Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

Biodata Ringkas Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

Al-Marhum Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady dilahirkan di Kampong Telok, Panji, Kota Bharu, Kelantan Darulnaim pada 1 Februari 1943.

Bermula pendidikannya dengan bersekolah Melayu, kemudian memasuki “Special Malay Class” tahun 1943 di Sekolah Sultan Ismail, yang kemudiannya menjadi Maktab Sultan Ismail, atau “ Sultan Ismail College” hingga ke Tingkatan 5. Beliau kemudiannya mengambil Higher School Certificate (HSC) di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Star Kedah.

Pada tahun 1963, Al-Marhum memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam tahun 1966. Kemudian beliau menjadi tutor dan mendapat M.A. tahun 1969.

Al-Marhum terus mengajar di Jabatan Pengajian Islam UM hingga ke tahun 1973 apabila beliau kembali ke Kelantan untuk menumpu masa sebagai seorang penulis dan pendakwah bebas.

Al-Marhum dilantik Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia sejak 1995 hingga 2008, sebelum dilantik semula hingga 2010.

Ketika menghembus nafasnya yang terakhir, Al-Marhum merupakan Felo Akademik Yang Amat Utama (Very Distinguished Academic Fellow) di International Institute Of Islamic Thought And Civilization (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Al-Marhum juga anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pada tahun 1995, beliau dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia (USM) kerana usaha-usaha dan penulisannya dalam pemikiran Islam dan dakwah. Dan dimartabatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1426 H pada 10 Februari 2005.

Minat kajian Al-Marhum adalah di dalam:

  • Bidang ilmu-ilmu Islam dan falsafah Barat
  • Pemikiran semasa dan pandangan Islam tentangnya
  • Akidah Sunni, faham ilmunya dan pandangan hidupnya

Al-Marhum banyak menunjukkan minat untuk mengetengahkan Nusantara sebagai rantau Sunni yang perlu dipertahankan keSunniannya demi menjaga kebenaran akidah dan demi mengawal sifat homogennya untuk keselamatan dan pembinaan ummat.

Pada tahun-tahun 60an, Ustaz ‘Uthman memimpin majalah “al-Nur”, sebuah terbitan Pertubuhan al-Rahmaniah dan menulis makalah-makalah di dalamnya.  Beliau menjadi Presiden pertubuhan tersebut hingga ke tahun 1968.

Al-Marhum banyak menulis serta membentang kertas-kertas kerja dalam seminar-seminar peringkat kebangsaan dan antarabangsa tentang Islam dari segi akidah, kerohanian, akhlak, budaya dan falsafah. Beliau juga telah menterjemah buku-buku dari bahasa Arab dan Inggeris selain daripada tulisan-tulisan asli.

Al-Marhum juga menjadi ahli dewan redaksi majallah “Pengasuh” keluaran Majlis Agama Islam Kelantan.

Al-Marhum pernah dilantik sebagai Pakar Perunding Agama bagi Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu.

Al-Marhum banyak menumpukan masanya di dalam masyarakat setempat dengan melaksanakan pengajian kitab di masjid-masjid sekitar Pasir Mas dan Kota Bharu, Kelantan selain dari menunaikan jemputan ceramah di merata tempat.

Di antara penulisannya yang telah dihasilkan beliau ialah:

  • Al-Quranul-Karim, terjemahan dan Huraian Maksud”-terjemahan dan huraian tambahan atas tafsir Inggeris oleh alm Abdullah Yusuf Ali, keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (5 jilid).
  • Fathul Mu’in, terjemahan dan Huraian Maksud”, terbitan Majlis Ugama islam Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan.
  • Peradaban dalam Islam” terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, edisi 1976 dan beberapa cetak-ulang.
  • Memahami Islam” terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, Kelantan, 1977.
  • Islam, Peribadi, Tarbiah dan Institusi” terbitan Majlis Ugama Islam Kelantan, 1987.
  • Islam dan Kebudayaan” risalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berdasarkan kepada wacana tentang kebudayaan yang disampaikan pada tahun 1989 di Kuala Lumpur.
  • Falsafah Agama John Hick – Pengamatan Dari Perspektif Ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah” terbitan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), 2012
  • Menegakkan Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama’ah Mengelak Daripada Syi’ah” terbitan Majlis Agama Islam Kelantan, Kota Bharu, 2012

4 Respons to “Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady”

  1. pak ali Says:

    Sejak kebelakangan ini banyak pemimpin kita cakap tak serupa bikin.. melaungkan “washatiyah” dalam masa yang sama membuat perkara2
    yang haram seperti yang terbaru majlis “Thaipusam” .Teguran oleh mufti
    perak dato harussani yang tegas tetapi kemudian di ubah dengan alasan
    hanya pakai baju dan lain2 lagi..Bangun.. bangun.. alim ulamak rakyat tak boleh diperbodohkan sebegitu..media tanpa sempadan dan maklumat dapat sampai ke dalam rumah dan boleh dianalisa dan perbandingan dan agama tak boleh dipersendakan sebegitu rupa. Maklumat dan ilmu ugama sudah ramai yang tahu..cuma bosan dengan orang politik…politikan agama demi
    kepentingan POLITIK…Agama islam di persendakan, disongsangkan dan macam2 lagi…Nanti AZAB/BALA ALLAH amat pedih..musibah yang sendiri yang undang…tolonglah mereka2 yang ada kepentingan kedudukan dan ilmu agama yang dalam supaya menegur mereka. Jangan bangsa dan
    agama lain tidak menghormati Agama islam..Kecelapuran mulut mereka mengguna ayat2 al-quran sewenang2nya.. Menghina agama kita terang2ngan tapi kita TAK pertahankan kritikan dan cemuhan mereka.
    Mengapa jadi begini…ALLAHuAKBAR!!

  2. Al-Fatihah Kepada Ustaz Uthman… | Aeshah Adlina's Weblog Says:

    […] Biodata Ringkas Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady […]

  3. zulpakar omar Says:

    Allahyarham merupakakan insan yang sangat berilmu.. bait atanyan amat mengesankan dan sangat ringkas..hujahnya lembut..sufi di zaman orang memrangi ahli sufi..


Tinggalkan komen