Video: Ustaz ‘Uthman El-Muhammady – Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama: Satu Pengamatan Ringkas

Pembentangan “Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama: Satu Pengamatan Ringkas” oleh al-Marhum Ustaz (Dr) Muhammad ‘Uthman El-Muhammady, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), sempena WACANA ISU-ISU SEMASA AQIDAH: PLURALISME AGAMA bertema: MEMBENTERAS GERAKAN PLURALISME AGAMA DAN PEMURTADAN UMMAH pada 15 Januari 2011 (10 Safar 1432) – Sabtu, di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu.

***********

Advertisements

Tubuhkan Kerusi Dr. Uthman El-Muhammady

UEM-Tubuh kerusi

Ustaz Uthman – ‘Kehidupannya untuk ilmu pengetahuan’

ISTERI Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Mariam Hussain menyiram air mawar di pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam UIAM, Gombak, semalam.

KUALA LUMPUR 26 Mac – Jenazah ulama Islam, Dr. Uthman El-Muhammady, 70, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, selepas solat zuhur hari ini.

Antara yang hadir semasa pengebumian itu ialah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga, Datuk Dr. Hasan Ali.

Yang hadir sama, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad; Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.

Pemergian Allahyarham dianggap sebagai kehilangan besar kepada negara berdasarkan jasa-jasanya sebagai ilmuwan dan ulama tersohor yang membantu mempertahankan agama Islam.

Menurut anak ketiga Allahyarham, Ahmad El-Muhammady, 35, sehingga ke saat-saat terakhir, bapanya masih setia bersama buku sebelum tiba-tiba mengadu terasa penat.

“Ahad lalu, semasa keluarga berkumpul meraikan kejayaan cucu-cucu dalam peperiksaan, ayah ada mengingatkan supaya kita teruskan usahanya iaitu mempertahankan ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah di negara ini dan mempertahankan daripada pelbagai cabaran pemikiran.

“Allahyarham sihat, cuma akhir- akhir ini nampak penat. Beliau juga ada menterjemah dua buah buku yang belum sempat disiarkan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Islamisasi UIAM, Prof. Ulung Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan menyifatkan Allahyarham seorang sarjana, intelektual dan ulama yang seluruh kehidupannya adalah untuk ilmu pengetahuan.

“Beliau faham cabaran dunia moden dalam Islam iaitu cabaran mazhab Syiah, fahaman pluralisme dan liberalisme yang cuba disebar dan dikembangkan dengan meluas.

“Selain itu beliau sedar situasi dunia hari ini, cabaran intelektual, usaha mempertahankan identiti Islam, tradisi ilmu mengikut Ahli Sunah Wal Jamaah dan memahami dunia ilmu barat serta ilmu Islam tradisonal hingga kitab klasik,” katanya yang telah bersahabat sejak kecil lagi.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mengenali rapat Allahyarham sejak zaman belajar pula berkata, Allahyarham sering dijadikan sebagai tempat rujukan dalam siasah politik Islam.

“Beliau sentiasa berpesan kepada saya bahawa seorang pemimpin perlu amanah dan jujur kepada rakyat yang menjadi asas.

“Saya melihat Allahyarham adalah intelek Islam setanding dengan sarjana antarabangsa dan ulama tersohor dunia yang tidak menonjolkan diri serta bersikap sederhana. Beza sifatnya dengan sesetengah ulama yang ada,” ujarnya.
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jenazah Dr. Uthman El-Muhammady selamat dikebumi

KUALA LUMPUR 26 Mac – Jenazah cendekiawan Islam, Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, 70, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, selepas solat zuhur hari ini.

Antara yang hadir dalam majlis pengkebumian itu ialah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga, Datuk Dr. Hasan Ali.

Yang hadir sama, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad; Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.

Pemergian Allahyarham dianggap sebagai kehilangan besar kepada negara berdasarkan jasa-jasanya sebagai ilmuwan dan ulama tersohor yang membantu mempertahankan agama Islam.

Menurut anak ketiga Allahyarham, Ahmad El-Muhammady, 35, sehingga ke saat-saat terakhir, bapanya masih setia bersama buku sebelum tiba-tiba mengadu berasa penat.

“Ahad lalu, semasa keluarga berkumpul meraikan kejayaan cucu-cucu dalam peperiksaan, ayah ada mengingatkan supaya kita teruskan usahanya iaitu mempertahankan ajaran Ahli Sunah Wal-Jamaah di negara ini dan mempertahankan daripada pelbagai cabaran pemikiran.

“Allahyarham sihat, cuma akhir-akhir ini nampak penat. Beliau juga ada menterjemah dua buah buku yang belum sempat disiarkan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Islamisasi UIAM, Prof. Ulung Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan menyifatkan Allahyarham seorang sarjana, intelektual dan ulama Islam yang seluruh kehidupannya adalah untuk ilmu pengetahuan.

“Beliau faham cabaran dunia moden dalam Islam iaitu cabaran mazhab Syiah, fahaman pluralisme dan liberalisme yang cuba disebar dan dikembangkan dengan meluas.

“Selain itu beliau sedar situasi dunia hari ini, cabaran intelektual, usaha mempertahankan identiti Islam, tradisi ilmu mengikut Ahli Sunah Wal-Jamaah dan memahami dunia ilmu barat serta ilmu Islam tradisonal hingga kitab klasik,” katanya yang telah bersahabat sejak kecil lagi.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mengenali rapat Allahyarham sejak zaman belajar pula berkata, Allahyarham sering dijadikan sebagai tempat rujukan dalam siasah politik Islam.

“Beliau sentiasa berpesan kepada saya bahawa seorang pemimpin perlu amanah dan jujur kepada rakyat yang menjadi asas.

“Saya melihat Allahyarham adalah intelek Islam setanding dengan sarjana antarabangsa dan ulama tersohor dunia yang tidak menonjolkan diri serta bersikap sederhana. Beza sifatnya dengan sesetengah ulama yang ada,” ujarnya. – UTUSAN

Sumber: Utusan Malaysia @Utusan Melayu (M) Bhd

*************

Doa Untuk Ustaz Uthman El-Muhammady – Jun 2012

Pemergian Ustaz Uthman Satu Kehilangan Besar – Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Pemergian Tokoh Maal Hijrah 2005 dan pakar dalam bidang pemikiran Islam, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady merupakan satu kehilangan besar kepada dunia ilmuan Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Jasa Allahyarham begitu besar kepada negara bahkan antarabangsa dalam bidang penerbitan buku-buku pendakwahan.”Allahyarham merupakan seorang yang disenangi dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengkebumian jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak di sini Selasa.

Lebih 100 orang termasuk pelajar UIAM menghadiri majlis tersebut kira-kira pukul 2.30 petang tadi. Turut hadir ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.Sebelum itu jenazah Allahyarham disembahyang di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah,UIAM.

Muhammad, 70, meninggal dunia malam tadi di kediamannya di Taman Duta di sini.Salah seorang anak Allahyarham, Ahmad El-Muhammady, 35, yang juga pensyarah di UIAM berkata bapanya merupakan seorang yang penyayang dan sentiasa mengambil berat perihal keluarga.“Kami semua amat terasa pemergiannya. Beliau sentiasa berpesan kepada kami agar meneruskan ajaran berdakwah dalam mempertahankan negara daripada pelbagai cabaran,” katanya.

Sementara itu Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Allahyarham seorang intelek Islam dan cendekiawan tersohor sepanjang hayat.“Allahyarham berbeza dengan ulama-ulama lain dan tidak pernah menyentuh hal politik. Beliau seorang ulama yang tulen,” katanya.Allahyarham meninggalkan isteri Mariam Hussain, 65, dan 11 orang anak serta lebih 40 orang cucu.– BERNAMA