Syariat dan Hakikat (dari Kitab Risalah Al-Qushairiy)

Dari rakaman Kelas Pengajian Kitab Risalah Al-Imam Al-Qushairiy dalam bab Syariat dan Hakikat oleh Ustaz Uthman El-Muhammady.
Untuk maklumat lanjut kelas pengajian: http://muafakatmalaysia.com/2009/02/07/kelas-mingguan-bersama-ustaz-uthman-el-muhammady/

Kelas Pengajian Kitab “Fiqh Akbar” Karangan Al-Imam Ash-Shafii

Kelas Pengajian Kitab di bawah pimpinan Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady

1. Kitab Fiqh Akbar – karangan Al-Imam Ash-Shafii

2. Kitab Risalah Qushairiyah – karangan Al-Imam Qushairiy

Hari: Setiap Selasa (kecuali Selasa pertama)

Waktu: 9:15 malam

Tempat: 2623 Jalan Permata 15, Taman Permata, Kuala Lumpur

Semua dijemput hadir

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr. Karim Omar (019-3199-788)

Ubat Hati

Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad Ismail Al-Khawwash (men. 291H/904M), pernah memberi nasihat:

“Ubat hati ada lima perkara: Membaca Al Quran dengan merenungkan isi dan ertinya, berpuasa dengan mengosongkan perut, bangun malam beribadat, bermunajat/tadharru’ di waktu sahur, dan berkumpul dengan orang-orang soleh”

(dipetik dari Risalah Qushairiyah karangan Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al Qushairi an Naisaburi 376H-465H)

Dikatakan cuba bahawa kata-kata tersebut juga diungkapkan oleh Sunan Kalijaga yang kini dijadikan lirik lagu oleh Opick dengan judul yang sama:

Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Alloh mencukupi

Semoga ianya menjadi suatu renungan berguna.