Puasa Tathawwu’

Ketahuilah bahwasanya puasa tathawwu’ atau puasa sukarela (sunnat) itu dituntut untuk dilakukan pada hari-hari yang diutamakan oleh Islam. Dan keutamaan hari-harinya itu ada yang dihubungkan dengan tahun, ada dengan bulan dan ada pula dengan minggu.

Yang dihubungkan dengan tahun sesudah dikira puasa Ramadhan ialah berpuasa pada hari Arafah, Hari Asura dan sepuluh hari pertama pada bulan Zulhijjah. Rasulullah s.a.w sendiri dikatakan terlalu banyak berpuasa pada bulan Sya’ban. Ada sebuah Hadis mengatakan bahawa:

“Sebaik-baik berpuasa sesudah Ramadhan ialah berpuasa pada bulan Muharram, “kerana Muharram itu adalah permulaan tahun Islam dan memulakan bulan itu dengan kebajikan memanglah dituntut dan diberatkan agar keberkatannya berterusan.

Ada Hadis yang lain: Apabila telah masuk separuh bulan Sya’ban, maka tiadalah disunnatkan berpuasa lagi, sehingga masuk pada bulan Ramadhan. Sebab itulah disunnatkan agar tiada berpuasa sebelum bulan Ramadhan beberapa hari, tetapi jika mahu berpuasa juga bersambung dengan bulan Ramadhan maka hukum nya harus pula.

Tiada dibolehkan berpuasa kerana menyambut bulan Ramadhan dua hari ataupun tiga hari sebelum ketibaannya, melainkan jika hari sebelum ketibaannya, melainkan jika hari itu menjadi hari kebiasaannya ia berpuasa sunat (hari Isnin dan Khamis dan sebagainya). Setengah para sahabat telah melarang berpuasa pada bulan Rejab sebulan penuh, supaya ia tidak menyamai puasa dalam Ramadhan pula.

Adapun puasa yang dilakukan dalam setiap bulan itu, ialah pada permulaan bulan, pertengahannya dan akhirnya. Di pertengahannya ialah hari-hari putih, iaitu pada hari 13, 14 dan 15.

Manakala puasa mingguan pula disunnatkan pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Pada hari-hari itu bukan saja disunnatkan puasa, malah disunnatkan memperbanyakkan khairat dan sedekah, agar bertambah-tambah pula pahalanya dengan keberkatan hari dan masanya.

Sekarang telah jelaslah kepada kita bila masanya diutamakan puasa maka untuk menyempurnakannya hendaklah setiap manusia Muslim memahami pengertian puasa yang sebenarnya dan rahsianya dalam menjernihkan hati dan meringankan kesusahan yang dilakukan semata-mata kerana Allah Ta’ala saja.

Satu Respons to “Puasa Tathawwu’”


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: