Khayra Ummah: Ummah Muhammadiyyah-Islamiyyah Adalah Sebaik-baik Ummah

Khayra Ummah: Ummah Muhammadiyyah-Islamiyyah Adalah Sebaik-baik Ummah[1]

Kamu adalah Ummah yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyeru kepada yang  ma‘ruf dan mencegah dari yang munkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq. Aali ‘Imraan:110.

Muqaddimah

Sepakat ‘Ulama Surah Ali ‘Imraan yang mulia ini adalah Madaniyyah (Nama lain surah ini ialah al-Zahraa, al- Kanz, al- Amaan dan al- Istighfar. Lihat Qurtubiy).

Melalui Surah Ali ‘Imran ini,  Allah SwT menerangkan kepada kita criteria Ummah yang baik dan sekali gus mendedahkan  perangai dan sikap Yahudi- Nasrani yang amat memusuhi Allah dan RasulNya Muhammad s‘aw. Di antara yang paling memusuhi Islam dari musuh-musuh Islam ialah Yahudi. Kita juga diajar Allah bagaimana untuk berurusan dengan orang-orang Yahudi.

Sabab Nuzul

Imam al- Suyuti rh dalam Lubab al Nuqul fi Asbab al Nuzul menyatakan bahawa orang Yahudi dan Nasrani mendatangi Nabiy s‘aw berhujah mengenai ‘Isa ‘as, mempelekehkan Nabiy s‘aw,  meyombong diri, bertanya Nabi s‘aw tentang  ugamanya dsb. Maka Allah menurunkan ayat ini.

Imam ‘Ala’ud Din al-Khazin ( W725 H ) dalam kitab tafsirnya,  Lubab al Ta’wil fi Ma‘aniy al Tanzil atau lebih dikenali sebagai Tafsir al-Khazin, menyatakan sabab nuzul ayat kuntum kyara ummah  ini adalah, pada suatu ketika, dua orang Yahudi iaitu Malik bin al-Syaif dan Wahb binYahudaa, mereka berdua berkata kepada ‘Abdullah bin  Mas‘ud, Ubayy bin Ka‘ab, Mu‘az bin Jabal dan Salim r ‘anhum: kami lebih utama dari kamu dan ugama kami lebih baik dari ugama kamu yang mana menyeru kami kepadaNya. Maka Allah menolak dawaan mereka itu dengan menurunkan ayat yang mulia ini.

Imam al-Qurtubiy rh, membawa sebuah Hadith Hasan riwayat Tirmizi yang  menyatakan bahwa ayat yang mulia ini di khitabkan kepada para Sahabat r‘aa : antum kyaruha wa akramuha ‘indallah ( dlm versi lain disebut  ‘alallah – Ibn Majah, Ahmad, Hakim. Lihat juga Fath al-Bariyy). …..anda ( Sahabat ) adalah Ummat yang terbaik dan paling mulia disisi Allah. Justeru, kata  Abuw Hurayrah r‘a, oleh kerana kita Ummat terbaik, maka wajib kita ajak mereka ( Yahudi dan Nasrani –P ) kepada Islam. Al-Tabari dalam Tafsirnya menyatakan bahawa ‘Umar aI-Khattab r‘a dalam menafsir ayat ini berkata: sesiapa sahaja yang berbuat seperti perbuatan mereka ( Sahabah ), maka dia temasuk seperti dalam golongan mereka. (Lihat juga Ibn Kathir, Qurtubiy dll).

Dalam  kertas ini, tumpuan perbincangan akan diberi  kepada generasi selepas  Sahabat sebagai duplikat khayru ummah, berdasarkan tafsiran ‘Umar r‘a.

SIFAT KHAYRA UMMAH DALAM AYAT INI

Sifat Sahabat-khayra ummah dalam ayat ini ialah takmuruna bi ’l ma‘ruf wa tanhawna ‘anil munkar wa tukminuna billah ia-itu ummah dakwah yang menyeru kepada ma‘ruf dan melarang kepada yang munkar dan menyeru-mengajak manusia beriman kepada Allah.

1.Makna Takmuruna bi ’l ma‘ruf.

(a). Kata al-Khazin rh, al-ma‘ruf ialah al- tawhid dengan menyeru Syahadah. Ini adalah risalah khalidah sepanjang sejarah manusia yang dibawa oleh lelaki ( dan Kami tidak mengutus –Rasul-rasul – sebelum anda wahai Muhammad, melainkan beberapa orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka – Yusuf:109; al- Nahl:43;  al- Anbiya’:7 ), dari sekalian Rasul sejak Adam ‘as. Tawhid ini adalah tawhid Sifatiyah yang khalis yang bebas dari tashbih dan ta‘til  samaada dari aliran tafwaidh atau takwil.Tawhid ini adalah tawhid yang diterima berdasarkan kpd dasar Hadith yang mulia: ma ana ‘alayhi wa ashabihi.( huraian lanjut lihat al-Syafi‘i- Fiqh al- Akbar; Abuw al-Hasan al- Ash‘ari-Maqalat; ‘Abdul Qahir al-Baghdadiy-al-Farqu; al-Syahrastani –al-Milal; al-Ghazzaliy-Ihya, Qawaa ‘id al ‘Aqaaid, al-Risaalah al-Qudsiyyah; antara lain). Pendeknya, ma ‘ruf itu ialah tawhid yang ditanam dengan benar dan kukuh dalam setiap individu menggantikan doktrin/‘aqidah syirik yang bersalahan dengan apa yang diajar oleh Rasul-rasul ‘ass itu.

(b). Kata Imam al-Nasafi rh: al-ma‘ruf ialah iman dan ta‘at kepada Rasul s‘aw.

(c). Kata al- Alusi rh: kekal dan kukuh sebagai Mukminin, ittifaq atas al-Haqq dan menyeru kepada khayr.

(d). Kata Imam al-Qusyairiy rh: al-ma‘ruf ialah khidmat untuk al-Haqq dan mengutamakan haq al-Haqq.

Dari huraian keempat-empat mufassirin yang mulia ini, dapat  disimpulkan bahawa, ayat yang menyatakan: menyeru kpd yang ma‘ruf itu adalah bermakna: menyeru   manusia  agar memiliki dan hidup dalam  tawhid yang khalis;  beriman dan ta‘at kepada segala apa yang dibawa Rasul ( wamaa  aataa kumu ’l rasuul fa khuzuuh ……..al-Hasyr:7 ); kekal- kukuh-istiqamah sebagai Muslimin ( fastaqim kamaa umirta – Hud:112, lihat juga al-Syura;15; falaa tamuutunna  illaa wa antum muslimuun- al-Baqarah:132; Aali ‘Imran:102); hidup bertepatan dengan kehendak al-Haq-Allah dan menyerukan manusia kepada yang khayr  dan mencegah dari yang munkar dan melaksanakan segala khidmat untuk al-Haq dan mengutamakan ajaran dari al-Haqq  mengatasi segala-galanya.

2. tanhawna ‘anil munkar.

(a). Kata al- Kazin rh: al- munkar ialah syirik.

(b). Kata Nasafi rh: al- munkar ialah kufr dan segala yang haram.

(c). Kata al- Qusyairy rh: munkar ialah bersahabat dengan hawanafsu.

Jadi, kesimpulan mudah dari erti munkar ini ialah sifat khayra ummah ialah mencabut segala syirik dalam apa saja bentuk – maknawi atau hissi – dari dalam diri dan segala bentuk kekufuran baik yang nyata atau tersembunyi dan segala sifat-sifat kufur; dan menghindar dari segala yang haram  – dalam ‘aqidah, hukum, akhlaq, mu‘amalah dll dan tidak menjadikan hawanafsu sebagai ilah-sembahan-tuhan.

3. tukminuuna billah.

Ialah  beriman dengan Allah yang: Ahadun ahad; yang: lam yalid wa lam yuulad; yang: lahu’l asma al husna dan yang: laysa kamithli syai`i. Elok diperpanjangkan sedikit menegenai lafaz al-jalaalah ini kerana ada keghairahan segelintir orang Islam dewasa ini  menghuraikan kalimah Allah dan kalimah sawaa’, tanpa merujuk kepada otoriti-mufassirin dan sabab nuzul.

KALIMAH ALLAH

Orang Yahudi-Nasrani menghujah Nabiy s‘aw dengan mendakwa bahawa mereka beriman dengan Allah.  Mereka ber’itiqad Allah  memiliki anak. Seperti diterangkan oleh Allah sendiri bahawa Yahudi   beriqtiqad bahawa Allah SwT memiliki anak iaitu ‘Uzair –al-Tawbah:30; sementara orang Nasrani beri’tiqad  ‘Isa  ‘as  juga anak Allah – al-Tawbah:30. Ini adalah perbezaan yang amat dasar dengan Allah yang diajar oleh Nabiyy s ‘aw. yang mana Allah adalah: lam yalid wa lam yulad.

KALIMAH SAWAA’

Dalam menjawab dakwaan Yahudi bahawa mereka adalah beriman kepada Allah, Nabiyy s ‘aw mengajak mereka kepada kalimah sawaa’: ta‘aalaw ila kalimatin sawaaim baynana wa baynakum alla na‘buda illallah wa la nusyrika bihi syaiaa- Ali ‘Imran:64.

Golongan yang giat mempromosi kalimah sawaa’ dengan menyatakan bahawa tuhan yang disembah oleh semua agama adalah tuhan yang sama, pada hakikatnya seperti kata al- Qur`an, tiada ‘ilmu : berkata terhadap Allah tanpa ‘ilmu. Ayat al- Qur`an ditafsir oleh ayat al- Qur`an yang lain. Imam al-Qurtubiyy rh menyatakan kalimah sawaa’  ialah bermakna ‘adil iaitu tawhid seperti yang dihurai lebih lanjut dalam kitab Usuluddin. Kata Imam al-Nasafi rh: kalimat sawaa’ itu ialah kalimat yang sama antara kita ( penganut ugama samawiy-p) yang mana kamu tidak kata ‘Uzair anak Allah dan ‘Isa anak Allah, ( seperti kami, yang tidak kata begitu – p ).

Kalaulah Allah yang disembah oleh orang Yahudi dan Nasrani di zaman Nabiy s ‘aw itu sama dengan Allah yang di ajar oleh Nabiyy s ‘aw , maka  Nabiy s‘aw tidak perlu menulis surat kpd pembesar-pembesar sekitar Madinah mengajak mereka memeluk Islam; Nabiy s ‘aw juga tidak perlu berpesan kpd  Sayyidina Mu ‘az r‘a supaya ajak Nasrani Najran masuk Islam; Najashi yang Nasrani itu pun tidak perlu peluk Islam; Nabiyy s ‘aw tidak perlu perang/jihad dan dakwah! Oleh sebab faham mereka terhadap Allah itu salah, maka Nabiyy s‘aw melaksanakan usaha dakwah.  Tidak ada seorang  Mufassirin pun yang  mengartikan bahawa sawaa’  ialah nama dan tuhan yang sama bagi penganut Yahudi dan Nasrani setelah Tawrat dan Injil ditahrifkan seperti yang ada pada penganut Yahudi dan Kristian dewasa ini.  Para promoter kalimah sawaa’ dewasa ini, menjual agama Islam: bi thamanin qalil – dengan harga yang tiada harga; Allah SwT menyatakan: dan sesungguhnya,  diantara mereka, niscaya ada segolongan yang memutarbalikkan lidahnya membaca kitab agar kamu menyangka  ( yang mereka baca ) itu, adalah sebahagian dari kitab, ( padahal ) itu bukan dari kitab dan mereka berkata itu dari Allah, pada hal itu bukan dari Allah –  ( Ali ‘Imran:78 ). Hubaya! spt peringatan  Nabiy s‘aw sesiapa yang  menafsirkan al Qur`an dengan akal- tanpa ‘ilmu,  maka siap-siaplah tempatnya di Neraka. Na‘uzubillah. Mereka lebih mempercayai tafsiran Kuffar-Yahudi-Kristian dari ‘Ulama Mufassirin.

IMPLIKASI  TAFSIR YANG SALAH TERHADAP KALIMAH ALLAH DAN SAWAA’

Dewasa ini terdapat kecenderungan dari segelintir orang Islam mempromosi perkataan Allah dan sawaa’ untuk digunakan bersama oleh orang bukan Islam. Sebelum promosi kalimah Allah dan kalimah sawaa’ yang diberi wajah  ‘ baru ’,  jauh sebelumnya, mereka telah mempromosi gagasan  civil society. Para pengusung gagasan civil society dari kalangan ‘protestant Islam’ ini, sebenarnya sedar bahawa mereka mahu membina dan membentuk pemikiran masyarakat yang nantinya mudah bagi masyarakat untuk menerima satu lagi gagasan yang akan dibawa mereka iaitu gagasan Allah adalah nama bagi tuhan yang sama yang  disembah oleh semua penganut agama.   Sedikit nota rengkas bahawa, civil society sepatutnya   diterjemah dalam Bahasa Melayu sebagai  masyarakat sivil atau masyarakat awam bukan masyarakat madani. Para pengusungnya sedar bahawa dengan memberi sedikit aroma  ‘Arab-Islam, iaitu diterjemahkan sebagai madani, moga-moga masyarakat Islam   menyokong gagasan  ini.

Ternyata benar, bahawa  dari gagasan civil society  para pengusungnya, mengusung lagi kedepan ,  menyujudkan  gagasan civil religion-common faiths,  yang akhirnya menjadi faham semua agama sama: Pluralisme.

KENAPA  UMMAH MUHAMMADIYAH- ISLAM TERBAIK?

Ummah Muhammadiyah-Islamiyah disebut Nabiyy s‘aw menyamai 70 ummat Rasul terdahulu. Dan ‘Ulama Ummah Muhammadiyah ini spt Nabiy Bani Israil. Secara keseluruhannya, ini adalah kerana mereka memiliki mu‘jizat paling agung iaitu al-Qur`an berbanding Kitab-Kitab suci terdahulu dan menganut ugama paling lengkap  dan mereka  ‘menanggung’  sungguh-sungguh Kitab tersebut, tidak mengubahnya dan memperjuangkan ajaran didalamnya.

SIFAT KHAYRA UMMAH

1.Memiliki dan menghayati  ‘Aqidah-Tawhid yang benar seperti yang di ajar dalam Usuluddin ASWJ, baik dari aliran tafwid atau takwil, bebas dari tasybih dan ta‘til. Menghindari semua jenis  syirik baik khafi maupun jali. Pendeknya mereka tidak syirik dalam apa bentuk pun.Para Sahabat r‘aa ‘tidak melihat dunia ini’, mereka semata-mata nampak Akhirat terbentang di depan mata mereka sebab itu mereka berlumba-lumba untuk ke sana dengan sungguh dan penuh  kesedaran.

2. Menghayati ‘ibadah dengan sempurna. Tidak ada khurafat dan bid‘ah.

3.Hidup dalam lingkungan hukum Allah yang lima dan hukum keutamaan-wara’-taqwa.

4. Memiliki Ruhaniyyah-akhlaq zahir-batin yang piawai.Memiliki kualiti muhsinin.

5 Kebudayaan- cara hidup yang solih dan mengikat diri dengan ‘Ulama dan Solihin.

6  Senantisa berinteraksi dengan al-Qur`an dan al-Sunnah.

  1. Hadith Muslim dari  ‘Umar r ‘a: Allah memuliakan/mengangkat darajat manusia dengan Kitab ini ( yakni al-Qur`an ) dan merendahkan/menghina yang lain dengannya juga.
  2.  Mereka mulia kerana menghayati al-Qur`an. Kata Hasan bin ‘Ali r‘ah:..mereka menelitinya ( al-Qur`an ) dimalam hari dan menjalankanya  ( melaksanakan perintah-ajaran al-Qur`an ) disiang hari. Kata Fudhail bin ‘Iyadh: Penanggung Al-Qur`an sebagai pembawa bendera Islam tidak sewajarnya  bermain bersama orang yang bermain ……melakukan perkara yang tidak ada  faedah bersama orang yang melakukanya.Ini sebagai membesarkan hak ( kemulian-kehormatan) al-Qur`an.
  3. Al-Quran adalah Kitab Hujjah. Sebab itu sejak Makkah lagi orang Islam disuruh berhujjah dengan al-Qur`an terhadap kuffar Makkah yang disebut Allah sebagi jihadan kabira –al-Furqan:51; Katakanlah wahai ( Muhammad ), hujjah/alasan yang kuat, hanya pada Allah- qul falillahi’l hujjatul baalighah al-An’am:149. Demikian,  orang-orang mulia, akan berhujjah/berdepan  dengan orang bukan Islam dengan menggunakan hujjah-hujjah dari al-Qur`an. Mereka tidak hina diri!
  4. Al-Qur`an adalah Kitab Hidayah. Berinteraksi dengan al-Qur`an akan menyebabkan sentiasa dalam peningkatan hidayah. Sesungguhnya al- Qur`an ini memberi hidayah-petunjuk ke jalan yang paling lurus-benar…al-Isra’:9. Al-Qur`an akan mengawal perjalanan hidup manusia supaya kekal mulia dan baik.

7. Mengenali  kawan ugama dan musuh ugama terutama seperti yang di huraikan dalam al-Qur`an dan al-Sunnah – seperti kafir, munafiq, Yahudi, Kristian, Iblis, Syaitan  dll. Antara musuh orang Islam ialah Yahudi. Allah menyatakan – Ali ‘Imran 119: Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, pada hal, mereka tidak menyukai kamu (dan tidak menyukai) kamu beriman kepada Kitab-Kitab semuanya…kata al-Khazin rh: mereka mahu kamu jadi Kafir!. Jangan jadikan Yahudi sebagai bitonah – Ali ‘Imran:112.

8. Bersungguh-sungguh dalam da‘wah – semata-mata kerana Allah.

9. Jihad. Jihad-perang dijalan Allah – jika cukup syarat. Ayat dan hukum ini kekal hingga qiyamat. Para Sahabah dan Salaf berjihad.

PENYELESAIAN – KEARAH MENGUJUDKAN KYARA UMMAH

Umat Islam, terutamanya aktivis dakwah :

1. Wajib berusaha menegakkan yang makruf  dalam diri masing-masing  dengan memproses diri menjadi orang yang benar-benar memiliki Tawhid yang sebenar spt yang dihurai oleh Tabi‘in, yang disusun secara mudah dan sistematik oleh  antara lain Abuw Hanifah, al-Syafi‘i,  al- Ash‘ari, ‘Abdul Qahir al- Baghdadiy sehinggalah kpd Al-Sanusi, Dawud Fathoniy dll. Perlu orientasi semula dlm memperkukuhkan Tawhid ini. Mereka perlu juga meneliti masa kemasa kalau-kalau terdapat kecacatan dalam pegangan ‘Aqidah-Tawhid mereka.

2. Berusaha sekuat tenaga membuang  – kalaulah ada – segala mungkarat, segala sifat-sifat nifaq- kufur, dosa-dosa  yang masih bersaki baki dalam lubuk hati. Untuk ini elok ditela‘ah buku/kitab yang menghuraikan dosa-dosa besar zahir dan batin.

3. Mengikat diri dengan solihin – wa al hiqni bis ’solihin –Syu‘ara’:83; bersama-sama dengan shoodiqiin:al-Tawbah:119,  mendapat nasihat dan panduan mereka.

4. Mencari mata air  ‘ilmu dari ‘ilmuan yang muhaqqiq dan ‘abid yang mudaqqiq. Ingat, peringatan para Salaf kita antaranya Muhammad ibn Sirin, Malik bin Anas dll: ‘Ilmu ini ( yakni ‘ilmu yang berkaitan dengan ugama ) adalah sebagai agama, maka lihatlah kamu, daripada siapa yang kamu ambil agama kamu. Berkaitan dengan hal ini, komen Imam al-Nawawi rh: Jangan  belajar kecuali daripada guru yang sempurna keahliannya, ternyata keimanannya, diyaqini keilmuannya dan masyhur penjagaan ( ‘ilmu dan ugamanaya).

 


[1]       Bahan yang dihasilkan oleh Ustaz Haji Ismail Mina Ahmad untuk perbincangan dalam Usrah Bulanan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) pada 5hb Oktober 2010.

Advertisements

‘Aqal Integrasi: Definisi, Kedudukan dan Fungsi Dalam Membina Peribadi Unggul Untuk Menggalas Kerja Dakwah _

‘AQAL INTEGRASI:

DEFINISI, KEDUDUKAN DAN FUNGSI

DALAM MEMBINA PERIBADI UNGGUL UNTUK MENGGALAS KERJA DAKWAH


“Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka” Al-Mulk:10

Awwalu ma khalaqallah al ‘aqlu – al-Hadith

DASAR

AL-QUR’AN

  1. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang ber‘aqal-ulil albab. Ali ‘Imran:190. Dan mereka bertafakkur mengenai kejadian langit dan bumi…  Aali ‘Imraan:191.
  2. Dan di dalam diri kamu tidakkah kamu memperhatikan (tubsirun) – Az-Zaariyaat:21.

AL-HADITH

  1. Sabda Nabiyy s‘aw: Wahai manusia, berfikirlah kamu mengenai Rabb kamu, dan berpesanlah agar orang berfikir, kerana dengan itu kamu akan mengenal apa yang diperintahkan kepada kamu dan apa yang dilarang daripadanya. Ketahuilah bahawa (berfikir) ini dihargai di sisi Allah. Dan ketahuilah, orang yang ber‘aqal-berfikir ialah orang yang menta‘ati Allah, walaupun kelihatan bentuknya buruk, kedudukannya rendah dan pakaiannya tidak sempurna. Adapun orang yang jahil ialah yang mendurhakai Allah Ta‘ala, walaupun kelihatan cantik, kedudukannya tinggi, pakaiannya mulia-ranggi, perawakannya baik dan percakapannya fasih, namun kera dan babi-babi lebih ber‘aqal di sisi Allah Ta‘ala dari orang yang durhaka kepada-Nya. Janganlah terpedaya oleh sanjungan ahli dunia kepada kamu, kerana sesunguhnya mereka adalah dari orang-orang yang rugi. (HR Dawud bin Mukhabbir dalam al-‘Aqlu dari Hadith Abu Hurayrah r ‘a. Hadith da‘if).
  2. Sabda Baginda s‘aw lagi: Yang awal-awal dijadikan oleh Allah ialah al-‘aql. Lalu Allah berfirman kepadanya: menghadaplah (kepada-Ku) dan iapun menghadap. Kemudian dikatakan kepadanya: (pusing) belakang, maka ia pun (pusing) belakang. Kemudian Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: Demi Kemuliaan-Ku dan Keagungan-Ku, tidaklah Aku mencipta makhluk yang lebih mulia ke atas-Ku, darimu; denganmu Aku ambil (tanggungjawab) dan denganmu Aku beri dan dengan mu Aku berikan pahala dan denganmu pula Aku siksa. (HR al-Tabaraniyy dalam al-Awsat dari Abu Umamah r ‘a dan HR Abu Nu‘aym dari Hadith ‘Aisyah r ‘a h. Kedua-dua da‘if).
  3. Dari Anas r ‘.a dari Nabiy s ‘aw: “Para Sahabat memuji seorang (Sahabat) lain di sisi Nabiy s ‘aw sehingga berlebihan, lalu Nabiy s’aw bertanya: “Bagaimana ‘aqal lelaki tersebutnya?” Mereka (Para Sahabat) menjawab: “Yang kami beritahu Tuan ialah mengenai kerajinannya beribadat dan amal-baiknya, sedangkan Tuan bertanya mengenai ‘aqalnya!” Nabiy s ‘aw bersabda: “Orang ahmaq-bodoh menimbulkan kerosakan dengan kebodohannya lebih banyak dari dosa orang yang durhaka, dan adapun ketinggian darajat hamba Allah di Hari Kemudian dalam mendekati Tuhan adalah menurut qadar ‘aqal mereka.” (HR Dawud bin Mukhabbir dalam al-‘Aqlu. Al-Tarmizi dan al-Hakim dalam Nawaadir).
  4. Dari ‘Umar r.‘a., sabda Rasulullah s‘aw: “Tidaklah mendapat (yang bernilai dan utama) bagi seseorang lelaki seperti keutamaan ‘aqal yang menunjukkannya ke jalan yang betul dan mengembalikannya dari keburukan dan belumlah sempurna iman seorang hamba serta belum tetap agamanya sehingga sempurna ‘aqalnya.” (HR Dawud bin Mukhabbir dalam al-‘Aqlu. Da‘if).
  5. Dari Abu Sa‘id Al-Khudry r.‘a. Sabda Nabiy s‘aw: “Segalanya mempunyai tiang, tiang seorang Mukmin ialah ‘aqalnya; maka (berdasarkan) qadar ‘aqalnyalah ia ber‘ibadat. Tidakkah kamu dengar keluhan orang durhaka di Neraka: “Kalaulah kami dengar atau berfikir, tidaklah kami masuk ke dalam Neraka-Sa‘ir.” (HR Dawud bin Mukhabbir. Da ‘if).
  6. Sabda Nabiyy s‘aw: “Kesempurnaan ‘aqal kamu (adalah) bersangatan kamu takut kepada Allah Ta‘ala dan paling baik dalam hal yang diperintah kepada kamu dan yang dilarang daripadanya, walaupun kamu kurang ‘ibadat sunat”. (HR Dawud bin Mukhabbir dari Hadith Abi Qatadah r ‘a. Da ‘if).

DEFINISI ‘AQAL

‘Ulama berbeda pendapat mengenai definisi ‘aqal dan hakikatnya. Kata ‘aqal ini digunakan untuk empat pengertian. (al-Ghazzaliy: Ihya’).

Pertama: ‘Aqal sebagai sifat yang membedakan manusia dari haiwan, yang memberinya persediaan untuk menerima teori-teori ‘ilmu, dan mengatur cara berfikir. Inilah yang dikehendaki oleh Al-Harith bin Asad Al-Muhasiby rh dengan ucapannya mengenai definisi ‘aqal iaitu: “inilah naluri yang memberikan kesanggupan untuk mengenal teori-teori ‘ilmu.” ‘Aqal ini bagaikan cahaya di dalam kalbu, yang dalam terangnya, manusia sanggup mengenal segala-segalanya. Bukanlah ‘aqal seperti ini memastikan adanya ‘ilmu, kerana orang-orang yang belum berilmu seperti orang yang sedang tidur mempunyai ‘aqal naluriyah, walaupun masih kosong dari ‘ilmu.

Kedua: ‘Aqal ialah pengertian yang terbit pada kanak-kanak dalam lingkungan usia mumayyiz yang dapat membezakan mengenai yang jaiz-harus dan yang mustahil.

Ketiga: ‘Aqal ialah ‘ilmu yang didapat dari ujian dan pengalaman. Orang yang melalui pengalaman pada kebiasaannya dikatakan ber‘aqal.

Keempat: ‘Aqal ialah kekuatan naluri yang tumbuh menjadi kesanggupan untuk mengenali akibat dari segala perbuatan dan sanggup pula mengendalikan nafsu kelazatan yang segera dan dapat menguasainya. Apabila berhasil, maka orang ini dinamakan ber‘aqal.

Yang Pertama adalah sumber dan akar; yang Kedua ialah dahan utama; yang Ketiga adalah ranting dari yang pertama dan kedua, kerana dengan kekuatan naluri dan kecerdasan didapatilah pengalaman; dan yang Keempat adalah buah yang bernas, dan inilah tujuan terakhir. Yang pertama dan kedua diperolehi secara ‘alamiah-semulajadi, sedangkan yang ketiga dan keempat harus dicapai dengan usaha-kasab. Yang diperolehi secara ‘alamiah inilah yang dimaksud dalam sabda Nabi s.‘a.w.: Tidaklah ada makhluk Allah ‘Azza wa Jalla yang diciptakan-Nya, lebih mulia kepada-Nya, daripada ‘aqal (HR al-Tirmizi dan al-Hakim dari al-Hasan dari ramai Sahabah – Da‘if). Ini adalah kerana dalam ‘aqal telah tersedia Nur Ilahiyyah. Yang didapat dengan usaha-kasab, ialah yang dimaksud dengan sabda Nabi s.a.w.: Jika manusia mendekatkan diri kepada Tuhan dengan pintu-pintu kebaikan dan ‘amal-‘amal solih, maka anda dengan ‘aqal anda. (HR Abu Nu‘aym dalam al-Hilyah dari hadith ‘Aliy – Da‘if). Ini adalah kerana dengan usaha-kasab, ‘aqal dapat mencari ‘ilmu dan kebenaran dan dengan itu memandu ia ke arah mendekatkan diri kepada Allah; dan… walaupun di mata dunia ia dipandang hina (HR Dawud bin Mukhabbir – da‘if).

Inilah fakta yang jelas bagi orang-orang yang memiliki basirah tetapi mungkin gelap bagi orang yang hanya suka mengekor tanpa fikir dan kerananya menjadi salah dalam memahami Nas dengan bermacam-macam tafsiran kosong.

Begini pulalah akibatnya buta-hati, bahkan lebih besar bahayanya, kerana jiwa adalah laksana penunggang dan tubuh adalah bagaikan kuda tunggangan. Buta si penunggang adalah lebih berbahaya dari butanya kuda tunggangan!

Dapat disimpulkan bahawa dari keterangan nas di atas menunjukkan bahawa ‘aqal mengandungi berbagai-bagai fungsi dan kedudukan dan ia dapat diintegrasikan secara ‘adil dan qist sehingga menjadi ‘Aqal Integrasi-‘Aqal Kamil. ‘Aqal Integrasi ialah ‘aqal yang di dalamnya mengandungi segala cabang ‘aqal yang jika digunakan secara seksama akan dapat membentuk suatu peribadi unggul dan dapat pula memikul tanggungjawab melaksanakan dakwah dengan baik.

KEDUDUKAN ‘AQAL

Dari nas-nas di atas ternyata bahawa ‘aqal mempunyai kedudukan yang mulia lagi tinggi. Ia adalah organ untuk mengenali Allah dan Kebenaran. Ia dapat membawa manusia kepada dekat-jauh dengan Allah dan dapat membawa manusia ke Syurga atau sebaliknya. Kedudukan ‘aqal bergantung kepada kesanggupan untuk mengendalikan nafsu. Kadang-kadang seorang yang berakal dapat menundukkan suatu nafsu, tetapi tidak dapat mengalahkan nafsu yang lain. Seorang pemuda kadang-kadang tidak kuat menahan nafsu untuk berzina, tetapi setelah ia berumur dan ‘aqalnya semakin sempurna, nafsu ini dapat dikuasainya. Sebaliknya nafsu cari nama – riya’ dan ingin terkemuka – semakin tua semakin menjadi! Berbeda-bedanya kesanggupan ini timbul oleh kerana berkurang berlebihnya ‘ilmu mengenai akibat nafsu itu.  Maka ‘alim yang sebenar akan lebih sanggup menghindarkan perbuatan yang berdosa dari orang jahil. Yang kita maksudkan ialah orang ‘alim yang sebenar-benar ‘alim, bukan orang yang hanya berpredikat ‘ulama dan pandai bercakap. Perbedaan tentang deras tidaknya arus nafsu, tidaklah menyebabkan berbedanya ‘aqal, tetapi kerana berbedanya taraf ‘ilmu, kerana ‘ilmu dapat memperkuat ‘aqal. Jadi perbedaan nafsu adalah berada pada ‘aqal sendiri, kerana semakin kuat daya-‘aqal ini, semakin gagah pula kuasanya untuk mengalahkan syahwat. Seperti sabda Nabiyy s‘aw bahawa: Maruah adalah terletak pada ‘aqalnya (HR Ibn Hibban dan al-Bayhaqiy).

Dari perspektif kedudukan ‘aqal, manusia terbahagi kepada tiga golongan, Pertama ialah yang boleh tahu dan mengerti sendiri; Kedua ialah yang boleh tahu dan mengerti, setelah diajar; dan Ketiga ialah yang tidak boleh mengerti sekalipun diajar.  Berbedanya tingkatan ‘aqal dan kefahaman dapat difahami dari Hadith al-Qudsi riwayat Dawud bin Mukhabbir dari Hadith Anas r ‘a mengenai pertanyaan Sahabi ‘Abdullah bin Salam r ‘a bahwa (Allah berfirman): …. Ada manusia yang Ku-beri (‘aqal) sebutir, ada yang Ku-beri dua butir, ada yang Ku-beri tiga atau empat butir. Ada yang Ku-berikan segenggam, ada yang Ku-beri 60 gantang, dan ada yang Ku-beri lebih dari itu. (lihat juga al-Tirmizi dan al-Hakim – Nawaadir ).

Oleh kerana isi ‘aqal ialah ‘ilmu, maka dengan ringkas diterangkan mengenai ‘Ilmu. Berbagai-bagai pembahagian ‘Ilmu dibuat oleh ‘Ulama, antaranya, ‘ilmu terbahagi dua: Pertama ‘Ilmu Allah Yang Qadim lagi Azali. Kedua ‘Ilmu manusia. ‘Ilmu manusia terbahagi dua juga iaitu daruri dan muktasab. ‘Ilmu daruri terbahagi dua juga iaitu badihi dan hissi. Dan ‘ilmu badihi terbahagi dua juga iaitu badihi fi ’l ithbat dan badihi fi ’l nafiyy. Dan ‘Ilmu al-Nazariyah (termasuk dalam ‘Ilmu manusia) terbahagi dua juga iaitu ‘ilmu ‘aqli dan ‘ilmu Syar‘i iaitu ‘ilmu yang wajib diusahakan untuk mendapatkanya. Lihat Usuluddin, ‘Abdul Qahir al-Baghdadiy. Lihat huraian yang berbeza dalam Mizanu ’l ‘Amal karya al-Ghazzaliy rh. Juga lihat al-Tamhid, Abu Bakar al-Baqillaniy rh dalam bab al-Kalam fi al Haqiqah al-‘ilmn wa ma’nahu.

1

Dari keterangan Nas di atas menunjukkan bahawa ‘aqal merupakan sarana penting yang dapat menyelamatkan dan menjayakan manusia Dunia dan Akhirat.  ‘Aqal yang dimaksudkan di sini ialah ‘aqal Syar ‘i.  ‘Aqal Syar‘i dibina atas asas dan sistem ‘ilmu ASWJ yang bersumberkan al-Kitab, al-Sunnah, al-Ijma’ dan al-Qiyas serta atas beberapa asas lain yang tidak bertentangan dengan dasar ini seperti huraian Salaf serta golongan al-rasikhuna fi ’l ‘ilm yang memiliki matahati.  Justeru ‘aqal yang dibina atas ‘aqal semata-mata yang berpandukan rasio-diabolik seperti ‘aqal Mu’tazilah, ‘aqal Khawarij, ‘aqal Syi‘ah dan seumpamanya tidak dialu-alukan dalam ‘alam pemikiran Islam. Insya Allah, berikut akan diterangkan dengan ringkas cabang-cabang ‘Aqal Syar ‘i.

2

‘AQAL SYAR‘I. ‘Aqal Syar‘i mengandungi berbagai-bagai jenis ‘aqal dengan kepelbagaian nama, sifat dan fungsi  seperti yang dihuraikan ‘ulama antara lain al-Ghazzaliy rh., seperti ‘Aqal Tawhidi, ‘Aqal ‘ Ubudiyah, ‘Aqal Tamyizi, ‘Aqal Istibsaar, ‘Aqal Khuluqiyyah, ‘Aqal Tadabbur, ‘Aqal Tafakkur, ‘Aqal Tazakkur, ‘Aqal Ta`ammul, ‘Aqal I’tibar, ‘Aqal Nazari,  ‘Aqal Hikmah, ‘Aqal Mazid, ‘Aqal Gharizi, ‘Aqal Muktasab, ‘Aqal Strategi dan beberapa ‘aqal lain yang semuanya jika dicantumkan secara ‘adil dan qist, akan menjadi alat yang berkesan dalam membina peribadi dan jama‘ah yang unggul untuk menggalas tugas Risalah.

3

‘AQAL TAFAKKUR. Untuk memulakan perbincangan elok disebut bahawa ‘aqal adalah sebagai bekas untuk menerima ‘ilmu. ‘Ilmu ini akan diproses melalui mekanisme tafakkur-tazakkur dan lain-lain. ‘Ilmu yang ditafakur-tazakkurkan itu akan menetap dan menjadi al-fikr dan al-fikr ini pula apabila sudah tetap dan menetap, maka ia akan menikmati wajd dan wajd ini pula, insya Allah akan melimpah ruah keluar untuk manfa‘at manusia.  ‘Aqal Tafakkur ialah salah satu organ untuk mengenali Allah baik secara tafakkur melalui ‘ilmu Usuluddin-Tawhid atau melalui qaedah yang lain. Tumpuan tafakkur terawal ialah mengenai Tawhid, kerana awal-awal Agama ialah mengenal Allah.  Ini amat tepat dan benar kerana hubungan manusia dengan Tuhannya amat central. Oleh itu tema Tawhid ini merupakan tema yang paling asas dalam aktiviti tafakkur. Natijahnya, insya Allah akan terrealisasilah la ilaha illallah dalam bentuknya yang paling sempurna. Ada di kalangan masyarakat bertafakkur melalui macrocosm – tafakkaru fi khalqillah, ini juga wajar jika mereka mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian kepada ayat-ayat cekerwala-al-kawn seperti pada ayat-ayat 6 dan 7 dalam surah Qaf dan lain-lain atau pun metacosm – bukan kepada Zat Yang Maha Tinggi tetapi pada Asma’ dan Sifat Yang Maha Agung itu.  Namun dalam hal ini, adalah lebih utama dan berkesan tumpuan tafakkur diberi kepada kepada microcosm kerana fi anfusikum afala tubsiruun. (al-Zaariyaat:21). (Lebih detil lihat al-Ghazzaliy rh: al-Hikmah fi Makhluqati’llah). Ia akan menjadi lebih berkesan kepada pembinaan diri kerana ia menekankan kepada perkara-perkara kejadian diri. Demikian juga tafakkur kepada perkara-perkara Muhlikat dan hal-hal Munjiyad dan lain-lain. Tafakkur kepada perkara-perkara Muhlikat terutamannya dalam kes menekan hawa nafsu jahat yang mengajak kepada kemaksiatan dan kejahatan dengan cara mu‘atabah iaitu mencela sifat-sifat diri yang jahat dengan sehabis-habis celaan kepadanya sehingga menimbulkan kesedihan dan keinsafan akan dosa dan ‘azab Allah, adalah amat utama dan daruri. Dengan rahmat Allah, semuga kesan dari kesedihan dan keinsafaan ini akan membangkitkan himmah untuk beramal – dengan sebenar-benar ‘amal – sidqu ’l ‘amal – dengan perkara-perkara yang boleh menyelamatkan – Munjiyat. Kesedihan tanpa diiringi oleh ‘amal solih adalah sia-sia. Hendaknya pula ia senantiasa mengawasi dirinya supaya berada dalam kedudukan raja’ dan khauf dan tidak berasa aman dari terjerumus ke dalam lubuk maksiat. Namun tidak putus asa dari rahmat Allah dan bersangka baik terhadap-Nya dan dengan ini akan membangkitkan lagi himmah untuk beramal dan mencintai iman. Untuk lebih berfaedah, ‘Aqal Tafakkur wajar diiringi oleh ‘Aqal Tazakkur iaitu keadaan yang menghadirkan ‘ilmu yang benar dengan mengulang-ulang dalam hati apa yang diketahui supaya ia menjadi tetap dan mendalam kesannya pada hati. Pendeknya Tafakkur, Fikir dan Tazakkur merupakan sayap-sayap penting yang membawa insan ke destinasi tertinggi ke Hadhrat Rabb al-Jalil.

4

‘AQAL ‘UBUDIYYAH. Atas kesedaran yang mendalam dan tahqiq, ‘Aqal Tawhidi akan membentuk ‘Aqal ‘Ubudiyyah. ‘Aqal ini akan diproses menjadi penuh-melimpah dengan kesedaran dan tahqiq mengenai Tawhid, yang mana ‘aqal yaqiniyyahnya itu akan membentuk ‘aqalnya menjadi padat-lekat dengan sifat-sifat ‘Ubudiyyah dalam pengertiaan yang paling sempurna seperti yang diisyaratkan oleh al-Qur’an sebagai qalbun salim‘aqlu ’s- salim – sejahtera dari segala aghyar. Dalam ‘aqalnya itu tidak ada langsung tergambar, lintasan, ingatan ataupun perancangan untuk membuat jenayah, pendurhakaan dan dosa. Segala aktiviti ‘aqalnya berfungsi dan ditumpukan semata-mata kepada niat untuk berbuat yang baik dan ke arah memproses hidupnya menjadi hamba Allah yang solih dalam segala tindakan dan kehidupan. Ini adalah selaras dengan firman Allah SwT dalam surah al-Mujadalah ayat 9: …janganlah kamu membicarakan tentang membuat dosa, permusuhan dan durhaka kepada Rasul. Dan berbicaralah tentang membuat kebajikan dan taqwa (birri wa ’t taqwa). Ia memproses dirinya menjadi ‘abid pada dirinya dan memberi manfa‘at kepada persekitarannya. Seluruh hidupnya adalah untuk memperhambakan diri kepada Allah. Dan dengan kualiti yang ada pada dirinya itu, ia akan bertindak membentuk jama‘ahnya menjadi sebuah jama‘ah yang mementingkan kebaikan dan keutamaan berdasarkan kepada pembentukan ‘ilmu yang manfa‘at, perihatin terhadap kualiti iman dan amal dengan menekankan kepada proses peningkatan kedua-duanya. Masa yang ada padanya digunakan untuk berfikir dan bekerja demi memajukan usaha-usaha dakwah dan islah serta amar makruf-nahiy munkar.

5

‘AQAL TAMYIZI. ‘Aqal Tamyizi ialah ‘aqal yang berfungsi bagi membezakan yang benar dari yang salah, yang halal dari yang haram, yang lebih utama dari yang utama dan seterusnya, berdasarkan Nas, hukum, nazar, pengalaman dan sebagainya dalam lingkungan Syari‘at. Dalam proses membentuk kualiti diri, ‘aqal Tamyizi berperanan meneliti dan menilai serta memilih untuk meletakkan dirinya pada taraf yang dikehendakinya dalam susunan hairaki Syari ‘at. Ia boleh memilih dengan iradah dan qudratnya untuk berada dalam syukur atau kufur (al-Insan:3) dan sebagainya. Dalam konteks dakwah, ‘Aqal Tamyizi digunakan untuk memilih jalan yang sebenar dengan kaedah Syar‘i untuk memartabatkan Islam, bukan jalan yang terpisah dari jalan Mursalin dengan kaedah-kaedah diabolik. Ia dapat mengenali sesiapa yang membuat fasad dari muslih (al-Baqarah:220).

Dalam memilih yang terbaik, ‘Aqal Tamyizi yang jernih dari keledak hawa nafsu itu dan dengan penglihatan yang tajam, mampu membuat satu keputusan yang paling baik kerana Allah kasih kepada ‘aqal penglihatan yang tajam (al-Hadith). Bersama dengan ‘Aqal ‘Ilmi, ia dapat bertindak membebaskan diri dari ‘aqal khurafat jenis klasik maupun khurafat-khayalan jenis moden, dalam urusan Ugama, perencanaan dakwah, politik, kehidupan dan sebagainya.  Adalah menjadi satu halangan besar kepada pembentukan peribadi yang murni dan pembinaan usaha dakwah yang kukuh dan berwibawa jika sekiranya halangan ini iaitu suka menjadi pak turut, tidak dibuang. Dengan adanya ‘Aqal Tamyizi ini dan berfungsi dengan baik, maka dapatlah disusun satu strategi yang sempurna dalam melaksanakan kerja-kerja pembentukan peribadi dan pembinaan dakwah.

Dalam kehidupan seorang Muslim ‘Aqal Tamyizi mesti digunakan untuk: yamiiza ’l khabiitha mina ’t toyyib (Ali ‘Imran:179), dan layamiiza’l Lahu’l khabiitha mina’t toyyib (Al-Anfal:37). Nas ini jelas menerangkan bahawa Allah SwT telah membezakan kehidupan jelek-Munafiq-Kuffar dari kehidupan yang baik-Mukmin dan seterusnya memisahkan kedua-dua jenis kehidupan tersebut. Justeru ‘Aqal Tamyizi wajib digunakan dalam kehidupan seorang Muslim untuk membeza dan seterusnya memisahkan unsur-unsur nifaq dan Jahiliyyah dari diri. Dengan ini natijahnya ia dapat membentuk diri menjadi bekas untuk menerima ni’mat bersama-sama dengan golongan yang mendapat anugerah ni’mat oleh Allah dari kalangan Nabi-Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin (al-Nasa’:69).

6

‘AQAL HIKMAH.  Dalam al-Qur’an, Allah SwT telah menerangkan kepada kita banyak tempat mengenai Hikmah dengan makna yang berbagai-bagai dalam konteks yang berbagai-bagai juga.

Dalam Surah al-Baqarah ayat 269, Allah SwT berfirman: Allah menganugerahkan al-Hikmah (yakni kefahaman yang luas mengenai al-Qur’an dan al-Sunnah) kepada sesiapa yang Dia kehendaki; dan barangsiapa yang dianugerah al-Hikmah itu, ia benar-benar telah di anugerah kurnia yang banyak (khayran kathiiran); dan hanya orang-orang yang ber‘aqal (ulu’l albab) sajalah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah itu). Ayat yang mulia ini, menerangkan kepada kita mengenai betapa pentingnya Hikmah, yang mana apabila Hikmah sudah tercapai, maka terbuka luaslah segala macam kebaikan. Dan dalam konteks dakwah maka ia merupakan anugerah Allah untuk memudahkan perjalanan dakwah tersebut.

Dalam Surah Sodd ayat 20, Allah SWT berfirman: Dan Kami-Allah, kuatkan kerajaannya ( Dawud), dan Kami-Allah beri kepadanya Hikmah (kenabian, kesempurnaan ‘ilmu dan ketelitian ‘amal) dan kebijaksanaan dalam menyelesaikan perselisihan (fasla ’l khitaab). Ayat ini memberitau kita bahawa Allah memberi Hikmah kepada Nabi Dawud ‘as kerana hendak menguatkan kerajaannya dan menguruskannya dengan sempurna. Maka dalam kerja-kerja dakwah, para da‘i lebih-lebih lagi memerlukan Hikmah jenis ini untuk mengurus, menguat dan memperkasakan Jama‘ah.

Dalam Surah al-Qamar ayat 5, Allah SwT awal-awal lagi – dalam Surah Makkiyah ini – sudah menerangkan kepada kita satu jenis Hikmah yang Allah namakan sebagai hikmah baalighah. Berbeza dari kedua-dua Hikmah yang terdahulu, Hikmah baalighah ini menerangkan kepada kita supaya kita mentadabbur al-Qur’an mengenai jenayah-dosa kaum terdahulu yang saiz tubuh badan mereka besar-besar dan kuat-kuat belaka tetapi akibat mendurhaka kepada Risalah, mereka mendapat ‘azab-hukuman berat dari Allah. Peristiwa hukuman Allah tersebut adalah sebagai suluhan kepada diri kita mengenai dosa-dosa yang dilakukan.

Dalam Surah ini juga, Allah memberitahu kita, bahawa Dia-Allah telah memudahkan al-Quran untuk manusia mengambil pelajaran dan keinsafan sehingga Allah mengulanginya sebanyak empat kali! Dan demi sesungguhnya, Kami-Allah telah memudahkan al-Qur’an itu li’z zikri-untuk di mengerti, diingat dan mengambil pelajaran; maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan-pelajaran daripadanya? Ayat yang mulia ini menerangkan kepada kita, bahawa al-Qur’an amat mudah difahami dan ajarannya adalah sesuai dengan ‘aqal dan ruhaniyy manusia dan mudah pula dihayati. Namun, manusia kerana kesombongan-keiblisannya ingkar dan selalu membantah bahkan ada yang menolaknya sama sekali atau kerana berlalunya masa yang panjang hati mereka menjadi keras (al-Hadid:16) sehingga al-Qur’an yang mulia itu, sudah tidak berguna kepada mereka. Allah mengingatkan manusia supaya menggunakan ‘Aqal Hikmah Baalighah untuk mengambil i’tibar dari sejarah kaum yang durhaka kepada ajaran Rasul mereka dan bagaimana kesudahan hidup mereka.

Dari Nasyang mulia di atas, kita memerlukan ketiga-tiga jenis Hikmah ini untuk melaksana tugas dakwah dengan berkesan dan dalam masa yang sama membebaskan diri dari dosa yang boleh mendapat hukuman dari Allah.

Dari satu sisi lain, ‘Aqal Hikmah ialah ‘aqal yang dapat menerima ‘Ilmu Daruriyah dan ‘Ilmu Nazariyah dan dengan ini ia dapat mengatur kehidupan menurut Syari‘at dan keutamaan.  Orang yang tidak prihatin kepada ‘ilmu terutamanya ‘ilmu yang dapat menyelamatnya dari kerosakan ‘Aqidah, yang dapat mensejahterakan ‘ibadatnya, yang dapat mensucikan akhlaqnya, yang dapat mengamalkan hukum-hakam terutama untuk dirinya, bukan sahaja dia tidak memiliki ‘aqal Hikmah bahkan tidak memiliki apa-apa ‘aqal langsung, walaupun dia memiliki segala-galanya (lihat Hadith terdahulu).

Dari ‘Aqal Hikmah ini terbit pula ‘Aqal Khuluqiyyah. ‘Aqal Khuluqiyyah ialah satu seni kemahiran menyusun tindakan dan menyusun keutamaan ‘aqal yang dengannya ruh dapat mengatur kekuatan ammarah dan kekuatan syahwah dan dapat menguasainya sesuai dengan kadar yang wajib dalam keadaan duka dan gembira (al-Ghazzaliy: Mizan al-‘Amal). Demikian ‘Aqal Hikmah akan melahirkan siyasah yang solih, yang mana di dalamnya terkandung hikmah yang berbagai-bagai dan bertingkat-tingkat darjatnya. Ia adalah pekerjaan yang mulia dan utama (al Ghazzaliyy: Mizan al-‘Amal dengan penyesuaian). Siyasah ialah nama bagi satu entiti dan aktiviti dan cabang bagi Syari‘at Muhammadiyah yang quddus. Ia yang berpandukan kepada siyasah Nabawiyyah itu adalah bertungjangkan ‘aqal yang sempurna dari suluhan Nur Ilahiyah dan berperanan membersihkan masyarakat dari keledak hawa nafsu jahat (al-Ghazzaliyy:Mizan al-‘Amal dengan penyesuaian). Hikmah ini didapati melalui kekuatan ‘aqal ‘ilmi dan tajribah.

Jadi, ‘ilmu dalam erti proses untuk mendapatkan Hikmah dalam melaksanakan kepimpinan, adalah merupakan usaha-pekerjaan dan dari satu segi lain, adalah ‘ibadah kepada Allah dan dari segi yang lain lagi ialah melaksanakan kepimpinan (berdasarkan ‘ilmu dan Hikmah) yang ditugaskan oleh Allah. Melaksanakan kepimpinanan yang ditugaskan oleh Allah itulah merupakan kepimpinan yang paling luhur lagi agung (al-Ghazzaliyy: Mizan al-‘Amal). Inilah ‘Aqal yang memiliki salah satu cabang dari Hikmah Ilahiyyah. Oleh yang demikian Islam menolak sekeras-kerasnya doktrin syirik Kuasa Rakyat – semua urusan kembali kepada Allah: wa lillahi ‘aaqibatu ’l umuur– al-Hajj:41; wa lillahi turja ‘ul umuur – al-Hadid:5.

7

‘AQAL ISTIBSAAR. ‘Aqal Istibsaar adalah ‘aqal yang terang dan nyata yang dapat memahami perkara yang sebenar, mengenali kebenaran dan haqiqat segala sesuatu, tajam dan kreatif. Ia dapat mengenali Allah SwT dengan sebenar dan ‘melihat’Nya – ka annakatara hu – dengan basirah. Namun begitu, jika ‘Aqal Istibsaar ini tidak digunakan dan tidak berfungsi dengan sewajarnya, maka Allah yang ‘hampir’ dengan dirinya itu tidak dapat di ‘lihat’nya – wa lakin laa tubsiruun (al-Waaqi‘ah:85 ).

Terdapat juga di kalangan golongan mustabsiruun-cerdik ini, yang oleh kerana mereka terlalu berbangga dengan jolokan manusia, maka mereka menjadi kelabu dan terpesong dalam memahami kebenaran tersebut. Mereka sudah terkena penyakit ruhaniy-sombong dan ingkar kepada Syari‘at.  Lalu Syaiton menghiasi ‘amal dan aktiviti mereka dengan pakaian syaitoniyyahnya yang tebal sehingga mereka memandang perbuatan keji mereka sebagai baik (al-‘Ankabuut:38) – padahal mereka: wa kaanuu mustabsiriin. Allah memberitau kita bahawa golongan cerdik jenis inilah yang telah membuat makar-jahat dalam tamaddun Nabiy-Nabiy terdahulu seperti tis‘atu rahtin yufsiduu fi ’l ardh (al-Namli:48), atau golongan akaabira mujrimiha liyamkuru fiiha (al-An‘am:123). Kisah yang Allah jelaskan kepada kita ini, sewajarnya menjadi i’tibar kepada Gerakan Islam dengan ‘Aqal Tamyizi mengenali peribadi-peribadi seperti tis‘atun rahtin tersebut yang akan membuat makar, agar usaha untuk memartabatkan Islam tergendala atau musnah sama sekali.

Justeru para pendakwah wajar pandai menilai dan meneliti dengan ‘Aqal Istibsaar terhadap fenomena diabolik dalam gerakan dakwah. Ini sesuai dengan ajaran al-Qur’an yang meminta Ummah memahami dan mengenali sifat-sifat dan peribadi-peribadi seperti yang diterangkan Allah baik sifat yang mulia atau pun sebaliknya.

Islam dan Gerakan Dakwah memerlukan genius-mustabsiriin yang beriman dan beramal solih yang sebenar untuk pengislahan. (Syarat utama ialah ‘ilmu – lihat al-Ghazzaliyy: Minhaj al-‘Abidin). Dalam memperkukuhkan kerja-kerja dakwah, golongan Mustabsiriin yang solih ini, berfungsi memperkasakan dakwah. Islam dan Gerakan dakwah tidak mengalu-alukan mustabsiriin diabolik kerana mereka menjadikan syaiton dan hawanafsu sebagai ilah (al-Jaathiyah:23) yang menjahanamkan ‘aqidah dan Ummah seluruhnya (Shahrastani: al-Milal). Mereka adalah musuh yang bekerja siang-malam menyusun strategi untuk melemah bahkan untuk menghapuskan langsung Islam dari dunia ini (al-Taubah:32, al-Saff:8).

Ummat Islam juga kena berwaspada terhadap pemikiran yang bercanggah dengan ASWJ dalam persekitaran dakwah mereka. Golongan ini akan merosakkan Gerakan Dakwah dari dalam, sementelah mendapat sokongan moral dan material dari luar. Pemikiran Islam Liberal dari berbagai-bagai lapis wajar dikenali dengan ‘Aqal Istibsaar. Kuffar tidak perlu mendesak orang Islam mengistihar keluar dari Islam – jika mereka enggan – tetapi pemikiran si Muslim tadi yang bertepatan dengan pemikiran mereka, sudah memadai buat satu tahap. Pengalaman dakwah dan Gerakan Dakwah di Nusantara menyaksikan hal ini berlaku. Tidak dapat dinafikan pasti ada golongan yang tercicir, yang kemudiannya mereka menjadi musuh dakwah bahkan musuh Islam (Lihat al-Mutasaaqituun, Fathi Yakan rh). Fenomena orang-orang yang tercicir dari kumpulan dakwah ini, tidak akan melemahkan gerakan dakwah yang menjadikan Allah sebagai wali, tempat bergantung dan penolong – bukan bergantung kepada peribadi seseorang – akan bertambah kuat kerja dakwah mereka dan semakin kukuh iman dan tawakkul mereka!.

8

‘AQAL  KHULUQIYYAH. ‘Aqal Khuluqiyah ialah ‘Aqal yang penuh kesedaran mengenai keperluan berakhlaq dengan akhlaq yang tinggi dan mulia. Ia berfungsi mendidik dan mengarahkan seluruh anggotanya supaya berakhlaq dengan akhlaq Allah – takhallaqu bi akhlaqillah dan akhlaq Rasul s‘aw – ‘alaykum bi sunnatiy

Bertakhalluq dengan Akhlaq Allah bermakna mengenali nilai-nilai utama yang berpaksikan kepada makna-makna dari pengertian nama-nama Allah – al Asma’ Allah al-Husna – yang dijadikan fokus dalam pembentukan dan pembinaan diri dengan Nama dan juga Sifat-Sifat Allah seperti al-Rahman, al-‘Alim dan sebagainya pada paras makhluq, kecuali sifat-sifat khusus-Nya. Demikian juga bertakhalluq dengan sifat-sifat Nabiy s ‘aw seperti Sidq, Amanah, Tabligh, Fatonah serta sifat utama lain yang menjadi ibu kepada beberapa sifat kemulian yang lain seperti al-Hikmah-kebijaksanaan, al-Syaja‘ah-keberanian, al-‘Iffah-kemuliaan dan pemeliharaan diri, al-‘Adaalah-keseimbangan dengan segala cabang-cabangnya (Lihat al-Ghazzaliy: Mizan al-‘Amal), yang mana dengan bertakhalluq dengan sifat-sifat ini, akan menjadikan manusia berakhlaq dengan akhlaq mulia yang layak mendapat nusrah Allah dan kejayaan di dua negeri – Dunia dan Akhirat.

Selain dari sifat-sifat tadi yang berkaitan dengan takhalluq dengan sifat Nabiyy s‘aw yang perlu diberi perhatian serius ialah sifatnya yang siraajan muniira seperti yang termaktub dalam al-Qur’an (al-Ahzab:46). Ia wajar diberi perhatian khusus untuk melaksanakan Tadabbur dan takhalluq.  Peribadi yang membawa panji-panji Nubuwwah semestinya menggarap sifat ini, agar ia menjadi penyuluh kepada kegelapan jahilliyyah-‘aqliyah-ruhaniyyah. Maka peribadi-peribadi yang memiliki kualiti seumpama ini akan membawa limpahan makna dan rahmah, dari kelam ‘alam dunia kepada nur-cahaya Pencipta ‘alam dengan rahmah-Nya. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan kekufuran kepada nur-cahaya keimanan dan dari kelam kemaksiyatan kepada nur-cahaya keta‘atan, dari suram kelalaian kepada nur-cahaya kesedaran, dari gelap indera jasmani kepada nur-cahaya ruhaniy. Kecenderungan mengenepikan atau lalai dari bertakhalluq dengan sifat sirajan munira adalah akibat dari kegagalan ‘aqal berfungsi seperti semestinya. Akibat segera yang timbul dari sikap tersebut ialah hati menjadi keras seperti batu ka ’l hijaarah (al-Baqarah:74) dan mereka menjadi musuh dan menghalang Gerakan Dakwah: saddun  ‘an sabilillah (al-Baqarah:217) dengan cara yang berbagai-bagai.

Dari satu sisi lain, dengan bertakhalluq dengan Sifat dan Asma’-Asma’ yang baik itu, maka insan benar-benar akan dapat memikul tanggungjawab dakwah dan menjadi Khalifah Allah yang mampu membina Tamaddun Rabbaniy.

MUAFAKAT sebagai Gerakan Dakwah wajar meneliti berkaitan dengan pembinaan akhlaq yang mulia ini. Kedudukan seseorang itu bergantung kepada akhlaqnya (HR Ibn Hibban dan al-Bayhaqiy).

9

‘AQAL DIABOLIK. Dalam al-Qur’an yang mulia, berulang kali Allah menjelaskan dengan sejelas-jelasnya mengenai Iblis-Syaitan dan peranannya.  Namun, kebanyakan manusia termasuk para da ‘I, tidak memberi perhatian serius kepada perkara ini, seolah-olah mereka kebal dari sentuhan Iblis-Syaitan tersebut. Amaran Allah berkaitan dengan Iblis-Syaitan yang menjadi musuh keturunan Adam itu tidak relevan dalam hidup dan kerja-kerja dakwah. Mereka tidak berminat untuk mengenali peribadi Iblis-Syaiton dan tenteranya dari kalangan faasiqiin dan mujrimiin seperti yang diterangkan Allah dalam al-Qur’an. Mereka lebih cenderung melihat dan memahami al-Qur’an secara retorik berbanding meneliti peribadi yang dilaknat Allah itu.  Di tangan golongan Mujrimiin inilah, Tamaddun Mursaliin dijahanamkan dengan munkaraat-diabolik mereka – antaranya Tamaddun ‘Aad, Thamud, (al-Furqan:38, Qaf:12); Ashhabu ’Rassi, Firaun, Ikhwanu Luth, Ashhabu ’l Aikah, Qawm Tubba’ (Qaf:13-14) dan banyak lagi. Semua ini adalah gejala Iblis-Syaiton yang menyelimuti kehidupan mereka dengan pakaian sombong, ingkar, berfoya-foya, ghaflah dan mengenepikan Risalah.

Gejala diabolisme tidak akan berhenti selagi ada Iblis-Syaitan. Al-Imam, Sayyiduna Abu Hasan al-Ash‘ariy rh, mencatat dengan detil pemikiran diabolik di kalangan orang yang mengaku Islam seperti ajaran Mu’tazilah, Syi ‘ah, Khawarij, Murji`ah dan sebagainya dalam Maqalatnya. Modus berfikir mereka yang membelakangi kaedah dan sistem ‘ilmu dan berfikir ASWJ, telah menjerumuskan mereka ke perangkap Iblis-Syaitan seperti disebut Syahrastini lewat al-Milalnya. Gejala diabolik-murtad ini sepanjang masa menyerang Ummat Islam dalam berbagai-bagai cara (lihat al-Nadwi rh, Sa‘id Hawwa rh antara lain).

Seperti golongan diabolik zaman Klasik, pada zaman ini, secara sistematik, mereka menyerang doktrin yang paling asas dalam Islam yang berkaitan ‘Aqidah. Seperti saudara mereka Syi ‘ah Imamiyyah yang menyatakan al-Qur’an mushaf ‘Uthman tidak lengkap, golongan Diabolik-Kuffar-Liberal ini dengan bahasa yang berbunyi akademik, menganjurkan supaya al-Qur`an al-Karim disemak dan dinilai semula: apakah benar al-Qur`an itu Kalam Allah? Mereka menganjurkan supaya al-Qur’an dinilai mengikut kaedah Kristian menilai Bible! (bandingkan dengan doktrin Mu’tazilah mengenai al-Qur`an). Mereka juga mahu memberi interpretasi semula kepada erti Islam – iaitu Islam dalam erti serah, menyerah, maka tidak perlu melaksanakan ‘ibadah. Ini sama dengan doktrin saudara mereka yang kufur di zaman Klasik dahulu iaitu Murji`ah aliran Jahmiyyah-Solihi; mereka mahu konsep pahala-dosa dirongkai semula; mahu konsep Nubuwwah dirombak dengan tidak ada khaatam ’ul anbiya’, tidak mu’jizat dan sebagainya. Cabang dari pemikiran ini timbullah kenyataan kufur dengan kata-kata seperti al-Qur’an sebagai kitab porno (Ab. Rahman Wahid); Pindah Agama Tidak Murtad, Ahmadiyah-Qadyani sama dengan kita (Dawam Rahardjo); Qur`an adalah perangkap Quraisy (Sumanto Qurtuby); semua Agama dalam inti yang paling mendalam adalah sama…, tidak ada tuhan melainkan Tuhan, kerana Allah adalah Dewa Air, Iblis kelak akan masuk syurga bahkan di tempat yang tertinggi (Nurcholish Madjid); orang yang berbuat baik dalam setiap komunitas beragama…layak memperoleh pahala..(Alwi Shihab); Islam itu memang pluralis, Islam itu banyak (Azyumardi Azra); Semua agama benar (Jalaluddin Rahmat); Sebahagian kaum Muslimin meyakini al-Quran merupakan kata-kata Allah…..keyakinan semacam itu … lebih merupakan … angan-angan teologis …(Luthfi Saukani); Semua agama sama….Islam bukan yang paling benar…, Nabiy s’aw banyak kekurangan (Ulil Abshar); dan gerakan memperjuangkan kahwin sejenis dan mereka menerbitkan buku ‘Indahnya Kawin Sesama Jenis’. Ini adalah sekelumit pemikiran diabolik di kalangan orang yang mengaku Islam dan memperjuangkan Islam.

Di Malaysia sudah ada usaha dari kumpulan orang Islam sendiri ke arah pemurtadan seperti di Indonesia itu. Terdapat lontaran pemikiran secara sistematik ke arah membentuk religious pluralism – bukan political pluralism – yang menganggap semua agama sama kerana semua manusia datang dari Tuhan (baca: Allah) dan akan kembali kepada Tuhan (baca: Allah) dan du‘a orang bukan Islam juga akan dimakbul. Ada di kalangan mereka pernah berkata: ….it is morally unacceptable to say to people of other faiths: We believe in our God and we believe we are right; you believe in your God, but what you believe in is wrong. Ucapan-kata ini jelas bertentangan dengan ‘Aqidah Islam! Bukankah Allah Jalla Jalaaluh hanya mengiktiraf Islam sahaja yang benar dan diterima-Nya? Inna ’d Diina ‘inda ’lLahi ’l Islaam – Aali ‘Imran:19; Barangsiapa mencari agama selain Agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya… Aali ‘Imran:85;…. wa radiitu lakumu ’I Islaama diina – Al-Maidah:3.  Banyak lagi kata-kata yang bercanggah dengan ajaran Islam, yang terkeluar dari mulut dan tulisan golongan ini. Kumpulan ini yang mendapat sponsor kewangan dari pertubuhan anti-Islam antarabangsa untuk pemurtadan, sedang menunggu momentum politik untuk bergerak lebih laju-terbuka-agresif-ofensif!

Adalah menjadi kewajipan Ummah Islamiyyah mengenali ‘aqal diabolik, kata-kata diabolik dan peribadi diabolik dengan neraca ‘ilmu berdasarkan piawai dan huraian ASWJ serta menolaknya dengan ‘Aqal Tamyizi. Ummah juga wajar mengenali suara-suara saut ’ul hamiir – suara keldai (al-Luqman:19) dalam kumpulan yang menamakan mereka sebagai pejuang Islam. Dalam menafsirkan ayat yang mulia ini, al-Khazin (W:725 H) menyatakan bahawa Sautu ’l-hamiir ialah suara ahli Neraka iaitu suara zafiir dan suara shahiiq (lahum fiihaa zafiirun wa shahiiqun– Hud:106;… laha shahiiqan – al-Mulk:7). (ada Mufassir mengatakan suara Neraka itu sendiri). Semasa di dunia mereka berperangai jahat lagi munkar dengan sifat-sifat sombong, bercakap bohong, pemarah tidak tentu fasal, cakap takabbur, banyak cakap, berlebihan dalam percakapan, cakap besar lagi tidak beradab, tidak amanah dalam menyampaikan ‘ilmu, berbuat maksiyat dan lain-lain. Suara-suara munkaraat ini adalah suara Neraka dan ahli-ahlinya – Allahumma sallimna wal Muslimiin. Semuanya ini adalah manifestasi ‘suara kaldai’ – dalam bentuk percakapan dan perbuatan – yang ditempelak Allah. Islam menyuruh Ummatnya bersuara dengan kalimah toyyibah – yang baik iaitu qaulan kariman itu perkataan yang mulia (disebut sekali dalam al-Isra’:23); qaulan ma’rufan iaitu kata yang baik (empat kali al-Baqarah:235; al-Nisa’:5,8 dan al-Ahzab:32); qaulan layyinan iaitu kata-kata yang lemah lembut (disebut sekali dalam Toha:44); qaulan balighan iaitu kata-kata yang boleh memberi kesan kepada hati (disebut sekali dalam al-Nisa’:63); qaulan sadidan iaitu perkataan yang betul yang menepati kebenaran al-Qur’an yang ditujukan kepada kita supaya bercakap benar (di sebut dua kali iaitu al-Nisa;9 dan al-Ahzab:70); qaulan maysuran iaitu kata-kata yang menyenangkan hati (sekali saja iaitu dalam al-Isra’:28); qaulan thaqilan iaitu kata-kata yang berat yang di dalam al-Qur’an disebut sekali sahaja iaitu merujuk kepada Nabiyy s‘aw sebagai persediaan untuk menerima wahyu (al-Muzammil:5); qaul al-thabit iaitu perkataan yang tetap-teguh (satu ayat sahaja iaitu surah Ibrahim:27).  Allah melarang kalimah khabithah-yang jahat dan buruk iaitu qaulan ‘aziman yakni perkataan batil (sekali iaitu dalam al-Isra’:40) yang didakwa oleh orang-orang Kafir.

Dalam konteks dakwah Islamiyyah di Malaysia, kita dapati pada peringkat permulaan dakwah, kerja-kerja dakwah berjalan dengan baik dan tidak ada yang bercanggah dengan ‘Aqidah dan Syari‘ah Islamiyyah, ertinya tidak kedengaran saut ’ul hamiir ini. Ini mungkin strategi pemimpin kumpulan tersebut untuk membina kepercayaan pengikutnya dahulu yang kemudiannya barulah saut ‘ul hamiir ini dizahirkan. Ini dapat dilihat dalam kes al-Arqam dan beberapa kumpulan lain. ‘Aqal, kata-kata dan peribadi diabolik serta saut ’ul hamiir tidak boleh dibiarkan dalam Jama‘ah Islam kerana ia akan menghalang kelajuan pergerakan dakwah bahkan akan merosakkan Jama‘ah itu seperti anai-anai memakan kayu!

KESIMPULAN

  1. ‘Aqal adalah nadi bagi diri individu dan masyarakat dan dakwah seperti syaikh bagi kaumnya. Ia perlu senantiasa dicanai agar menjadi cerdas dan berfungsi dengan sewajarnya. Kesempurnaan ‘Aqal – al-‘Aqlu al-kaamil – akan membentuk tasawwur yang sempurna mengenai Islam.
  2. ‘Aqal terbentuk berdasarkan kepada kualiti ‘ilmunya (al-Hadith terdahulu). ‘Ilmunya akan membentuk ‘amalnya (al-Hadith) dan ‘amalnya bergantung kepada tahqiqnnya (al-Qur’an – mukhlasin). Ini dapat dijayakan dengan kerjakuat: fal ya’ma ’l ‘aamiluun (Saffat:61).
  3. ‘Aqal Integrasi – al-‘aqlu al-kaamil, dapat membentuk tawaazun dan wahdah dalam peribadi manusia.  Islam menolak ‘aqal juz`i dan ‘aqal diabolik, kerana kedua-duanya akan membawa kepada kemusnahan peribadi.
  4. Dalam konteks Dakwah, pembinaan ‘Aqal Integrasi – al-‘aqlu al-kaamil, amat daruri kerana ia akan memberi keseimbangan dalam berfikir dan bertindak. Ketiadaan ‘aqal jenis ini menyebabkan kerja-kerja dakwah lemah dan senget.  Ia sudah tidak diberi perhatian serius lagi oleh para pendakwah seperti mana mereka meninggalkan rabbaniyyah dan siddiqiyyah. Dan yang malang lagi, ada sesetengah da‘i, dibuai Iblis-Syaitan, mengenai khayalan masa lalu dan angan-angan kosong (al-Nisa’:119) masa depan dan ditipu syaitan (al-Nisa’: 120). Konsep al-Waqt tidak dimanfa‘at.
  5. ‘Aqal Integrasi – al-‘aqlu al-kaamil dalam pengertian sebenar akan dapat membawa kepada keta‘atan dan mendekatkan kepada Allah dan menghindar dari maksiat dan kemungkaran serta akan membawa kepada kesempurnaan iman. Ia merupakan tiang ugama paling kukuh dan sebagai kenderaan dalam mujahadah. Ia juga menyebabkan takut kepada Allah, yang akan membawa kepada kesempurnaan ‘amal dan akan dikasihi-Nya.
  6. MUAFAKAT perlu menjana pembentukan ‘Aqal Integrasi -‘Aqal al-kaamil, kerana ‘aqal inilah saja yang dapat membentuk peribadi yang unggul yang nantinya akan melimpah keluar dan membentuk persekitaran yang solih yang menjadi bekas turunnya rahmat Ilahiy dalam menggalas kerja Dakwah. Amiin.

wa ma tawfiqi illa billah

Haji Ismail Mina Ahmad

Mac 2010 (kemaskini 8 April 2010)

——————-

dipetik dari blog Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)