seluruh golongan Ghulat keluar daripada umat Islam. Adapun golongan Zaidiyah dan Imamiyah, mereka terbilang daripada golongan Islam (firaq al-Islam) ; 28 Golongan Bakhkhariyah berpecah dan mereka saling kafir mengkafirkan; timbul khilaf dari golongan Bakriyah, iaitu dari seorang yang bernama Bakr, dari saudara perempuan ‘Abdul Wahid bin Ziyah, juga timbul khilaf golongan Dirariyah dari Dirar bin ‘Amr, dan khilaf al-Jahmiyah dari Jahm bin Safwan. Kemunculan Jahm, Bakr dan Dirar adalah pada zaman zahir Wasil bin ‘Ata’ dengan kesesatannya. Dalam zaman al-Ma’mun al-‘Abbasi timbullah seruan Batiniyah dan mereka ini bukanlah dari golongan Islam, bahkan mereka ini adalah daripada golongan Majusi. Dan muncul dalam zaman Muhammad bin Tahir bin ‘Abdullah bin Tahir di Khurasan khilaf al-Karramiyah al-Mujassimah.

Mengenai golongan Zaidiyah dari kalangan Rawafid, yang kuat di kalangan mereka ialah tiga iaitu Janidiyah, Sulaimaniyah juga dipanggil Haririyah dan al-Batriyah. Tiga golongan ini bersepakat tentang imamah Zaid bin ‘Ali bin al-Husain bin ‘Ali bin Abi Talib pada hari keluarnya iaitu pada zaman Hisham bin ‘Abdul Malik. Dari golongan Kaisaniyah pula timbul banyak golongan, bagaimanapun akhimya kembali kepada dua golongan sahaja. Satunya yang mendakwa bahawa Muhammad bin al-Hanaflyah hidup tidak mati dan mereka menantinya timbul sebagai al-Mahdi yang dinanti-nantikan itu. Satu golongan lagi yang mempercayai imamahnya pada masa hidupnya sahaja dan bila ia meninggal imamahnya itu berpindah kepada orang lain. Golongan Imamiyah yang mufarawah bagi Zaidiyah, Kisa’iyah dan Ghulat, mereka ini menjadi lima belas firqah iaitu Muhammadiyah, al-Baqiriyah, alNawisiyah, Shumaitiyah,’Ammariyah, Isma’iliyah, Mubarakiyah, Musawiyah, Qat’iyah dan Ithna ‘Ashariyah, Hishamiyah daripada pengikut Hisharn bin al-Hakam, atau dari pengikut Hisham bin Salim al-Jawaliqi,Zharariyah, dari pengikut Zurarah bin U’yun dan Yunusiyah dari pengikut Yunus al-Qummi dan Shaitaniyah dari pengikut Shaitan al-Taq dan Kamiliyah dari pengikut Abu Kamil; beliau inilah yang mengeluarkan kata-kata yang paling keji tentang ‘Ali dan para sahabat yang lain, radiya’Llahu ‘anhum. Inilah dua puluh golongan yang merupakan golongan Rawafid; tiga daripada Zaidiyah, dua dari Kaisaniyah dan lima belas dari Imamiyah. Adapun golongan Ghulat mereka itu yang berpegang kepada ketuhanan Imam-imam mereka dan mengharuskan perkara-perkara yang diharamkan oleh. syara’, dan yang menggugurkan kewajipan perkara-perkara yang wajib daripada shariat seperti Bayyaniyah, Mughiriyah, Janahiyah, Mansuriyah, Khattabiyah dan Hululiyah dan yang mengikuti perjalanan mereka itu. Maka mereka itu bukan daripada golongan Islam walaupun mereka itu dikaitkan dengannya.

Adapun golongan Khawarij, bila berlaku perpecahan dalam kalangan mereka, maka mereka menjadi dua puluh golongan iaitu Muhakkimah Ula, Azraqiyah, Najdlyah, Sifriyah, ‘Ajradiyah dan daripada ‘Ajradiyah itu berpecah menjadi Khazimiyah, Shu’aibiyah, Ma’lumiyah, Majhuliyah, Ma’badiyah, Rashidiyah, Mukarramiyah, Hamziyah, Ibrahimiyah dan Wafiqiyah. Dari golongan lbadiyah timbul perpecahan menjadi Hafsiyah, Harithiyah,Yazidiyah dan para ahli taat yang bukan terhadap Allah. Yazidiyah itu ialah dari kalangan mereka yang mengikuti Ibn Yazid bin Unais dan mereka itu bukan daripada golongan Islam oleh kerana mereka berpegang kepada pendapat bahawa shari’at Islam menjadi mansukh di akhir zaman dengan adanya nabi yang dibangkitkan dari kalangan orang-orang bukan Arab (al-‘Ajam). Demikian juga daripada ‘Ajradiyah itu timbul golongan Maimuniyah yang bukan daripada golongan Islam kerana mereka mengharuskan perkahwinan anak perempuan dari anak perempuan dan anak perempuan dari anak lelaki sebagaimana yang diharuskan oleh orang-orang Majusi, walaupun disebutkan bahawa Yazidiyah dan Maimuniyah itu dinisbahkan kepada golongan Islam.

Golongan Qadariyah Mu’tazilah yang memisahkan diri mereka dari yang baik berpecah kepada dua puluh golongan, tiap satunya mengkafirkan yang lainnya. Mereka itu ialah golongan lsliyah, ‘Umariyah,Hudhailiyah, Nazzamiyah, Amwariyah, ‘Umariyah, Thumamiyah, Jahiziyah, Hayitiyah,Himariyah, Khayyatiyah, Sahhamiyah dan para pengikut Salih Qabah, Muwaisiyah,Kalblyah, Jubba’iyah, Hashimiyah, dinisbahkan kepada Abu Hashim ibn alJubba’i. Mereka itu terdiri daripada dua puluh golongan, dua daripadanya bukan daripada golongan Islam iaitu golongan Hayitiyah dan Himariyah.29

Zaidiyah pula menjadi berpuak-puak, demikian juga Imamiyah dan Ghulat, satu golongan mengkafirkan yang lainnya. Seluruh golongan Ghulat keluar daripada umat Islam. Adapun golongan Zaidiyah dan Imamiyah, mereka terbilang daripada golongan Islam (firaq al-Islam) ; 28- Golongan Bakhkhariyah berpecah dan mereka saling kafir mengkafirkan; timbul khilaf dari golongan Bakriyah, iaitu dari seorang yang bemama Bakr, dari saudara perempuan ‘Abdul Wahid bin Zlyah, juga timbul khilaf golongan Dirariyah dari Dirar bin ‘Amr, dan khilaf al-Jahmiyah dari Jahm bin Safwan.

Kemunculan Jahm, Bakr dan Dirar adalah pada zaman zahir Wasil bin ‘Ata’ dengan kesesatannya. Dalam zaman al-Ma’mun al-‘Abbasi timbullah seruan Batiniyah dan mereka ini bukanlah dari golongan Islam, bahkan mereka ini adalah daripada golongan Majusi. Dan muncul dalam zaman Muhammad bin Tahir bin ‘Abdullah bin Tahir di Khurasan khilaf al-Karramiyah al-Mujassimah.

Mengenai golongan Zaidiyah dari kalangan Rawafid,yang kuat di kalangan mereka ialah tiga iaitu Jarudiyah, Sulaimaniyah juga dipanggil Haririyah dan al-Batriyah. Tiga golongan ini bersepakat tentang imamah Zaid bin ‘Ali bin al-Husain bin ‘Ali bin Abi Talib pada hari keluamya iaitu pada zaman Hisham bin ‘Abdul Malik.

Dari golongan Kaisaniyah pula timbul banyak golongan, bagaimanapun akhimya kembali kepada dua golongan sahaja. Satunya yang mendakwa bahawa Muhammad bin al-Hanaflyah hidup tidak mati dan mereka menantinya timbul sebagai al-Mahdi yang dinanti-nantikan itu.

Satu golongan lagi yang mempercayai imamahnya pada masa hidupnya sahaja dan bila ia meninggal imamahnya itu berpindah kepada orang lain. Golongan Imamiyah yang mufarawah bagi Zaidiyah, Kisa’iyah dan Ghulat, mereka ini menjadi lima belas firqah iaitu Muhammadiyah, al-Baqiriyah, alNawisiyah, Shumaitiyah, ‘Animariyah, Isma’iliyah, Mubarakiyah, Musawiyah, Qat’iyah dan Ithna ‘Ashariyah, Hishamiyah daripada pengikut Hisham bin al-Hakam, atau dari pengikut Hisham bin Salim al-Jawaliqi, Zharariyah, dari pengikut Zurarah bin U’yun dan Yunusiyah dari pengikut Yunus al-Qummi dan Shaitaniyah dari pengikut Shaitan al-Taq dan Kamiliyah dari pengikut Abu Kamil; beliau inilah yang mengeluarkan kata-kata yang paling keji tentang ‘Ali dan para sahabat yang lain, radiya’Llahu ‘anhum. Inilah dua puluh golongan yang merupakan golongan Rawafid; tiga daripada Zaidiyah, dua dari Kaisaniyah dan lima belas dari Imamiyah. Adapun golongan Ghulat mereka itu yang berpegang kepada ketuhanan Imamimam mereka dan mengharuskan perkara-perkara yang diharamkan oleh syara’, dan yang menggugurkan kewajipan perkara-perkara yang wajib daripada shariat seperti Bayyaniyah, Mughiriyah, Janahiyah, Mansuriyah, Khattabiyah dan Hululiyah dan yang mengikuti perjalanan mereka itu. Maka mereka itu bukan daripada golongan Islam walaupun mereka itu dikaitkan dengannya.

Adapun golongan Khawarij, bila berlaku perpecahan dalam kalangan mereka, maka mereka menjadi dua puluh golongan iaitu Muhakkimah Ula, Azraqiyah, Najdiyah, Sifriyah, ‘Ajradiyah dan daripada ‘Ajradiyah itu berpecah menjadi Khazimlyah, Shu’aibiyah, Ma’lun-iiyah, Majhuliyah,Ma’badiyah, Rashidiyah, Mukarramiyah, Hamziyah, Ibrahimiyah dan Wafiqiyah.

Dari golongan lbadiyah timbul perpecahan menjadi Hafsiyah, Harithiyah, Yazidiyah dan para ahli taat yang bukan terhadap Allah. Yazidiyah itu ialah dari kalangan mereka yang mengikuti Ibn Yazid bin Unais dan mereka itu bukan daripada golongan Islam oleh kerana mereka berpegang kepada pendapat bahawa shari’at Islam menjadi mansukh di akhir zaman dengan adanya nabi yang dibangkitkan dari kalangan orang-orang bukan Arab (al-‘Ajam).

Demikian juga daripada ‘Ajradiyah itu timbul golongan Maimuniyah yang bukan daripada golongan Islam kerana mereka mengharuskan perkahwinan anak perempuan dari anak perempuan dan anak perempuan dari anak lelaki sebagaimana yang diharuskan oleh orang-orang Majusi, walaupun disebutkan bahawa Yazidiyah dan Maimuniyah itu dinisbahkan kepada golongan Islam.

Golongan Qadariyah Mu’tazilah yang men-iisahkan diri mereka dari yang baik berpecah kepada dua puluh golongan, tiap satunya mengkafirkan yang lainnya. Mereka itu ialah golongan lsliyah, ‘Umariyah,Hudhailiyah, Nazzamiyah, Amwariyah, ‘Umariyah, Thumamiyah, Jahiziyah, Hayitiyah, Himariyah, Khayyatiyah, Sahhamiyah dan para pengikut Salih Qabah, Muwaisiyah, Kalbiyah, Jubba’iyah, Hashimiyah, dinisbahkan kepada Abu Hashim ibn alJubba’i. Mereka itu terdiri daripada dua puluh golongan, dua daripadanya bukan daripada golongan Islam iaitu golongan Hayitiyah dan Himarlyah.29

Golongan Murji’ah ada tiga cawangan; satunya mereka yang murji’ah beriman dan berpegang kepada Qadar mengikut Mazhab Qadar’yah, maka dengan itu mereka terbilang di kalangad golongan Qadariyab; keduanya Murji’ah seperti Abu Shimr al-Murji’i dan Muhammad Shabib al-Basri al~Khalidi. Satu golongan lagi ialah mereka yang beraliran Murj “ah, beriman dan cenderung kepada ajaran Jahm dalam bab amalan-amalan, maka mereka itu daripada golongan Jahmiyah dan Murji’ah.

Satu golongan lagi ialah golongan Murjl’ah ‘dak cenderung kepada aliran yang lain. Mereka ‘alah golongan- yang ti golongan Yunsiyah, Ghassaniyah, Thaubianiyah, Tuminiyah dan Muralsiyah. Adapun golongan Najjariyah pada zaman Baghdadi mereka berada di Rayy, mereka terdiri daripada sepuluh golongan leblh;mereka ini kembali kepada asal tiga golongan iaitu Burghuniyah, Za’faraniyah dan Mustadrikah. Adapun golongan Bakriyah dan Dirariyah, tiap-tiap satunya adalah satu golongan tersendiri yang tidak mempunyai pengikut yang ramai, demikianjuga golongan Jahmiyah satu golongan tersendiri, dan golongan Karramiyah berada di Khurasan, terdiri daripada tiga golongan iaitu Haqqaqiyah, Tarayiqiyah dan Ishaqiyah, tetapi tiga golongan ini tiap satunya tidak mengkafirkan yang lainnya.

Selepas menyenaraikan firqah-firqah itu, al-Baghdadi rahirnahu’Llahu Ta’ala menyatakan30 bahawa itulah firqah-firqah yang disenaraikannya yang terdiri daripada tujuh puluh dua firqah, dua puluh daripadanya dari kalangan Rawafid, dua puluh dari kalangan Khawarij, dua puluh lagi dari kalangan Qadariyah, sepuluh dari kalangan Murji’ah dan tiga dari kalangan Najjariyah, Bakriyah, Dirariyah, Jahmiyah dan Karramiyah.

Inilah yang dikatakan tujuh puluh dua firqah itu. Lepas itu beliau menyebutkan golongan yang ketujuh puluh tiga katanya itulah golongan Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah yang terdiri daiipada dua golongan besar di kalangan mereka iaitu golongan yang banyak berpegang kepada pendapat (al-ra’y) (selain daripada mereka berpegang kepada Quran dan Sunnah), dan mereka yang berpegang kepada Hadith (iaitu mereka lebih banyak bersandar kepada hadith daripada menggunakan fikiran di dalam memutuskan sesuatu). Beliau menyatakan bahawa golongan fuqaha’ mereka itu, juga golongan qurra’nya, ahli-ahli hadithnya, golongan ilmu kalamnya, di kalangan ahli-ahli hadith dari kalangan mereka bermuafakat di atas pegangan yang satu tentang mentauhidkan Tuhan yang menjadikan alam ini, serta sifat-sifatnya, keadilannya, hikmatnya, nama-namanya, dan sifat-sifatnya, juga mereka bermuafakat di dalam bab-bab nubuwwah, juga bab Imamah, mereka juga bermuafakat tentang hukum-hukum di alam akhirat, dan lain-lain lagi yang terdiri daripada masalah-masalah usulu’d-din atau pun perkara-perkara asas dalam agama. Mereka ini hanya berikhtilaf dalam masalah halal haram daripada perkara-perkara furu’ atau cawangan dalam hukum, dan tidak ada dalam perkara-perkara yang mereka ikhtilafkan itu yang membawa kepada kesesatan atau kefasikan. Mereka itulah yang merupakan firqah yang selamat (al-firqah al-najiyah) yang bersepakat dalam berikrar tentang keesaan Tuhan yang menjadikan QidamNya dan Qidam sifat-sifatnya yang Azaliyah dan harus memandangnya dengan tidak ada tashbih dan ta’til;juga mereka bersepakat tentang berikrar beriman terhadap kitab-kitab Allah, para RasuINya dan percaya mereka itu diperkuatkan dan ditolongkan dengan Shari’at Islamiyah, dan mereka itu mengharuskan apa yang diharuskan oleh Quran dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh Qur’an serta pula dengan kawalan-kawalan daripada apa yang sah datangnya daripada Sunnah Nabi Muhammad S.A.W., mereka juga bersepakat dalam beriman kepada kebangkitan dan perhimpunan hari akhirat, soalan Munkar dan Nakir, tentang Kolam Nabi S.A.W., tentang Neraca Timbangan Amal. Maka sesiapa yang beriman dengan ini semua dan tidak mencampurkannya dengan sesuatu daripada bid’ah-bid’ah Khawarij, Rawafid dan Qadariyah serta lain-lain dari kalangan mereka yang mengikuti hawa nafsu mereka sendiri maka tergolonglah ia ke dalam golongan yang selamat, kalaulah takdimya habis umumya dalam keadaan demikian itu. Termasuk ke dalam golongan yang selamat ini ialah jumhur ummat Islam dan golongan terbanyaknya (al-sawad al-a’zam) yang terdiri daripada para pengikut Imam-imam Malik, Shafie, Abu Hanifah Auza’i, Thauri dan Daud Zahiri. Dalam Bughyatu’I-Mustarshidin 32 disebutkan bahawa yang dikatakan tujuh puluh dua golongan yang sesat itu ialah mereka yang terdiri daripada tujuh golongan. Pertama, kaum Syiah yang terlalu melebihi dan memuja’Ali dan keluarganya; mereka sampai tidak mengakui khalifah-khalifah Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Uthman. Mereka ini berpecah menjadi dua puluh dua golongan. Kedua, golongan Khawarij yang terlalu berlebihan dalam membenci Sayyidina ‘Ali radiya’Llahu ‘anhu. Antara mereka ada yang mengkafirkan beliau. Pada pandangan mereka, orang-orang yang melakukan dosa besar menjadi kafin Mereka ini kemudiannya berpecah menjadi dua puluh golongan. Ketiga, kaum Mu’tazilah yang mempunyai fahaman bahawa Allah tidak mempunyai sifat-sifatnya, dan bahawa manusia melakukan amalnya sendiri dengan bebas merdeka, dan bahawa Tuhan tidak boleh dilihat dalam syurga, dan bahawa orang-orang yang melakukan dosa besar diletakkan antara syurga dan neraka; mereka juga beranggapan bahawa Mi’raj Nabi S.A.W. adalah dengan roh sahaja. Kemudiannya mereka ini berpecah menjadi dua puluh golongan. Keempatnya ialah kaum Murji’ah yang mempunyai pegangan bahawa sesiapa yang melakukan dosa, maka itu tidak mendatangkan mudharat bila ia sudah beriman, sebagaimana katanya bila seseorang itu kafir maka kebajikan yang bagaimanapun dilakukan tidak memberi manfaat juga. Mereka ini kemudiannya berpecah kepada lima golongan. Kelimanya ialah golongan Najjariyah yang mempunyai pegangan bahawa perbuatan manusia dijadikan oleh Tuhan dan Tuhan tidak mempunyai sifatsifat. Mereka berpecah kepada tiga aliran. Keenamnya ialah kaum Jabbariyah yang mempunyai keyakinan bahawa manusia tidak terdaya apa-apa; usaha atau ikhtiar manusia tidak ada sama sekali. Mereka terdiri daripada satu golongan sahaja. Ketujuhnya ialah kaum Musyabbihah, iaitu kaum yang mempunyai pegangan bahawa Tuhan mempunyai sifat-sifat sebagaimana yang ada pada manusia, umpamanya Tuhan ada tangan, ada kaki, duduk atas ‘Arsy, naik tangga dan turun tangga dan sebagainya. Mereka terdiri dari satu golongan sahaja. Dengan itu maka jumlah mereka semua adalah tujuh puluh dua golongan. Golongan yang selamat ialah golongan yang satu sahaja iaitu golongan Ahli’sSunnah wal-Jama’ah. Sebagai reaksi daripada apa yang timbul itu yang membawa kepada timbulnya berbagai firqah itu, maka timbullah golongan Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah yang diketuai oleh dua orang ulama’ besar dalam Usulu’d-din iaitu Syaikh Abu’l Hasan al-Ash’ari radiya’Llahu ‘anhu dan Syaikh Abu Mansur al-Maturidi radiya’Llahu ‘anhu. Dari segi ‘aqidah seseorang itu boleh dipanggil Sunni sahaja, yang menunjukkan bahawa ianya adalah tergolong ke dalam golongan Ahli’s-Sunnah; ataupun ia boleh dipanggilkan Asy’ari atau Asya’irah. Abu-Hasan al-Asy’ari lahir di Basrah tahun 260 Hijrah dan meninggal dunia di Basrah tahun 324 Hijrah. Mula-mulanya beliau berpegang kepada fahaman Mu’tazilah sebagaimana diajarkan oleh gurunya al-Jubba’i. Kemudian beliau meninggalkan aliran itu setelah mendapat hidayat daripada Allah. Antara kitab-kitab yang dihasilkannya ialah al-Ibanah fi Usuli’d-Diyanah, Maqalat al-Islamiyyin dan al-Mujaz. Antara para ulama besar yang menyebarkan aliran al-Asy’ari ini ialah Imam Abu Bakar al-Qaffal (men. 365 Hijrah), Abu Ishaq al-Isfara’ylni (men. 411 Hijrah), Imam Hafiz al-Baihaqi (wafat 458 Hijrah), Imam al-Haramain, al-Juwaini, guru pada Imam al-Ghazali (wafat 460 Hijrah), Imam al-Qusyairi (wafat 465 Hijrah), Imam a]-Baqillani, dengan kitab at-Tamhidnya yang terkenal (wafat 403 Hijrah), Imam al-Ghazali (wafat 505 Hijrah), Imam Fakhruz-Razi (meninggal 606 Hijrah), Imam ‘Izzud-Din ibn ‘Abdiss-Salam (men. 606 Hijrah) yang semuanya pendokong aliran Ahli’s-Sunnah sebagaimana yang dihuraikan oleh Imam Abdul Hasan al-Asy’ari. Dalam masa-masa kemudian para ulama’yang mendokong faham al-Asy’ari ini ialah antaranya seperti Syaikhul-Islam Syaikh Abdullah asy-Syarqawi (men. 1227 Hijrah), Syaikh Ibrahim al-Bajuri (men. 1272 Hijrah), Syaikh Nawawi a]-Bantani (men. 1315 Hijrah) dengan kitab tauhidnya Tljanu’d-Darari, FathulMajid, antara lainnya Syaikh Zainul ‘Abidin bin Muhammad al-Fatani dengan ‘Aqidatun-Najin, Syaikh Husain al-Tarabalasi dengan al-Husun alHamidiyahnya yang terkenal itu.33 Imam Abu Mansur al-Maturidi radiya’Llahu ‘anhu juga dianggap sebagal pengasas usulu’d-din di kalangan Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah, dan namanya biasa disebut-sebut bersekali dengan nama Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari. Beliau dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand, Asia Tengah dan meninggal di sana juga pada tahun 333 Hijrah, sepuluh tahun setelah meninggalnya Imam Abu Hasan al-Asy’ari. Beliau mempertahankan pegangan Ahli’s-Sunnah dalam menghadapi pelbagai fahaman yang batil pada zamannya sebagaimana juga keadaannya dengan Imam Abul Hasan al-Asy’ari. Oleh kerana jasanya dalam mengemukakan pandangan Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah sebagaimana yang disebutkan dalam Syarah Ihya’ oleh Murtada az-Zabidi, bila dikatakan Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah, maka yang dimaksudkan ialah aliran yan diajarkan oleh Imam Abul Hasan al-Asy’ari dan Abu Mansur al Maturidi.34

Bab III

Siapakah yang digolongkan ke dalam firqah Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah itu? Antara mereka yang dinyatakan tennasuk ke dalam firqah Ahli’s-Sunnah itu ialah sebagaimana yang dicatitkan oleh al-Baghdadi dalam al-Farq baina’l Firaq nya.’3 Dinyatakan bahawa mereka itu terdiri daripada lapan golongan. Pertamanya mereka yang mempunyai dan berkeyakinan tentang bab-bab mengesakan Allah, nubuwwah, hukum-hukum wa’d Oanjl memberi balasan baik kepada mereka yang melakukan kebaikan) dan wa’id (iaitu janji memberi balasan jahat kepada mereka yang melakukan kejahatan jika tidak diampunkan), pahala, balasan azab, syarat-syarat ijtihad dan imamah, serta mereka menjalani jalan agama yang demikian ini.

Mereka ini termasuk daripada golongan mutakallimin yang bebas daripada tashbih dan ta’til daripada perkara-perkara bid’ah Rawafid, Khawarij, Jahmiyah, Najjariyah dan lain-lain golongan sesat yang mengikuti hawa nafsu. Keduanya mereka yang terdiri daripada imam-imam dalam ilmu fiqh yang terdiri daripada dua golongan pula, laitu mereka yang berpegang kepada hadith (dan tidak begitu berpegang kepada fikiran, ra’y) dan yang berpegang kepada hadith (selepas daripada berpegang kepada Qur’an); mereka ini terdiri daripada golongan yang beri’tikad tentang dasar-dasar agama (usulu’d-din) mazhab yang percaya kepada sifat-sifat Allah, ZatNya dan mereka yang bersih daripada pegangan Qadariyah dan Mu’tazilah.

Mereka percaya kepada harusnya memandang Wajah Allah di akhirat dengan pandangan mata tanpa tashbih dan ta’til, serta mereka mempercayai bangkit dari kubur serta soalan Munkar dan Nakir di dalamnya, juga percaya kepada Kolam Nabi, Sirat, Shafa’at dan keampunan dosa dan mereka tidak mensyirikkan Allah. Mereka percaya kepada kekalnya ni’mat syurga kepada ahlinya dan kekalnya azab neraka kkepada ahlinya. Na,udhi billahi min dhalik. Mereka percaya kepada Imamah Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthinan dan ‘Ali serta mereka memuji golongan salaf as-Salih dengan pujian yang baik dan mereka berpegang kepada wajibnya sembahyang juma’at di belakang para imam Jumu’at bersih diri mereka daripada bid’ah ahli hawa nafsu yang mengikut keinginan mereka dalam Pegangan itu.

Mereka ini juga berpegang kepa da wajibnya istinbat hukum hukum Syari’at daripada Qur’an dan Sunnah dan ijma’ para Sahabat, serta mereka memegang kepada ajaran harus menyapu kasut panjang (dalam wudhu’) dan berlakunya tiga talak, dan juga mereka mengharamkan mut’ah serta berpegang kepada wajibnya taatnya kepada Sultan di dalam perkara yan bukan ma’siat terhadap Allah. Termasuk ke dalam golongan ini ialah para pengikut imam-imam Malik, Syafi’i, Auza’i, al-Thauri Abu Hanifah, Ibn Abi Laila juga para pengikut Abi Thaur, Ahmad b. Hanbal dan ahli zahir dan lain-lain ulama fiqh yang berpegang kepada Perkara-perkara yang boleh dicapai dengan akal dan berpegang kepada asal usul sifat Allah serta tidak mencampurkan fiqhnya dengan suatu daripada bid’ah-bid’ah sesat daripada mereka yang mengikut hawa nafsu yang sesat.

Golongan Ahlis-Sunah Yang ketiga ialah mereka yang mempunyai ilmu yang cukup tentang jalan-jalan riwayat hadith-hadith Nabi S.A.W. serta sunnah-sunnah yang datang daripada Baginda S.A.W. serta mereka boleh membezakan antara riwayat-riwayat yang sahih, yang ‘sakit’, dan mereka tahu tentang sebab-sebab ‘cedera’nya para periwayat, dan ‘adil’nya mereka (dan oleh itu riwayat mereka boleh diterima) dan mereka tidak mencampuradukkan ilmu mereka itu dengan sesuatu daripada ahli hawa nafsu yang sesat.

Golongan yang keempat ialah mereka yang mempunyai ilmu mencukupi tentang sastera dan nahu serta tasrif serta mereka Yang mengikuti perjalanan imam-imam dalam ilmu bahasa seperti al-Khali’l, Abu ‘Amru bin al-‘Ala, Sibawaih, al-Farra’, al-Akhfash, al-Asma’i, al-Mazini dan Abi ‘Ubaid, dan lain-lain imam dalam nahu yang terdiri daripada golongan orang-orang Kufah dan Basrah Yang tidak mencampuradukkan ilmu mereka dengan bid’ah-bid’ah sesat daripada kaum-kaum sesat itu, seperti kaum Qadariyah, Rafidah atau Khawarij. Sesiapa daripada mereka yang cenderung kepada sesuatu daripada aliran bid’ah sesat kaum sesat itu, maka mereka tidak termasuk ke dalam golongan Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah dan pendapatnya dalam lughat dan nahu tidak menjadi hujjah lagi.

Golongan yang kelima ialah mereka yang mempunyai ilmu yang mencukupi berkenaan dengan segi-segi pembacaan Qur’an (qira’at) serta segi-segi tafsir ayat-ayat Qur’an dan ta’wil-ta’wilnya yang sesuai dengan mazhab Ahli’s Sunnah wal-Jama’ah, dan bukan ta’wil-ta’wil mengikut ahli-ahli aliran-aliran yang sesat itu.

Golongan yang keenam ialah golongan ahli-ahli zuhud dan sufiyah (al-zuhhad al-sufiyah) yang mempunyai pandangan yang tajam, serta mereka mengawal diri daripada apa yang tidak sepatutnya, dan mereka menguji diri dan mendapat pengalaman dalam bidang rohaniah (absaru fa aqsaru wa’khtabaru) serta mereka mengambil i’tibar sebaiknya dan mereka redha dengan apa yang ditakdirkan oleh Allah. Mereka rasa memadai dengan rezeki yang sedikit (yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka), dan mereka ini tahu bahawasanya pendengaran, pemandangan dan fu’ad atau hati, itu semuanya akan ditanya tentang kebaikan dan kejahatan yang dilakukan. Mereka itu menghisab diri mereka di atas amalan yang dilakukan walau sebesar zarrah, dan mereka mempersiapkan bagi diri mereka persiapan yang sebaiknya bagi hari yang penghabisan itu iaitu Akhirat. Mereka menghuraikan ilmu mereka dengan menggunakan jalan ‘ibarat dan isyarat mengikut perjalanan ahli-ahli ilmu hadith, bukan mengikut mereka yang mengeluarkan kata-kata kosong dan tidak melakukan apa yang baik kerana ria’ dan mereka tidak meninggalkan apa yang baik itu kerana malu kepada sesiapa. Agama golongan sufiyah ini adalah agama tauhid yang menolak tashbih dan mazhab mereka ialah menyerah diri tunduk (tafivid) kepada Allah, bertawakkal kepadanya serta tunduk taslim bagi perintahnya serta merasai memadai dengan apa yang direzekikan olehnya serta berpaling daripada menentang apa yang ditentukan Allah. Mereka itu adalah sebagaimana yang digambarkan dalam Qur’an.

Maksudnya: “Itulah pemberian daripada Allah yang dikurniakan kepada sesiapa vang dikehendakinya dan Allah mempunyai pemberian yang amat besar’. Golongan yang ketujuh ialah mereka yang bersiap sedia menjaga kubu-kubu Muslimin (di sempadan Negeri Islam) dalam menghadapi orang-orang kafir, berjuang melawan seteru Muslimin dan mereka menjaga kawasan Muslimin dan juga memberi perlindungan kepada para wanita maeremkuasiltiumminaz dan rumah tangga mereka serta menzahirkan pada kubu-kubu mereka itu mazhab Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah. Dalam hubungan dengan mereka inilah Allah turunkan firmannya:

Maksudnya: “Dan mereka yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami”. Mudah-mudahan Allah kurniakan kepada mereka itu taufik dengan pemberian dan kemurahannya.

Golongan kelapan ialah negeri-negeri yang mendokong mazhab Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah, bukannya mendokong tempat-tempat yang merupakan syi’ar-syi’ar bagi golongan-golongan yang sesat dan mengikut hawa nafsu. Yang dimaksudkan dengan golongan ini ialah golongan orang ramai di mana-mana yang beri’tikad tentang benarnya ulama’ Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah yang berpegang kepada bab-bab keadilan Tuhan dan TauhidNya, wa’d, wa’id, dan mereka merujuk kepada ulama’ Ahli’s-Sunnah dalam bimbingan ajaran-ajaran agama mereka serta mereka mengikuti Para ulama’ dalam perkara-perkara furu’ berkenaan dengan halal dan haram. Mereka tidak beri’tikad suatupun daripada perkara yang ada dalam pegangan golongan-golongan ahli kesesatan itu.

Inilah golongan-golongan yang berada dalam kalangan Ahli’s-Sunnah wal-Jama ah. Merekalah pemegang agama yang benar dan mereka berada di atas Sirat al-Mustaqim. Moga-moga Allah tetapkan mereka di atas kalimah yang hak dan tetap di atas dunia ini dan akhirat. Allahumma amin. Inilah yang dikatakan golongan Ahli’s-Sunnah yang dicatitkan daripada huraian ‘Abdul-Qahir al-Baghdadi yang merupakan sesuatu yang sudah jelas selepas perjalanan sejarah Islam selama empat abad lebih lamanya (Al-Baghdadi meninggal pada tahun 429 Hijrah/1037 Masehi). Gambarannya adalah sesuatu yang merupakan ‘crystallization’ daripada pegangan insan dan sejarahnya yang boleh rnenjadi sebagai indeks bagi kita memahami persoalan ini. Dengan berdasarkan kepada neraca yang diberikan oleh al-Baghdadi ini, kita boleb menentukan kedudukan Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah dan mereka Yang berpegang kepadanya, dalam keadaan menghadapi berbagai aliran faham Timur dan Barat yang datang dari dalam masyarakat Islam sendiri dan juga dari luarnya. Bagaimanapun ini bukanlah tujuan utama perbincangan ini.

Dalam membela kebenaran Ahli’s-Sunnah dan keselamatan kedudukan mereka sebagaimana yang dijanjikan dalam hadith-hadith Nabi S.A.W., al-Baghdadi dengan penuh keyakinan nampaknya menyatakan bahawa: “Dan kami tidak mendapati sehingga hari ini dari kalangan firqah-firqah ummat ini siapakah di kalangan mereka itu yang bersepakat dengan perjalanan para Sahabat radiya’Llahu ‘anhum melainkan golongan Ahli’sSunnah wal-Jama’ah dari kalangan para fuqaha’ ummat ini dan para mutakallimin mereka itu yang berpegang kepada Sifat-sifat Allah lain daripada golongan Rafidah, Qadariyah, Khawarij, Jahmiyah, Najjariyah, Mushabbihah, Ghulat dan Hululiyah”. Lepas itu beliau menyebut satu persatu di mana tidak selamatnya pendirian-pendirian golongan lain seperti golongan Qadariyah, Khawarij dan seterusnya.

Kemudian beliau menghuraikan dasar-dasar yang disepakati di kalangan Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah.39 Dasar pertamanya, tentang mengithbatkan hakikat-hakikat dan ilmu-llmu. Katanya bahawa para Ahli’s-Sunnah berijma’ tentang thabitnya ilmu-ilmu sebagai pengertian-pengertian yang ada pada para ulama’ dan mereka mengatakan tentang peri sesatnya mereka yang menafikan ilmu pengetahuan dan sifat-sifat yang ada pada benda dengan mereka menganggap jahilnya golongan Sophists yang menafikan ilmu dan hakikat sesuatu semuanya. Dianggapnya mereka itu sebagai golongan yang mengingkari apa yang mereka telah mengetahuinya dengan secara daruri. Demikian juga dengan golongan Sophists (Sufasta’iyah) yang syak tentang wujudnya hakikat-hakikat. Demikian juga golongan daripada mereka itu yang berpegang kepada ajaran bahawa hakikat segala sesuatu mengikut anggapan dan mereka menganggapkan sah semua i’tikad-i’tikad walaupun semuanya saling canggah bercanggah dan nafi menafikan. Semua tiga golongan ini kafir dan engkar serta degil untuk menerima apa yang diwajibkan akal secara dharuri. Bagi Ahli’s-Sunnah, ilmu manusia dan ilmu haiwan-haiwan lain terdiri daripada tiga jenis ilmu. Pertamanya ilmu yang badihi iaitu secara tersendiri tanpa difikirkan.

Keduanya ilmu yang bersifat hissi iaitu melalui pengalaman pancaindera dan ketiganya ilmu istidlali iaitu yang datang dengan manusia mengambil dalil dengan menggunakan akalnya. Mereka menyatakan bahawa sesiapa yang menolak ilmu-ilmu yang badihi ataupun ilmu yang hissiyah yang datang melalui pengalaman pancaindera yang lima, itu adalah orang yang degil. Adapun orang yang tidak menerima ilmu-ilmu yang bersifat nazariah dan yang datang dengan pemikiran dengan mengambil dalil, ia perlu diteliti. Kalau ianya terdiri daripada orang yang menolak dan mengingkari pemahaman dengan akal tentang ilmu-ilmu yang boleh difahami dengan akal langsung, maka ia adalah kafir mulhid, hukumnya adalah seperti hukum Dahriyah (atau fahaman yang tidak percaya kepada Tuhan dan mengithbatkan wujud alam benda sahaja) kerana pegangan mereka bahawa alam ini abadi, dan menafikan Tuhan yang menjadikan tambahan lagi dengan pegangan mereka membatalkan semua agama-agama. Adapun seseorang yang berpegang kepada kefahaman akal dalam perkaraperkara yang boleh difahamkan dengan akal, dan ia tidak menerima qiyas dalam masalah furu’ hukum Syariat, seperti ahli mazhab Zahiriyah, maka ia tidak menjadi kafir dengan ia mengingkari qiyas secara syar’i itu.

Golongan Ahli’s-Sunnah menerima pancaindera sebagai punca-punca pengetahuan yang diakui dan pengesanan pancaindera adalah diterima. Golongan Ahli’s-Sunnah menyatakan juga bahawa khabar mutawatir adalah satu jalan ilmu yang dharuri dan benda yang datang melalui punca itu adalah sahih, misalnya tentang sahnya ada negeri yang belum dikunjungi oleh seseorang itu, tetapi ia dengar berita mutawatir tentangnya. Itu adalah sebagaimana ilmu kita tentang adanya para anbiya’ dan raja-raja sebelum zaman kita. Adapun tentang benarnya pengakuan para anbiya’tentang pangkat kenabian mereka maka itu diketahui oleh kita dengan hujah-hujah ilmu secara nazariah.

Golongan Ahli’s-Sunnah menyatakan bahawa hadith yang melazimkan kita beramal dengannya adalah tiga jenis: mutawatir, ahad dan yang menengah antara keduanya. Khabar mutawatir yang mustahil ianya direka-rekakan adalah berkedudukan sebagai ilmu yang dharuri dan contohnya ialah seperti berita tentang negeri-negeri yang belum kita kunjungi,dan ilmu yang kita tahu tentang raja-raja dan nabl-nabl serta generasi-generasi sebelum kita. Dengan itulah seseorang mengetahui kedua ibubapanya dan dengan keduanya ia dinisbahkan. Adapun khabar ahad maka bila sah isnadnya dan matannya bukan menasabah dan bukan mustahil pada akal, maka ianya wajib diamalkan; ianya berkedudukan sebagal kesaksian orang yang adil di sisi hakim bahawa wajib ia memutuskan hukum dengannya pada zahir walaupun ia tidak mengetahui tentang benamya iaitu dalam kesaksian. Dan dengan khabar jenis inilah maka para fuqaha’ menthabitkan kebanyakan daripada furu’ hukum-hukum Syariah dalam ibadat, mu’amalat, dan lain-lain bab haial haram. Dan golongan Ahli’sSunnah menganggapkan sesat mereka yang menggugurkan wajib beramal dengan khabar ahad dari kalangan Rafidah, Khawarij dan lain-lain golongan sesat.

Adapun khabar mustafid yang duduk di tengah-tengah antara yang mutawatir dan yang ahad, maka ianya seperti mutawatir dalam wajibnya berilmu dengannya dan beramal dengannya; tetapi ia berlainan pula daripada yang mutawatir kerana ilmu yang datang darinya adalah ilmu yang muktasab yang nazari, adapun ilmu yang datang dari yang mutawatir adalah dikirakan dharuri ti ‘dak muktasab. Dan khabar jenis ini ada bahagian-bahagiannya pula. Termasuk ke dalam jenisnya ialah khabar-khabar tentang para anbiya’. Termasuk ke dalam jenis ini juga khabar yang tersebar di kalangan manusia yang tidak sahih mereka itu melakukan pembohongan, bila sesuatu berita dikhabarkan di kalangan mereka. Bila seseorang di kalangan mereka tidak mengatakan ianya bohong, maka kita ketahui bahawa orang itu berkata benar. Dengan khabar cara inilah kita ketahui tentang mu’jizat-mu’jizat Nabi kita S.A.W. tentang terbelahnya bulan, bertasbihnya anak batu dalam tangannya, menangisnya pelepah tamar dan sebagainya. Demikian juga khabar-khabar mustafidah antara imam-imam hadith dan fiqh yang mereka ijma’ bahawa ianya adalah sahih seperti hadith-hadith tentang Syafa’at, Hisab, Haud, Sirat, Mizan, azab kubur, soal Munkar dan Nakir. Demikian juga khabar mustafidah dalam banyak daripada hukum-hukum fiqh seperti nisab zakat, had bagi yang minum arak, hadith-hadith tentang menyapu khuf, tentang rejam, dan yang sepertinya, daripada apa yang diijma’kan oleh fuqaha’.

Maka golongan Ahli’s-Sunnah menganggap sesat mereka yang tidak memahami seperti mereka dalam hal-hal itu seperti kaum-kaum sesat yang mengikut hawa nafsu mereka. Contohnya ialah kesesatan kaum Khawarij yang menolak rejam, dan sesatnya kaum Najdiah yang mengingkari had kerana meminum arak dan mengingkari harusnya menyapu khuf; dan menjadi kafir mereka yang mengingkari memandang Allah di Akhirat dan yang mengingkari Haud, Syafaat dan azab kubur.

Demikian juga Ahli’s-Sunnah menganggap sesat kaum Khawarij yang memotong tangan pencuri yang mencuri sedikit atau banyak daripada tempat simpanan atau tidak, sebagaimana mereka menyesatkan golongan yang menolak khabar mustafid demikian juga mereka menganggapkan sesat golongan yang menthabitkan mansukhnya hukum khabar yang sepakat tentangnya fuqaha’ golongan Ra’y dan Hadith sebagaimana juga mereka menganggapkan sesat Rafidah yang mengharuskan kahwin mut’ah walhal keharusannya sudah dimansukhkan.

Golongan Ahli’s-Sunnah bersepakat bahawa Allah Ta’ala mewajibkan ke atas para hambanya supaya mencapai ma’rifat terhadapnya, dan juga mewajibkan ke atas mereka ma’rifat terhadap rasuinya, kitabnya, serta beramal dengan apa yang ditunjukkan oleh Kitab dan Sunnah. Juga golongan Ahli’s-Sunnah menganggapkan kafir sesiapa yang menegaskan – dari kalangan Qadariyah dan Rafidah – bahawa Allah tidak mewajibkan ma’rifat terhadapnya, sebagaimana yang dipegangi oleh Thumamah dan alJahiz, dan satu golongan daripada Rafidah. Mereka bersepakat bahawa tiaptiap ilmu kasbi dan nazari harus Allah menjadikan kita mesti mengetahui tentangnya. Dan mereka menganggapkan kafir sesiapa yang menegaskan dari kalangan Mu’tazilah, bahawa ma’rifat terhadap Allah di Akhirat adalah dihasilkan, muktasabah, dengan tidak termesti kepada ma’rifatnya.

Golongan Ahli’s-Sunnah bersepakat bahawa punca-punca hukum-hukum Syar’iyah adalah al-Quran, Sunnah, dan ljma’ golongan Salaf. Mereka menganggapkan kafir orang yang menegaskan, dari kalangan Rafidah, bahawa pada hari ini – kalau pada zaman al-Baghdadi, abad kelima Hijrah – tidak ada hujah dalam Qur’an dan Sunnah kerana mereka mendakwakan bahawa para sahabat ada mengubahkan sebahagian daripada al-Quran dan melakukan tahrif terhadap sebahagian daripadanya.

mengikut hawa nafsu mereka. Contohnya ialah kesesatan kaum Khawarij yang menolak rejam, dan sesatnya kaum Najdiah yang mengingkari had kerana meminum arak dan mengingkari harusnya menyapu khuf; dan menjadi kafir mereka yang mengingkari memandang Allah di Akhirat dan yang mengingkari Haud, Syafaat dan azab kubur. Demikian juga Ahli’s-Sunnah menganggap sesat kaum Khawarij yang memotong tangan pencuri yang mencun’ sedikit atau banyak daripada tempat simpanan atau tidak, sebagaimana mereka menyesatkan golongan yang menolak khabar mustafid demikian juga mereka menganggapkan sesat golongan yang menthabitkan mansukhnya hukum khabar yang sepakat tentangnya fuqaha’ golongan Ra’y dan Hadith sebagaimana juga mereka menganggapkan sesat Rafidah yang mengharuskan kahwin mut’ah walhal keharusannya sudah dimansukhkan.

Golongan Ahli’s-Sunnah bersepakat bahawa Allah Ta’ala mewajibkan ke atas para hambanya supaya mencapai ma’rifat terhadapnya, dan juga mewaj ibkan ke atas mereka ma’rifat terhadap rasuINya, kitabnya, serta beramal dengan apa yang ditunjukkan oleh Kitab dan Sunnah. Juga golongan Ahli’s-Sunnah menganggapkan kafir sesiapa yang menegaskan – dari kalangan Qadariyah dan Rafidah – bahawa Allah tidak mewajibkan ma’rifat terhadapnya, sebagaimana yang dipegangi oleh Thumamah dan al-Jahiz, dan satu golongan daripada Rafidah. Mereka bersepakat bahawa tiap-tiap ilmu kasbi dan nazari harus Allah menjadikan kita mesti mengetahui tentangnya. Dan mereka menganggapkan kafir sesiapa yang menegaskan dari kalangan Mu’tazilah, bahawa ma’rifat terhadap Allah di Akhirat adalah dihasilkan, muktasabah, dengan tidak termesti kepada ma’rifatnya. Golongan Ahli’s-Sunnah bersepakat bahawa punca-punea hukum-hukum Syar’iyah adalah al-Quran, Sunnah, dan ljma’ golongan Salaf. Mereka menganggapkan kafir orang yang menegaskan, dari kalangan Rafidah, bahawa pada hari ini – kalau pada zaman al-Baghdadi, abad kelima Hijrah – tidak ada hujjah dalam Qur’an dan Sunnah kerana mereka mendakwakan bahawa para sahabat ada mengubahkan sebahagian daripada al-Quran dan melakukan tahrif terhadap sebahagian daripadanya. (golongan Ahli’s-Sunnah menganggapkan kafir golongan Khawarij yang menolak seluruh kitab sunan yang diriwayatkan oleh periwayat-periwayat hadith kerana pada pandangan mereka periwayat-periwayat hadith itu kafir. Mereka juga menganggapkan kafir al-Nazzam yang mengingkari hujjah ijma’ dan hujjah daripada riwayat mutawatir. Mereka juga menghukum kafir bag] orang yang berpendapat mungkin seluruh ummat Islam berljma’ dalam kesesatan (ijtima’al-ummah ‘ala al-dalalah), juga kerana ia berpendapat harus mereka yang terlibat dalam riwayat yang mutawatir itu bermuafakat mereka-rekakan sesuatu yang bohong. Inilah penerangan tentang apa yang disepakati oleh Ahli’s-Sunnah dalam hubungan dengan rukun yang pertama.40 – Dasar yang kedua ialah pegangan Ahii’s-Sunnah tentang barunya alam ini. Mereka telah ijma’kan bahawa alam itu adalah segala sesuatu yang selain daripada Allah, mereka ijma’kan bahawa sesuatu yang selain daripada Allah dan selain daripada sifat-sifatnya yang azali adalah makhiuk yang dijadikan serta diciptakan oleh Allah. Mereka juga bersepakat bahawa Tuhan yang menjadikan itu bukan makhluk, bukan yang diciptakan dan bukan daripada jenis alam ini dan bukan daripada jenis sesuatu daripada juzuk alam ini. Mereka bersepakat lagi bahawa bahaglan-bahagian daripada alam ini ada dua, jauhar dan ‘arad (pl. Jawahir dan a’arad), khilaf pendapat mereka yang menafikan a’arad. Mereka bersepakat bahawa setiap jauhar adalah juzuk yang tidak boleh berpecah lagi. Dan mereka menganggapkan kafir al-Nazzam dan ahli-ahli falsafah yang menganggap boleh berpecahnya tiap-tiap juzuk daripada juzuk-juzuk benda dengan tidak berkesudahan dan ini dikirakan berlawanan dengan ayat yang bermaksud: “Dan Dia (Allah) menghitung segala sesuatu satu persatu.” (Surah al-Jin;28) Golongan Ahli’s-Sunnah juga mengithbatkan para malaikat, jin dan syaitan sebagai makhluk-makhluk yang ada dalam alam ini, dan mereka menganggap kafir mereka yang menafikan demikian itu dari kalangan ahli falsafah dan golongan Batiniyah. Kemudian kenyataan ini disusuli dengan beberapa kenyataan tentang sesatnya golongan ahli falsafah dan Mu’tazilah dalam hubungan dengan alam benda dan konsep alam. Mereka menganggap kafir Abul-Hudhail yang berpegang kepada pegangan bahawa ni’mat syurga dan azab neraka itu terputus dan mereka menganggap kafir golongan Jahmiyah yang berpendapat syurga dan neraka itu tidak kekal. Dasar yang ketiga ialah berkenaan dengan Tuhan yang menciptakan alam serta Sifat-SifatNya. Pada Ahli’s-Sunnah, segala sesuatu yang baru itu mesti ada yang menjadikannya dan mengadakannya dan mereka berpegang kepada pegangan bahawa Tuhan yang menjadikan alam ini Dialah yang menjadikan jisim-jisim dan ‘arad-‘arad. Mereka menganggap kafir Mu’ammar dan para pengikutnya dari kalangan Qadariyah yang berpendapat bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu daripada ‘arad-‘arad. la hanya menjadikan jisim-jisim. Antaranya disebutkan bahawa golongan Ahli’s-Sunnah bersepakat bahawa Tuban tidak dikandung oleh tempat dan tidak berlalu atasnya masa, khilaf golongan yang mengatakan Tuhan menyentuh’Arsy, dan’golongan Syihamiyah dan Karramiyah. Ahli’s-Sunnah juga berijma’ menafikan adanya kecederaan, kesedihan, kesakitan dan kelazatan daripada Tuhan, serta gerak dan diam, khilaf pendapat golongan Hisyamiyah dari golongan Rafidah yang menganggap harus ada gerak pada Tuhan. Antaranya yang dinyatakan bahawa Ahli’s-Sunnah berijma’ bahawa Allah Maha Kaya tidak berkehendakkan kepada makhluknya, dan la Itidak mendapat manfaat daripada menjadikan makhluknya itu dan juga la tidak menolak kemudaratan daripada DiriNya dengan menjadikan makhluknya itu. Inilah khilaf pegangan Majusi yang mendakwa bahawa Allah menjadikan para malaikat bagi menolakkan kesakitan pada DiriNya yang datang daripada syaitan dan penolong-penolongnya. Ahli’s-Sunnah juga berijma’Tuhan yang menjadikan alam itu tunggal, khilaf pendapat yang mengatakan Tuhan itu dua yang sedia kala, satunya cahaya, Nur dan satu lagi ialah kegelapan Zulmah (Yazdan dan Ahriman di kalangan Majusi). Pegangan tentang keesaan Tuhan ini berlawanan dengan pegangan golongan Ghulat di kalangan Rafidah yang menyatakan bahawa Allah menyerahkan tadbiran alam kepada’Ali yang merupakan Khaliq yang kedua. Dasar keempat , berkenaan dengan sifat-sifat yang ada pada Zat Allah, Ahli’s Sunnah berpegang kepada pegangan bahawa sesungguhnya Ilmu Allah, QudratNya, HayatNya, IradatNya, Sama’Nya dan BasarNya, serta KalamNya adalah sifat-sifatnya yang azali serta abadi. Golongan Mu’tazilah menyatakan bahawa tidak ada Qudrat, Ilmu, Hayat bagi Allah Ta’ala dan la tidak dapat dilihat di Akhirat. Ahli’s-Sunnah berijma’bahawa Qudrat Allah yang berlaku di atas segala yang ditakdirkan itu semuanya sebagai satu qudrat yang dengannya ditakdirkan semua yang ditakdirkannya itu. Ini disusuli dengan kesesatan-kesesatan Mu’tazilah dalam hubungan dengan hal ini. Antaranya dinyatakan bahawa Ahli’s-Sunnah berijma’ bahawa Ilmu Allah adalah satu yang dengannya itu la mengetahui segala maklumat secara satu persatu. Satu golongan daripada Rafidah mengatakan bahawa Allah tidak mengetahui sesuatu sebelum adanya dan Zurarah bin Kyun dan para pengikutnya di kalangan Rafidah menyatakan bahawa Ilmu Allah, QudratNya, HayatNya, dan lain-lain sifat yang baru bahawasanya ia tidak Hidup, Berkuasa dan Mengetahui melainkan sehingga la menjadikan bagi DiriNya Hayat, Qudrat,Ilmu, Iradat, Sama’, Basar. Golongan Ahli’-Sunnah berijma’ bahawa Sifat Sama’ dan Basar Tuhan meliputi segala yang didengar dan segala yang dilihat dan Tuhan sentiasalah melihat bagi DiriNya dan Mendengar bagi Kalam DiriNya. Ini diikuti dengan khilaf Mu’tazilah. Golongan Ahli’s-Sunnah berijma’ bahawa Allah boleh dilihat oleh orang-orang yang beriman di Akhirat. Ini adalah berlawanan dengan pendapat Qadariyah dan Jahmiyah yang menganggap bahawa mustahil Allah boleh dilihat di Akhirat. Antaranya dinyatakan bahawa Ahli’s-Sunnah berijma’ bahawa Iradat Allah adalah Masyi’ah atau KehendakNya; dan mereka ijma’kan bahawa KehendakNya lulus dalam apa yang dikehendakinya mengikut IlmuNya. Ini disusuli dengan golongan yang menyalahinya, juga disusuli dengan kenyataan tentang sifat-sifat lain, seperti hayat, tanpa Roh, Sifat Kalam dan khilaf golongan yang berpendirian berlainan. Dasar yang kelima tentang nama-nama Allah yang diambil daripada Qur’an dan Sunnah yang sahih. Dasar keenam tentang keadilan Allah. Dinyatakan pendirian Ahli’s-Sunnah, kemudian diikuti dengan khilaf golongan yang b6rlainan pegangan daripadanya. Dasar ketujuh tentang nubuwwah dan ri salah, perbezaan antara nabi dan rasul; karamat, kedudukan para malaikat dengan para anbiya’disusuli dengan khilaf kaum-kaum yang menyalahi pegangan Ahli’s-Sunnah. Dasar kelapan berkenaan dengan mu’jizat dan karamat; mu’jizat yang dihubungkan dengan nubuwwah, karamat dihubungkan dengan aullya’ diikuti dengan khilaf mereka yang menyalahi pegangan Ahli’s-Sunnah. Dasar kesembilan berkenaan dengan rukun-rukun Islam daripada syahadah sampailah kepada rukun menunaikan haji. Diikuti dengan pegangan kaum-kaum yang berlawanan dengannya. Dasar kesepuluh berkenaan dengan suruhan dan tegahan dan hukum lima; wajib, mahzur, masnun, makruh, mubah. Diikuti dengan pegangan kaum yang menyalahinya. Dasar kesebelas tentang fana’nya sekelian hamba Allah dan hukum terhadap mereka dalam alam abadi, alam barzakh, Haud, Sirat, Mizan, Syafa’ah. Dasar kedua belas tentang khjlafah dan Imamah. Khllafah diwajibkan di atas umat bagi melakukan tugas-tugas tertentu. ‘Aqd Imamah; disusull dengan khilaf kaum-kaum yang menyalahinya, kedudukan Khulafa’ al-Rashidin mengi ‘kut tertib khilafah mereka, disusuli dengan khilaf golongan yang berlainan pegangan daripadanya. Dasar ketiga belas berkenaan dengan iman, Islam, tasdiq dan ma’rlfat. Diikuti dengan khilaf pegangan-pegangan yang berlainan daripadanya. Dasar keempat belas berkenaan dengan auliya’, imam-imam dan para malaikat, serta ajaran tentang ismah. Disusull dengan khilaf kaum-kaum yang berlainan faham daripadanya. Dasar kelima belas, hukum tentang seteru-seteru Islam, satu mereka yang ada sebelum zahir daulah Islam, dan kedua mereka yang zahir dalam daulah Islam.

PENUTUP

Inilah antaranya apa yang boleh dipaparkan dalam hubungan dengan konsep Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah serta sedikit sebanyak perkembangan yang berlaku dalam sejarah perkembangannya. Walaupun dalam terbentuknya konsep yang akhimya itu kelihatan termasuk ke dalamnya segi-segi sejarah ummat ini, hakikat ajaran dan amalan Ahli’s-Sunnah adalah merupakan hakikat yang telah ada pada zaman awal Islam lagi. Perkembangan kemudian itu adalah merupakan sesuatu sebagai deployment, sesuatu pernyataan dirinya pada masa kemudian, sebagaimana pokok adalah penyataan diri bagi hakikatnya yang ada dalam benihnya itu.

Dalam konsep Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah inilah terletaknya neraca penerimaan atau penolakan segala sesuatu yang berhubungan dengan pegangan dan amalan keagamaan.

Wallahu a’lam.

Wasalla’Llahu ‘ala Sayyidina Miihammadin wa ‘ala alihi wa sahbihi wasallam, wal-hamduli’Llahi Rabbil-‘alamin.

Rasulullah manusia istimewa

dari Utusan Malaysia

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

SELAKU umat Islam, kita meyakini dan mempercayai bahawa Nabi Muhammad SAW ialah manusia yang harus berlaku ke atas Nabi SAW apa yang harus ke atas manusia yang lain.

Ia seperti mengalami hal-hal yang mendatang dan ditimpa penyakit yang tidak mengurangi kewibawaan baginda SAW sebagai seorang nabi dan tidak menyebabkan orang menjauhkan diri daripadanya.

Nabi Muhammad SAW juga adalah seorang hamba Allah SWT yang tidak memiliki kekuasaan pada dirinya untuk menolak sebarang kemudaratan atau mendatangkan manfaat, memati atau menghidupkan atau membangkitkan, kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Allah SWT berfirman: Katakanlah, “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui (perkara-perkara) yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman. (al-A’raf: 188)

Sesungguhnya Nabi SAW telah menyampaikan risalah dengan sempurna, menunaikan amanah, menasihati ummah, menghapuskan dukacita dan berjihad di jalan Allah sehingga kewafatan baginda SAW. Kemudian baginda kembali ke hadrat Tuhannya dalam keadaan reda dan diredai, sebagaimana firman Allah SWT: Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad!) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati. (al Zumar: 30)

Sifat ‘ubudiyyah (perhambaan) adalah semulia-mulia sifat baginda SAW. Oleh kerana itu, baginda amat berbangga dengannya sebagaimana sabdanya: “Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba Allah”.

Allah SWT telah menyifatkan nabi SAW sebagai hamba-Nya, pada setinggi-tinggi kedudukan ketika Allah menceritakan anugerah Isra’ kepada baginda sebagaimana firman-Nya: Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya…(al-Isra: 1)

Begitu juga firman Allah: Dan sesungguhnya tatkala hamba Allah (Nabi Muhammad SAW) berdiri mengerjakan ibadat kepada-Nya, mereka (golongan jin yang mendengar bacaan ayat al-Quran baginda di dalam solatnya) hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya. (al Jin: 19)

Sifat manusiawi Nabi SAW inilah merupakan mukjizat baginya. Baginda SAW adalah manusia seperti manusia yang lain, tetapi baginda jelas jauh berbeza daripada manusia umum; tanpa ada seorang manusia pun yang dapat menandinginya atau menyamainya.

Baginda SAW sendiri pernah bersabda di dalam hadis sahih mengenai keistimewaan dirinya: “Sesungguhnya aku tidak seperti keadaan kamu. Aku tidur di sisi Tuhanku dalam keadaan diberi makan dan minum”.

Dengan ini, jelaslah bahawa menyifatkan Rasulullah SAW sebagai manusia biasa wajib disertai dengan keistimewaannya yang membezakannya daripada manusia umum; dengan menyebut keistimewaannya yang tersendiri dan biografinya yang terpuji.

Tuntutan ini bukan sahaja khusus terhadap Rasulullah SAW, bahkan terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain supaya pandangan kita terhadap mereka bersesuaian dan layak dengan martabat dan kedudukan mereka.

Jika kita memandang mereka hanya sebagai manusia biasa semata-mata, tanpa mengaitkannya dengan ciri-ciri khusus atau istimewa mereka sebagai nabi dan rasul, maka kita telah terjerumus ke dalam tradisi dan sikap orang jahiliah.

Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menyentuh hal tersebut. Antaranya, perkataan kaum Nabi Nuh a.s mengenai nabi mereka sebagaimana yang dihikayatkan oleh Allah dalam firman-Nya: Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir daripada kaumnya, “Kami tidak memandangmu (wahai Nuh!) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami”. (Hud: 27)

Ayat yang lain adalah perkataan kaum Nabi Musa a.s dan Harun a.s mengenai nabi mereka sebagaimana yang dihikayatkan oleh Allah SWT dalam al-Quran: Sehingga mereka berkata (dengan angkuhnya), “Patutkah kita beriman kepada dua manusia seperti kita, sedangkan kaum mereka (Bani Israel) menjadi orang-orang suruhan kita?” (al-Mukminun: 47)

Begitu juga dengan apa yang dikatakan oleh kaum Thamud kepada nabi mereka, iaitu Nabi Saleh a.s, sebagaimana yang dikisahkan oleh Allah dalam al-Quran: Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau daripada orang-orang yang benar. (al-Syu’ara’: 154)

Hal yang sama pernah juga dilakukan oleh kaum Nabi Syuaib a.s yang memandang nabi mereka sebagai manusia biasa, bahkan sebagai seorang pendusta, sebagaimana yang dikisahkan oleh Allah melalui firman-Nya: Mereka berkata, “Sesungguhnya engkau adalah dari kalangan pelaku sihir. Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; dan sesungguhnya kami fikir engkau ini daripada orang-orang yang dusta. (al- Syu’ara’: 185)

Begitu juga dengan apa yang dikatakan oleh orang musyrikin terhadap Nabi Muhammad SAW. Mereka hanya memandang nabi SAW sebagai manusia biasa, sebagaimana yang dikisahkan oleh Allah SWT dalam al-Quran: Dan mereka pula berkata, “Mengapa Rasul ini makan, minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)?” (al-Furqan:7)

Rasulullah SAW sendiri telah menyatakan dalam sabdanya tentang kemuliaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepadanya dengan semulia-mulia sifat dan pelbagai perkara yang mencarik adat (mukjizat) yang membezakannya daripada manusia yang lain.

Di antaranya ialah sabda Rasulullah SAW mengenai peribadinya di dalam hadis sahih: “Kedua-dua mataku tidur, tetapi hatiku tidak tidur”.

Di dalam hadis sahih yang lain, nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya aku dapat melihat kamu dari belakangku sebagaimana aku melihatmu dari depanku”.

Baginda SAW juga bersabda: “Aku dianugerahkan kunci-kunci perbendaharaan bumi.”

Meskipun pada fizikalnya, baginda SAW telah wafat, tetapi baginda masih hidup dengan kehidupan Barzakhiyyah (di alam barzakh) secara sempurna. Baginda SAW dapat mendengar perkataan orang yang masih hidup di dunia dan mendengar salam mereka serta menjawabnya.

Bahkan, disampaikan kepada baginda SAW setiap selawat yang diucapkan kepada Baginda SAW dan juga diperlihatkan kepadanya segala amal perbuatan umatnya.

Keampunan

Baginda SAW berasa senang dan gembira dengan amal soleh orang-orang yang baik, dan sentiasa meminta keampunan bagi umatnya yang melakukan dosa. Sesungguhnya, Allah SWT telah mengharamkan bumi ini daripada memamah jasad nabi SAW yang sentiasa terpelihara daripada sebarang kerosakan dan pemusnah yang terdapat di dalam bumi.

Diriwayatkan daripada Aus ibn Aus r.a, beliau berkata: Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya, di antara hari kamu yang paling mulia ialah hari Jumaat. Pada hari itulah, Nabi Adam a.s diciptakan dan pada hari itu juga beliau diwafatkan. Pada hari Jumaat juga, terjadinya tiupan sangkakala, dan pada hari itu juga terjadinya so’iqah (petir dahsyat atau Kiamat). Maka perbanyakkanlah membaca selawat kepadaku pada hari itu kerana selawat kalian akan dipersembahkan kepadaku”. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah selawat kami akan dipersembahkan kepadamu, padahal kamu telah binasa?” Baginda SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas bumi ini daripada memamah jasad para Nabi”. (riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban di dalam Sohihnya dan Imam Hakim mensahihkannya.)

Al Hafiz Imam Jalaluddin al Suyuti r.a menulis risalah khusus mengenai perkara ini yang bertajuk Anba’ al Azkiya’ bi Hayah al Anbiya’ (Perkhabaran Orang Cerdik Pandai Mengenai Kehidupan Para Nabi).

Diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a, daripada Rasulullah SAW yang bersabda: “Kehidupanku adalah baik bagi kamu, kamu berbicara (bertanya masalah dan hukum kepada Baginda SAW) dan dibicarakan bagi kamu (dengan wahyu dan syariah daripada Allah melalui perantaraan Baginda SAW). Kewafatanku juga adalah baik bagi kamu kerana dibentangkan amalan kamu ke atasku. Apa yang aku lihat dari amalan itu baik, maka aku memuji Allah dan apa yang aku lihat dari amalan itu jahat, aku memohon keampunan kepada Allah untuk kamu”. (Al Haithami mengatakan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh al Bazzar, dan rijalnya adalah sahih)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang pun yang mengucapkan salam ke atasku kecuali Allah mengembalikan kepadaku rohku, sehingga aku (dapat) menjawab salamnya”. (riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad)

Menurut sebahagian ulama, maksud Allah mengembalikan rohku adalah: “Allah mengembalikan kepadaku kemampuan berbicara”.

Diriwayatkan pula daripada ‘Ammar ibn Yasir r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT mewakilkan pada kuburku malaikat yang diberikan nama-nama makhluk kepadanya. Maka tidak ada seorang pun yang membaca selawat ke atasku hingga hari kiamat, melainkan dia menyampaikan kepadaku nama orang tersebut beserta nama ayahnya, “Ini Fulan ibn Fulan telah berselawat ke atasmu”. (riwayat al Bazzar dan Abu al Sheikh Ibnu Hibban).

Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa meskipun baginda telah wafat, tetapi kemuliaan, kedudukan dan pangkatnya yang tinggi di sisi Tuhannya tetap kekal dan tidak diragui lagi di sisi orang yang beriman.

Menganggap Nabi SAW sama sahaja dengan manusia yang lain pada semua keadaan dan sifat-sifat mereka adalah suatu tanggapan yang jelas salah dan kejahilan yang ditolak sama sekali oleh dalil-dalil yang sahih dari al-Quran dan sunnah.

Jika Nabi SAW tidak mempunyai ciri-ciri istimewa dan khusus, apakah hikmah dan faedah terpilihnya mereka menjadi nabi dari manusia yang lain? Tidak ada salahnya kita memuliakan dan memuji baginda SAW. Malah sememangnya kita digalakkan memuji dan memuliakan nabi SAW lebih-lebih lagi pada bulan kelahiran baginda SAW ini selagi ia tidak sampai menyamatarafkan baginda SAW dengan sifat-sifat ketuhanan.

Kedudukan ayahanda, bonda Nabi SAW

dari Utusan Malaysia

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

ALHAMDULILLAH, sekali lagi kita diberi peluang melalui hari-hari bulan Rabiulawal yang sarat dengan kenangan dan ingatan terhadap Nabi dan kekasih kita Saiduna Muhammad SAW.

Memperingati dan meraikan kelahiran baginda SAW adalah suatu tanda dan bukti kecintaan kita terhadap baginda yang menjadi salah satu pokok ajaran dalam agama kita. Malangnya, tetap ada di sana, suara-suara yang mempertikaikan keperluan dan keutamaan menyambut Mawlid Nabi SAW.

Insya-Allah, di kesempatan yang akan datang ruangan ini akan membincangkan secara khusus berkenaan isu ini yang sepatutnya sudah tidak perlu ditimbulkan lagi.

Ruangan ini terpanggil untuk menjelaskan suatu persoalan yang jika tidak ditangani dengan baik boleh menyebabkan kita terlibat dengan perbuatan yang menyakiti Nabi SAW lantas bercanggah dengan dakwaan cinta-kasih kita terhadap baginda SAW.

Persoalan yang dimaksudkan adalah dakwaan bahawa ayahanda dan bonda Nabi SAW adalah di kalangan mereka yang musyrik serta ditempatkan ke neraka.

Kami terpanggil untuk menyentuh soal ini apabila mendapati dakwaan sebegini boleh menimbulkan kekeliruan.

Masyarakat Arab jahiliah

Zaman Jahiliah yang meliputi era kegelapan masyarakat Tanah Arab adalah suatu zaman yang dipenuhi dengan unsur syirik dan kepercayaan animisme yang tebal.

Manusia pada zaman tersebut melakukan amal ibadat berdasarkan kepercayaan nenek moyang mereka yang telah menyeleweng sekian lama.

Diriwayatkan bahawa pegangan asal masyarakat Arab pada peringkat awalnya ialah ajaran Nabi Ibrahim a.s. Lama-kelamaan ajaran ini ditinggalkan dan dipercayai bahawa bermulanya era penyembahan berhala ketika di bawa masuk ke Tanah Arab oleh Amru ibnu Luhay yang terkesan dengan cara penyembahan berhala masyarakat asing.

Berkata al-Hafiz Ibnu Kathir di dalam al Bidayah wa al Nihayah: “Adapun hal keadaan masyarakat Arab itu, mereka tetap sentiasa berada di atas agama Nabi Ibrahim AS sehinggalah ‘Amru ibnu ‘Amir al Khuza’i memerintah Mekah selepas merampas kuasa menjaga kaabah daripada datuk Nabi SAW. Maka ‘Amru ibnu ‘Amir telah mengasaskan penyembahan berhala dan amalan-amalan kaum jahiliah yang sesat.”

Kesesatan ini tersebar meluas sehinggalah ia dihapuskan oleh Allah melalui perutusan Rasulullah SAW.

Ahli fatrah

Setelah sekian lama amalan penyembahan berhala berterusan dan jarak perutusan seorang nabi dengan nabi yang lain terlalu jauh, maka masyarakat penyembah berhala ini mendapat keuzuran daripada sebarang petaklifan.

Mereka inilah yang digelar sebagai ahli fatrah iaitu manusia yang hidup di suatu zaman yang tiada di sana perutusan sebarang rasul.

Golongan ini walaupun melakukan penyembahan berhala, akan tetap terselamat daripada seksaan neraka menurut jumhur Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan firman Allah SWT: Dan Tidaklah kami mengazab sesuatu kaum melainkan setelah kami utuskan buat mereka seorang Rasul yang menyampaikan seruan Islam. (al Isra’: 15)

Agama dan kepercayaan

Dalam keadaan masyarakat yang begitu tebal kepercayaan mereka terhadap amalan penyembahan berhala, terdapat juga agama dan kepercayaan lain yang diamalkan di zaman jahiliah di antaranya; agama kaum Yahudi dan Nasrani yang telah terseleweng daripada acuan asalnya.

Demikian juga tidak sunyi pada zaman tersebut daripada sekelompok manusia yang masih berpegang teguh dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s yang masyhur dikenali sebagai agama hanif.

Ajaran ini tidaklah tersebar luar sehingga menjadi amalan yang tersebar di seluruh Tanah Arab, akan tetapi ia tetap dipegang dan diamalkan oleh kebanyakan anak cucu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sentiasalah ada dari kalangan zuriat Nabi Ibrahim AS, satu golongan manusia yang tetap di atas fitrah (beriman) menyembah Allah.

Ada banyak fakta sejarah yang diriwayatkan yang mendokong beberapa hadis nabi SAW bahawa ramai di kalangan datuk moyang baginda SAW yang berpegang dengan agama hanif tanpa mencampuradukkan ia dengan amalan penyembahan berhala.

Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Adalah Adnan, Ma’ad, Rabi’ah, Mudhar, Khuzaimah dan Asad berada di atas agama Ibrahim AS, janganlah sesekali kamu menyebut perihal mereka melainkan dengan ucapan yang baik.

Daripada perbahasan di atas secara ringkasnya kita mendapati bahawa kebanyakan mereka yang meninggal dunia sebelum perutusan Rasulullah SAW adalah terselamat daripada seksaan neraka, sama ada mereka dari kalangan penyembah berhala mahupun yang berpegang dengan ajaran Nabi Ibrahim.

Oleh yang demikian, tidak bolehlah kita melaung-laungkan suara bahawa nenda, ayahanda dan bonda Nabi SAW adalah dari kalangan penghuni neraka. Kerana ia secara jelas bersalahan dengan i’tikad Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menyentuh tentang perbahasan akidah ayahanda dan bonda Rasulullah SAW, pendapat yang tepat dan terpilih adalah mereka ini dari kalangan yang mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim a.sdaripada anak cucu Adnan. Ini juga kerana tidak terdapat nas yang thabit yang menunjukkan bahawa mereka adalah penyembah berhala.

Bahkan fakta-fakta sejarah yang dikutip daripada kitab-kitab sirah banyak merakamkan bukti yang jelas bahawa mereka adalah golongan yang beriman.

Dalam dalil yang umum pula, keimanan mereka dinyatakan melalui firman Allah SWT: Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua (Nabi Ibrahim dan Ismail), orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami, umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu. (al-Baqarah: 128)

Dikeluarkan oleh Ibnu Jarir al-Tobari di dalam tafsirnya, daripada Mujahid mengenai pentafsiran ayat 35 surah Ibrahim yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri ini (Mekah) negeri yang aman dan jauhkanlah aku dan anak-anak cucuku daripada menyembah berhala.

Ibnu Jarir berkata: “Allah telah memperkenankan doa Nabi Ibrahim untuk anak-cucunya, maka tiada seorang pun dari kalangan zuriatnya yang menyembah berhala”.

Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim di dalam tafsirnya, Sufyan ibn ‘Uyainah r.a ditanya: Adakah terdapat salah seorang daripada zuriat Nabi Ismail a.s yang menyembah berhala?

Beliau menjawab: Tidakkah kamu mendengar firman Allah SWT (bermaksud): Dan jauhkanlah aku (Nabi Ibrahim) dan anak-anak cucuku daripada menyembah berhala. (Ibrahim: 35)

Allah SWT berfirman (maksudnya): Yang melihat pergerakan dirimu di antara orang-orang yang sujud. (al Syu’ara’: 219)

Mengenai penafsiran ayat ini, Ibnu Abbas RA berkata: “Dan dari seorang Nabi kepada seorang Nabi yang lain, kemudian kepada seorang Nabi sehinggalah dilahirkan Baginda SAW sebagai seorang nabi”.

Ibnu Abbas r.a mentasirkan firman Allah SWT ini sebagai perpindahan benih daripada sulbi seorang nabi ke sulbi nabi seterusnya yang tergolong dari kalangan para sajidiin (mereka yang sujud dan beriman kepada Allah).

Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah aku dilahirkan daripada perzinaan kaum Jahiliah walau sedikitpun dan tidaklah aku dilahirkan melainkan daripada hasil pernikahan seumpama Islam”.

Diriwayatkan dalam Dalail al Nubuwwah daripada Ummu Sama’ah binti Abi Ruhm, daripada ibunya berkata: Aku telah menyaksikan Aminah bonda Rasulullah SAW ketika gering dan Muhammad ketika itu berusia lima tahun duduk di sisi kepalanya. Maka Aminah memandang wajahnya seraya berkata: “Semoga Allah memberkatimu dari kecil, wahai anak daripada ayahandanya (Abdullah) yang ditakdirkan mati, tetapi telah terselamat dengan pertolongan Allah Raja Yang Memberikan Nikmat, dia telah ditebus pada keesokan paginya ketika hendak disembelih, dengan seratus ekor unta yang mahal. Sekiranya benar apa yang telah aku saksikan ketika tidur, engkau akan diutuskan kepada sekalian makhluk; dari sisi Tuhan Yang Mempunyai Keagungan dan Kemuliaan; Engkau akan diutuskan di Tanah Halal dan Haram; diutuskan juga dengan kebenaran dan Islam, agama datukmu Ibrahim yang mulia, maka Allah telah menghalangmu daripada mendekati berhala supaya kamu tidak menyembahnya bersama kaum jahiliah”.

Mengambil kira pelbagai hujah berkenaan isu ini, jelaslah bahawa ruang untuk mengelakkan tanggapan buruk terhadap nasib kesudahan ayahanda dan bonda Nabi SAW adalah terbuka luas bagi kita.

Marilah kita mengambil sikap yang lebih selamat yang sebenarnya menjadi sikap ulama-ulama terbilang dulu dan kini termasuklah, Al-Imam al-Hafiz Jalaluddin al Suyuti r.a yang dilaporkan berkata: “Aku berfatwa sesungguhnya yang layak (dii’tikadkan), bahawa bonda Rasulullah SAW beriman dan mentauhidkan Allah serta kesudahannya adalah sepertimana mereka yang menganut agama hanif pada zaman jahiliah iaitu agama Nabi Ibrahim al-Khalil yang tidak melakukan amalan menyembah berhala”.

Kita juga mendapati Mufti Mesir, Sheikh Dr. Ali Juma’ah dalam koleksi fatwanya (Al-Bayan Lima Yushghilu al-Azhan, ms.170) mengajak kita untuk memahami nas-nas yang bercanggah dengan kesimpulan ini dengan takwilan yang lebih selari dengan nas-nas yang lebih kukuh dan lebih sesuai dengan ketinggian darjat Nabi SAW.

Semoga kita sentiasa digolongkan di kalangan mereka yang memelihara kemuliaan dan menunaikan hak Baginda SAW dengan sebaik-baiknya.